Tuesday, July 20, 2010

9 SEBAB PULA KENAPA SAYA SUKA PERGI KENDURI BAWAH KHEMAH ATAS JALAN RAYA DEPAN RUMAH PENGANTIN.

Hari Sabtu lepas, saya berkesempatan hadir 3 majlis kenduri kawin. Dua sebelah siang di Seremban, dan 1 lagi sebelah malam di KL. Satu buat di rumah, satu di dewan Majlis Perbandaran dan satu lagi di hotel 5 bintang di kelab golf area Damansara.

Sampai rumah dari kenduri kat hotel tu dah lebih 12 tengah malam. Saya sesat sebab jalan balik dari hotel tu tak ada "signboard" langsung. Masa pergi banyak papan tanda menuju hotel tu. Cadangnya nak balik ikut jalan PLUS, cepat sikit,  tapi sesat barat termasuk ke LDP.

Sebelum itu sebelah paginya, pergi menziarah sahabat yang kematian bonda hingga selesai sembahyang jenazah.  Takziah. Memang sedih kehilangan bonda. Sebelum sembahyang jenazah sempat pergi kenduri kat rumah kawan di taman ini yang buat khemah atas jalanraya depan rumahnya. Lepas itu baru pergi kenduri kat dewan perbandaran.

Kemudiannya, lewat petang sebelum pergi ke KL dapat berita, dua orang yang turut menziarah bonda sahabat saya tadi juga  meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya. Yang meninggal itu adalah ibu bapa kepada sahabat yang lain yang tinggal di taman ini juga. Beritanya ada tersiar dalam akhbar hari Ahad.

Pendeknya hari Sabtu lepas tak lekat kat rumah sepanjang hari sampai ketengah malam. Hari Ahad di UM sepanjang hari. Malam tadi cuma sempat jawap komen kengkawan kat entri saya. Lepas tu terbungkang.

Berbalik kepada cerita asal yang berkaitan tajuk entri, selepas menghadiri ketiga-tiga jemputan kenduri kawin tersbut, sah saya paling suka pergi jemputan kenduri kawin bawah khemah atas jalan raya depan rumah pengantin. Kenapa ?



Gambar ihsan dari album al-Lavendari.

Sebelum itu saya nasihatkan anda baca entri ini dulu (kalau belum baca). Kalau tidak, anda  tidak tahu hujung pangkal, sebab pangkalnya kat entri itu. Dibawah ini saya berikan 9 sebab, kenapa saya suka pergi jemputan kenduri bawah khemah atas jalan raya depan rumah pengantin.


1. Boleh datang bila-bila masa. Tuan rumah jemput siang, kalau kita nak datang sebelah malamnya selepas usai kenduri pun kita boleh pergi lagi. Layanan lagi istimewa sebab fokus kat kita seorang. Tentang makanan tu, nasiblah ... kadang-kadang dapat lebih, kadang-kadang dapat lebih-lebih orang.

2. Boleh bawak motor sampai sebelah meja makan. Saya suka bawa motor kalau pergi kenduri kat taman ni. Makngahnya selalunya pergi awal naik kereta dengan grup Marhabannya. Kalau saya bawa kereta pasti kena parking  jauh-jauh. Bawa motor boleh parking sebelah meja makan. Sambil makan sambil melihat motor taku-takut kalau ada orang usik.

3. Boleh ambil dan tambah cendol sesuka hati. Part ni saya paling suka.  Bolehlah kita bubuh cendol 9/10 dan santannya 1/10 dan bukannya sebaliknya. Dengan itu tak perlu lagi nak berkejaran menangkap cendol seperti selalu.

5. Boleh tak payah masak satu hari. Syaratnya datang awal sikit. Boleh cover breakfast dengan lunch. Balik pulak lewat sikit.  Sebelum balik, makan second round untuk cover dinner pulak !

6. Boleh tayang baju baru. Kalau orang tak datang kat meja kita, kita pergi tayang baju baru kita kat meja dia. Kaedah yang sama juga boleh digunakan oleh orang perempuan kalau nak tayang beg tangan, gelang tangan atau gelang kaki. 

8. Boleh tengok orang nyanyi dekat-dekat (macam gambar kat bawah). Kalau nak tengok penyanyi dari sisi kiri atau sisi kanan bahkan dari belakang pun boleh .. tak ada siapa yang larang kecuali pasangan masing-masing.



Gambar ihsan dari album al-Lavendari.

9.  Boleh memeluhkan badan. Kena pulak hari tu panas, lauk pedas,  minum teh 'o' berasap dan kipas pula tak ada atau tak berfungsi. Bukan senang nak berpeluh kalau tak ada sebab musabab yang munasabah.



Cukup sembilan kan ?  Kira halal lah tu !


Nota kaki.

Kali ini kenduri kat hotel tu rasa cepat sangat pulak selesai. Mungkin gambar di bawah dapat menerangkan kenapa (sebenarnya saya nak ambil gambar cenderahati yang terletak atas meja depan saya tu)



Gambar curi sebab makngah ada duduk sebelah.

.............................................


SUB-ENTRI


Malu betul saya dengan si Paris ini. Saya dah pesan kat dia, jangan pecah rahsia. Tak boleh harap. Habislah saya kalau Makngahnya tahu nanti.



Paris Hilton dikaitkan ada teman lelaki Malaysia ?

.
.
.
.

98 comments:

  1. patutlah cendol selalu habis cepat tinggal santan jer.hehe..

    komen kaki:
    rugilah kenduri kawin kat hotel tu habis cepat kan..

    ReplyDelete
  2. hahaha...tuan, mana satu nak komen ni..
    makan khenduri bawah khemah - memang best, setuju leh makan cendol puas2, leh bubuh lauk lebih byk dr nasi,..
    tang beg cenderahati tu tak nampak pun, nampak gelang yo...lip lap lae,
    tang Paris tu betul ke dia tu mak we tuan? Ha jwb.. makngah tak baca ni

    ReplyDelete
  3. Haah .... yer laa, cendol selalu lagu tu tinggal santan jer...mmmm tau laa sape yg buat selalu...hehehehe.

    komen kaki:
    kat hotel kena control macho....lepas tu kena ikut protokol....memang balik kena singgah restoran cover balik..mmmm

    ReplyDelete
  4. bab paris ni mak ngah jangan percaya, dan pak ngah jangan nak mengada dan jangan nak carik pasal dengan saya... jangan nak reka-reka... ini antara aku dan dia..!

    ReplyDelete
  5. singgah sini... entree menarik. saya suka

    ReplyDelete
  6. sakit jantung tahan gelak baca no 8.. hahaha

    ReplyDelete
  7. Salam THJ..

    Moga tuan haji sihat..

    Saya tambah untuk No.4 yang hilang tu..

    Suka pergi kenduri bawah khemah atas jalan raya kerana boleh sesuka hati pakai pakaian apa pun. Jangan tak menutup aurat sudahlah.

    ReplyDelete
  8. salam ayahanda
    poyo gak erk ayahanda ni..
    hehehehehehehehe
    bondaku makngah!!!!!!!=)

    ReplyDelete
  9. suka gambar cenderahati@cintahati tu

    ReplyDelete
  10. 10. boleh sembang & gelaK sakan

    ReplyDelete
  11. Hahahha..
    Uncle boleh datang kenduri kat kampung saya..

    nak parking moto sebelah kerusi pon boleh..

    lauk pauk..kampung style..gaggaga

    ReplyDelete
  12. Salam THJ.
    Semoga ceria sentiasa.
    Saya pun suka juge kalau gi kenduri naik motor mudah mencelah...mudah parking paling suka mudah cepat balik hehehe....

    ReplyDelete
  13. erkkkkk gambar sapa yang dicuri tu pak cik...hmmmmmmm

    ReplyDelete
  14. pasang khemah dekat jalan berbukit, dukuk pun rasa senget jek!!

    ReplyDelete
  15. Salam Tuan Haji...

    Kenduri kat rumah nie lebih mesra dan meriah......

    ReplyDelete
  16. * Suka makan kenduri diserambi rumah..

    ReplyDelete
  17. Salam hari Senin..
    bertandang ziarah sini,
    moga hari mu ceria,dan
    anda selalu sihat..

    ReplyDelete
  18. salam,

    aduhai..
    baru kiter dapat menjengah !!
    bukan sebab pergi kenduri kahwin kat hotel atau bawah khemah tapi sebab makan-makan-makan di jamuan percuma

    nak komen yg no1: tak setuju sebab pernah pegi kenduri atas jalan depan rumahnya jam 3.30 tp khemah dah bukak !! huhuhu malu yo

    ReplyDelete
  19. macam kat rumah saya kat kampung la.kalo ada kenduri memang tutup la jalan kt rumah saya tu..

    alamak,pakcik ade skendel ngan paris hilton? tak suke! tak suke!

    :P

    ReplyDelete
  20. hehe..uncle...senyap2 skendel ngn paris hilton tu...ehhehe

    ReplyDelete
  21. hoh!! uncle tipu... xde no 4 ngan 7;p

    Latest Entry : <a href='http://journey-of-red.blogspot.com/2010/07/10-juta-pulu-dalam-genggamanku.html/>10 Juta Pulus Dalam Genggamanku!</a>

    ReplyDelete
  22. kalau kenduri bawah pokok lagi bes kot.

    ReplyDelete
  23. salam akhi Hamzah...

    ummi pun suka kenduri bawah khemah atas jalan gitu , pasai anak2 kecik pun boleh angkut sekali , pastu boleh suruh depa pi amik tambah apa yg patut....he he he

    ReplyDelete
  24. MRPENYUBIRU

    CEPAT HABIS PUN SAMPAI RUMAH DEKAT PUKUL 1 PAGI GAK !

    ReplyDelete
  25. IBUINTAN

    HAHAHA .. MANA SATU NAK BALAS NI. KALAU DAH PEREMPUAN TU, NAMPAK JO DEK DIO GOLANG TU !

    YANG PARIS TU, SEMUANYA AUTA SAYA. SILA JANGAN PERCAYA.

    ReplyDelete
  26. AZMNOR

    BUKAN SAYA YANG BUAT SORANG !
    TOK EMPAT PUN SAMA JUGAK.

    SAYA TAK SINGGAH KAT RESTORAN, SEBAB SEBELUM PERGI SELALUNYA DAH ALAS PERUT DULU.

    ReplyDelete
  27. BUDI RIJALI

    HAHAHA .. MAAF PAK, SAYA NGAK TAHU DIA ITU BAPAK YANG PUNYA ! MOHON IZIN MENGUNDUR DIRI !

    ReplyDelete
  28. KAKCIKSEROJA

    KAN SAYA DAH CAKAP, KIRA HALAL LAH TU ! HEHE

    ReplyDelete
  29. SIMAWARHITAM

    TERIMA KASIH KERANA SINGGAH KALI PERTAMA. SINGGAHLAH LAGI. ANDA TIDAK AKAN DIKECEWAKAN.

    ReplyDelete
  30. SUHANA

    BAHAYA TU .. NASIB BAIK SAYA BUAT SAMPAI NO. 9 JE !

    ReplyDelete
  31. takziah kepada ahli keluarga arwah...

    no 6 & 9 tu... hahaha... ;d

    ReplyDelete
  32. mula2 takziah pada mereka yg kehilangan kaum keluarga..yg pergi dan yg berkawwin bakal menambah zuriat.
    padat betul aktiviti sdr AL...
    mng setuju dgn pndpt sdr AL mkn kenduri bawah khemah ni..kita rasa bebas bnyak..tk mcm kt hotel,bebas sikit2je.

    ni nk amik gmbr cenderahati ke nk amik gmbr minah cun tu...nsb bek mak ngah tk perasan...

    ReplyDelete
  33. Salam bang.

    Saya rasa kalau makngah takde, mahu abg ikut nyanyi dgn gadis Kg Lonek tu hehehe

    Nota kaki: memang degil di Paris tu. Saya pun dah pesan kat dia hari tu masa pergi tengok World Cup hahaha

    ReplyDelete
  34. ABD RAZAK

    SALAM KEMBALI.

    TERIMA KASIH KERANA SUDI MENAMBAH. ALANG2 TAMBAH TU, TOLONGLAH TAMBAH YANG NO. 7 JUGA . HEHE

    ReplyDelete
  35. ya Allah...
    mesti ada kesilapan di mana2 ni...
    baru2 ni paris hilton msg kata sayalah lelaki yg dia maksudkan tu....

    tak boleh jadoi nih!

    ReplyDelete
  36. CHEQNA

    SALAM KEMBALI ANAKANDA.

    POYO TU MAKNANYA MACHO KAN ? TERIMA KASIHLAH ATAS PUJIAN ITU.

    ReplyDelete
  37. CEMOMOI

    NAMPAKNYA CITARASA KITA SERUPA KALI INI !

    ReplyDelete
  38. ONE ZABA

    BETUL BETUL BETUL ..DAN BERTEPUK TAMPAR !

    ReplyDelete
  39. AUJINZ

    KAMPUNG AWAK KTA MANA ? KALAU JAUH SANGAT UNCLE TAK BERANI NAK BAWA MOTOR. DEKAT2 BOLEHLAH.

    ReplyDelete
  40. AKUANAKPAHANG

    SALAM KEMBALI. TAPI NAIK MOTOR NI MASALAHNYA KALAU KITA NAK TAPAU, SUSAH NAK BAWA BALIK !

    ReplyDelete
  41. ALIMAZ

    TAK KENAL. DUDUK BETUL2 BERTENTANGAN DENGAN PAKCIK. TAK TAHU BERAPA KALI KITA BERTENTANGAN MATA.

    ReplyDelete
  42. SLTEDI

    MUDAH JE. MULA2 MAKAN SEBELAH SINI. KEMUDIAN TUKAR MAKAN SEBELAH SANA PULAK. BALANCELAH MAKANAN TU !

    ReplyDelete
  43. ATIE

    SALAM KEMBALI. BETULLAH TU. TAPI KALAU SEMUA ORANG BUAT GITU, SUSAHLAH HOTEL NAK CARI MAKAN.

    ReplyDelete
  44. RELEVAN

    KAWAN TAK SUKA KALAU KENA BERSILA. CEPAT KENA SEMUT-SEMUT !

    ReplyDelete
  45. ZULKBO

    SALAM KEMBALI. TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG DAN MEMBERI UCAPAN SELAMAT GITU !

    ReplyDelete
  46. IKAN EMAS

    SALAM KEMBALI.

    AGAKNYA BILA TUAN RUMAH DENGAR AWAK NAK DATANG, CEPAT2 DIA BUKAK KHEMAH.

    JANGAN MARAH. GURAU JE !

    ReplyDelete
  47. ni yg malas nak scandal dgn paris...tak leh cover langsung..malu saya..ahaks

    ReplyDelete
  48. MIMIE


    DIA TUTUP JALAN KAT RUMAH MIMIE DENGAN APA ? TENTU BESAR PENUTUP DIA TU !

    TENTANG SKANDAL DENGAN PARIS TU, MAAFKAN UNCLE KERANA MELUKAKAN HATIMU ! HEHE

    ReplyDelete
  49. DYNA

    SEMUA ORANG BUAT SKANDAL SENYAP2. KALAU YANG BISING TU ORANG PANGGIL MENYUNDAL. HEHE

    ReplyDelete
  50. RFED

    TERIMA KASIH KERANA AWAK MELAWAT DAN "MEMBACA" ENTRI PAKCIK. PAKCIK TAK TIPU, TAPI TERLEPAS PANDANG.

    ReplyDelete
  51. ENDIEM

    KENDURI BAWAH POKOK BAHAYA. KALAU TUMBANG NAYA !

    ReplyDelete
  52. UMMI HUMAIRA

    SALAM KEMBALI. KALAU ANAK2 MERENGEK ATAU MENANGIS PUN, ORANG PUN TAK KISAH. TAPI KALAU KAT HOTEL, BERCUPAK MATA MEMANDANG KITA.

    ReplyDelete
  53. IDALARA

    MEMANG TAK SENGAJA AMBIL GAMBAR MINAH TU. DAH REZEKI KAMERA NAK BUAT MACAM MANA KAN ?

    ReplyDelete
  54. YUNUS BADAWI

    SALAM KEMBALI. NAMPAKNYA RAMAI BETUL MADU SI PARIS TU, TERMASUKLAH KITA.

    ReplyDelete
  55. PIEWAHID

    NAMPAKNYA KITA BERMADULAH YE !

    ReplyDelete
  56. MENTIBANG LAUT.

    LAAA .. DENGAN AWAK PUN DIA ADA SKANDAL. MULA2 SAYA MALU, SEKARANG SAYA BERANG DENGAN TINGKAH LAKU DIA MENDUAKAN SAYA.

    ReplyDelete
  57. uncle, nnt kalau dtg wedding saya, boleh bawak balik nasi 'berkat' siap dengan goodies bag lg. Kire cukuplah uncle nak kunyah2 sampai balik Seremban.

    Makanlah berapa round pun..mak saya tak kisah!

    ReplyDelete
  58. :D

    :D

    :D

    :D

    :D

    :D

    tuan,
    tahukah tuan hampir semua perkataan yg cuba sy sampaikan di sini, lesap entah ke mana tak sempat nak tangkap. Semuanya terjadi bila saya membaca entri tuan yang ini dan entri yang satu lagi tu.

    :D

    :D

    :D

    :D

    :D


    gusi hampir kering

    :D

    :D

    :D

    :D


    saya vote kenduri ATAS khemah BAWAH jalanraya BELAKANG rumah pengantin

    .
    .

    :D

    ReplyDelete
  59. salam...mesti pak cik suka makan cendol kan neh...hehhe....

    ReplyDelete
  60. sori pak! bukan lama x kemari.. blog sndiri pn lama x terjaga. hehe. sibukkk skg..

    (tak tahan gelak yg gmbar curi2 tu. wahahaha)

    ReplyDelete
  61. MISZ SEPHIA

    NAK PERGI MACAM MANA ? AWAK TAK AJAK PUN. LAGI PUN KAT MANA, BILA, SIANG KE MALAM, BUAT KAT HOTEL KE KAT BAWAH KHEMAH DEPAN RUMAH?

    ReplyDelete
  62. KTS

    SAYA PUN HAMPIR KERING TEKAK BACA KOMEN AWAK DI PARA YANG AKHIR TU !

    1. ATAS KHEMAH TU BETUL LAH ... KITA DUDUK BAWAH.

    2. BAWAH JALANRAYA PUN BETUL JUGA .. KITA SUSUN KERUSI MEJA ATAS JALANRAYA.

    3. BELAKANG RUMAH PENGANTIN LAGI TEPAT. RUMAH PENGANTIN DI BELAKANG KHEMAH YANG DI PASANG DI DEPAN RUMAH.

    TERIMA KASIH KERANA MEMPORAKPERANDAKAN ENTRI SAYA. HEHE

    ReplyDelete
  63. HONEY

    PAKCIK NAK PANGGIL ILA KE HONEY NI ?

    MENGIKUT RIWAYATNYA, PAKCIK LAHIR2 JE, DAH SUKA CENDOL !

    ReplyDelete
  64. ORANGLIDI

    AWAK GELAKKAN SIAPA ? ORANG YANG AMBIL GAMBAR ATUA ORANG YANG DIAMBIL GAMBARNYA ?

    TERIMA KASIH KERANA MENGUTAMAKAN BLOG PAKCIK DARI BLOG SENDIRI .. PAKCIK TERHARU !

    ReplyDelete
  65. mujur jamuan kawinku bwh kemah..mesti semua hati..

    ReplyDelete
  66. Salam THJ, semoga sihat hendaknya

    Paris...? Mmmm... teringat kisah kejadian Nabi ALLAH Adam AS. Allah jadikan tangan kiri nabi Adam untuk ISTINJAK dari tanah (yang diambil oleh malaikat) di bumi Paris...

    heheeeee....

    wallahu'alam...

    ReplyDelete
  67. HAMIZAH

    HARAP2 BEGITULAH, SEBAB BUKAN SENANG NAK PUASKAN HATI SEMUA ORANG.

    ReplyDelete
  68. RKA

    SALAM KEMBALI ENGKU.

    NASIB BAIK SAYA DAH "BREAK" DENGAN SI PARIS TU !

    HEHE

    ReplyDelete
  69. Pandai pakngah..fokus cenderahati tu..hee
    Kenduri kawin ni..kalau terlalu official sperti kat hotel ni..hilang meriah cara kg...
    tk bebas..
    kalu yg datang bersama anak2 yg berbelas orang lagu mana?
    ..
    SiParis tu mandang pulus saja..
    dan dia tu pun sekadar tinggal nama sahaja..
    yg lain tu dah over...
    dah tua dah mek orang puteh tu...
    kalau kita berduit pun..lebih baik pi cari adik lady D kat UK sana tu...
    lagi nampak keasliannya tu...
    hisss..
    p/s- pakngah..tidoq malam tu..nampak cenderahati ke..heee

    ReplyDelete
  70. pakngah ado skandal dgn paris?
    dasyat
    nak buat di hotel ko nak pasang khemah ?
    hehehee...;p

    ReplyDelete
  71. uncle, mcm mane nk ajak. lama lagi..nk org kawen tak sabar-sabar lak nak kawen. InsyaAllah saya akan jemput uncle. Kan saya dah kata, pacak 1 khemah dpn rumah jer..

    ReplyDelete
  72. LANABULU

    MEMANG PUN NIAT PADA AWALNYA NAK AMBIL GAMBAR CENDERAHATI TU SAJA. TAPI TENGAH JALAN ENTAH MACAM MANA BERUBAH FIKIRAN PULAK.

    SAYA WALAU BANYAK MANA SEKALIPUN DUIT, TAK CARI SAPA2 DAH. DAH TUA ..! (KECUALI DIPAKSA OLEH MAKNGAHNYA)

    ReplyDelete
  73. SAYANGSAYANGIBU.

    MANA ADA SKANDAL. BERANGAN2 JER.
    BUAT DUA TEMPAT LAGI BAIK KALAU BANYAK DUIT. UNTUK ORANG KAMPUNG PASANG KHEMAH DAN UNTUK ORANG PEJABAT BUAT KAT HOTEL.

    ReplyDelete
  74. SEBELAS

    NAMA AWAK LAGI BANYAK - SAMPAI SEBELAS !

    TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG.

    ReplyDelete
  75. MISZ SEPHIA

    MARILAH KITA SAMA-SAMA TENGOK BETUL KE SATU KHEMAH JE NANTI.

    MUNGKIN BETUL JUGA, SATU KHEMAH UNTUK PENGANTIN .. ORANG LAIN SEMUA "OPEN AIR"

    ReplyDelete
  76. baru saya tahu...pandai tuan memikat si paris tu...
    agaknya guna strategi sama macam mengambil gambar cenderahati atas meja tu kut..

    terbaru dari saya : boleh buat menantu

    ReplyDelete
  77. Salam al-lavendari
    Bila nak ke kenduri di bawah khemah, doa sungguh-sungguh sebelum pergi, mohon padaNya hari redup (taklah basah baju dek peluh) dan juga tak hujan ribut (taklah baju basah dek tempias air). Banyak kenduri bawah khemah sekarang pakai 'juruacara' yang sungguh menyeronokkan!

    ReplyDelete
  78. wahh lamatidak ke sini..masih kenal kah ?? hahaha

    ReplyDelete
  79. iyalah... yang datang makan kenduri best la... jiran kampung yang nak keluar taman la susah... kona kanan, kemah. kona kiri kemah. 1001 sesumpah la tuan kemah dapat...

    ReplyDelete
  80. no 8.
    nak nyanyi sekali pun boleh...

    tak ada siapa yang larang kecuali pasangan masing-masing.

    ReplyDelete
  81. AKLCITIZEN

    PEMBETULAN: SEBENARNYA BUKAN SAYA YANG MEMIKAT DIA, TETAPI SEBALIKNYA DIA YANG MEMIKAT SAYA. HAMPIR2 SAYA TERPIKAT ! HEHE

    ReplyDelete
  82. ABANG TEMUK

    SALAM KEMBALI. SAYA KENDURI DULU MINTA BANTUAN BOMOH HUJAN. ALHAMDULILLAH TAK HUJAN MASA KENDURI. TAPI HUJAN BUKAN MAIN LEBAT LEPAS KENDURI.

    TENTANG DJ TU, SAYA SETUJU. MEMERIAHKAN MAJLIS. TAKLAH SUNYI KENDURI TU MACAM PERGI MELAWAT ORANG SAKIT.

    ReplyDelete
  83. KIMISAI

    SAYA MASIH INGAT DAN KENAL. NAMA AWAK MEMANG UNIK. TAK ADA TERJUMPA NAMA ITU SELAIN DARI NAMA AWAK.

    TERIMA KASIH KERANA MASIH INGAT KAT LAMAN INI. ADA MASA NANTI SAYA KE LAMAN AWAK PULAK.

    ReplyDelete
  84. INSAN MARHAEN

    KENALAH BERKORBAN SIKIT. HARI INI HARI DIA, AKAN DATANG HARI KITA PULAK.

    RUMAH SAYA TAK ADA MASALAH SEBAB ADA 3 JALAN MASUK KELUAR. TUTUP SATU ADA DUA LAGI BOLEH GUNA.

    ReplyDelete
  85. DRSINGA

    BILA KITA NAK BERDUET. SAYA BELUM PERNAH BERDUET DENGAN MANA2 DOKTOR. JURURAWAT LAGI TAK PERNAH. BIDAN PUN BELUM LAGI ..

    ReplyDelete
  86. lawak tapi penuh bermakna....

    ain tak pernah gi kenduri kat hotel berbintang....

    dah terbiasa makan berpanas bawah khemah...

    paling best berlaukkan gulai kawah yang masih berasapppp....

    sodapppnyaaaa...

    ReplyDelete
  87. AIN
    AIN

    KENDURI KAT HOTEL, BAIK UNTUK KEDUA2 PENGANTIN, TAPI SULIT KEPADA TETAMU.

    KENDURI KAT RUMAH, KURANG BERMAKNA KEPADA KEDUA PENGANTIN, SEBAB ORANG DATANG DAN PERGI, TAPI MEMUDAHKAN TETAMU.

    DUA-DUA ADA + DAN - NYA.

    ReplyDelete
  88. Mungkin abg tak perasan komen saya yg ini. Takpe saya kopipes aje sekali lagi di bawah ni.

    Saya rasa kalau makngah takde, mahu abg ikut nyanyi dgn gadis Kg Lonek tu hehehe

    ReplyDelete
  89. YB

    SAYA BACA KOMEN AWAK TU, TAPI HARI TU AGAK KELAMKABUT SIKIT. BANYAK TERLEPAS PANDANG DAN SALAH EJA.

    SEBENARNYA MAKNGAHNYA HARI TU PUAS MEMUJUK SAYA SURUH BERDUET DENGAN BUDAK LONEK TU, TAPI RAMAI SANGAT YANG CARI SAYA HARI ITU, MAKLUMLAH BAPAK PENGANTIN, JADI TAK SEMPAT.

    HAMPA BETUL NAMPAKNYA BUDAK LONEK TU TAK DAPAT BERDUET DENGAN SAYA.

    TAK PE. LAIN KALI LAH.

    ReplyDelete
  90. hoh. gelakkan org yg amik gmbar tu laa.

    ReplyDelete
  91. ORANGLIDI

    KENAPA NAK GELAKKAN PULAK ? DIA TIDAK BERSALAH ! DIA CUMA BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG.

    ReplyDelete
  92. Terima kasih utk penjelasan tersebut.

    Lain kali kalau abg nak duet dgn budak Lonek tu bagi tahu saya. Saya nak tengok hehehe

    ReplyDelete
  93. YB

    NI NAK TANYA AWAK TERUS TERANG. AWAK MINAT BETUL DENGAN DIA NAMPAKNYA. KALAU NAK NOMBOR TELEFONNYA ABANG BOLEH USAHAKAN.

    LEPAS TU PANDAI2LAH SENDIRI. AWAK PUN SELALU LALU BATU KIKIR. DAH TAK JAUH DENGAN LONEK TU !

    ReplyDelete
  94. amboi..gambar cenderahati ye
    ada2 je pakngah ni :)

    ReplyDelete
  95. Owh rasanya saya dah pernah baca entry yang ini dan komen, tapi takder pulak komen saya kat sini. takper la, komen lagi sekali :D:D memang kelakat :p

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.