Wednesday, October 28, 2009

RUNTUH SEKELIP MATA !












Itulah tajuk utama dalam sebuah akhbar tempatan kelmarin yang menceritakan tragedi jambatan gantung runtuh di Perak yang telah mengorbankan nyawa beberapa orang pelajar. Takziah saya kepada keluarga-keluarga mangsa.

Apa kena mengena gambar di atas dan di bawah dengan tragedi jambatan runtuh tu. Bacalah seterusnya ...! KAMPAR: "Beberapa murid melompat dan menggoyang-goyangkan jambatan dan dalam sekelip mata saya terhumban dalam sungai bersama beberapa murid lain yang menjerit ... [+]

Stadium ini di bina pada abad ke 2 Selepas Masehi iaitu kira-kira 1,800 tahun dahulu. Sampai sekarang masih kukuh dan belum runtuh lagi. Tapi jambatan gantung kat Perak tu, khabarnya baru siap 2 bulan dah runtuh. Runtuh pulak tu bukan main cepat ... sekelip mata ! 

*maaf kerana suntingan kelam kabut ... pasal pula ada underline nih !





31 comments:

  1. agaknya jambatan tu dibina tuk diruntuhkan kut.huhu

    ReplyDelete
  2. Budaya kelulusan project di negara kita adalah : Lulus dulu then kalau ada masalah baru buat penelitian dan kajian terperinci.
    Buat siasatan.
    Kita akan siasat.
    Then diam dan hilang..
    Bila Timbul semula?
    Setelah ada kes baru..
    ....

    ReplyDelete
  3. Sekarang musim runtuh..harap2 hujung tahun ni adalah durian yang akan runtuh..

    ReplyDelete
  4. Duit dari kerajaan pusat..sementara nak sampai ke tangan si pembuat biawak ada makan sikit, ular ada makan sikit, buaya ada makan sikit, tikus pun makan jugak. Ituler pasalnya....

    ReplyDelete
  5. sudah terhantuk baru terngadah!! betul ke?

    ReplyDelete
  6. Owhh tuan..

    2 gambar yang berbeza ~ Jauh Panggang dari Api ~
    and..
    2 cerita yang berbeza ~ Juga tersangatlah ... jauhnya .

    Jauh dari akal dan pemikiran saya yang dangkal .

    Apapun kredit utk tuan dan isteri yg memberikan pose menarik . Stadium abad ke 2 masihi ..

    ooo..tuan rupanya yang memakai topi tuh .. ekeke

    ReplyDelete
  7. Boleh tanya org Syria kot teknologi apa depa pakai kalau depa nak buat jambatan gantung.

    ReplyDelete
  8. heran macam mana boleh dengar jauh?

    ReplyDelete
  9. mr penyubiru
    terima kasih kerana berkunjung buat kali pertama.

    lanabulu, masterzizoul, sl tedi
    t.kasih atas komen dan pandangan anda.

    relevan
    durian runtuh ni selalunya belum berapa masak ! hehe

    ReplyDelete
  10. mamamin

    memang begitulah. saya belum pernah lihat lagi orang tengadah dulu lepas tu baru terhantuk ! hehe

    ReplyDelete
  11. linda
    kenapa merendah diri sangat. t.kasih kerana awak betul2 baca. sebab tu awak perasan caption kat gambar tu. bukan semua orang boleh tangkap joke tu !

    ReplyDelete
  12. naizaf

    engineer dan arkitek yang buat stadium tu dah lama mati. nantilah bila saya jumpa dia nanti, saya tanyakan. minta2 biarlah lambat lagi dapat jumpa!

    ReplyDelete
  13. Salam Tuan,
    Manalah tak runtuh jambatan kat Kampar tu sbb bayarannya pun masih tergantung

    ReplyDelete
  14. Salam...
    Apa2 ciptaan manusia..apa2 yang dibuatnya..samaada jambatan tergantung atau tak gantungnya..perlu memikirkan semua aspek..logik prinsip sains rekaannya..struktur rekabtknya..faktor luarannya..etc..bukan semata2 memikirkan keuntungan!:P

    ReplyDelete
  15. saya pun sependapat dgn Mr PenyuBiru, yelah..agaknya jambatan tu dibina utk diruntuhkanlah kot..
    sbb bila sana-sini dikurangkan mesti diaorg tahu kesan & akibatnya..

    ReplyDelete
  16. ya stadium tu patut kita buat perbandinan dengan stadium runtuh kat terengganu tu baru apple to apple comparerison diakan

    ReplyDelete
  17. yunus badawi

    kalau masih tergantung memang mengecewakan.

    pn kartini
    setuju 100% cikgu.

    finaz
    entahlah ... nak cakap pun dah tak tahu apa nak cakap.

    ReplyDelete
  18. mamai

    patutnya gitulah, tapi masa tu idea tak datang lagi, barangkali sebab tak ada orang mati. tapi boleh juga tengok dari sudut lain. buat jambatan macam tu pun runtuh, macam mana nak buat Roman theater !

    ReplyDelete
  19. salam...
    dua wajah beza...
    zaman bbeza...
    hati, juga..
    bbeda-beda.
    he3.....

    ReplyDelete
  20. che la

    itulah kebijaksanaan orang dulu2. memang susah untuk di tandingi oleh orang2 sekarang.

    damaiinx

    tapi matlamat kita serupa !

    ReplyDelete
  21. abg...pembesar suara kat roman theater tu di berbuat daripada batu barangkali...
    org zaman dahulu bina binaan dgn akal..
    org zaman skrg bina binaan dgn lutut barangkali..

    ReplyDelete
  22. alvin

    dia orang tak pakai pembesar suara. tapi seluruh panggung boleh dengar. itu yang buat abang rasa ta'jub tu ( dah lama tak pakai perkataan ni)

    ReplyDelete
  23. hmm...menariknye isu ni...

    kita selalu kagum dengan binaan org dulu dulu...walhal teknologi alat dan bahan binaan nye semuanye guna bahan sedia ade ( semulajadi ) x de pn simen or crene..tu sebab la tahan lame kot...pakai bahan semulajadi ..serasi dgn alam...x de campuran chemical mc bgunan sekarang...tak tahan lame ...hihi...uknowhow :)

    p/s: salam ...lame x jumpe al-lavendari kat opis ni...rindu la pulak kelibat tuan..harap opis baru beri nafas dan semagat baru utk jalankan kewajiban.

    ReplyDelete
  24. kiter jgn menuduh sembarangan..dimaklumkan jambatan di sekolah itu adalah sumbangan ikhlas dari organisasi tertentu kepada sekolah itu..ia tiada kena mengena dgn rasuah, suapan, jkr dan sebagainya..cuma organisasi itu terkhilaf kerana tidak mendapat pandangan dari jkr ketika membuat spesifikasinya. oleh itu, ia memberi pengajaran kepada semua pihak, apabila hendak melaksanakan sesuatu tanyalah pada org yg pakar dlm bidang itu. Al-Quran sendiri sudah menyatakannya..

    ReplyDelete
  25. cik anon

    kita pun rindu kat orang2 di sana. tapi nak buat macam mana, opis dah lain2. tapi kat sini saya sungguh bahagia. ruang pejabat luas, makan senang, jalan clear, parking berlebih2, shopping dekat.

    pandangan cik anon sebagai pro memang saya tak dapat nak sangkal. setuju. tapi selain dari bahan2 tersebut ada satu bahan lagi yang cukup penting i.e "amanah". betul tak ?

    salam saya kat semua member2 di sana. bila nak datang sini ? bila nak buat blog sendiri ?

    ReplyDelete
  26. Salam tuan. Stadium negeri saya umurnya setahun. Bangga saya ...

    ReplyDelete
  27. sahrom

    inilah pandangan yang sangat adil. saya memang menunggu2 pandangan seumpama ini. jambatan ini macam perahu juga, ada had nya orang boleh naik. kalau naik melebihi had, jangan salahkan pembuat perahu kalau ia karam.

    dalam tulisan saya, saya sedikit pun tidak membayangkan ada unsur rasuah. cuma apa yang ingin saya ketengahkan adalah kekaguman saya kepada orang2 dahulu yang membuat panggung itu yang begitu bijaksana dan hebat. selebihnya, sila baca pandangan anon dan ulasan saya.

    ReplyDelete
  28. abu muaz

    salam kembali. nanti saya teka, tuan berasal dari Negeri Sembilang kan ? hehe

    ReplyDelete
  29. oh... tuan yg bertopi itu ya??


    .
    .

    betul??

    harap2 sy tak terpedaya lg... :P

    ReplyDelete
  30. KTS

    SAYA RASA BEGITULAH .. SEBAB GAMBAR NI TELAH DI AMBIL BEBERAPA TAHUN LALU. SAYA TAK BERAPA INGAT GAMBAR SAYA YANG MANA SATU.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.