Showing posts with label entri saja saja. Show all posts
Showing posts with label entri saja saja. Show all posts

Thursday, August 14, 2025

BEZA SERUPA DENGAN SAMA.

Menjadi perkara yang biasa kalau kita balik dari surau terpakai selipar orang lain yang  SERUPA dengan selipar kita.

Tetapi adalah perkara luar biasa kalau kita balik dari surau dengan isteri yang SERUPA. 

Jadi pastikan kita balik dari surau dengan isteri yang SAMA.



Wednesday, June 18, 2025

SIAPA PERLUKAN SIAPA SEBENARNYA?

Semasa saya berusia 50an dan masih bekerja dahulu, bila ada orang bertanya "Masih kerja lagi ke?". Lalu saya jawab, "Nampaknya begitulah. Perkhidmatan saya masih diperlukan oleh kerajaan". 

Sekarang baru saya terfikir yangsebenarnya pada masa itu, sayalah yang masih perlu berkhidmat dengan kerajaan, bukan sebaliknya. Banyak tanggungan seperti belanja dapur, anak sekolah, ansuran rumah, ansuran kereta, kirim kampung dan sebagainya yang perlukan wang. Tambahan pula isteri saya hanyalah seorang suri rumah tangga sepenuh masa. 

Alhamdulillah pada masa ini semua anak sudah habis belajar dan dah bekerja, ansuran rumah dan kereta dah langsai, tiada lagi kiriman bulanan ke kampung tetapi perbelanjaan baru pulak timbul iaitu belanja perubatan dan kesihatan saya dan isteri. Tapi tidaklah membebankan sangat. 



Friday, April 11, 2025

KISAH SELEPAS BERSARA.

 

Selepas bersara ni, banyak benda2 yang kita gunakan semasa bekerja dulu sudah tidak digunakan lagi atau kurang digunakan.  Saya suka meletakkannya di bawah 3 kategori.

Kategori A: Benda yang tidak lagi digunakan. Contoh:

1. Beg ke pejabat.

2. Tali leher.

3. Kot dan jeket dan baju sejuk/panas.

4. Pakaian istiadat (seperti dalam gambar)

Yang paling banyak dalam simpanan adalah tali leher. Semasa berkemas kat ofis dulu, saya masukkan semuanya ke dalam beg plastik. Sekarang rupanya dah macam cacing dalam tempurung.  

Katgegori B: Benda yang kurang  digunakan. Contoh:

1. Kereta.

Sekarang asyik guna motosikal kapcai je. Jimat minyak dan senang nak parking. Ada satu kereta tu yang dulunya selalu saya bawa ke ofis, dah sebulan isi minyak, masih tinggal suku lagi minyaknya. 

2. Seluar.

Maksudnya bukan tak pakai seluar tapi tak lah macam dulu seminggu 4-5 kali tukar. Sekarang sehelai seluar boleh pakai 3-4 kali sebab pakai sekejap2. Lebihnya banyak pakai kain sarong.

3. Baju batik. 

Pakai pun kalau pergi kenduri. Dulu kena pakai setiap hari Khamis atau bila ada dinner.  Nak pakai bawa pergi sembahyang Tarawikh rasa macam tak sesuai pulak.  

4. Kasut dan stokin.

Sekarang ini lebih banyak pakai selipar atau berkaki ayam sahaja.

Kategori C: Benda yang terus digunakan tapi benda itu pulak makin sedikit. Contoh:

1. Duit.

2. Ringgit.

3. Fulus.

4. Pitih.

Nota kaki. Saya tak pulak bercadang nak memberikan benda2 dalam kategori A dan B, lebih2 lagi benda2 dalam kategori C kepada orang lain. 


Sunday, April 6, 2025

SILAP FAHAM LAGI BAHAYA DARI TIDAK FAHAM.



Yang paling saya takut bukan orang tidak faham tapi orang silap faham apa yang saya kata. Orang yang tidak faham selalunya dia akan bertanya balik tapi orang yang silap faham tidak akan bertanya kerana dia rasa sudah faham. Kita pulak tidak tahu dia silap faham kerana kita ingatkan dia faham. Maka berlanjutanlah masalah ini sampai bila-bila kecuali suatu masa nanti orang itu bertanya kepada kita. 

Sunday, November 10, 2024

CERITA TAK JUJUR.

Jangan ingat ahli politik atau penjawat awam sahaja yang tidak jujur. Mereka yang bukan ahli politik atau penjawat awam juga ada (maksudnya bukan semua) yang tidak jujur. Antaranya, 

1. Drebar teksi. Kerap sangat kita dengar pelbagai rungutan dari penumpang. 

2. Penjual kereta terpakai. Saya penat nak berkisah tentangnya. Cuba baca sini.  

3. Taukeh kolam mancing ikan. Sentiasa tunjuk gambar pemancing yang dapat banyak ikan sahaja. Gambar orang yang kumpau macam saya tak pernah tunjuk.

4.  Penjual durian.  Saya terkena boleh kata hampir setiap kali beli. 

5. Penjual ubat. Tak kuasa nak cerita. 

6. Kedai baiki kereta (woksyop). Malas nak cerita. 

7. Peniaga PARAM. Pernah makan karipap inti angin tak ? 

Nota kaki: Kumpau bermaksud.

KUMPAU  adalah istilah dan gelaran para pemancing di Malaysia ketika gagal mendapat ikan yang disasarkan atau tiada hasil pancingan yang memuaskan ketika memancing ikan. Pemancing yang memancing dan pulang dengan tangan kosong akan di gelar KUMPAU.



Sumber istilah : http://maxxpeacock.blogspot.com/2013/08/kumpau.html


Tuesday, September 17, 2024

CERITA TUALA JER PUN.

Gambar hiasan hasil carian Google.

Saya kalau pergi hotel atau homestay, agak keberatan untuk guna tuala mandi yang disediakan, terutamanya untuk mengelap muka atau kepala. Macam-macam benda yang bukan-bukan saya bayangkan. Sebaliknya saya akan gunakan tuala yang saya bawa dari rumah untuk mengeringkan rambut dan muka.

Itu sayalah. Orang lain saya tak tahu.

Sunday, May 5, 2024

SIAPA NAK TAHU ASAL USUL SELFIE ?

Rupanya beselfie (ambil gambar sendiri) ini sudah lama cuma cara berselfie sahaja yang berbeza. Di media sosial terutamanya facebook sekarang terdapat macam kegilaan orang berselfie. Saya pernah tunjukan gambar-gambarnya entri ini sedikit masa sulu.

Mudah cerita saya kopipes sahajalah asal usulnya dari wikipedia seperti di bawah. Kalau ada yang tak faham boleh tanya dan belum tentu saya boleh jawab. Hehe.

A selfie is a self-portrait photograph, typically taken with a hand-held digital camera or camera phone. Selfies are often shared on social networking services such as Facebook, Instagram, or Twitter. They are usually flattering and made to appear casual. Most selfies are taken with a camera held at arm's length or pointed at a mirror, rather than by using a self-timer.



History


First known selfie, taken by Robert Cornelius in 1839


Robert Cornelius, an American pioneer in photography, produced a daguerreotype of himself in 1839 which is also one of the first photographs of a person. Because the process was slow, Cornelius was able to run into the shot for a minute or more, and then replace the lens cap.[1] He recorded on the back "The first light Picture ever taken. 1839.


Woman taking her picture in a mirror, ca. 1900
The debut of the portable Kodak Brownie box camera in 1900 led to photographic self-portraiture becoming a more widespread technique. The method was usually with the use of a mirror and stabilizing the camera either on a nearby object or on a tripod while framing via a viewfinder at the top of the box.[3] Russian Grand Duchess Anastasia Nikolaevna at the age of 13 was one of the first teenagers to take her own picture using a mirror to send to a friend in 1914. In the letter that accompanied the photograph, she wrote, "I took this picture of myself looking at the mirror. It was very hard as my hands were trembling."[4]

The earliest usage of the word selfie has been traced to 2002 when it first appeared in an Australian internet forum (ABC Online) on 13 September: "Um, drunk at a mates 21st, I tripped ofer and landed lip first on a set of steps. I had a hole about 1cm long right through my bottom lip. And sorry about the focus, it was a selfie."[5] As with other new technologies, the protocols and etiquette for taking and disseminating selfies remains under development, with appropriate use a matter for consideration.[6]

============================================================ 



Barangkali inilah kali pertama saya berselfie (tahun 2005) menggunakan kamera betul (bukan kamera henfon) seperti gambar di bawah.  Oleh kerana saya tinggal seorang, maka mahu tidak mahu saya terpaksa mengambil gambar sendiri berlatarbelakangkan sebahagian  kota raya Paris berkali-kali baru menjadi.



Berselfie seperti budak di bawah adalah dilarang sama sekali. Kalau buat juga, akibatnya tanggunglah sendiri.

Monday, November 27, 2023

ADA ORANG TU ..

Ada orang tu pandai. Dia tahu dia pandai tapi dia tak suka tunjuk pandai - orang ini pandai.

Ada orang tu pandai. Dia tahu dia pandai dan dia suka tunjuk pandai - orang ini kurang pandai.

Ada orang tu tak pandai. Dia tahu dia tak pandai dan dia pun tak pernah tunjuk pandai - orang ini juga pandai.

Ada orang tu tak pandai. Dia tahu dia tak pandai tapi dia suka tunjuk pandai - orang ini kurang pandai.

.

Monday, January 2, 2023

TAK MAMPU BERLAKU ADIL.


Jika kita ada banyak pilihan kerap kita ada fevret tertentu. Contohnya banyak. Antaranya, suka kepada baju tertentu setiap kali pergi kenduri kawin. 

Gambar di atas menunjukkan baju batik yang saya suka pakai padahal saya ada baju batik lain yang boleh tahan banyaknya. Adakalanya saya rasa bersalah kepada baju batik lain kerana tidak dapat berlaku adil kepada mereka.

Adakah anda juga bersifat begitu? 

Thursday, October 14, 2021

LABANG SEPANG.


 Gambar hiasan hasil carian Google. 

Orang kita lebih suka panggil airport dari lapangan terbang.

Saya rasa ia kerana perkataan itu lebih mudah disebut dan pendek ejaannya. Bukannya sebab orang kita tak cintakan Bahasa Melayu. Kalau banyak lapangan terbang, lagi panjang ejaannya sebab kita kena tulis dua kali. Dulu2 sebelum sistem ejaan baru,  kita boleh letak angka dua untuk perkataan berganda. 

Kalau perkataan lapangan terbang ini ingin diringkaskan, apakah perkataan yang sesuai?

Saya cadangkan perkataan "labang" ok tak ? 


Thursday, September 2, 2021

SAJA CARI PENYAKIT.

Saya dapati ramai juga netizen yang membelasah atau mentertawakan  bahasa Inggeris Timbalan Menteri ini. Dalam pada itu, saya perhatikan Bahasa Melayu yang digunakan oleh para pengkritik tersebut juga huru hara dari sudut nahu dan ejaannya. 

Namun begitu dalam kes Timbalan Menteri ini, saya sedikit pun tidak bersimpati dengannya kerana dia sengaja cari penyakit.  Saya tidak nampak apa perlunya dia menyelitkan ungkapan Bahasa Inggeris dalam tulisan beliau itu. Alangkah bagusnya kalau ungkapan dalam Bahasa Inggeris tersebut digantikan, misalnya dengan seruan "ke gunung sama kita daki,  ke lurah sama kita turuni" atau yang seumpamanya.


~

Thursday, July 29, 2021

MASALAH KALAU BANYAK SUMBER.


Gambar hiasan hasil carian Google.
 

Ada masa dan ketikanya lebih baik kita dapat maklumat hanya dari satu sumber sahaja.  

Kalau kita cuba dapatkan maklumat dari banyak sumber,  kita mungkin konfius untuk memilih sumber mana yang betul. Contohnya; kalau kita nak tahu waktu,  jangan tengok jam kat kedai jam. Kalau ada seratus buah jam kat kedai jam tersebut,  kemungkinan kita akan dapat seratus masa.  

Lebih baik kita tanya masa kat pengawal, tak ada kacau fikiran. 

Thursday, July 8, 2021

DURIAN SEBAGAI NAMA.

 


Gambar hiasan hasil carian Google. 

Sekarang ni musim durian. Orang kita memang rapat dengan durian. Buktinya, cukup banyak nama kampung atau tempat mengambil nama durian. Antaranya:

Durian Tawar,  Pahang. 

Durian Tunggal, Melaka. 

Durian Tipus,  NS.

Durian Daun, Melaka. 

Simpang Durian,  NS

Durian Sebatang,  Pahang. 

Durian Condong,  Johor. 

Durian Tiga Batang,  NS. 

Durian Guling, Terengganu. 

Durian Gasing, NS

Durian Burung, Selangor. 

Durian Pipit,  Perak. 

Kampung Durian,  Sabah. 


Kalau ada lagi,  bolehlah tolong tambah. 


.

Saturday, June 5, 2021

BAHASA MELAYU KLASIK LAWAN BAHASA NEGERI SEMBILAN.


Gambar hiasan hasil carian Google. 


BK: Sudi apalah kiranya tuan hamba memberikan saya durian itu barang seulas. 

N9: Bak suleh. 

BK: Alangkah baiknya jika kita semua dapat bersegera berangkat sekarang agar kita boleh sampai sebelum senja. 

NS: Moh dogheh. 

BK:  Gerangan apakah yang membuat tuan hamba datang ke teratak hamba di tengah-tengah malam buta begini ni? 

NS: Kau nak apo? 

BK: Mengapakah tuan hamba gemar sekali menggangu anak-anak gadis yang sedang bergumbira bermain-main di dalam taman itu.

NS: Janganlah uncah. 

BK: Bukankah telah hamba ingatkan berulang kali supaya tuan hamba tidak mengacau kerbau yang sedang tidur itu. Sekarang lihatlah apa yang terjadi. 

NS: Ghaso an

BK: Barulah hamba mengerti bahawa tuan hamba ini sebenarnya adalah pemilik sawah ladang ini. 

NS: Kosan ea. 

BK: Hamba kurang pandai bagaimana hendak mengajar tuan hamba menganyam tikar mengkuang itu. 

NS: Hontah. 


Monday, May 3, 2021

YANG MANA PALING SUSAH ?


Gambar hiasan hasil carian Google. 

Bagi anda perbuatan yang mana satu yang paling susah? 

1. Memaafkan kesalahan orang yang pernah memalukan kita di khalayak ramai. 

2. Melupakan seseorang yang sangat dikasihi yang telah tiada. 

3. Menghalalkan hutang kepada peminjam yang mampu membayar. 

4. Bersedekah di kala kita sendiri sedang kesempitan. 

5. Mengelakan dari mengumpat di kala peluang ada di depan mata. 

Bagi saya yang paling susah untuk dilakukan buat masa ini (dekat nak raya) adalah nombor 2.

Saturday, February 13, 2021

SAYA INGIN BERHIBERNASI.



Oleh kerana blog sudah tidak meriah macam dulu-dulu, saya bercadang untuk berehat dahulu dari berblog.  Manalah tahu satu masa nanti, blog kembali meriah selepas orang jemu dengan fesbuk,  instagram,  twitter,  whatsApp,  BIP, telegram dan sebagainya,  saya akan kembali berblog.  Insyaallah. 

Saturday, August 22, 2020

APA PERSAMAAN ORANG POLITIK DENGAN KAKI PANCING?

Gambar hiasan hasil carian Google.


Orang politik ni macam kaki pancing juga.  Walau pun orang lain lihat dia dah uzur atau terlalu tua, semangat untuk memancing tak pernah pudar. Selagi terdaya,  mereka tetap akan turun memancing.  Kalau tak larat ke laut luas,  mereka akan memancing di tepi pantai. Kalau tak larat menebing sungai,  mereka akan memancing di kolam berbayar.  Pokoknya mancing tetap mancing. 

Kadang2 kalau tak ada duit untuk bayar mancing di kolam,  mereka pergi melepak tengok orang lain mancing untuk lepas gian. Harap-harap ada kawan yang memancing suruh jaga pancing dia sekejap, sementara dia pergi tandas atau pergi solat. Dapatlah pegang batang pancing walaupun sekejap. Jadilah. Bagi orang yang bukan kaki pancing mereka tidak akan faham bahkan ramai yang mempersendakan mereka. 

Begitulah juga orang politik. Kepada mereka yang tak faham perangai orang politik,  cuba fahami perangai kaki pancing.  Tak banyak beza. 

Selepas itu tak perlulah nak kutuk atau sindir mereka kecualilah anda memang berjawatan tetap sebagai pengkritik orang politik

Thursday, June 11, 2020

PERIBAHASA COVID19.




1. Seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit.
Seorang pekerja kena COVID, habis satu kilang kena tutup.

2. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
Alang-alang cuti PKP,  biar sampai ke hujung tahun.

3. Kalau tak dipecahkan ruyung,  manakan dapat sagunya. 
Kalau tak buat ujian Covid,  mana nak tau positif ke tidak.

4. Jangan disangka air yang tenang tiada buaya.  
Jangan disangka orang yang nampak sihat tak bawa virus Covid.

5. Marahkan nyamuk, kelambu dibakar.
Marahkan virus Covid, topeng muka tak nak pakai.


Sila sambung ...

Saturday, June 6, 2020

SIAPA TIDUR CEPAT?

Kebiasaannya. 

® Tidur cepat, bangun cepat - atuk. 

® Tidur cepat, bangun lambat - cucu. 

® Tidur lambat, bangun lambat - anak.

® Tidur lambat, bangun cepat - nenek/ibu/isteri. 

® Tidur lambat,  bangun cepat,  lepas tu tidur balik - suami. 

Friday, May 22, 2020

DARI FESBUK # 29: TAHU TAK KENAPA?