Tiga keping gambar di bawah adalah hasil carian Google yang menunjukan bahana taufan Haiyan yang melanda Filipina baru-baru ini.
Mungkin kita belum pernah rasa betul-betul hidup sengsara. Barangkali cuma ibu bapa atau nenek moyang kita pernah merasakannya semasa pemerintahan Jepun atau Bintang Tiga dahulu.
Mungkin kita belum pernah mengalami ketiadaan letrik berhari-hari. Barangkali kita juga tidak merasa ketiadaan air paip berminggu-minggu. Kita tidak biasa beratur tujuh lapan jam hanya untuk membeli setangki penuh minyak petrol untuk motor kita.
Sekarang cuba kita bayangkan apa yang sedang dialami oleh mangsa tiupan angin taufan Haiyan yang melanda Filipina kira-kira dua minggu lalu. Bukan sahaja mereka telah mengalami terputus bekalan letrik, air paip dan kekurangan bahan makanan tetapi juga kemusnahan tempat tinggal dan harta benda bahkan kehilangan nyawa ahli keluarga masing-masing.
Taufan itu boleh sahaja melanda negara kita kalau itu kehendak Allah swt. Oleh itu bersyukurlah kita kerana masih dipelihara oleh Allah dari sebarang mara bahaya kecuali mara bahaya buatan kita sendiri.
sy musykil, dan biasanya sy x bertanya. Disebabkan pak ngah bawa topik ni, sy nk utarakanlah.. bila jadi macam ni,
ReplyDeletekerja macam mana ya? hubungan dgn dunia dah terputus sementara, macam mana nk notify bos,
macam mana nak tau hidup mati pekerja?
bila nk start masuk opis balik?
barang yang klien dah order, dan kita dah hantar, tapi x sempat sampai, apa jadi pda barang tu? perlu pulang duit balik x?
sy x mau tanya bab kehilangan ahli keluarga.. terlalu sedih sebab x tau status hidup mati
bila baca soalan-soalan awak tu, berserabut kepala pakngah jadinya .. dan pakngah sendiri tak tahu nak jawap macam mana. itu belum mengalaminya lagi .. semoga negara kita aman sentosa dan terhindar dari segala bencana.
DeleteSaya pun bukanlah pandai sangat dalam hal yang zonaku tanya tapi saya terpanggil utk beri sedikit komen.
DeleteBiasanya di dalam hal seperti ini, di dalam kontrak dipanggil 'force majuare' (ejaan saya mungkin silap) di mana segala hal berkaitan kontrak dan urusan harian akan dianggap tergantung.
betul cakap YB tu .. baru teringat .. maklum dah lama pencen. hehe.
Deleteya, Force majeure, tapi itu pembatalan kontrak n penangguhan apa semua. y sy nak tau, cemana nk start semula dan dari mana.... next step action cemana nak buat.
DeleteMoga Allah melindungi bumi Malaysia. Amin...
ReplyDeleteSalam uncle...lama saya tak komen di sini...
salam kembali. terima kasih kerana sudi berkunjung lagi.
DeleteTidak salah kalau nak memberi komen, tetapi yang salah adalah merungut.
ReplyDeleteJadi, saya ingin memberikan sedikit komen: "Janganlah merungut..."
memang komen sangat di alu-alukan .. betul .. jangan banyak merungut.
Deleteinsaf.....bersyukur..
ReplyDeleteSapa yg merunggut ? Ishhh tak kenal untung, tak tahu bersyukur
ReplyDeletehari-hari ada orang merungut ..
DeleteSYUKUR ALHAMDULILLAH.. SEMOGA MALAAYSIA TERUS AMAN DAMAI DAN TERPELIHARA DENGAN RAHMAT ILLAHI..
ReplyDeleteSaya pun tiap2 hari merungut Pak Ngah kadang2 tu pada benda tak perlu pun nak merungut, bukan apa kadang2 merungut2 tu boleh hilangkan sedikit stress yg dok ada ni...
ReplyDeleteAlhamdulillah Pak Ngah kita masih di lindungi...saya tak dpt nak bayangkan langsung kalau kita yg kena.
kalau itu tujuannya .. oklah kot.
Delete