Beberapa minggu lalu saya singgah lagi semasa dalam perjalanan balik dari menghadiri kenduri kawin anak besan kepada abang ipar saya. Itu pun abang ipar saya yang memandu kereta membawa saya singgah di sini. Kalau ikutkan saya, entahlah bila akan singgah lagi.
Istana ini sudah berusia melebihi 100 tahun tetapi masih megah berdiri walaupun ia dibuat dari kayu sepenuhnya tanpa menggunakan sebatang paku pun. Tidak seperti bangunan moden yang dibuat dengan konkrit, tetapi baru guna setahun dua sudah retak sana sini atau pun runtuh terus. Bahkan ada yang masih dalam pembinaan pun sudah ada yang runtuh.
Sedikit petikan dari Wikipedia mengenai sejarah dan latarbelakang istana ini.
The Istana Seri Menanti, also known as the Istana Lama Seri Menanti, is one of the famous landmarks in Negeri Sembilan. It is a timber palace constructed between 1902 to 1908. Today, the palace has been turned into a royal museum. This four-storey building is special because it was constructed without using any nails.[1] Hardwood rods were instead used to piece the timber together. The roof of this palace represents a buffalo's horns. The buffalo horns are widely regarded as the protective symbol of the palace.
It has four floors and was officiated by Yang DiPertuan Muhammad Ibni Almarhuni Yamtuan Antah. The palace was designed by two local Malay carpenters, Tukang Kahar and Tukang Taib. This palace has 99 posts including four posts which were 67 feet long.
Saya kagum dengan keindahan senibinanya yang diilhamkan dan dibina oleh tukang Kahar dan Tukang Taib itu (bukan orang putih) dengan pembantu-pembantu mereka. Kalau di barat atau di negara-negara maju, mungkin istana lama ini menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Sayangnya nasib istana ini tidak seperti nasib istana lama Gyeongbokgung di Seoul, Korea Selatan yang pernah saya lawati.
Gambar 1: Pintu gerbang yang meletakan lambang kebesaran diraja (Canggai Putri) di tengah-tengahnya. Mungkin ramai orang Negeri Sembilan sendiri tidak tahu apakah maksud lambang itu.
Gambar 2: Pintu gerbang ke makam di raja.
Gambar 3: Istana dipandang dari hadapan.
Gambar 4: Istana dari sisi. Memang layak di panggil istana.
Gambar 5: Sudah penuh uban baru datang semula melawat.
Gambar 6: Pemandangan istana dari luar pagar.
Gambar 7: Sebuah kole sebagai ole-ole berlatarkan Restoran Warisan kat Terachi.
Gambar 8: Gambar meja santapan ini orang yang beri dan bukan saya yang ambil kerana dalam istana tidak dibenarkan mengambil gambar.
Pemerhatian dan komen.
1. Saya agak kecewa kerana banyak benda yang saya ingin tahu tapi tak ada keterangan bertulis dan nak bertanya pun tak tahu kepada siapa kerana tiada petugas kelihatan.
2. Keduanya saya agak bimbang dan juga berharap pihak petadbiran istana ini mempunyai SOP dan persediaan yang baik untuk menghadapi kemungkinan berlakunya kebakaran.
Akhirnya terimalah serangkap pantun dari saya yang terbit dari pengalaman saya memandu dari Kuala Pilah ke Seri Menanti.
p/s: Orang Negeri Sembilan panggil Seri Menanti tu Sonanti.
huhuhu...
ReplyDeletekekurangan maklumat yang macam mana pak ngah?
contohnya yang paling asas .. saya nak tanya kat mana dapur ?
Deletetu ler kelemahan muzium-muzium kite...
Deletemakin taknak orang melawat kan?
Saya pun baru pergi ke istana ini sekali saja. Itupun kawan saya yg merupakan cucu angkat kpd Yam Tuan yg bawa kami masuk. Dia bawa kami ke istana lama dan istana baru.
ReplyDeleteTak tahulah bila saya akan sampai ke sana lagi. Mungkin bila dah beruban mcm Abg ….. hehehe
bukankah rambut awak pun dah beruban sekarang ini ?
Deletemalam bukak tak uncle?
ReplyDeleteontahlah .. uncle pun tak pasti .. tapi rasanya tak bukak kot !
Deletekampung den kek sonanti dah kono tingga
ReplyDeletetak ado sapo nak duduk kek umah tu dah
jadi ghimbo agak eyh
memang sudah jadi fenomena biaso .. mungkin lebih banyak lombu dari orang kek situ jam ni.
DeleteSdr al-lavendari,
ReplyDeleteSeumur hidup (juga telah penuh uban) baru sekali (tahun lepas) saya menjejak kaki ke istana lama- tidak boleh masuk sebab ditutup jam 6.00 petang.
Seeloknya orang Negeri Sembilan datang dan lihat sendiri istana lama itu dan kawasan persekitarannya kerana pengaruh Minangkabau masih dapat disaksikan dan 'dirasa' di situ.
Di tempek Ese Ghombau tak dapek suasana sebegitu.
eloknya begitulah .. kalau ada pertunjukan bongai, tumbuk kalang, cak lempong, pertukaran pengawal, tarian piring dipersembahkan dari masa ke semasa, mungkin ramai yang akan berkunjung.
ReplyDeleteKerajaan rasanya elok buat macam Cina yang wajib pelancong pi tempat2 tertentu.
ReplyDeleteTengok istana ni teringat perjalanan ke Bukit Tinggi awal tahun dulu, singgah di Rumah Gadang. elok juga kalau kerajaan sediakan petugas spt di sana yg akan bg taklimat kepada pelancong yg datang,
saya baru sahaja melawatnya .. sangat setuju dengan cadangan awak itu.
Deletesayangnya warisan sebegini tidak dibanggakan dan diketengahkan oleh warisnya sendiri.... jati diri? rasa macam lawak pulak kalau nk dibincangkan.
ReplyDeletebila ada petugas, biarlah petugas yang memang arif dan bukan sekadar bekerja makan gaji :)
saya lebih khuatirkan keselamatannya dari bahaya kebakaran kerana istana Pagar Ruyung misalnya sudah dua kali terbakar .. kalau pun dibina semula, ia sudah tidak serupa.
DeleteLUMRAH 'ORANG KITA', SEKALI SEUMUR HIDUP PERGI KE MUZIUM..
ReplyDeleteDENGAR CERITA ISTANA SERI MENANTI ITUPUN DALAM PROSES NAK DAPAT PENGIKTIRAFAN DARI UNESCO..
kalau ada tarikan seperti yang dibuat oleh Shahrom, Pengarah Muzium Negara dulu, mungkin akan ramai yang berkunjung.
DeleteUncle pantun dari saya,
ReplyDeleteMasak lemak cili padi
Enak rasa tidak terperi
Kita enak lupa jati diri
Anak sendiri lupakan umbi