Saturday, November 23, 2013

APA YANG SAYA MAKAN DI BUKIT TINGGI DAN PADANG.

Alhamdulillah percutian kami di Bukit Tinggi dan Padang selama 4H3M, sangat mewah dengan makanan dan minuman. Dan masakan Padang atau Minangnya sungguh kena dengan selera saya. Semuanya sedap, tiada yang tidak sedap melainkan semuanya sedap belaka.

Berikut adalah beberapa keping gambar makanan dan minuman yang sempat saya ambil beserta sedikit ulasannya.

 
 
Gambar 1: Minum pagi di rumah makan (restoran) Lamun Ombak. Saya  minta jus avocado (pokat) dengan mee goreng. Saya tak rekomen mee gorengnya tapi jus avocadonya terbaik.


Gambar 2: Makan tengahari di rumah makan Pak Datuk dalam perjalanan dari Padang ke Bukit Tinggi. Mak datuk sodap ea !

 

Gambar 3: Makan malam di rumah makan Gon Raya, Bukit Tinggi. Banyak lauk yang tak habis walaupun kita telah sedaya upaya mencuba menghabiskannya.



Gambar 4: Kuih lempeng (bika) pisang dan kelapa yang di bakar menggunakan pembakar seperti gambar 5 di bawah.


Gambar 5: Gambar dapur untuk memasak bika.


Gambar 6: Makan malam pada malam ke dua di Rumah Makan Sederhana.


Gambar 7: Makan tengahari di Rumah Makan Pondok Flora yang terapung di tengah sawah. Lebihan makanan kita dibuang ke dalam kolam dan disambut oleh ikan yang dipelihara di dalam kolam tersebut.


Gambar 8: Pertama kali saya merasa makan tapai ubi yang di goreng. Dengarnya kat Malaysia pun ada jual tapi saya belum pernah berjumpa lagi.


Gambar 9: Pais ikan. Mungkin beribu-ribu anak ikan menjadi korban dalam bungkusan sebesar ini. Rasanya cukup enak, dan saya makan 3 bungkus di samping kuih-kuih yang lain.


Gambar 10: Minuman dari daun kopi dan kayu manis disediakan secara percuma. Minumlah setakat mana yang mahu.


Gambar 11: Menjadi duta produk lantikan sendiri  kerepek jering.


Gambar 12: Makan malam di Rumah Makan Palanta Minang di tepi laut di Padang. Ikan bakarnya yang panas-panas enak dimakan begitu saja. Tidak jauh dari situ terdapat deretan 'tenda ceper'. Kalau nak tahu apa itu 'tenda ceper' silalah Google kerana ada cerita yang menarik mengenainya.

 

 Gambar 13: Gulai tunjang ini ada dalam menu setiap hidangan kami sebagai permintaan khas, kecuali pada hari pertama.



Pastinya saya akan miss (tokinyam kata Orang N9) dengan jus pokat, ikan pais dan juga gulai tunjangnya. Baru balik seminggu pun, saya dah merancang-rancang hendak pergi lagi ke sana.

Berikut adalah gambar-gambar saya di hadapan Rumah Makan yang saya sebutkan sebelum ini.






 * Rumah makan = restoran.

31 comments:

  1. Sdr KomenSen,

    Entry tuan mengajak saya mencari salasilah terhasilnya menu hebat dan unik negeri kita 'masak lomak lado api'.

    Saya 'terkinyam' masak lomak lado api ikan limbat salai rencah buah bacang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah jumpa salasilahnya nantiu, silalah kongsikan dalam blog tuan dan kalau tak keberatan tarik perhatian saya bila dah diposkan.

      * saya dah tak ingat lagi rupa ikan limbat ..

      Delete
    2. Assalammualaikum,

      Saya sekeluarga bercadang untuk bercuti ke Bukit Tinggi Padang, boleh share maklumat bagaimana saya boleh dapatkan agen perlancongan yang murah di Padang ini.

      Delete
    3. FayaHasan.

      Silalah berhubung dgn Sdr Zulham di nombor 6281363490093. Insyaallah dpt harga yg berpatutan.

      Delete
  2. Jus alpekat dorang sangat pukat kan Pakngah.

    ReplyDelete
  3. Sat...tapai goreng tu banyak kat Kelantan favourite saya jugak ni, lamanya tak rasa. Kerepek jering tu festime saya tau, bagus la kalau Pakngah Dutanya, bisa diedar ke Berlin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun baru tahu kewujudan tapai goreng dan juga baru tahu ia ada dijual di Kelantan .. macamana saya boleh miss sedangkan sudah banyak kali saya pergi Kelantan !

      Delete
  4. KALAU PERGI PEKAN BARU, RIAU, KAWAN-KAWAN SELALU CADANGKAN MINUM POKAT, TAPI SAYA BELUM PERNAH CUBA LAGI..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari Melaka nak ke Pekan Baru tu dekat sangat .. saya pun belum pernah sampai ke area sana.

      Delete
  5. Makanan di rumah Pak Datuk tu terasa Mak Datuk sedap harus juga dimasak dgn kasih sayang demi mengalu-alukan tetamu. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap-harap mereka sudai buka cawangan kat Senawang .. hehe.

      Delete
  6. Baru saya nak tanya apa tu Rumah Makan tapi sudah dinyatakan.

    Ternyata Pak Ngah berjaya membaca minda saya sebelum saya berfikir begitu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada juga tempat yang panggil restoran macam Restoran Sederhana itu ..

      Delete
  7. Salam Pakcik,

    Np kocik2 gambo? Tak pueh! Heheheheh...

    Ish, sdp2 tgk gmbo makanan tu. Paling bt sy nak rase, gulai tunjang tu. Adoi! Menarik je colornya....kepek jering? Tu pun mcm menarik jiwa je Pakcik.

    P/S - Mak sy dulu rajin gak grg tapai ubi Pakcik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali.

      atas permintaan awak, pakcik dah besarkan gambarnya secukup rasa ..

      Delete
  8. Semua rumah makan yang Pak Ngah pergi tu sangat sinonim dengan pe;ancong Malaysia. Dalam banyak tu cuma Rumah Makan Palanta Minang je yang sama tempat saya pernah cuba makan masa pergi awal tahun hari tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jalan ke Palanta Minang tu bersusun dengan 'Tenda Ceper' di sepanjang pantainya kan ..

      Delete
  9. Menarik Pak Ngah! Berapa agaknya kos anggaran (seorang - dewasa) untuk lawatan sebegini ya? Teringin nak bawa orang rumah jalan2 ke luar negara...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang menarik .. saya pun bercadang nak pergi lagi.
      Kos yang terlibat:
      1. tiket k/terbang Air Asia - RM188/ pergi balik.
      2. ground handling - RM350 (hotel, makan, pengangkutan) untuk 4H3M.
      3. cukai airport - Rp 100k.

      Delete
    2. Assalamualaikum pak cik pergi dgn agency apa.noleh bagi contact number terima kasih

      Delete
    3. Norsyafawati.

      Ini nama dan nombor telefonnya>

      +6285274871155 - Fery,

      Delete

  10. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete
  11. amboi uncle. semuanya sedap nih. kalau saya yang pegi mau naik 4-5 kg. huhuhu~

    ReplyDelete
  12. kalau ke padang perlu pergi ke bukit tinggi.. atau boleh bermalam di padang sahaja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak beli belah dan sight seeing, kenalah pergi ke Bukit Tinggi. Kalau nak tengok bandar dan pantai boleh saja di Padang.

      Delete
  13. Salam Pak Ngah, berapa harga makan yang Pak Ngah tunjukkan tu. Nak tau nak bajret. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali. Maaf banyak-banyak sebab dah terlupa. Lagipun Pakngah pergi pakai pakej yang sudah termasuk harga makanan, penginapan dan pengangkutan. Tapi bagaimanapun ia masih murah berbanding harga kat Malaysia.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.