Wednesday, July 7, 2010

ADA KE TAK ADA ?

Semalam atau kelmarin ataupun yesterday kata orang tempat saya, blogger.com kena sawan. Semua orang bengang. Kita dah beri komen. Mula-mula ada, lepas tu tak ada ada pulak. Kita pun tak tahu komen kita ada ke tak ada.

Saya tengok dalam entri saya sebelum ini yang bertajuk "Buah Rambutan Di Luar Pagar", Kak Wan dan beberapa orang lagi ada beri komen dua tiga kali. Terima kasih Kak Wan kerana tak jemu-jemu mencuba. USAHA TANGGA KEJAYAAN. Komen orang yang lain yang berulang saya dah delete kerana isinya sama. Kak Wan punya ada lain sikit.

Yang paling saya sedih sekali adalah nasib komens di entri saya yang bertajuk "KITA NYANYI NGALAHKAN CERITA HINDUSTAN". Kalau tengok kat depannya ada 61 komens. Tapi bila kita klik tengok dalamnya, cuma ada 28 komens sahaja (dan jumlah itu nampaknya meningkat dari masa ke semasa). Mana hilangnya komens yang lain ?

Selain dari itu segala komens balas saya (kecuali 3) juga hilang. Ketahuilah bahawa sebenarnya saya telah jawab segala komens yang diberikan sebagaimana biasanya. Saya mengaku tak larat nak beri komen sekali lagi. Inilah yang sebenarnya yang saya ingin beritahu kat sini. Malas nak beri komen sekali lagi. Itu jer.

Disamping malas saya juga bimbang, kalau saya beri komen sekali lagi, akan terjadi dua kemungkinan:

1. Komen itu hilang macam sebelumnya; atau

2. Komen yang lama muncul semula. Nanti berkelahi pulak komen lama dengan komen baru. Saya sukakan perdamaian dan bencikan pergaduhan.

Berasaskan dua sebab di atas, di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapakan jutaan terima kasih kepada pengunjungs yang telah memberi komens dalam entri saya bertajuk "Kita Nyanyi Ngalahkan Cerita Hindustan".

Maaf kalau komens balas saya tak keluar sampai ke sudah.


Sub-Entri

Berikut adalah papan tanda yang baru di pasang di pintu bilik tidur saya yang juga berkaitan dengan tajuk entri kali ini "ADA KE TAK ADA?"




Gambar 1 - Menandakan saya ADA di dalam.





Gambar 2 - Menandakan saya sedang ber ADA di Azhaar Maju !






55 comments:

  1. frust juga kawan2 komen x dapat baca. ghaib!

    ReplyDelete
  2. dah macam iklan biskut oreo pun ada....

    'kejap ada.... kejap takda'

    n3 ain pun dah jadik sengal hari nie....

    berjangkit kesengalan blogspot semalam....

    komen hari ni muncul macam biasa, tapi komen semalam dan dolu-dolu telah dilarikan....

    sapa la yang curik kans....

    ReplyDelete
  3. Memang semalam saya tak romen..

    ReplyDelete
  4. saya dok saya sorang je pagi ni baru tau dan lebih teruk rupanya segala blog yang saya komen pon sesia je rupanya...

    ReplyDelete
  5. saya kurang bersetuju di sini..

    .
    .
    sepatutnya tuan hamzah perlu komens lagi dan lagi dan lagi dan lagi tanpa jemu. Bukankah usaha itu tangga kejayaan.Go go chaiyok.
    .
    .
    dan jika ditakdirkan satu atau dua atau tiga atau empat hari nanti komens lama bertembung semula dgn komens baru, tuan hamzah tak perlu risau akan hal itu, kerana saya telah mendidik mereka utk menjadi komens yang bertamadun yang cintakan kedamaian.

    Hidup perlu ada perkongsian.. sebab itu lelaki dibolehkan berkahwin sehingga 4 .. errr ok. Sangat relevan komen saya ini.

    terima kasih.

    pucuk pauh delima batu,
    anak sembilang di tapak tangan,
    oh tak.. sy tak berani pegang anak sembilang..

    ;D

    ReplyDelete
  6. terjadi kat hajar juga semalam en hamzah... sebelum ni dah pernah jadi 2, 3 kali... tp pastu lam beberape jam ade balik komen2 tu... x hilang... tp yang semalam tu hilang terus x muncul2... huhuhu...

    ReplyDelete
  7. tuan haji, kne tambah lg 1 tue...ada dan tidak mahu diganggu kerana sedang berblogging hehehehe....
    p/s: blogspot pun reti merajuk kan tuan haji..dia geram sgt la tue..tue yg dia tarik semua komen huhuhuh

    ReplyDelete
  8. hmm, jadik lagik, nasib lah.. komen tadi ilang .. yang ini pun entah apa nasib... kalau ilang gak, memang takde rezeki la gamaknya.. redho je ler...

    ReplyDelete
  9. laa rupanya blogger buat perangai ker.. puas la dok trouble shoot sana trouble shoot sini (tak reti mana pun)..
    alahai tuan, komen jer, kalau komen 1 gaduh ngan komen 2, buat komen no 3..

    ReplyDelete
  10. salam,

    memang ada singgah blog kekawan tinggal komen lepas tu komen tu ilang ke mana puncanya blogspot ni dah poning..

    ReplyDelete
  11. sabo jela bab komen mengomen semalam...
    mujur hari ni dah ok...

    ReplyDelete
  12. sama la....ingat komputer kena sawan...rupanya blogspot. yang sakit

    ReplyDelete
  13. salam..
    masaalah komen semalam
    memang menyusahkan ramai orang
    termasuk saya juga..##4@@%&*
    marah la kononnya tu..hu hu

    ReplyDelete
  14. Salam Tuan Haji...

    Moga sihat hendaknya..:)

    Komen di blog saya pun begitu, tercatat 52 comments tapi bila buka ada 29 jer.

    Usah bimbang, ni pesan dari pihak blogspot "We're currently working through multiple issues which are affecting the reliability of our comment system. We'll update this post as soon as we have more information to share.

    Thanks for your patience in the meantime."

    ReplyDelete
  15. betul...usaha tangga kejayaei. Pastu, bila dah terima pelawat, jangan lupa pulak pegi melawat!! Kalau melawat pulak, jangan bawak tangan kosongggg je...bawak la rambutan barang seikat dua gitewww...heheeh

    ReplyDelete
  16. blogger yg bermasalah rupa nya! patut lah ada rakans yang komplens tak boleh view komens..

    ReplyDelete
  17. Diar tak ada. Jangan mengada-ada.
    Atau mengada-adakan yang tiada.

    He..he...


    ***Komen orang baru lepas sawan ni.

    ReplyDelete
  18. Salam Tuan Haji...
    Dah petang baru on. ..dan lambat respon sebab saya baca n3 Tuan Haji ni 3x sebab saya berasa perasan...
    Puas difikir apa nak cakap ngan Tuan Haji ni ...last - last timakasih bebanyakla...sebut nama saya ..malu ai.

    ReplyDelete
  19. Pernah hilang komen sebelum ini di blog Saya..

    Sekarang guna Pengurus komen pihak ketiga daripada "Intense Debate". Mudah untuk mengurus dan membalas komen pengunjung :D

    ReplyDelete
  20. azhar maju sesak la bang. sy suka layan azhar corner lagik...

    ReplyDelete
  21. sy x bukak2 le plak, bru tau.. biasa le mmg camtu kekadang, nnti ok le..

    ReplyDelete
  22. hamboiii.. tuan,
    dalam pada ADA ke TAKDE..
    rupa2nya tuan dah ADA kat Azhar Maju !

    Alaa.. before pun dah berlaku banyak kali ... relekss arr tuan ..

    ReplyDelete
  23. Saya tak pasti orang lain, tapi komen-komen kat blog saya, yang ilang semua dah muncul semula. Syukur...

    Gitulah, benda buatan manusia, mana ada yang sempurna.

    ReplyDelete
  24. salam THL....
    memang nak eja KURSUS ke...
    sebenarnya nak eja KURUS???
    .
    .
    selamat hari Khamis...
    :)

    ReplyDelete
  25. Salam Kanda AL..

    bila semak balik kotak komen lama di blog kakcik - ada antaranya komen kat dalam kotak tu dah kosong walaupun kat luar ada tertulis bilangan komen!

    ReplyDelete
  26. SITEDI

    NAMPAKNYA KOMEN2 TU DAH MUNCUL SATU DEMI SATU.

    ReplyDelete
  27. RELEVAN

    BOLEH ULANG APA YANG AWAK TULIS, SAYA TAK BERAPA NAMPAK !

    ReplyDelete
  28. AIN

    SATU PERSATU KOMEN MUNCUL SEMULA WALAUPUN KEMUNCULANNYA AMAT BERSUSAHAN NAMPAKNYA.

    ReplyDelete
  29. CEMOMOI

    SAYA PUNYA HAMPIR SEMUANYA TELAH DAPAT DISELAMATKAN OLEH BLOGSPOT.

    ReplyDelete
  30. HAJARUS

    BAGAIMANA SEKARANG ? DAH MUNCUL ?

    ReplyDelete
  31. KTS

    SEBAGAIMANA YANG DIDUGA, KOMENS TERSEBUT MUNCUL JUA DENGAN AMAT BERSUSAHAN NAMPAKNYA. SAYA BETUL !

    BERHUBUNGKAIT DENGAN LELAKI DIBOLEHKAN BERKAHWIN 4 TU, SAYA SETUJU DENGAN PERKATAAN DIBOLEHKAN BUKAN DIPERLUKAN.

    dalam semak ada duri,
    orang tamak selalu rugi.

    SATU PUN TAK HABIS MAKAN !

    ReplyDelete
  32. ROM

    BETUL3 SAYA SETUJU DENGAN TAMBAHAN AWAK ITU.

    NASIB BAIK BLOGSPOT MERAJUK TAK LAMA. MUNGKIN WORDPRESS YANG PUJUK KOT !

    ReplyDelete
  33. AANAS 1 & 2

    MACAM LAGU P RAMLEE PULAK.

    DUA2 KOMEN AWAK MONCOL DAN TAK GADUH.

    ReplyDelete
  34. CHEQNA

    CERIA SIKIT HARI NI SEBAB KOMEN2 YANG SAYA TERIMA DAN BERI DAH MUNCUL SEDIKIT DEMI SEDIKIT.

    ReplyDelete
  35. PENJEJAK MAYA

    SALAM KEMBALI. YANG PELIKNYA SEBELUM HILANG TU DIA ADA !

    ReplyDelete
  36. SONATA ANAK KANCIL

    INI MEMBERI PERINGATAN KEPADA KITA BAHAWA APA YANG ADA ITU BOLEH TIADA PADA BILA-BILA MASA. OLEH ITU BERSEDIALAH MENGHADAPI SEBARANG KEMUNGKINAN.

    ReplyDelete
  37. ZULKBO

    SALAM KEMBALI. JANGAN MARAH NANTI KENA JUAL !

    ReplyDelete
  38. ABD RAZAK

    SALAM KEMBALI. MEMANG BENAR KATA UZTAZ, KOMEN2 YANG SAYA TERIMA DAN BERI NAMPAKNYA SUDAH HAMPIR PULIH.

    ReplyDelete
  39. FA*ATIP

    KALAU LAH BOLEH BAWAK BUAH TANGAN MELALUI LAWATAN MAYA NI BAGUS JUGA KAN !

    RASANYA RAMBUTAN SAYA TAK SEMPAT NAK MENGUNING !

    ReplyDelete
  40. SITI MURNI ISHAK

    MULA2 SAYA PANIK JUGA, ADAKAH SAYA SEORANG JER YANG KENA. TERFIKIR JUGA, APAKAH TOP MGT DAH MARAH DAN KUCARKACIRKAN BLOG SAYA.

    ReplyDelete
  41. CKLAH

    ORANG YANG TAK ADALAH YANG KENA MENGADA-ADA. KALAU DAH ADA BOLEHLAH DITIADAKAN.

    *komen balas orang baru baik dari kena sawan !

    ReplyDelete
  42. Salam bang,
    Bukan abg seorg saja yg mengalami masalah ini. Ini isu global.

    Saya pun malas nak komen balik komen balas saya tu. Bukan takut 2 komen tu bergaduh, tapi dua komen tu sebiji sama. Macam kembar. Nanti org ingat saja saya komen dua kali biar nampak banyak huhuhu

    ReplyDelete
  43. KAK WAN

    SALAM KEMBALI.

    MAAFLAH KALAU SAYA TELAH MEMBUATKAN KAK WAN TERASA MALU.

    ReplyDelete
  44. IRA

    KOMEN INI TERLALU UMUM. BOLEH TAK DI SPESIFIK KAN SIKIT. KAT MANA YANG SERONOK TU ?

    ReplyDelete
  45. ANIF

    SAYA TIDAK TAHU APAKAH ITU 'INTENSE DEBATE'. ADA JUAL KAT GIANT TAK BENDA TU ?

    ReplyDelete
  46. TIJAH

    AZHAR CORNER ? EH .. ADA KE ? KAT MANA ? SEBELAH KEDAI SRI TU KE ? TAPI TU INTERMEDIATE !

    ReplyDelete
  47. MAIYAH

    BETUL KATA AWAK .. SEKARANG DAH SEMAKIN OK !

    ReplyDelete
  48. LINDA

    SAYA BUKAN CAKAP BETUL2 KAT AZHAAR MAJU TU ! TOLONGLAH JANGAN CAKAP KAT BOSS SAYA !

    ReplyDelete
  49. AZIEAZAH

    SAYA PUN DAH LEGA. ITU YANG MEMBUATKAN DATANG SEMULA KEINGINAN UNTUK MEBALAS KOMEN INI.

    ReplyDelete
  50. DRSINGA

    SAYA DAH PUTUS HARAPAN UNTUK KURUS. DAN SAYA DAH BUAT KEPUTUSAN UNTUK KEKAL DALAM BENTUK INI. KALAU TIDAK, RUGI. MACAM2 KENA BELI BARU. SELUAR, TALI PINGGANG, STOKIN DSB.

    ReplyDelete
  51. KAKCIKSEROJA

    SALAM KEMBALI.

    ITU YANG SAYA MAKSUDKAN DALAM ENTRI SAYA INI. KAT LUAR ANGKA LAIN, KAT DALAM ANGKA LAIN.

    TAPI SEKARANG DAH SEMAKIN BERANSUR SEMBUH.

    ReplyDelete
  52. YB

    SALAM KEMBALI. AWAK NI ADA2 SAHAJA LAH. MENTANG2LAH DIA KEMBAR !

    ReplyDelete
  53. satu lupa letak kat situ, MIA(missing in action)..

    ReplyDelete
  54. JEJARI HALUS

    BETUL LAH ! MARI KITA TAMBAH SENDIRI NAK ?

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.