Friday, November 1, 2013

MERAMU

Semalam saya draf pantun seperti di bawah; tujuannya untuk dimasukan ke dalam fesbuk Grup K-PAP yang saya jadi adminnya. Secara tak sengaja, saya tertekan publish; yang dihajatkan sebenarnya ialah save. Apa nak buat, terlajak perahu boleh diundur, terlajak tekan terimalah padahnya.

Oleh kerana sudah terlanjur, saya publish jugalah pantun tersebut dalam loghat Negeri Sembilan, kerana mungkin ada pembaca yang tercari-carinya semalam.

Oghang ko ulu moncaghi  rotan,
Dio ko ulu moncaghi sogo.
Oghang moghamu kek dalam hutan,

Dio moghamu kek Nilai tigo.

sogo = sejenis rotan.
moghamu (meramu) = mencari ramuan.

7 comments:

  1. Comel je pantun ni Pakcik. Bile sy jengah K-PAP, pening gak pala sy dok ikut baca ape yg pakcik tulis tu. Heheheheh.....tapi sonok gak bile dpt bls ckp dgn kwn nogori dlm dialek nismilan. Heheheh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakcik pun seronok bila ramai orang yang seronok di dalam grup tu .. terima kasih Fara kerana sudi join.

      Delete
  2. WALAUPUN KITA BERSEBELAHAN NEGERI, TAPI DEN TAK PAHAM.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak jugo orang Melaka yang bersempadan dengan N9 yang bercakap dalam loghat N9 kan ?

      Delete
  3. saya liked page tu tapi tak berani nak berpantun..kira tak reti lah senang..., moghamu kek Nilai tigo dongan mamaD silap2 boleh pengsan woo..hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum ada lagi dengar orang pengsan kat Nialai 3 sebab meghamu ..

      Delete
  4. Baca pantu tu sambil gelak2. Saya kalau nak tulis cara org Perlis cakap jenuh dok pikiaq.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.