Monday, November 4, 2013

BUDAK UMUR 12 TAHUN SUDAH ADA PERANCANGAN UNTUK BERKAHWIN.



 Haiqal bergaya dengan skate boardnya.


Satu petang dalam kereta semasa perjalanan pulang dari mengambil Haiqal - anak bongsu saya dari sekolah, saya mengadu jari hantu tangan kiri saya sakit. Lalu dia bertanya ..

kenapa ayah ?

biasalah .. bila dah tua macam nilah .. mungkin tak lama lagi ayah akan jadi macam Wan. Jawab saya. Wan tu adalah panggilan dia kepada bapa mertua saya yang tinggal bersama kami sejak sekian lama. Dia sudah terlalu uzur dan terpaksa diuruskan segala-galanya oleh isteri saya.

tak tahulah ayah, Haiqal sanggup ke tidak jaga ayah macam Mak jaga Wan .. sambung saya untuk melihat reaksi dia. 

Dengan segera serta dengan nada yang bersungguh-sungguh dia menjawab ..

Iqal cadang kalau Iqal kawin nanti .. kalau isteri Iqal ada emak ayah dia lagi, Iqal minta dia jaga emak ayah dia dan Iqal jaga ayah dan emak. Kalau emak ayah dia dah tak ada, Iqal suruh dia jaga mak dan Iqal pulak jaga ayah.
Jawabanya panjang lebar.


Tiba-tiba saya kehilangan kata-kata.





17 comments:

  1. Iqal nak kawen ngan kakak tak?
    kakak sanggup tunggu kalo hati iqal sesuci ini..

    okeh kakak verangan teruk sangat.. sekian :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Mesti seronok pak ngah dengar

    ReplyDelete
  3. Hehe... Bguslah dia pikir nk khwin dr nk couple...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah... bagus niat Iqal, hasil contoh teladan terbaik yg dia dapat daripada mak dan ayahnya

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..niat seorang anak y soleh...

    ReplyDelete
  6. matang pemikiran anak ini. biasa nya kalau umur macam ni sudah matang, dia mesti seorang yang tenang? betul tak pak ngah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. berbanding dengan sorang kakaknya, dia memang lebih tenang orangnya.

      Delete
  7. Bagus tu Pak Ngah. Tiap2 hari dia dok tengok mak ngah dengan penuh kasih sayang dan belas ehsan dok jaga wan dia sebab tu hati dia terdidik begitu. Mengajar anak2 bukan sahaja melalui kata2 tetapi juga melalui perbuatan kita.

    ReplyDelete
  8. produk sekolah SRI SBN memang terbaik...:)

    ReplyDelete
  9. kahkahkah...

    logik kan?

    ReplyDelete
  10. Alahai tukang urut den niaaa.... ok la setel la tu..... ayong relax jela nnt ..hahah.....jgn marah yo ayah

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.