Tuesday, December 31, 2013

PERANGAI PENIAGA DI PADANG BESAR.


Pada hujung minggu lepas saya balik ke kampung Makngahnya di Perlis. Terlanjur dah sampai ke Perlis, saya mengambil kesempatan melawat pekan Padang Besar. Saya memang tidak gemar pergi ke sini pada musim cuti sekolah kerana dua sebab:

Pertama: Susah untuk mendapat tempat letak kereta yang berdekatan dengan tempat membeli belah.

Kedua: Sikap sesetengah peniaga yang "letak harga".

Melihat deretan kereta yang diletakkan di tepi jalan dan juga sikap sebahagian besar peniaga yang saya berurusan, maka dua sebab yang saya berikan itu adalah sahih.

Kebanyakan peniaga di sini, enggan tawar menawar. Misalnya kalau dia letak harga sehelai baju, katalah RM30 dan kita minta RM25, dia buat-buat tak layan je. Bila kita kata,

'tak beri RM25, tak apalah',

mereka jawab,

"tak mahu, tak apalah" sambil mengambil baju itu dan menyangkutkannya kembali. 

Kalau bukan di musim cuti sekolah, tidak demikian sikap mereka.

 

* terima kasih Puan Shamshina Ahmad kerana berminat dengan blog ini.



Sunday, December 29, 2013

RAMAI YANG BODOH SOMBONG.

Kalau boleh saya katakan, salah satu kesalahan besar mereka yang menjadi orang Nombor 1 dalam mana-mana Kementerian, Jabatan atau Agensi kerajaan ialah keengganan mereka meminta pandangan daripada bekas orang-orang Nombor 1 sebelumnya, sebelum mereka membuat sesuatu  keputusan penting.

Selalunya apa yang saya perhatikan dan macam sudah jadi tabiat pulak, mereka seboleh-bolehnya mahu mengubah segala dasar atau cara yang pernah dibuat oleh orang Nombor 1 sebelumnya. Kalau mereka bertanya kepada bekas orang-orang Nombor 1, seolah-olah jatuh taraf dia di mata dunia. Padahal saya percaya orang Nombor 1 sebelum dia sangat sudi dan berbesar hati memberikan pandangan mereka kalau diminta.

Akibatnya banyaklah kesalahan yang pernah dialami oleh orang Nombor 1 sebelumnya yang terulang semula atau banyaklah kejayaan orang Nombor 1 sebelumnya tidak diterus, dipertingkat atau lebih malang dibiarkan begitu sahaja.

Alangkah ruginya orang yang sedang memegang jawatan Nombor 1 yang tidak mahu mengambil faedah dari pengalaman bekas orang Nombor 1 yang pernah mengisi kerusi yang didudukinya sekarang. Inilah sikap yang saya kesalkan kerana ia tidak menguntungkan sesiapa jua kecuali barangkali sedikit rasa kehebatan diri sendiri orang Nombor 1 yang berkenaan.

Saya cuma ingin mengambil satu contoh (maafkan saya kalau contoh ini tidak tepat) iatu Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam yang telah diilhamkan oleh Sanusi Junid, mantan Menteri Pertanian yang seolah-olahnya telah dibiarkan begitu sahaja oleh menteri yang menggantikannya. Akhirnya  projek bernilai jutaan ringgit itu terbiar lesu begitu sahaja ? Siapa yang rugi ? Apakah menjadi terhina kalau menteri yang mengambil jawatan dari Sanusi  dulu meneruskan dan mempertingkatkan projek tersebut.

Mari kita lihat beberapa keping gambar semasa zaman kehebatan Tamam Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam tersebut. Saya berkesempatan mengunjungi beberapa taman di luar negara, dan saya berpendapat Tamam Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam adalah setanding dengan taman-taman yang pernah saya lawati. Saya rasa projek ini sangat baik dan berpotensi menjadi salah satu tarikan pelancongan dari dalam dan luar negeri kalau ia diteruskan dan ditambahbaik lagi isinya.

 






 


Saya tidak pasti apa sebenarnya masalah yang dihadapi oleh projek ini. Adakah ia berpunca dari masalah status tanah, kewangan atau masalah sikap seperti yang saya sebutkan. Kalau masalah status tanah atau masalah lain, mengapa ia boleh dibina sedemikian rupa sebelum ini. 

Maka kepada mereka yang sedang menjadi orang Nombor 1 atau baru menjadi orang Nombor 1 atau akan menjadi orang Nombor 1, saya berharap anda janganlah jadi bodoh sombong. Janganlah terlalu mengikutkan ego sendiri untuk meninggalkan bekas masing-masing kerana anda dipertanggungjawabkan dengan amanah mentadbirkan dan menguruskan wang dan harta awam dan bukannya wang atau harta sendiri.

Di bawah adalah gambar semasa, keadaan jambatan yang sudah rosak dan tidak digunakan lagi.

Wednesday, December 25, 2013

WW # 97 : WHO ? WHEN ?


Sunday, December 22, 2013

DARI FESBUK # 4 - KALAU NAK BUAT SEMBAHYANG HAJAT.

Kat kuliah Subuh tadi, Ust Zaidi cakap "kenapa buat sembahyang hajat seminggu lagi nak periksa SPM, patutnya buatlah masa di awal tingkatan 4 lagi". Terdiam saya sekejap bila memikirkan kebenaran kata-kata Ust Zaidi itu.


.

Thursday, December 19, 2013

MARI KITA MAIN SMS 10 - PTPTN

 


Kali terakhir kita bermain SMS adalah pada 16 April 2013 dengan akronim CIMB. Entrinya di sini.  Antara penyertaan yang menarik di antara yang menarik sebab semuanya menarik adalah:
 
Cintai Interest Malanglah Bagimu... Hehehe

cam intan merompak batu.
(macam intan = cimb yg mmg dh kaya raya;merompak batu = batu tu duit pak ngah kot) sy agak2 je...

cinta itu memang buta

C - CINA
I - INDIA
M - MELAYU
B - BOLEH

MALAYSIA BOLEH!!

Cuma Ingat Masa bahagia....huhu

Cinta Itu Milik Bersama (untuk orang bercinta)

Cuma Ini Mampu Beri (untung takde) refer entri uncle. hehehe!



Kali  ini saya ingin mencabar minda anda untuk memberi akronim PTPTN pula. Saya tahu semua orang tahu makna sebenar PTPTN. Seperti biasa saya mulakan dulu.

PTPTN =  PELAJAR TIDUR PENGETUA TAK NAMPAK

Sekarang anda sambung pula jika sudi !


Wednesday, December 18, 2013

WW # 96: BEKAS BAKAL Y.B MENYAMPAIKAN SUMBANGAN.


Monday, December 16, 2013

MARI KITA DUDUK DALAM GUA !




Tadi saya belek-belek surat khabar semalam. Banyak pulak iklan projek perumahan. Bila tengok harganya saya jadi takut. Ada rumah teres di kawasan Puchong yang harganya mencecah hampir RM1 juta. Rumah teres je ! Memang sah dah gilo, tak masuk akal harganya. Bukan rumah sahaja. Kondo atau aparment pun begitu juga.

Rumah tak serupa ayam. Kalau harga ayam naik, kita boleh makan ikan, daging, telor dan sebagainya. Ada orang makan sayur pun boleh hidup.  Tapi kalau harga rumah (dibaca tempat kediaman) sudah di luar capaian kemampuan majoriti rakyat, takkan kita nak suruh mereka duduk dalam gua pulak. 

Saya sedar harga rumah perlu naik, sebab harga tanah, buruh, bahan binaan semua dah naik. Barang lain pun semuanya naik. Tapi kenaikannya adalah dalam julat yang masih lagi munasabah. Berbeza dengan harga rumah, kenaikannya sudah melampau. Keterlaluan. Pemajunya bukan lagi ingin mencari keuntungan tapi ingin  mengaut keuntungan semaksimum mungkin.

Kalau kenaikan setakat 30 - 40 % masih lagi boleh diterima, tapi saya rasa di sesetengah tempat kenaikannya sudah sampai 300% dalam tempoh masa 3-4 tahun sahaja.

Apa nak jadi ni ? Apa solusinya ? Takkan pihak yang berwajib nak biarkan begitu sahaja golongan PEMAJU ini mencekik darah kaum proletariat.

p/s: dekat nak pilihanraya nanti datanglah berkempen kat gua saya.



Wednesday, December 11, 2013

WW # 95 : KECIL-KECIL CILI PADI, BESAR-BESAR LIMAU ABONG.


Monday, December 9, 2013

SIAPAKAH ORANG YANG PALING BIADAP ?




Bagi saya orang yang paling biadap ialah orang yang GEMAR memotong cakap kita sebelum kita habis bercakap. 

Kalau saya hilang sabar nanti, saya POTONG lidah awak !

Dulu saya pernah buat entri mengenai dia kat sini.

Sampai sekarang nampaknya dia masih lagi mengekalkan kegemaran dia itu.

Grrrrrr. 


 

Friday, December 6, 2013

ORANG TUA MENANGGUNG RAGAM.





Cakap salah tak cakap salah. Tegur salah tak tegur salah. Tapi saya benar-benar tidak selesa melihat video di beberapa di Youtube dan membaca status di fesbuk budak-budak kita yang sedang asyik masyuk bercinta. Bagi saya ia cukup meloyakan melihat cara mereka  melahirkan atau menunjukkan perasaan sayang dan cinta masing-masing.  Perangai atau tindakan sesetengah dari mereka mengalahkan Mat Saleh. Memang tidak sesuai langsung dengan tuntunan agama dan juga adab orang Melayu.

Kalau ia pun awak tengah bercinta  baru satu minggu  tak perlulah atau apa perlunya nak diceritakan ke serata alam.  Orang bukan kesah pun. Meluat lagi, adalah.

Kalau kita tegur, mereka mungkin akan kata kita ni jeles atau kolot. Silap-silap kita dibahasakannya ...

 "Pakcik pergi surau lagi baik, tak lama lagi dah nak mati. Kita tahulah jaga diri kita. Kita bukan budak-budak lagi. Lagi pun kubur kita asing-asing" 

Ada satu kes tu saya rasa lucu pula. Mereka baru bercinta, duduk sekampung dan bekerja di bawah satu bumbung. Hari-hari berjumpa. Tapi masih lagi nak melahirkan atau mungkin lebih sesuai menunjukkan rasa cinta mereka dalam fesbuk mengunakan bahasa Laila Majnun. Kenapa tak cakap terus, mesej, PM atau telefon je kerana ia melibatkan hal ehwal awak berdua. Ini tidak, nak keluar makan kerang rebus - up date status; tengah makan kerang rebus - update status, balik rumah - update status mengatakan kerinduan yang teramat sangat. Maaf cakaplah, yang lebih-lebih tu saya perhatikan adalah pihak perempuannya. 

Cubalah awak fikirkan apa akan jadi, kalau awak ditinggalkan terkapai-kapai keseorangan kerana perasaan cinta itu tetiba luntur atau hilang dari lubuk hati pasangan awak kerana berjumpa dengan orang yang lebih berkenan di hati  ? Adakah ia mustahil ? Tidak, kerana orang yang sudah berpuluh-puluh tahun kahwin pun ada yang bercerai berai. Ataupun memang sejak dari awal lagi pasangan awak itu hanya berpura-pura sahaja dengan tujuan mengambil kesempatan atau pun untuk tujuan tertentu. Tidakkah malu nanti. Mana nak suruk muka. Satu Malaya sudah tahu.

Berpada-padalah anakanda !.


p/s. Kepada Sdr Fairus, ada soalan dari seorang pembaca di entri saya sebelum ini untuk awak.



Wednesday, December 4, 2013

WW # 94 : RESTORAN YANG MAHAL DI MALAYSIA.


Monday, December 2, 2013

ADA UGA BENDA YANG KITA TAK PATUT LUPA.


Saya tergelak besar bila membaca komen dari Kamsiah pada satu status fesbuk saya tentang keadaan lupa kakak ipar dia seperti berikut:


Orang kata penyakit lupa tiada ubatnya. Semua orang ada penyakit itu dan pernah mengalaminya. Cuma mungkin darjah kelupaannya berbeza antara seorang dengan seorang yang lain.

Misalannya, biasalah kalau kita terlupa nak 'switch on' periuk nasi letrik dan bila sampai masa nak makan, baru kita sedar setelah buka tudung periuk, nasi yang diharapkan masih lagi dalam keadaan beras berendam.

Namun begitu ada juga perkara yang tidak patut kita lupa dan kalau kita terlupa memang patut kalau kita kena marah atau pun kena ketawakan.

Contohnya kalau kita nak pergi memancing ikan,  memang tak patut kalau kita terlupa membawa joran. Kalau ianya berlaku, pasti kita akan ditertawakan atau dimarahi kengkawan  kerana menyusahkan mereka sekiranya kita terpaksa meminjam pancing mereka atau terpaksa patah balik.

Tahun ini saya lupa tarikh ulangtahun perkahwinan saya dengan Makngahnya. Nasib baik dia pun lupa sama. Hehehe.

Pernah juga berlaku kes lupa yang telah meragut nyawa di mana seorang ibu tertinggal anaknya yang sedang tidur dalam kereta untuk beberapa lama dalam cuaca panas dan akibatnya sungguh menyedihkan. Minta dijauhkan Allah ia berlaku kepada kita.


Atuknya terlupa nak buang tanda harga kat belakang baju cucunya yang baru dibelinya di Bukit Tinggi  .. dan cucunya pulak tak kisah pun.


p/s: perasan tak saya terlupa nak letak huruf 'j' pada perkataan 'juga' pada tajuk entri ini ?





Saturday, November 23, 2013

APA YANG SAYA MAKAN DI BUKIT TINGGI DAN PADANG.

Alhamdulillah percutian kami di Bukit Tinggi dan Padang selama 4H3M, sangat mewah dengan makanan dan minuman. Dan masakan Padang atau Minangnya sungguh kena dengan selera saya. Semuanya sedap, tiada yang tidak sedap melainkan semuanya sedap belaka.

Berikut adalah beberapa keping gambar makanan dan minuman yang sempat saya ambil beserta sedikit ulasannya.

 
 
Gambar 1: Minum pagi di rumah makan (restoran) Lamun Ombak. Saya  minta jus avocado (pokat) dengan mee goreng. Saya tak rekomen mee gorengnya tapi jus avocadonya terbaik.


Gambar 2: Makan tengahari di rumah makan Pak Datuk dalam perjalanan dari Padang ke Bukit Tinggi. Mak datuk sodap ea !

 

Gambar 3: Makan malam di rumah makan Gon Raya, Bukit Tinggi. Banyak lauk yang tak habis walaupun kita telah sedaya upaya mencuba menghabiskannya.



Gambar 4: Kuih lempeng (bika) pisang dan kelapa yang di bakar menggunakan pembakar seperti gambar 5 di bawah.


Gambar 5: Gambar dapur untuk memasak bika.


Gambar 6: Makan malam pada malam ke dua di Rumah Makan Sederhana.


Gambar 7: Makan tengahari di Rumah Makan Pondok Flora yang terapung di tengah sawah. Lebihan makanan kita dibuang ke dalam kolam dan disambut oleh ikan yang dipelihara di dalam kolam tersebut.


Gambar 8: Pertama kali saya merasa makan tapai ubi yang di goreng. Dengarnya kat Malaysia pun ada jual tapi saya belum pernah berjumpa lagi.


Gambar 9: Pais ikan. Mungkin beribu-ribu anak ikan menjadi korban dalam bungkusan sebesar ini. Rasanya cukup enak, dan saya makan 3 bungkus di samping kuih-kuih yang lain.


Gambar 10: Minuman dari daun kopi dan kayu manis disediakan secara percuma. Minumlah setakat mana yang mahu.


Gambar 11: Menjadi duta produk lantikan sendiri  kerepek jering.


Gambar 12: Makan malam di Rumah Makan Palanta Minang di tepi laut di Padang. Ikan bakarnya yang panas-panas enak dimakan begitu saja. Tidak jauh dari situ terdapat deretan 'tenda ceper'. Kalau nak tahu apa itu 'tenda ceper' silalah Google kerana ada cerita yang menarik mengenainya.

 

 Gambar 13: Gulai tunjang ini ada dalam menu setiap hidangan kami sebagai permintaan khas, kecuali pada hari pertama.



Pastinya saya akan miss (tokinyam kata Orang N9) dengan jus pokat, ikan pais dan juga gulai tunjangnya. Baru balik seminggu pun, saya dah merancang-rancang hendak pergi lagi ke sana.

Berikut adalah gambar-gambar saya di hadapan Rumah Makan yang saya sebutkan sebelum ini.






 * Rumah makan = restoran.

Friday, November 22, 2013

JANGANLAH KITA TERLALU BANYAK MERUNGUT.

Tiga keping gambar di bawah adalah hasil carian Google yang menunjukan bahana taufan Haiyan yang melanda Filipina baru-baru ini.




Mungkin kita belum pernah rasa betul-betul hidup sengsara. Barangkali cuma ibu bapa atau nenek moyang kita pernah merasakannya semasa pemerintahan Jepun atau Bintang Tiga dahulu.

Mungkin kita belum pernah mengalami ketiadaan letrik berhari-hari. Barangkali kita juga tidak merasa ketiadaan air paip berminggu-minggu. Kita tidak biasa beratur tujuh lapan jam hanya untuk membeli setangki penuh minyak petrol untuk motor kita.

Sekarang cuba kita bayangkan apa yang sedang dialami oleh mangsa tiupan angin taufan Haiyan yang melanda Filipina kira-kira dua minggu lalu. Bukan sahaja mereka telah mengalami terputus bekalan letrik, air paip dan kekurangan bahan makanan tetapi juga kemusnahan tempat tinggal dan harta benda bahkan kehilangan nyawa ahli keluarga masing-masing.

Taufan itu boleh sahaja melanda negara kita kalau itu kehendak Allah swt. Oleh itu bersyukurlah kita kerana masih dipelihara oleh Allah dari sebarang mara bahaya kecuali mara bahaya buatan kita sendiri.


Wednesday, November 20, 2013

WW # 93: TIADA GEMBIRA DI HATI KERANA MAKNGAHNYA TIADA DI SISI.


Saturday, November 16, 2013

BUKIT TINGGI MEMANG BAGUS.





Bergambar dengan ahli kumpulan di hadapan  Pusat Domkumentasi Dan Informasi Kebudayaan Minangkabau, Padang Panjang, Sumatera Barat, Indonesia.


Saya ke Padang dan Bukit Tinggi, Indonesia selama 4H3M dari 12/11 hingga 15/11 dalam kumpulan seramai 6 orang. Balik ke Seremban tengahari semalam.

Sekarang baru terasa letih. Semasa di sana, terlupa badan ini sudah tua dan lutut sakit. 

Nanti saya cerita dengan lebih lanjut dalam entri akan datang bila sudah selesai memilih gambar dan ada kelapangan.


Setakat ini sahaja dahulu untuk update blog.


Saturday, November 9, 2013

ISTANO LAMO SONANTI.

Kali terakhir saya menjejejakan kaki ke sini adalah pada awal tahun 60an semasa menghantar abang sepupu masuk bersekolah agama di Istana ini yang dijadikan sekolah agama sementara.

Beberapa minggu lalu saya singgah lagi semasa dalam perjalanan balik dari menghadiri kenduri kawin anak besan kepada abang ipar saya. Itu pun abang ipar saya yang memandu kereta membawa saya singgah di sini. Kalau ikutkan saya, entahlah bila akan singgah lagi.

Istana ini sudah berusia melebihi 100 tahun tetapi masih megah berdiri walaupun ia dibuat dari kayu sepenuhnya tanpa menggunakan sebatang paku pun. Tidak seperti bangunan moden yang dibuat dengan konkrit, tetapi baru guna setahun dua sudah retak sana sini atau pun runtuh terus. Bahkan ada yang masih dalam pembinaan pun sudah ada yang runtuh. 

Sedikit petikan dari Wikipedia mengenai sejarah dan latarbelakang istana ini.

The Istana Seri Menanti, also known as the Istana Lama Seri Menanti, is one of the famous landmarks in Negeri Sembilan. It is a timber palace constructed between 1902 to 1908. Today, the palace has been turned into a royal museum. This four-storey building is special because it was constructed without using any nails.[1] Hardwood rods were instead used to piece the timber together. The roof of this palace represents a buffalo's horns. The buffalo horns are widely regarded as the protective symbol of the palace.
It has four floors and was officiated by Yang DiPertuan Muhammad Ibni Almarhuni Yamtuan Antah. The palace was designed by two local Malay carpenters, Tukang Kahar and Tukang Taib. This palace has 99 posts including four posts which were 67 feet long.

Saya kagum dengan keindahan senibinanya yang diilhamkan dan dibina oleh tukang Kahar dan Tukang Taib itu (bukan orang putih) dengan pembantu-pembantu mereka. Kalau di barat atau di negara-negara maju, mungkin istana lama ini menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Sayangnya nasib istana ini tidak seperti nasib istana lama Gyeongbokgung di Seoul, Korea Selatan yang pernah saya lawati.

 

Gambar 1: Pintu gerbang yang  meletakan lambang kebesaran diraja (Canggai Putri) di tengah-tengahnya. Mungkin ramai orang Negeri Sembilan sendiri tidak tahu apakah maksud lambang itu.

Gambar 2: Pintu gerbang  ke makam di raja.


Gambar 3: Istana dipandang dari hadapan.


Gambar 4: Istana dari sisi. Memang layak di panggil istana.


Gambar 5: Sudah penuh uban baru datang semula melawat.


Gambar 6: Pemandangan istana dari luar pagar.


Gambar 7: Sebuah kole sebagai ole-ole berlatarkan Restoran Warisan kat Terachi.

 

Gambar 8: Gambar meja santapan ini orang yang beri dan bukan saya yang ambil kerana dalam istana tidak dibenarkan mengambil gambar.

Pemerhatian dan komen.

1. Saya agak kecewa kerana banyak benda yang saya ingin tahu tapi tak ada keterangan bertulis dan nak bertanya pun tak tahu kepada siapa kerana tiada petugas kelihatan.

2. Keduanya saya agak bimbang dan juga berharap pihak petadbiran istana ini mempunyai SOP dan persediaan yang baik untuk menghadapi kemungkinan berlakunya kebakaran.

Akhirnya terimalah serangkap pantun dari saya yang terbit dari pengalaman saya memandu dari Kuala Pilah ke Seri Menanti.


p/s: Orang Negeri Sembilan panggil Seri Menanti tu Sonanti.