Tuesday, July 13, 2010

JUAL-BELI KERETA - KITA NI IBARAT MENTIMUN !


Ini bukan gambar kereta. Ini adalah gambar mentimun !


Saya cukup susah nak percaya dengan kata2 penjual atau pembeli kereta. Kereta baru ke kereta terpakai ke, sama saja. Saya selalu sakit hati bila berurusan dengan mereka.

Kalau kita yang nak jual kereta, dia orang KATA begini. Dan kalau kita pulak yang nak beli kereta, dia orang KATA begitu ...

Kalau dia yang nak beli kereta kita: "kaler putih banyak susah mahu jual ... orang tak berapa suka ... cepat kotor ooo"

Kalau dia yang nak jual kereta dia: "kaler putih lah bagus sebab kurang berlaku eksiden .. orang cepat nampak ooo"

Kalau dia yang nak beli kereta kita: "ayooo .. dia punya sport rim banyak besar, nanti dia punya tayar juga kena besar ... mahal ooo"

Kalau dia yang nak jual kereta dia: "sport rim besar lah bagus .. mantap. Ambil selekoh Bukit Putus pun tak der goyang ooo"

Kalau dia yang nak beli kereta kita: "ini sun-roof banyak senang rosak ... kalau dia rosak, air boleh masuk ooo"

Kalau dia yang nak jual kereta dia: "sun-roof sekarang ini dah jadi trend .. nampak cool ooo"

Kalau dia yang nak beli kereta kita: "banyak orang tak berapa suka leather seat ... panasss ooo!

Kalau dia yang nak jual kereta dia: " leather seat senang basuh .. lagi pun tahan lama ooo"

Kalau dia yang nak beli kereta kita: "dia punya c.c banyak tinggi .. road tax banyak mahal ooo".

Kalau dia yang nak jual kereta dia: " elok pakai kereta c.c tinggi ni .. senang mahu potong ooo"



'
'
'

Banyaklah kau punya ooo !








73 comments:

  1. Salam ayahanda
    betul tu..
    banyak sangat ooooo
    hehehehehe
    sihat ke?????

    ReplyDelete
  2. hahahah..kelakar gak scene cmni.tapi..itu la, ragam jual beli..


    Latest Entry :IPhone?BlackBerry? atau HTC?

    ReplyDelete
  3. ekekekekkeke...

    betul juga tu yek?
    bila nak beli semua ko
    bila nak jual semua jadi ok

    ReplyDelete
  4. salam,

    gitu la adat sesetengah org berniaga nak untung banyak tapi menekan pembeli..

    ReplyDelete
  5. aah la kan... marketing baik punye tu pakcik.. hehe

    ReplyDelete
  6. kiter layan kopi ooo kaw lagi sodap kan, tuan haji...huhuhuhuh

    ReplyDelete
  7. Jadi Salesman mentimun punya komisyen tinggi juga..tak caya p borong timun kat Pasar borong Selayang atau pun p beli kat Cameron Highands..lepas tu jual runcit pula..

    ReplyDelete
  8. oooops... kita nak jual barang kita, kita dijualnya. kita nak beli barang dia pon kita dijualnya

    ReplyDelete
  9. salam..
    itu macam ka..ooo
    he he..adatlah meniaga dengan
    cina..semua dia nak untung..

    ReplyDelete
  10. dapatlah sy simpulkan di sini,

    jika mahu jual atau beli kereta, jgn cari org yg banyak ooo.. mungkin bleh cari org yg byk ppp.. qqq.. rrr.. sss.. atau lain2

    hurrmmm....


    .

    .


    hirisan timun jika diletak atas kelopak mata sangat melegakan.. cubalah..

    sekali cuba, pasti mahu lagi :D


    pecah kepala pecah akal
    saya ada basikal :D

    ReplyDelete
  11. Salam Tuan Haji..

    sya ade simpan keta lama arwah ayah,ramai sgt pemilik kdai jual keta yg nak beli...pastu nak beli ngn harga murah,dia kata keta tu dh lama,xde org nak beli dah...mcm2 la...sya kata klu xde org nak beli nape dia sibuk2 berulang ke umah sya minta nk beli keta tu...smpai skrg sya simpan lg keta tu...

    ReplyDelete
  12. Gitu le gaya si penjual kereta pendek kata semua tak kena kalau arah kita, kena arah dia semua ok huhuhu.......

    ReplyDelete
  13. Oooo itu gambar mentimun ...

    Kesimpulannya ...tuan sangat arif tentang perbualan diantara penjual dan pembeli .Pasti tuan takkan terpedaya ..

    ReplyDelete
  14. ZULKBO

    SALAM KEMBALI.

    NANTI KEJAP .. SAYA PERNAH DUA KALI BERURUS JUAL BELI KERETA DENGAN ORANG MELAYU. DUA-DUA SAYA KENA TIPU.

    ReplyDelete
  15. kasi potong dia punya muncung mulut tu.. byk sgt ooooooo dia.. hehe

    ReplyDelete
  16. Salam Tuan Haji...

    Sihat???

    Takyah jual bang haji, pakai sampai buruk...senang cite pastu jual besinya lagi banyak dapat pulangannya

    ReplyDelete
  17. mmg tak leh caya, pi mai pi mai, pengguna gaks yang terkena

    ReplyDelete
  18. salam tuan,
    kita bukan saja macam mentimun tapi macam tempoyak juga, sentiasa kena lenyek dan tenyeh... nak buek camno..
    dah kondak ati kito, takkang tak bokereto kito..

    ReplyDelete
  19. salam tuan haji.
    betul, sy pun dh tengok mcm2 peel org jual keter ni, maklumlah dulu2 bkawan dgn dia org. terkena akibat jual & beli keretapun byk kali jugak.

    dia org untung kiri kanan. kdg2 untung bersih lebih rm30k utk sebuah kereta jika kita menjual kereta dan membeli kereta terpakai berkos sederhana melalui mereka)

    kita menganga je lah...

    ReplyDelete
  20. so far beli proton 2nd hand- ok!

    ReplyDelete
  21. Kalau di amati cakap sipenjual kereta tuh mcm betul gak..!!

    ReplyDelete
  22. aiyoooo.... banyak susah woooo... ;d

    ReplyDelete
  23. Salam Tuan Haji..
    Rasanya bukan saja dalam soal jual beli kereta dia orang ni banyak ooo dalam urusan lain pun banyak betul cekadak nya.
    kita tak buat sebab malas..malas nak buat o tu banyak -banyak.

    ReplyDelete
  24. Kenapa cari penjual atau pembeli bangsa Ci**. Itulah banyak sangat ooo dia.

    Carilah yg Jawa hahaha

    ReplyDelete
  25. Saya baru je beli kereta. Tak kira lah dia ada ooo atau aaa ke. Memang manis betul mulutnya. Belum bagi duit, janji lepas agrrement dapat kereta.Bila dah dapat duit, alasan pun macam-macam, kena tunggu seminggu juga. Letih maa.

    ReplyDelete
  26. ANIF

    WHAT YOU SEE IS WHAT YOU GET !

    ReplyDelete
  27. CHEQNA

    SALAM KEMBALI. SIHAT2 SAHAJA SEHARI DUA NI. ESOK LUSA BELUM TAHU LAGI. AWAK SIHAT KE ???

    ReplyDelete
  28. RED

    BETUL. ORANG KATA, BANYAK UDANG BANYAK GARAM !

    ReplyDelete
  29. SITEDI

    MACAM TU LAH LEBIH KURANG.

    ReplyDelete
  30. PENJEJAK MAYA

    SALAM KEMBALI.

    SEMUA ORANG BERNIAGA MATLAMATNYA SAMA. NAK UNTUNG SEMAKSIMA MUNGKIN.

    ReplyDelete
  31. NANI

    DIA BELAJAR MARKETING TU KAT MANA NTAH !

    ReplyDelete
  32. ROM

    KOPI OOO DENGAN UBI REBUS SAMBAL GESEK. PERGH !

    ReplyDelete
  33. RELEVAN

    SAYA PERCAYA. MEMANG PUN 9/10 REZEKI DATANG DARI BERNIAGA.

    ReplyDelete
  34. ENDIEM

    MEMANG HALUS SUNGGUH SENINYA ! SAMPAI TAK TERASA KITA TERKENA.

    ReplyDelete
  35. CEMOMOI

    MARI KITA TANGKAP DAN JUAL DIA. SILA ABAIKAN AJAKAN INI.

    ReplyDelete
  36. KTS

    SAYA AKUR DENGAN NASIHAT TUAN. LEPAS NI SAYA NAK CARI ORANG YANG BANYAK KKK TTT SSS PULAK.

    HIRISAN TIMUN TU KALAU DICECAH SAMBAL BELACAN LAGI MENGUJAKAN. TAK PECAYA ?

    PECAH GELAS PECAH KEPALA
    SEBAB GELAS TU MAHAL HARGANYA!

    ReplyDelete
  37. CHIK SHINJU

    SALAM KEMBALI. ELOK SIMPAN SAMPAI BERJUMPA PEMBELI YANG MENAWARKAN HARGA YANG TERTINGGI. KERETA ANTIK NI, MAKIN LAMA MAKIN NAIK HARGANYA.

    KALAU TIDAK PUN, TENDERKAN DALAM SURATKHABAR ATAU MAJALAH KERETA.

    ReplyDelete
  38. AKUANAKPAHANG

    BUKAN PENJUAL KERETA SAHAJA. PENJUAL AYAM KE TANAH KE, SAMA JER.

    TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KALI PERTAMA DAN SUDI JADI FOLLOWER SAYA.

    ReplyDelete
  39. LINDA

    WALAUPUN ARIFF TAPI, TERPEDAYA JUGA.

    TENGOK MUKA, MACAM JUJUR SEMUA. TAPI BELAKANG HARI, TERKENA JUGA.

    ReplyDelete
  40. NADHIERA

    AWAK TOLONG PEGANGKAN SEMENTARA SAYA MEMOTONGNYA ! BOLEH ?

    ReplyDelete
  41. ABD RAZAK

    SALAM KEMBALI. TAK UPAYA NAK PAKAI SAMPAI BURUK. HARGA MEREPAIRNYA LAGI TERUK. JALAN PUN TERSENGGUK2...

    ReplyDelete
  42. MAK SU

    JADI MAK SU SETUJULAH DENGAN APA YANG SAYA KATA TU !

    ReplyDelete
  43. IBUINTAN

    SALAM KEMBALI.

    SAYA BANGKANG. KALAU DURIAN DAH JADI TEMPOYAK, TIMUN PULAK YANG MENENYEH DIA !

    ReplyDelete
  44. PIEWAHID

    SALAM KEMBALI.

    ADA MASANYA BILA "MARKET CRASH", DIA ORANG PUN TERDUDUK JUGA.

    ReplyDelete
  45. INSAN MARHAEN

    AWAK MERUPAKAN SEGELINTIR ORANG YANG BERTUAH.

    ReplyDelete
  46. SHA

    MEMANGLAH TAK SALAH APA YANG DIA CAKAP TU. TAPI YANG TAK SUKANYA DIA GUNAKAN ALASAN TU UNTUK KEPENTINGAN DIA. APA SALAH BERLAKU JUJUR.

    ReplyDelete
  47. HAJARUS

    KALAU HAJAR YANG BELI, PENJUAL TU PULA YANG CAIR !

    ReplyDelete
  48. KAK WAN

    SALAM KEMBALI.

    SAYA SETUJU. DALAM BERJUAL BELI APA SAHAJA, PENJUAL AKAN CARI HELAH UNTUK MENGUNTUNGKAN DIA.

    ReplyDelete
  49. YUNUS BADAWI

    PENJUAL BANGSA ATAU KAUM APA PUN SAMA SAHAJA. MATLAMAT MEREKA SAMA. UNTUK DAPAT KEUNTUNGAN MAKSIMA.

    SAYA PERNAH DUA KALI DITIPU HIDUP2 OLEH PENJUAL DAN PEMBELI KERETA BANGSA MELAYU.

    ReplyDelete
  50. POK LI

    MEMANG MELETIH DAN MENGECEWAKAN. TAK KIRA PENJUAL TU SYARIKAT TERNAMA ATAU SYARIKAT KAT SIMPANG TIGA.

    ReplyDelete
  51. SHARINGINFOZ

    MARILAH KITA SHARE INFOZ INI !

    ReplyDelete
  52. salam akhi Hamzah....

    kita ni ibarat mentimun , penjual kereta plak ibarat durian....

    selalu ler kena tikam duri....

    ReplyDelete
  53. ooo,
    kenape saye sgt slow..
    ape kaitan dgn mentimun ooo..

    ReplyDelete
  54. UMMI HUMAIRA

    BENAR SEKALI ANALISIS UMMI ITU. TETAPI JANGAN LUPA, BILA DURIAN JADI TEMPOYAK AKAN DITENYEH OLEH MENTIMUN PULAK.

    ReplyDelete
  55. JEJARI HALUS.

    ADA SEBUAH PEPATAH MELAYU YANG BERBUNYI .. "IBARAT MENTIMUN DENGAN DURIAN, MENGGOLEK LUKA, KENA GOLEK PUN LUKA"

    PENGGUNA MACAM KITA INI ADALAH IBARAT MENTIMUN DAN DIA MACAM DURIAN. KITA BELI PUN KENA DAN KITA JUAL PUN KENA. BEGITULAH IBARATNYA.

    ReplyDelete
  56. Salam THJ,

    kita pulak kata wwoooooo... *terpengaruh..


    hehe.

    ReplyDelete
  57. cakap kat dia.....
    OOOOOtak hang!!!!

    ReplyDelete
  58. salam,
    "diaorang manyak tipu looo" dah tektik cina jualbeli kereta.

    ReplyDelete
  59. AZRINA

    SALAM KEMBALI. MEMANG BENAR, KITA PUN KADANG2 TERPENGARUH. YELAH KITA BUKAN ARIF SANGAT TENTANG KERETA NI.

    ReplyDelete
  60. DRSINGA

    NANTI SAYA CAKAP KAT DIA MACAM TU. DAN SAYA KATA DRSINGA YANG SURUH. BOLEH MACAM TU ?

    ReplyDelete
  61. DEEJA

    SALAM KEMBALI. ENTRI INI TAK MERUJUK KEPADA BANGSA ATAU KAUM TERTENTU. BAGI SAYA SAMA JER.

    DALAM CONTOH YANG LAIN, KALAU NAK BELI DURIAN, SAYA LEBIH PERCAYA DENGAN PENJUAL BERBANGSA CINA DARI MELAYU.

    SAYA PERNAH KENA. ORANG MELAYU YANG JUAL. ISINYA NIPIS SEKALI HINGGA NAMPAK BIJI. BILA KITA TANYA, DIA BUKAN MAIN PUJI LAGI DURIANNYA DAN CAKAP:

    "TAK KAN KITA SESAMA MELAYU NAK TIPU PULA"

    RUPANYA LAGI PENIPU BESAR. NASIB BAIK DIA TAK GUNA AGAMA.

    ReplyDelete
  62. Timun tu tanam sendiri jugak ker?? :)

    ReplyDelete
  63. macam-macam..bukan jual keta je..semua org bisnes camtu..

    ReplyDelete
  64. campur tolak darab bahagi dia jugak yang untung oooo....

    hehehe....

    ReplyDelete
  65. AANAS

    TAKKK .. SAYA BELI SENDIRI !

    ReplyDelete
  66. HAMIZAH

    BETUL SEKALI APA YANG HAMIZAH CAKAP TU. BACA KOMEN2 BALAS SAYA DI ATAS, SEMUA MENJURUS KE ARAH ITU.

    ReplyDelete
  67. AIN

    TIADA SIAPA YANG BERNIAGA NAK RUGI. TAPI JANGANLAH BAGI ALASAN2 MACAM TU. MENYAKITKAN HATI TUL.

    ReplyDelete
  68. hehe...betul..betul..betul..(tiru gaya upin ipin ye)

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.