Jadual kuliah dan jadual peperiksaan Diploma Eksekutif
Pengajian Syariah/Usuluddin Semester VI,
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Saudara Piewahid ada mengatakan bahawa berblog ini amat memenatkan. Saya pun sedang menuju ke arah kepenatan itu. Sebagai petanda dan akibat awal, saya telah menutup satu blog saya.
Untuk membalas komen2 dah semakin kesuntukan masa. Apalagi kalau nak lawat setiap blog pemberi komen. Kalau nak melawat semua blog follower dalam satu masa, saya mengaku saya tidak berdaya. Saya percaya orang lain pun begitu juga.
Saya pula membaca jenis lambat. Tambah2 yang guna tulisan ala SMS atau yang guna kata ringkas yang di luar piawaian. Lagilah lambat kalau baca entri yang guna perkataan Inggeris yang di Melayukan. Macam "ekceli". (Tijah suka buat gitu) Lama juga baru saya tahu apa maksudnya. Maklumlah warga emas dan bermata empat pulak.
Dua tiga minggu yang lalu saya giat berblog kerana kelas Diploma belum bermula. Besok mula semester baru. Ini bermakna masa untuk berblog akan menjadi semakin terhad hinggalah selesai periksa.
Hari esok kelas nak mula
Semester 6 penutup diploma
Pasti saya kesuntukan masa
Antara belajar, blog dan kerja.
Harap dimaaf berlebih kurang
Tidak terniat mencuri tulang
Berhenti berblog tidak di rancang
Cuma kurang dalam gelanggang.
Kalau ada kurang dilawat
Bukannya lupa bukan mengelat
Tapi masa semakin singkat
Badan juga makin tak larat.
Jangan pulak saya di cerca
Kalau boleh selalu nak jumpa
Itulah kadar masa yang ada
Cuba dimanfaat sedaya upaya.
Harap dimaaf harap difaham
Jangan pula menyimpan dendam
Terima kasih sudi berkunjung
Budi baik rasa nak junjung.
Berpinar-pinar mata tua saya membacanya ...
Rasa macam nak diswastakan !
p/s: dalam pada itu bergembiralah di hujung minggu dengan melayan entri ini: Kalaulah Binatang Ada FB ... di blog Jejari Halus. Saya jamin anda akan tersenyum dan terketawa. Kalau tidak, wang anda akan dikembalikan !
* Esok saya tidak bersiaran. Jumpa Isnin, insya-Allah !
.
.
.
.
.
.
.
.
hehe..dapat no satu lagi.
ReplyDeleteApa apa pun, selamat menjalankan apa juga tugasan. Memang masa sekarang singkat dan rasa tak cukuppp je.
FA*ATIP
ReplyDeleteTAHNIAH LAGI !
SEMUA ORANG MENGADU TAK CUKUP MASA.
KENALAH SUSUN KEUTAMAAN DALAM MENJALANKAN TUGASAN DAN T/JAWAB.
MULA2 BUAT YANG WAJIB DULU, KEMUDIAN YANG SUNAT MUAKKAD, SUNAT BIASA DAN SETERUSNYA.
apa-apa pun, cuba balance kan tapi kalau rasa tak boleh buatlah keputusan yang terbaik..
ReplyDeleteKanda AL..
ReplyDeleteSuami Rosmah namanya Najib
kalau bercakap berapi-api
utamakan dulu mana yang wajib
mana yang makruh tolaklah ke tepi.. :)
Ada kesempatan, kita boleh ulang bicara.
p/s.. Pn Sri, hari ini kakcik malas nak bukak pc awal2 pagi.. hehehe...
Insyaallah tuan boleh tu mengurus masa dengan sebaiknya...tabik kerana dah sampai semester akhir semoga berjaya dengan jayanya..
ReplyDeletekalaulah masa ada jual di mana-mana dah lama dunia jadi tunggang langgang..
Sebelum pagi terbit fajar,
ReplyDeletesebelum tanah nampak bayangan,
Takkan dapat masa di kejar,
Hidup di dunia hanya tumpangan
aiseyh..tak leh lawan Al-Lavendari punya pantun..
huhuhuhu
Salam THJ..
ReplyDeleteMoga sihat hendaknya..
Selamat berjaya buat tuan haji..
jangan sampai kena tambah lagi 2 mata ya....
ReplyDeleteorg kata blogging ni tuk mengisi masa lapang,terapi diri,hobi yg boleh buat duit,buat kawan dan sebagainya.
ReplyDeletep/s : entri tu saya dah baca.cuba awak google,ramai betul buat entri tu sampai tak tau sape penulis asalnya.
LAAA.....kita sama2 bdk sekolah ko bang? tapi abang dah senior, sy freshie lagi...
ReplyDeleteSy pun klu buleh nak boli maso gak bang, tapi tak do jual, kan...
Saya pun bakal jadi mcm abg lopeh ni, jarang berkunjung ke 'rmh' kwn2, sbb kekangan maso...harap kwn2 tak lupo kek saya...
kalaulah masa ada jual kat giant??
ReplyDelete.
.
ada.. ada... nak kirim?? jap lagi nak gi giant.. nak berapa kilo??
:D
:D
:D
kalau ada sumur di ladang,
boleh kita menumpang mandi,
kalau ada sumur di ladang?????
boleh kita menumpang mandi????
tiba2 rasa bermotivasi utk sambung belajar semula... hurrmmmm..
chaiyok! chaiyok!
Aslmkm THJ, tak silap saya ada ternampak "masa" dijual kat Giant tuari... satu rak dengan rempah beryani...
ReplyDeleteehh...silap... itu rempah MASA-la alagapas...
lama tak pantun nih...hihii
kalau embun katakan embun
tidak kucari mana titisnya
kalau 'shutdown' katakan 'shutdown'
tidak kunanti mana entry nya
nak menjalar, menjalarlah beremi
bawah bangsal jangan sesakkan
nak belajar, belajarlah al-lavendari
kami yang tinggal jangan dilupakan
(beremi - sejenis sayuran hijau yang hidup menjalar di kawasan lembab - goreng dengan bawang + hirisan halia mudo, umang sodap'ea...)
Tuan , dalam kesibukkan masa , jangan lupa jaga kesihatan diri ok !
ReplyDeletetabik pada orang yang dapat bagi bagi masa ni
ReplyDeletedulu2 saya slalu jugak pakai bahasa sms.lepas tu kena tegur ngan sorang sahabat blogger.sekarang dah kurangkan sikit demi sikit bahasa sms dan bahasa ikut suka tu..
ReplyDeletekalo ade sikit2 tu,kira terlepas la tu..hehehe
thanx for the link.enjoy sangat membacanye..
Salam bang.
ReplyDeleteDalam sibuk2 tu bukan setakat blog tapi FB pun ada juga tu. Respek kat abg ni.
Setiap n3 berpuluh2 komen. Mmg letih nak jawab satu persatu. Kena pula komen yg merapu. Nasib baik tak kena kejar dgn penyapu.
selamat bekerja..
ReplyDeleteSalam Tuan Haji,
ReplyDeleteBagi saya kunjungan balas tak di harapkan ,
cuma sesekali menjenguk dimasa terluang ,
Itulah yang di utamakan.
Macam dah jadi tanggungjawabkan.
Takpa....relaks je tuan.
kesibukan itu yang menyebabkan hilang rasa bosan..
ReplyDeletesemoga kerja2 itu dipermudahkan
terbaru dari saya : persoalan berat yang perlu ditangani
masa tu ada. tuhan bagi adil pada semua orang 24 jam. kita yang menguruskannya.
ReplyDeletetahniah tuan.bukan senang nak ikuti kuliah dalam usia yang makin meningkat. penat jangan ceritalah bang. saya waktu mengikuti program sijil di akedemi pengajian islam nilam puri, kelantan suatu waktu dulu pun terkejar-kejar waktu.
ReplyDeleteletih memandu lagi dari k.trg ke nilam puri kelantan.
Salam sahabat..
ReplyDeleteSemua org kena penyakit yang anda maksudkan ini.
** saya pun jenis lambat membaca kalau byk singkatannya saya pun tak paham. Jadi eloklah kita berada disituasi yang sama.
selamat membahagikan masa uncle...
ReplyDeletejangan lupakan kami udah ler...hukhuk
kadang tu terpaksa mengutamakan kerja kerana itulah mata pencarian..terpaksa buat2 lupa pada blog dan ziarah menziarah ni..bimbang juga tiada rakan yang singgah..namun alhamdulillah bila yg diamanahkan diberi keutamaan..maka yang lain2 akan jadi baik.
ReplyDeleteSalam Pakngah
ReplyDeletemesti bahasa arab sangat lancar kan?
anak sya si ayong sangat minat bahasa arab,semenjak tahun satu markah separas 90 keatas, dan tahun 2 & 3 ni berturutan 100%
kadang bila ayong tanya ada yang dia tak faham, sya sendiri malu, sebab tak tahu nak menjawab
nasib baik enpakwe masa belajar di itm segamat dulu pun sangat suka b.arab, bolehlah tolong membantu
Bak kata ayong, ibu..bahasa arab bahasa al-quran
SHARINGINFOZ
ReplyDeleteDAH CUBA BALANCE, KADANG2 SENGET JUGAK !
KAKCIKSEROJA
ReplyDeleteTAK ADA YANG MAKRUH, SEMUANYA HARUS BELAKA.
P/S: BETUL2 KE FA*ATIP TU ISTERI TAN SRI ?
IBUINTAN
ReplyDeleteYA TAK YA JUGAK. NASIB BAIK MASA TAK ADA JUAL, KALAU TIDAK RAMAI LAH YANG SUKA BUAT KERJA BERTANGGUH2.
AUJINZ
ReplyDeleteHEBAT PANTUN AWAK. JARANG ORANG MUDA BOLEH DAN SUKA BERPANTUN.
AWAK MUDA LAGI KAN ?
ABD RAZAK
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. TERIMA KASIH ATAS UCAPAN SEMANGAT ITU. SEMOGA ALLAH MEMBERI KEKUATAN KEPADA SAYA UNTUK MENYUDAHKANNYA.
DRSINGA
ReplyDeleteKALAU TAMBAH LAGI DUA MATA, SAYA AKAN JADI MATA-MATA LAH KAN !
MRPENYUBIRU
ReplyDeleteBENAR. BERBLOG INI ADALAH JUGA SATU PASSION YANG AMAT MEMERLUKAN PATIENCE !
P/S. PASAL ENTRI TU NAMPAKNYA SAYA KETINGGALANLAH.
ANNIE
ReplyDeleteBOLEHLAH SENIOR RAGGING FRESHIE ! HEHE
ANNIE NAK BELAJAR KAT MANA ? KURSUS APA ? DIPLOMA GAK KE ?
KUTAKSEMPURNA
ReplyDeleteKALAU ADA SUMUR DI LADANG
BOLEHLAH KITA MENUMPANG MANDI
ORANG BERPANTUN SEKERAT JALANG
TANDANYA DIA TAK GEMAR MANDI.
RKA
ReplyDeleteALAIKUMSALAM. WAH BANYAK KEPANDAIAN AWAK. HARI TU MENGKISAHKAN SARANG BURUNG TEMPUA. HARI INI TUNJUK BAKAT BERPANTUN DAN JUGA MASAK BEREMI.
LINDA
ReplyDeleteDALAM DOK JAGA TU, SAKIT JUGA KEPALA DAN PINGGANG SEBAB SEHARIAN DALAM BILIK KULIAH.
DAUN BIDARA
ReplyDeleteMEMANG BOLEH BAGI, TAPI BAHAGIAN2 TU TELAH MENJADI MAKIN SEDIKIT !
MIMIE
ReplyDeleteBAHASA SMS TU JANGAN TERBAWA DALAM SURAT RASMI PULAK NANTI !
YB
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. SAYA INGAT DULU AWAK ADA KATA BLOGGING NI SATU PASSION. YANG INI SAYA SETUJU DENGAN AWAK. TU SEBAB LETIH2 PUN SAYA USAHA JUGA RESPON KOMEN PENGUNJUNG.
HAMIZAH
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS UCPAN SELAMAT ITU.
KAK WAN
ReplyDeleteMEMANG MASA TERLUANG MAKIN SIKIT. RASA TERKILAN TETAP ADA KERANA TIDAK BERKESEMPATAN UNTUK MELAWAT SEMUA BLOG KENGKAWAN YANG DATANG MELAWAT BLOG KITA.
AKLCITIZEN
ReplyDeleteMEMANG TAK SEMPAT NAK BOSAN. ANAK BESAR PUN TAK PERASAN. INGATKAN ANAK JIRAN.
INSAN MARHAEN
ReplyDeleteMEMANG MASA UNTUK SETIAP ORANG ADA 24 JAM SEHARI SEMALAM. TETAPI PEMBAHAGIANNYA TAK SAMA.
ABU MUAZ
ReplyDeleteMEMANG BETUL APA AM CAKAP TU. YANG CUKUP MELETIHKAN SAYA ADALAH DUDUK DALAM KELAS DALAM MASA YANG PANJANG. TAMBAHAN PULA KERUSI PLASTIK YANG KERAS DAN SEMPIT. INSYAALLAH SATU HARI NANTI SAYA BUAT ENTRI TENTANG KELAS SAYA PULA.
AKUANAKPAHANG
ReplyDeleteMUNGKIN ELOK DIBUAT SEBUAH KAMUS TENTANG SINGKATAN INI. DAN SEMUA ORANG KENA IKUT KAMUS ITU. JANGAN PULA SETIAP ORANG ADA SINGKATN MASING2. PONING DEN !
AIN
ReplyDeleteMANA BOLEH LUPA. DOK TERINGAT SEPANJANG MASA. TAPI APAKAN DAYA, MASA YANG ADA BANYAK BAHAGINYA.
IDALARA
ReplyDeleteBETUL SANGAT APA YANG AWAK CAKAP ITU. KERJA ADALAH PALING UTAMA. YANG LAIN2 TU BOLEH BUAT KALAU KERJA YANG DIAMANAHKAN KEPADA KITA SUDAH DIBERESKAN.
SAYANGAYANGIBU
ReplyDeleteANAK SULUNG AWAK PUN DIGELAR AYONG JUGA YA. SAMA MACAM ANAK SAYA.
BAHASA ARAB SAYA YANG PALING LEMAH. SEMESTER LEPAS CUKUP2 MAKAN JER.
TAHNIAH KEPADA AYONG. TERUSKAN BERI GALAKAN KEPADA DIA. MEMANG SERONOK KALAU DAPAT MENGUASAI BAHASA ARAB. TETAPI UNTUK MENJADI AHLI, SANGAT SUKAR. MEMANG LAYAKLAH IA MENJADI BAHASA AL-QURAN.
abe hamzah..
ReplyDeletesy rasa masa cepat berlalu..
hingga sy rasa saya dah tua utk berblogging..
belajo lagi... uih rajinnya... kalo le otak saya dah tak tepu...
ReplyDeletemasuk kembalik menjawab soalan abg yg bertalu2...hehehe
ReplyDeletesy belajar kat uitm shah alam, haah diploma gak..dah itu je layaknya..
ALVIN
ReplyDeletePAKCIK RASA SUNGGUNG BERANG BILA AWAK KATA BEGITU. KALAU AWAK KATA AWAK DAH TUA UNTUK BERBLOGGING, YANG PAKCIK NI NAK KATA APA ?
HEHE .. SEBENARNYA TAK MARAH PUN. KALAU DAH TUA TU, TERIMALAH HAKIKATNYA.
ORANG TUA PERNAH RASA MUDA, ORANG MUDA BELUM PERNAH RASA TUA !
CEMOMOI
ReplyDeleteOTAK SAYA PUN TEPU GAK KADANG2. KENALAH MASUK MICROWAVE UNTUK DINYAHTEPUKAN.
ANNIE
ReplyDeleteSYABAS. JAUH JUGA NAK BERULANG DARI SEREMBAN TU ! LEPAS HABIS DIPLOMA NANTI, SAMBUNGLAH DEGREE PULAK DAN LEPAS TU BUAT MASTER DAN SETERUSNYA PHD. AWAK MASIH MUDA LAGI !
Kanda AL..
ReplyDeleteFa*atip tu tetap Pn Sri bagi kakcik. hehehehe... :)
KAKCIK
ReplyDeleteKALAU BEGITU TAK SALAHLAH KALAU SAYA PANGGIL DIA FA*ATIP SAHAJA SEBAB TENTUNYA SAYA JAUH LEBIH TUA DARI DIA.
aiseh..tq sbb menglink kan entri saya...
ReplyDeletepastikan assignment siap sblm dateline..
nak assistant, panggil la saya..hihi..
JEJARI HALUS
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA MENAWARKAN KHIDMAT SECARA SUKARELA. NANTI BILA DIPERLUKAN SAYA AKAN CARI AWAK !