Sunday, July 4, 2010

TANDA ARAH DAN CENDOL !


(Gambar hiasan - ihsan Google)


Papan tanda arah (sign board) di Malaysia ni teruk betul. Ia hanya berfaedah untuk orang yang dah tahu jalan sahaja. Kadang-kadang tak ada manfaat langsung bagi orang yang tak tahu jalan.

Bagi orang yang tak tahu jalan, tanda arah di Malaysia ini bukan saja tidak dapat membantu anda ke arah yang dituju tetapi membuat anda tak tentu arah.

Katalah saya dari Seremban nak ke Banggol Judah memenuhi jemputan kahwin. Contoh jer Banggol Judah tu, sebab nama tu eksotik sikit. Saya pun tak pernah sampai lagi ke sana. Saudara mara pun tak ada tinggal sana. Saya buat contoh jer, harap orang Banggol Judah jangan marah pulak.

Kalau ikut plan yang diberi dalam kad, tak ada masalah nak pergi ke situ pada awalnya. Tetapi semakin dekat nak sampai, tanda arah dah mula tak tentu arah. Mula2 kat setiap simpang akan ada tanda arah "Banggol Judah" 10 kilometer - kanan . Lepas itu ada lagi "Banggol Judah" 5 kilometer - kiri. Lepas tu ada lagi satu papan tanda "Banggol Judah" 1 kilometer - terus.

"Dah dekat dah" kata hati kita. Tetapi lepas tu bila kita sampai simpang 4, kiranya yang terakhirlah kot, sudah tidak ada pula tanda arah. Ke mana pulak nak kita arah ? Bedebah !

Tak tahulah pengalaman orang lain macam mana ?

Habis satu cerita.

Selepas makan, nampak ada orang makan cendol. Kita pun tanya mana dia ambil. Kita pun pergilah ke tempat yang ditunjuk. Berataur punyalah panjang. Sampai ke tempat budak yang proses cendol tu, dia pun tanya kita.

"Nak makan cendol ke Pakcik ?"

"Takkk .. pakcik nak tempah baju raya"

( mahu jer rasanya saya jawab demikian ... dahlah tu dia panggil kita Pakcik pulak )


83 comments:

  1. alaa uncle...
    org mlayu kan berbudi bahasa..
    mmg sapaan mcm tuh da jd rutin...ahahah

    ReplyDelete
  2. salam ayahanda
    setuju....memang signboard kadang2 mengelirukan....
    hehehehe...ntah..dah ada depan cendol takkan nak tempah baju raya kot..hehehehehe

    ReplyDelete
  3. salam ceriaaaaa uncle....

    tanda arah ni kadang-kadang membantu, kadang-kadang jadik hantu....

    dek kerana dia, sesat barat jugak kita dibuatnya....

    yerla, macam uncle cakap tu kan, tiba2 tanda arah hilang, mana nak dituju tak tau dah kita....huhuhu...

    tanda arah yang tercanggih skang nie, gps tu pun tak membantu jugakkk. Punya la lembapss tunggu dia punya loading, sesat dulu ler kita udahnya....

    pasal budak yang bikin cendol tue, pesal la panggil uncle, lain kali panggil 'tuk' tau.....

    kikiki.....

    ReplyDelete
  4. papan tanda kita ni bagus untuk jadi perhiasan je...

    ReplyDelete
  5. kkaaahhhh kaahhh
    mmg lawak budak tu...
    dan mmg sepatutnya jawab lagu tu pun..haaa
    elok jugak kalau habaq kat dia..dak aihh..saja mai tengok2...
    ingatkan orang beratoq panjang2 ni nak beli tiket world cup...
    saboo je lah..

    ReplyDelete
  6. Salam,
    Setuju sgt dengan apa yg sdr tulis. Harap pihak yang berkaitan ambil perhatian. Masalah tanda arah itu melibatkan seluruh negara.
    Bercakap fasal cendol ni, memang dah lama LF dengar. Belum pernah cuba ! Khabarnya hebat dan boleh tambah secara percuma . Elok juga kalau kita dapat pergi sama2. Ia terletak dekat dgn tempat tinggal tuan, maka tuan rumah kena belanja.

    ReplyDelete
  7. salam tuan,
    memang selalu tanda arah ni memjadikan saya tak tentu arah... saya ni kalau pergi mana-mana jadi tukang baca tanda arah, ada masa senang dan terus sampai ke tempat yang di arah tapi tak kurang juga tanda arah tu menjadikan saya pening mengarahkan tuan driber saya..
    memang mengelirukan malah kekadang menjadi satu sebab untuk salah menyalahkan bila tersalah arah

    ReplyDelete
  8. huuu mujur kat signboard banggol judah tak tulis ada cendol kat situ, kalu dah jenuh ke sana nak cari cendol

    ReplyDelete
  9. Boleh jadi pergaduhan dalam kereta. en asben dah sah2 jadi drive , so, sayalah yang kena tengok papan tanda . Pastu bila tak jumpa, kata saya tak pandang sign board . Padahal dah naik terjuling biji mata neh !


    kes 2..

    Budak tuh saja jek nak bagi hati tuan panas . Pastu diberinya cendol . Buat penyejuk ! haha

    ReplyDelete
  10. masa IM pergi cameron highlands ikut jalan simpang pulai pula, ada papan tanda bila keluar lebuhraya. lepas itu takada lagi dah papan tanda dan IM cuma hentam je. jenuh le patah balik sebab silap simpang.

    ReplyDelete
  11. nak tempah baju raya.... ha,ha,haaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  12. Kes 1,
    Abd bawa laju sgt. Kan dah terlepas Banggol Judah

    Kes 2,
    Nasib ada lagi cendol tu. Kalau dah habis dan dia tanya nak tolong kemas ke?

    hehehe

    ReplyDelete
  13. tuan..sabar..tak kan jauh beno nak tempah baju raya..sampai ke banggul judah...he he..

    ReplyDelete
  14. hahaha....

    p/s-kat georgetown pun papan tandanya sungguh2 mengelirukan (mf org2 penang!)

    ReplyDelete
  15. lagi pening bila peta dalam kad undangan salah arah

    ReplyDelete
  16. DYNA

    BUDI BAHASA PUN TENGOK TEMPAT LE. LAINLAH KALAU DIA ADA PROSES BENDA LAIN. AIR KETUM KE ?

    ReplyDelete
  17. biasa juga terkena..hilang arah tiba2..kena la bertanya..

    ReplyDelete
  18. CHEQNA

    SALAM KEMBALI ANAKANDA. ORANG YANG PASANG SIGNBOARD TU SEBENARNYA YANG KELIRU DAN MENGELIRUKAN. PATUTNYA ADA SATU SUBJEK MACAMANA NAK PASANG SIGN BOARD KAT UNIVERSITI.

    ReplyDelete
  19. AIN

    MEMANG UNCLE CERIA BILA BACA KOMEN AIN.

    UNCLE BUKAN SAHAJA SESAT BARAT TETAPI SESAT TIMUR, UTARA DAN SELATAN ! DAN BARAT BALIK SEMULA. HEHE

    KALAU DIA PANGGIL "TUK" SIAPLAH DIA KENA KETUK !

    ReplyDelete
  20. ASHRAFI

    SAYA PUN TAK HINGIN NAK BUAT PERHIASAN !

    ReplyDelete
  21. LANABULU

    PASAL SABOO LAH NI. KALAU TIDAK MUNGKIN BUDAK TU DAH MANDI KUAH SANTAN LEMAK MANIS!

    ReplyDelete
  22. LF

    SALAM KEMBALI. SILALAH DATANG. SETAKAT BELANJA CENDOL, APA ADA HAL !

    HARAP2 SIGN BOARD DIA TIDAK MENYESATKAN.

    ReplyDelete
  23. LINDA

    MEMANG BANYAK KALI DAH JADI PERTENGKARAN MINOR DALAM KERETA. YANG PALING BUAT SAYA NYAMPAH BILA MAKNGAHNYA KATA:

    "EH .. SIMPANG NAK KE BANGGOL JUDAH YANG BARU LEPAS TADI TU"

    KES 2 TU, TAK JUGA COOL SEBAB CENDOL DIA LIAR SANGAT .. LETIH MEMBURUNYA DI DALAM MANGKUK.

    ReplyDelete
  24. CEMOMOI

    AWAK TAHU KE KAT MANA BANGGOL JUDAH TU ?

    YANG KAT AIRPORT ORANG NAK PERGI MEKAH TU KE ?

    ReplyDelete
  25. IBUINTAN

    SALAM KEMBALI. KADANG2 RASA NAK CABUT JE SIGN BOARD TU BAWA BALIK RUMAH BUAT TEMPT SIDAI BAJU !

    ReplyDelete
  26. ABU MUAZ

    AKHIRNYA SAYA BERJAYA JUGA MEMBUAT AWAK KETAWA. NAH .. KETAWALAH SEPUAS HATI MU !

    ReplyDelete
  27. IM

    KAN BETUL SAYA CAKAP ! NASIB BAIK TAK SESAT SAMPAI KE ULAN BATOR !

    ReplyDelete
  28. YB

    KES 1. SIAPA PULAK ABD NI ?

    KES 2. ABANG RASA BUDAK TU DARI BANGLADESH .. !

    ReplyDelete
  29. KAK ERNA

    ORANG KATA TEMPAH BAJU KAT SANA MURAH DAN CEPAT SIAP ! HEHE

    ReplyDelete
  30. PIEWAHID

    MEMANG MASALAH NI UNIVERSAL KAT MALAYSIA NI. PERGI LAH KEMANA SAHAJA, MASALAHNYA SERUPA.

    ReplyDelete
  31. POK LI

    BETUL BETUL BETUL. KALAU PETA DALAM KAD TU SALAH, MAKA AKAN JADILAH DOUBLE TROUBLE !

    MAHU RASANYA NAK PATAH BALIK !

    ReplyDelete
  32. hahahahaha aku tergelak..adoi sabo je ler

    ReplyDelete
  33. he2..pak cik...biasa la org Melayu....macam tu la....bila dah tahu nak bertanya lagi.....ila pernah ja jawap macam tu...lepas tu kami sama2 gelak....he2....dekat KL..ila tak tahu sangat jalan..guna tanda arah ja la....ngeh3..

    ReplyDelete
  34. betol tu..papan tanda kat malaysia ni memang boleh buat kite sesat.. xde sape2 ke ek org2 yang bertanggungjawab yang nak pantau mende ni? kan ke malaysia ni ramai pelancong asing..patutnye kerajaan malaysia..amek berat hal ni..betol tak?

    ReplyDelete
  35. Ni kalau I bukak citer signboard kat Highway di KL jadi panjang bejela la pulak! I mencii sangat sebab dah `berpuluh' kali sesat kat Highway. Sesat tempat lain okay lagi, sesat kat KL naya kena bayor tol!

    ReplyDelete
  36. ELOK LNGITA

    'ALAIKUMSALAM ! TERIMA KASIH KERANA SUDI MAMPIR.

    ReplyDelete
  37. HAMIZAH

    KALAU DAH KENYA TANYA, BAIK TAK PAYAH BUAT SIGN BOARD. BUAT SATU JER CUKUPLAH YANG BERBUNYI LEBIH KURANG BEGINI:

    "KALAU NAK KEMANA-MANA, SILA BERTANYA. DAN KALAU SESAT DIHUJUNG JALAN, BALIK KEPANGKAL JALAN"

    ReplyDelete
  38. MISS HAVOC

    TAK BAIK GELAKKAN WARGA EMAS YANG SEDANG KESESATAN TAU !

    ReplyDelete
  39. HONEYBUNNY

    KALAU TAK TAHU JALAN TAK APA, JANGAN TAK TAHU NAK KEMANA.

    WAH ! BERFALSAFAH PULA PAKCIK. TIDAK DIBENARKAN MENCETAKNYA SEMULA TANPA IZIN PEMILIKNYA.

    ReplyDelete
  40. salam..
    mesti berbulu je
    adik jual cendol tu..hu hu
    bab papan tanda tu saya setuju
    dengan anda..

    ReplyDelete
  41. CIKAIDACOMEI

    PASAL BETUL LAH TU YANG PAKCIK TERPAKSA BUAT SATU ENTRI TENTANG PAPAN TANDA YANG MENYESATKAN ITU.

    ReplyDelete
  42. FA*TIP

    TAK APA, CERITALAH ! ORANG LAIN PUN NAK TAHU MACAMANA AWAK BOLEH TERSESAT KAT HAIWEI SAMPAI BERPULUH KALI TU. BOLEH JUGA BELAJAR DARI KESILAPAN ORANG ATAU PUN BERSAMA-SAMA MENTERTAWAKAN KESILAPAN ORANG. KESIAN.

    ReplyDelete
  43. tak cuba GPS ke AL? takkan la budak tu panggil pakcik nak marah kot...lain la AL ada pakai name tag kat baju..sure dia dia sebut nama

    ReplyDelete
  44. Salam. Hangin nampak. Baju raya lum beli lagi huhu

    ReplyDelete
  45. hai abg..

    hehehehehe..
    abg marah tanda jalan ekk..
    tamo arr marah2..
    tak comel la misai abg kelak..

    ReplyDelete
  46. Banggol Judah? macam pernah dengar tu..

    ReplyDelete
  47. mmg tensen kalo cari x jumpa..

    ReplyDelete
  48. Alahaiiii PAKCIK.... marah lak dia. Nanti saya belanja ABANG makan cendol lain yerrrr...

    ReplyDelete
  49. sabo je ek penjual cendol tu..wakaka

    ReplyDelete
  50. ZULKBO

    TAK ADA PULAK SAYA NAMPAK ADIK CENDOL TU BERBULU.

    PEMBETULAN: BUKAN DIA JUAL CENDOL TAPI SEBAHAGIAN DARI PAKEJ KENDURI.

    ReplyDelete
  51. MENTIBANG LAUT.

    GPS PUN BOLEH BANTU SEPARUH JALAN SAHAJA. DIA TAK TUNJUK SAMPAI RUMAH PENGANTIN.

    KALAU PANGGIL ABANG KAN MANIS !

    ReplyDelete
  52. AIDA ALI

    MEMANG BELUM PUN. INGAT NAK PAKAI BAJU RAYA TAHUN LEPAS SAHAJA.

    BELI UNTUK ANAK2 PUN BELUM LAGI.

    ReplyDelete
  53. ALVIN

    MAKNANYA MISAI ABANG SEKARANG NI COMEL LAH YE ?

    ReplyDelete
  54. Salam Tuan Haji...

    Beli GPS (Global Position System) dan pasang kat kereta senang tuan haji

    ReplyDelete
  55. DAUN BIDARA

    SAYA PUN PERNAH DENGAR DALAM LAGU PERMINTAAN KAT RADIO KLASIK NASIONAL.

    ReplyDelete
  56. MAIYAH

    BUKAN TENSEN LAGI TAPI EXTENSEN !

    ReplyDelete
  57. AZIEAZAH

    TAK MARAH CUMA HIBA DAN SAYU. BILA DAN DI MANA NAK BELANJA TU ?

    ReplyDelete
  58. ATIE

    DIA BUKAN JUAL TAPI SEBAHAGIAN PAKEJ ORANG KENDURI KAWIN TU !

    ReplyDelete
  59. ABD RAZAK

    SALAM KEMBALI. GPS PUN TAK BOLEH BANTU BANYAK. BOLEH KE DIA TUNJUK RUMAH PENGANTIN YANG NAMA JALAN PUN TAK ADA ?

    ReplyDelete
  60. Kalau ke KL atau mana-mana tempat yang tak biasa bersama ckZahan,sayalah yang akan jadi papan tanda dia. Tak ada can nak tidur. He..he..

    ReplyDelete
  61. Salam Tuan Haji ...
    nak tolong jawap ,Banggol Judah tu, nun kat Rantau Panjang berhampiran dah dgn Golok.Thailand. Sesaja nak peramah skit.
    Biasalah tempat orang ,sesat ,kalau kat tempat sendiri pun sesat jugak tak taulah.
    kes 2; kah...kah...dah lama dah rasa nak jawap macam tu...tapi takut nanti kena baling dgn senduk cendol tu..

    ReplyDelete
  62. Kes 1
    Itulah nak laju sgt menaip sampai abg jadi abd huhuhu

    Kes 2
    Tempat org kahwin pun dah guna khidmat pembantu asing utk jadi pelayan. Kat mana tu bang?

    ReplyDelete
  63. komen pertama tapi bukan yang terakhir dari saya

    sungguh sinis dan jujur kata2 si penjual cendol

    hehe

    ReplyDelete
  64. KAK WAN

    SALAM KEMBALI.

    AKHIRNYA ADA JUGA ORANG YANG TAHU KAT MANA BANGGOL JUDAH TU ... SEBAB RAMAI YANG INGAT IA KAT MEKAH RUPANYA KAT SERAMBI MEKAH.

    ReplyDelete
  65. YB

    KAT SHAH ALAM. INI KES BETUL. BUKAN MELAWAK. MEMANG RAMAI PELAYAN DIA ABANG SYAK ORANG BANGLA. BILA KITA TANYA JER, DIA ANGKAT BAHU. ORANG SEBELAH ABANG, BELUM HABIS MAKAN LAGI, SI BANGLA TU DAH ANGKAT PINGGAN !

    ReplyDelete
  66. SUHANA

    SAYA GEMBIRA BILA AWAK KATA BUKAN KOMEN YANG TERAKHIR DARI AWAK. BUKAN SENANG NAK DAPAT ORANG KOMEN PUKUL 2.06 PAGI NI.

    ReplyDelete
  67. budak tu tanya le..mana le tau pakcik nak try mesin ais tu je ke!

    ReplyDelete
  68. ONE ZABA

    TAK PERNAH DIBUAT DEK ORANG PULAK TETAMU MENYAGAT AIS !

    ReplyDelete
  69. saya pun selalu KENA..
    dah laa KENA tengok tanda arah,
    bila terlampau tumpu pada papan tanda arah saya KENA hon sebab termakan jalan..

    bila dah sampai ke simpang, KENA turun plak tanya orang..

    bila orang tue kata jauh dah menyimpang.. saya KENA patah balik..

    haishhh...
    pekena cendol pon sodap..

    ReplyDelete
  70. apa nak susahnya tuan haji. zaman skrang GPS je...

    ReplyDelete
  71. Hahahahaaa..Saya yg sedang demam ni pun tergelak bila baca N3 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banggol Judah kat Kelantan kan ?

      semoga segera sembuh dari kedemaman.

      Delete
  72. memang pun Uncle..
    Nyakitkan ati jer bg org2 yg tak tau arah ni
    kalau ikut signboard...
    Mujur ade GPS wlupun kdg2 menyesatkan jugak...
    Kalau nk p tmpt2 yg x biasa pergi yun selalu
    check google maps dulu,tgk jarak siap2 n pilih laluan mana plg senang ikut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. uncle malaslah nak check lebih2 sangat sebab Tampin ngan Senawang tu bukannya jauh sangat .. tapi rupanya sesat juga. nasib baik tak terlajak sampai ke Riau tadi .. hehe

      Delete
  73. hehehehe.gelak sorang saya bila baca bahagian terakhir entry ini.betul tu tuan. saya pernah tersesat pasal sign board masa dekat johor. kita ikut peta dekat kad kahwin dengan sign board.gaduh jugak laki bini dalam kereta.lastnya dua2x salah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang saya rasa setiap orang ada pengalaman yang tak berapa manis berkaitan dengan sign board kat negara kita ini .. mungkin yg membuatnya tu orang tempatan kot !

      Delete
  74. Kalau panggil abang boleh tahan jugak ... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah yang saya maksudkan .. walaupun saya tahu memang tak layak. hehe

      Delete
  75. Izinkan saya dow gambar sign board ni ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan walau pun saya tak tahu maksud 'dow' itu

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.