Tuesday, October 20, 2009

ORANG DI MAKAN HARIMAU !

Tersebutlah sebuah kisah di Satu TAMAN PERUMAHAN yang terletak BERSEBELAHAN DENGAN SEBUAH HUTAN SIMPANAN DI SATU DERAH DI NEGERI SEMBILAN. DI JALAN MASUK KE TAMAN ITU, ADA SEORANG MAKCIK MENJUAL nasi lemak dan KUEH. Nasi lemak dan kueh-KUEHnya sedap dan murah pula. BOLEH DIKATAKAN SEMUA PENDUDUK TAMAN ITU MENJADI PELANGGAN TETAPNYA. KALAU SATU HARI MAKCIK TU TAK ADA, KELAM KABUT penduduk TAMAN Tersebut di buatnya.

SATU PAGI TANPA PESAN, TIBA-TIBA MAKCIK TU TAK MENJUAL KUEH SEPERTI BIASA. HEBOH SATU TAMAN bercakap DAN TERTANYA-TANYA tentangnya. Lalu DITUBUHKAN SATU PASUKAN untuk MENCARINYA. CARI PUNYA CARI, DAPAT DIJEJAKI BAHAWA MAKCIK TERSEBUT TELAH DI MAKAN seekor HARIMAU. Dengan BANTUAN PERHILITAN, relA DAN POLIS, HARIMAU ITU DAPAT DI KESAN DAN DI BUNUH. SETELAH PERUT HARIMAU ITU DI BELAH DI DAPATI memang ada SATU MAYAT di dalamnya. TAPI MAYAT ITU LELAKI. SETELAH DIBUAT PENGECAMAN, LELAKI ITU di sahkan ADALAH MAYAT WAKIL RAKYAT YANG TINGGAL DI TAMAN tersebut. DARI BEDAH SIASAT, DOKTOR MENGESAHKAN BAHAWA BELIAU TELAH hampir SEbulan MENINGGAL dunia. pUNCA KEMATIAN ADALAH AKIBAT SESAK NAFAS KERANA TERLAMPAU LAMA DUDUK DALAM PERUT HARIMAU TERSEBUT. barulah penduduk taman tersebut perasan dan MASING-MASING pun BERKATA: “PATUTLAH DAH LAMA TAK NAMPAK DIA”.

MAKCIK JUAL KUEH BARU HILANG SEHARI SUDAH SIBUK ORANG MENCARI DAN TERTANYA-TANYA SERTA TERASA KEHILANGANNYA. WAKIL RAKYAT yang SUDAH hampir sebulan HILANG, TAK ADA PUN ORANG SEDAR. BAHKAN ISTERINYA PUN TAK TAHU. DIA INGAT SUAMINYA masih lagi belum balik dari PERGI MEMANCING.

DARI cerita tersebut pilihlah samada nak jadi macam makcik jual kueh atau nak jadi macam WAKIL RAKYAT ITU.

P.S. MAKCIK TU SEBENARNYA PERGI RUMAH ANAKNYA UNTUK menJAGA CUCUnya sebab orang gaji anaknya lari MENGIKUT HARIMAU JADI-JADIAN.

29 comments:

  1. Assalamualaikum, kalau saya diberi pilihan saya lebih suka menjadi mak cik penjual kuih, bukan saja kerana sentiasa dicari orang, tapi tak pening kepala dengan amanah yang terlalu berat untuk dipikul...
    Dan sabagai wakil rakyat kalau tidak melaksanakan amanah dengan sempurna jangan kata orang nak cari, berbulan hilang pun orang tak ambil peduli....

    ReplyDelete
  2. jadi la harimau makan orang yang tak reti nak turun setelah di pilih

    ReplyDelete
  3. moralnya: selalulah bagi makan orang..orang akan sentiasa ingat kita..hihihi

    ReplyDelete
  4. ceita yang ada moral. yuP! jadi makcik jual nasi lemak lah. ekekekekke

    ReplyDelete
  5. uihh.. biar betui.. ksian wakil rakyat tu. hehehe.

    wa nk jadi wakil rakyat yg rapat n berbudi pd masyarakat . boleh?

    ReplyDelete
  6. Wakil rakyat tu duduk dalam perut harimau yang ada kat dinding maybank ke???

    ReplyDelete
  7. salam en alv,

    hakhakhak...
    relaku jadi makencik sajork
    memang layak jadi makcik pun sebab pempuan
    ekekkekek
    tapi kalo jadi isteri wakil rakyat tuh pun boleh gak?
    hahhahahahh

    ReplyDelete
  8. wakil rakyat kene tunjuk muka, rakyat bukan nak wakil rakyat yang glamour dalam paper dan Tv jer, tetapi boleh join dorang gotong-royong, kenduri-kendara. kematian, sembahyang berjemaah atau lepak kat kedai kopi jap. Nie wakil rakyat bile menang hilang... kalau mati pun orang tak taw

    ReplyDelete
  9. moral of d' story: jadi pemimpin wakil rakyat kne rajin buat kerja supaya org ingat sumbangan kita..kalau setakat bercakap merasmikan program atau menyampaikan bantuan yang entah apa entah, pegawai kerajaan pun bole buat.. jangan duk beretorik jangan pasal pembangunan tetapi negeri sendiri pun tak membangun.. jangan kutuk negeri orang tunggang -langgang pentadbirannya, tetapi negeri sendiri signboard pun tak dpt nak buat, perkhidmatan bas awam tak dpt disediakan dan jalan masih bengkang bengkok lopak sana sini. setakat luruskan jalan yang hampir putus di bukit,dah canang 1 malaysia ckp soal pembangunan..

    ReplyDelete
  10. salam..
    harimau mati meninggalkan belang...
    manusia mati mninggalkan jasa...
    he3.....

    ReplyDelete
  11. Yg pastinya rimau tu mesti world punya lah besaq..sampai orang boleh stay dalam perut dia tu..hee
    nalaa punya..
    p/s-jgn berumah tepi hutan/bahaya.

    ReplyDelete
  12. saya nak jadi penulis citer ah..hehehheheh

    ReplyDelete
  13. owhh tuan..

    saya salute tuan sebagai penulis .
    Sangat tepat menyampaikan dgn penuh tertib.

    Saya ada pendapat sendiri ..

    Kesian kat wakil rakyat tuh..
    Sbb dia pun tak tahu selama ini dialah mewakili RAKYAT . Sedangkan hakikatnya RAKYAT yang bersalah . siapa suruh pilih dia ???


    Baguslah Makcik kueh... mesti kueh dia sedap dan murah kann.. sbb tuh orang cari dia , walo baru sehari hilang . Sbb kalau tak cari, nanti kena beli kat tempat lain. Belum tentu sedap dan murah !!

    Sang Harimau ? Jangankan wakil rakyat or makcik kueh.. kalau dia nampak tuan pun, dia akan NGAPPP !!

    hahaa..

    p/s. Jati diri kena kuat .

    ReplyDelete
  14. asma
    seronok hidup ni kalau ada orang yang kesah kan ?

    mamai
    awak jadi dulu, nanti saya ikut kemudian.

    sha
    bila sha nak belanja saya?

    tedi
    jadi makcik lagi popular kan ? tak yah nak kempen2

    oranglidi
    oranglidi tapi berjiwa besar. bagus!

    kakcikseroja
    harimau kat maybank tu mana ada perut. ada kepala je! sebab tu kadang2 dia tak ada hati perut!

    bluecity
    wakil rakyat kan dah mati !

    masterzizoul
    kalau dapat cam gitu, barulah dinamakan WAKIL rakyat.

    sahrom
    semangat nampak!

    damaiinx
    jangan lak manusia mati meninggalkan hutang.

    lanabulu
    rumah tepi hutan, oksigen banyak.

    atacha
    saya nak jadi jurugambar lah pulak !

    linda
    puji lagi! saya sebenarnya seronok orang puji. saya nak jadi macam makcik tu tak boleh, sebab lelaki. t.kasih atas komen puan yang menambkan semangat.

    ReplyDelete
  15. nak jadik wakil rakyat dan membela seek0r harimau dan mempunyai se0rang ibu seperti makcik penjual kuh...b0leh mcm tu?

    ReplyDelete
  16. xnk jadik sape2 la bos boleh x?ekeke

    ReplyDelete
  17. hahahahahahahhaa.....saya tasuke harimau yang makan wakil rakyat tu...kesian wakil rakyat tu tak cukup oksigen masa berada dalam perut arimau tu...cerita ni buat sy tersenyum membacanya..macam ada sesuatu nak disampaikan....tetiba buat sy terfikir..mana wakil rakyat sy skunk...sejak menang pilihanraya saya masih blum nampak dia buat kerja...ermmmmm...tapi sy slalu nampak makcik jual kuih kat jalan laksmana...anak dia sungguh chantek.....

    ReplyDelete
  18. sharamli
    ikut suka awaklah nak bela apa ! tapi kita tak berupaya untuk memilih seorang ibu.

    Pokli
    YB Dato' X

    Fatrina
    jadilah diri sendiri yang serupa orang. itulah yang sewajarnya.

    alvin
    woi, anak makcik tu saya dah booking lama dah ... nak buat menantu, ingat apa ?

    ReplyDelete
  19. setuju dgn bro mamai ;)

    salam :)

    ReplyDelete
  20. ftyyhahh
    saya lak nak jadi pegawai PERHILITAN !

    ReplyDelete
  21. The moral of the story, wakil rakyat sepatutnya jadi penjual nasik lemak part time, sebab orang lebih memerlukan nasi lemak. 'hari-hari mau' nasi lemak....

    p/s; awak cakap Alvin jer tak boleh pilih jadi harimau kan? saya pilih nak jadi harimau tak per kan? saya hari-hari mau nasik lemak.

    ReplyDelete
  22. maafkan saya tuan..saya bukan bersemangat saya bercakap soal yang benar.org kampong selalu mengadu kata wakil rakyat tak buat kerja..dtg kenduri kahwin pun payah, kematian lagi la tp duk bercakap pasal pentadbiran negeri lain yg tunggang langgang..saya tak suka bercakap soal kepartian.yg penting, org kampong dahagakan pembangunan dan menyuarakan kepada kakitangan kerajaan walhal kakitangan ikut arahan je..kuasa mana ada.betulkan kalau saya salah..

    ReplyDelete
  23. aina@azila
    tak elok makan nasi lemak hari2 ... banyak kolestral !
    saya nak jadi penjual nasi lemak dan part time jadi wakil rakyat !

    sahrom
    pandangn sdr memang betul. saya faham sentimen sdr sebagai kakitangan kerajaan ... buatlah apa yang termampu dalam lingkuangan kuasa yang ada. saya hargai pandangan sdr ikhlas dan bernas.

    ReplyDelete
  24. Aik, ada juga org yang ambil serius entry yg macam ni?

    Pada saya, ini hanya lah kisah dah teladan, laugh is the best medicine....

    ReplyDelete
  25. makcik ada aura..kuih sedap,sehari x singgah al-lavendari mesti tido x lena.. kekeke

    yang satu lagi malas nak komen, biarlah..

    ReplyDelete
  26. aina@azila
    isu ni boleh jadi serius, boleh jadi tak serius. ikut perspektif masing2.

    mamamin
    saya dah nak tutup pintu, baru saya perasan mamamin belum masuk ! hehe.

    ReplyDelete
  27. aisey...

    aina dah silap paham tu..
    mamamin pun menulis lintang pukang

    maksud mamamin:

    makcik yang jual kuih yang hilang pegi rumah anak dia yang jaga cucu sebab orang gaji anak dia cuti tu la aina..

    makcik tu yang ada aura..sebab sehari makcik tu hilang satu kampung dah rindu..

    kekeke.. saya saja usik al-lavendari, dia x leh tdo malam kalau x singgah beli kuih makcik tu [makcik yang hilang dlam crita al-lavendari tu tau]

    kenyataan ini dibuat bagi mengelakkan al-lavendari benjol x dpt elak dari piring melayang singgah ke dahi.....

    hahaha...

    p/s: bagaimana pun a-lavendari adalah sorang sahabat blogger yang baik dan sgt saya hormati..dia adalah diantara beberapa orang [x sampai pun 7 orang yang sentiasa sudi menjengah saya saban hari..

    terima kasih yer..

    ReplyDelete
  28. Mamamin,

    Sorry sorry... ya ampun. Mintak ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki. mamamin tak kecik hati kan?
    Apa pun, memang blog ni menarik untuk di singgah. Singgah tengok 'blog' jer tau.... bukan singgah tengok tuan punye blog ...

    p/s: kalau rasa2 ada ada pingan nak melayang, bagi tau saya yer. saya nak sambut, rumah saya tak cukup pinggan kikikiki....

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.