Wednesday, October 14, 2009

AARAU KE ARAU ?



(Pekan AARAU)


(... sambungan dari entri sebelum ini)

Seterusnya saya dan peserta lain di bawa melalui jalan darat dari Luzern menuju negara German. Kami singgah sekejap di sebuah pekan kecil bernama AARAU kerana penganjur nak bawa kami ke gudang jualan produk jenama Bally. (Mungkin penganjur dapat komisyen dari Syarikat Bally kot!) Saya tertarik dengan nama pekan ini kerana ia mengingatkan saya kepada sebuah bandar di raja di Negeri Perlis (negeri kelahiran isteri saya) ... cuma ejaannya tak sama. Di Perlis ejaannya ARAU, menggunakan satu "a" manakala bandar ini di panggil AARAU menggunakan dua "a". Namun saya pasti mereka tiru kita, cuma dia orang tu gagap sikit!

Saya memang ada bukti dia orang tiru kita? Saya bukan cakap kosong. Buktinya kita eja Arau guna satu "a" sahaja. Dia orang pandai-pandai tambah dua "a". Tentulah yang guna satu "a" yang asal atau yang original. Ini tak boleh jadi. Mari kita tubuhkan pasukan "PANJI" dan minta mereka menukar nama bandar tersebut ke nama lain dan kita minta mereka supaya jangan lagi menggunakan nama "Aarau" di mana-mana bandar di negara mereka. Kalau mereka berdegil juga, mari kita beramai-ramai jalan kaki pergi ke sana. Kita keronyok-keronyok mereka!
.
.
.

30 comments:

  1. Eceh!

    sempat kenen-kenen lagi tuuuu....

    ReplyDelete
  2. Setuju...

    Tentu yg mula-mula satu A...pastu baru la AA atau AAA atau seterusnya...

    Cayok...cayok...!

    ReplyDelete
  3. seingat saya,

    ketika digerman, dalam kelas,

    mereka menyebut aaa ser dey ser, tapi tulis acdc.
    bila saya dengar lecturer sebut, saya tak faham. tapi bila dia tulis , baru saya tahu, ooooo acdc. hehehheh

    ReplyDelete
  4. Salam tuan..

    wahh.. nak keronyok-keronyok ekh.
    saya ikut.. nak ikut jugak !

    pastu kita ganyang-ganyang..
    kita debik-debik..
    baru puas hati kannn...

    btw~ saya suka citer tuan ! nanti sambung lagi tauuu.

    ReplyDelete
  5. jangan marah depa isu itu tanda mereka suka arau tu tapi depa bijak sikit pasal letak satu produk yang berjenama di sana agar lebih di kenali di mata dunia

    ReplyDelete
  6. semangat nampaknya..
    Sabar..teman kalau boleh sapa2 nak pinjam nama kg kita atau tempat kita ..ambillah..
    Yang pasti tempat asal juga tetap dgn keasliannya..kan
    Tapi sekiranya nama diambil dan tempat mereka jadi lebih "bersih" dari kita..
    itu kita kena check balik..

    ReplyDelete
  7. wah!! harap lebih banyak lagi nama kemelayuan di serata dunia :)

    ReplyDelete
  8. org malaysia sungguh bersopan santun...mana mungkin mampu nak keronyok2...

    ReplyDelete
  9. kakcik
    faham tak pe !

    DUN Behrang
    t.kasih kerana pangkah saya.

    blueCITY
    kalau dengar sdr serumpun kita sebut, lagi pelik bunyinya. dia pun dengar kit sebut, pelik juga kan !

    Linda
    kalau nak ikut kena ada paspot, tak boleh masuk ikut hutan bakau. dah tahu jawapan kenapa rumah ku makin sesak ?

    mamai
    tak kita tak marah, sebenarnya kita bangga orang tiru kita !

    LanaBulu
    betul, kita kena check balik kalau ada yang tak kena di mana2

    tEDI
    mungkin banyak lagi, nanti saya cari.

    ikan emas
    mana ada ganas.

    fatrina
    keronyok bukan ganas, macam orang keronyok surat khabar sebab nombor tak keluar. kalau saya rejam dgn buluh, lainlah! psst - janganlah panggil bos, malulah.

    ReplyDelete
  10. alvin
    org malaysia bukan saja bersopan santun tapi juga bertolak ansur ... ulang lagi, bertolak ansur !

    ReplyDelete
  11. lerr.. name jer pe, tapi best gak keronyok2 nih :D

    ReplyDelete
  12. panji tu flag. atau singkatan kepada Pergi Aarau Nak Jengok Ia?

    ReplyDelete
  13. fadzilah
    bestlah kalau gomen bayarkan. kalau duit sendiri mungkin tak sampai kot!

    ReplyDelete
  14. hehehe...

    keroyok jgn tak keroyok..

    ReplyDelete
  15. mamamin
    acah je !

    abu muaz
    cari makan tak pe, jangan cari penyakit !

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. Owh tuan.. Pasal rumahku sesak ?

    Yup. Saya dah tahu jawapannya .

    Betul. saya setuju...

    Terlalu banyak memberi
    Hingga terlalu ramai yang menerima Hingga terlalu banyak suka
    Hingga terlalu banyak serabut
    Hingga terlalu ramai yang alpa

    dan akhirnya...

    Hingga tiada apa-apa makna pun!

    ReplyDelete
  18. Linda
    Memang jawapannya sudah saya beri dalam en3 saya bertarikh 10 Okt - "Mengapa Rumah Ku Makin Sesak". saya senang awak setuju dgn pendapat saya.

    ReplyDelete
  19. aina@azila
    saya x faham. awak salah orang kot !

    ReplyDelete
  20. Replies
    1. itu hanya angan-angan nakal berbentuk sinikal dan jenaka .. hehe.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.