Thursday, July 1, 2010

AMARAN TERAKHIR YANG PERTAMA UNTUK TETUAN VISA DAN MAYBANK ...!



Gambar 1: Kad kredit yang saya jadi ahli sejak tahun 1985

Tetuan Visa dan Maybank.

1. Merujuk perkara tersebut di atas, sebagaimana tuan sedia maklum, saya sudah 25 tahun menggunakan kad kredit tuan iaitu sejak tahun 1985. Dari pada had kredit sebanyak RM2,000 sebulan hinggalah kepada had yang boleh membeli sebuah rumah kos rendah. Untuk itu saya ingin mengucapkan terima kasih di atas segala perkhidmatan yang telah tuan berikan selama ini.

2. Sebagaimana tuan juga sedia maklum, dalam tempoh tersebut saya tidak pernah sekali pun terlewat bayar. Saya juga tidak pernah membayar sebahagian atau ansur-ansur. Setiap kali bil sampai, saya akan jelaskan semuanya. Bukannya saya banyak duit, tapi saya berbelanja ikut kemampuan.

3. Walau bagaimanapun, baru-baru ini, saya telah terlewat bayar dua hari kerana saya pergi bertugas diluar daerah. Oleh kerana itu, pihak tuan telah mengenakan interest/faedah atau riba kepada saya. Tidak banyak. Tak sampai pun RM10 ringgit. Tapi hati saya amat sakit dan perasaan saya sangat berang.

4. Setelah 25 tahun, saya menjadi pengguna yang setia yang tidak pernah sekalipun terlewat bayar, tetapi dek kerana hanya terlewat sekali, saya telah dikenakan caj tambahan oleh pihak bank.

5. Di sini saya hendak memberi tuan amaran terakhir yang pertama, sekiranya sekali lagi tuan berbuat begitu kepada saya, tuan akan menerima nasib yang sama seperti kad di bawah. Walau pun had kredit yang diberikan lebih tinggi, yang membolehkan saya membeli rumah teres kos sederhana dan diberikan untuk tempoh lima tahun sehingga tahun 2013, tapi saya tidak teragak-agak untuk menamatkan riwayatnya. Diharap tuan mengambil iktibar dari nasib yang menimpa kad di bawah.


Gambar 2: Kad kredit yang saya sudah "berkerat rotan berpatah arang" dengannya.


6. Sekian. Harap ambil maklum. Akhirnya terimalah serangkap pantun dari saya (gian nak berpantun sejak blog ini berhenti operasi).


Mangga dahan bercantum
Tumbang arah ke dapur
Bunga bukan sekuntum
Kumbang bukan se ekor.



Sekian.


Perhatian: Surat ini adalah cetakan komputer dan tidak memerlukan tandatangan.


#############################################

Gambar Sisipan.


Gambar 3: Makngahnya buat survey sebelum membeli ikan dan
suruh Pakngahnya bayar pakai kad kredit.


Nota kaki:

Pada awal 80an semasa saya bekerja di Amerika sudah boleh guna kad kredit untuk beli ikan kat pasar. Sekarang ni dah ada ke pasar basah di Malaysia yang boleh guna kad kredit untuk beli ikan termenung se kilo ? Kat pasar Ampangan semasa nak beli bacang hari tu dia orang belum terima kad kredit lagi !

67 comments:

  1. Suami kakcik terima surat peringatan berulangkali dari SCB - (dengan yang terakhir bersama ugutan untuk membawa ke mahkamah) supaya membayar sejumlah tak sampai RM6 yang kononnya lebihan penggunaan bagi akaun yang tak pernah pun digunakannya! hmmmmm....

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan Haji...

    Moga Tuan Hj sihat hendaknya..

    Sabar bang haji...namun itulah sebaiknya. Kalau boleh tamatkan terus riwayatnya dan ambik yang islamik agar kita terpelihara dari riba..

    ReplyDelete
  3. salam akhi hamzah...

    sesekali bagus juga ambil tindakan begitu ... ajar sikit depa tu ...
    bkn satu kad bank jer yg ada kt M'sia ni ....
    hubby ummi pun ada boikot gak satu kad ..pastu tiap2 bulan masih sampai lagi bil lebihan bayar 79sen ...he he he , umpan ler tuuu

    ReplyDelete
  4. Salam.
    Harap sangat2 pihak yang berkaitan dan juga bank2 lain yang sekotak degnnya mengambil perhatian dan tindakan . LF ada beberapa kad dan bercadang nak kerat 8 tiap-tiap satu dlm masa terdekat ini.

    ReplyDelete
  5. salam pagi khamis
    hampir setiap hari sy dikejar oleh pegawai CIMB(yg sy kenal) meyuruh@memaksa sy menggunakan kad kredit..
    saya kata sy tk mahu,tak mampu dan tak ingin...tp beliau tak bosan2 memaksa..hinggakan mengugut sy tidak mahu memberi kerjasama dalam hal keja...
    nampaknya sy pun akan terpaksa buat surat untuk dia punya big bos sebab ugutan itu...

    ReplyDelete
  6. KAKCIKSEROJA

    MEMANG TAK CERDIK BETUL SCB TU. BELANJA NAK DAPATKAN RM6 TU PASTI LEBIH BANYAK LAGI. ATAS NAMA PRINSIP, PATUTNYA KITA TAK PERLU BAYAR. TAPI ATAS DASAR KEWARASAN, KALAU SAYA, SAYA BAYAR JER.

    MACAM KITA BAGI DUIT KEPADA PEMINTA-MINTA, KITA BAGI SEBAB NAK SURUH DIA ORANG BEREDAR DAN JANGAN GANGGU KITA LAGI.

    ReplyDelete
  7. ABD RAZAK

    SALAM KEMBALI. MOGA SDR JUGA DIBERI KESIHATAN OLEHNYA.

    MEMANG BETUL KATA SDR. BAGAIMANAPUN DEKAT MAYBANK PUN ADA ISLAMIC COUNTER.

    ReplyDelete
  8. UMMI HUMAIRA

    SALAM KEMBALI. DIA ORANG NI MEMANG AGRESSIF BETUL UNTUK DAPATKAN PELANGGAN. KITA BOLEH BUAT JUAL MAHAL !

    MASA KITA TAK ADA DUIT DULU, BUKAN MAIN SUSAH NAK DAPAT LAGI.

    ReplyDelete
  9. LF

    SALAM KEMBALI. UISH ..MARAH BETUL TU, SAMPAI NAK KERAT 8. JANGANLAH BEGITU. KERAT 7 SUDAHLAH ! HEHE

    ReplyDelete
  10. IDALARA

    SALAM KEMBALI. SAMPAI KEJAR2 DAN UGUT2 NI SUDAH MELAMPAU. ITU SUDAH MACAM HARASSMENT TU.

    KALAU SAYA, MAHU RASANYA REPORT KAT KARAM SINGH WALIA.

    ReplyDelete
  11. :D Lebih kurang cerita Saya aje ni..
    Saya pun ada membuat "entry" mengenainya..

    Cuma kes saya berpunca setiap kali kad baharu dikeluarkan.

    http://www.anif.co.cc/search/label/Maybank

    ReplyDelete
  12. salam,

    bab dikejar bebudak cari komisen buat card bank ni mmg byk..tp tak mau layan !

    ..IE ada satu kad aje..tu pun ehsan org ...guna hanya utk bayar hotel ms keje luar..tp tak seronok sebab asyik kena leter .. (baik tak payah bagi kiter card ...)

    ReplyDelete
  13. tuan haji, umur sy dh mencecah 30-an..tp smpai skrg, sy tak terbuka nak pakai kad kredit..boleh tuan haji huraikan kelebihannya? huhuhuhuh..tq

    ReplyDelete
  14. ANIF

    SAYA SUDAH BACA N3 BERKENAAN. BEZANYA DALAM KES ANIF, PIHAK BANK YANG TIDAK CEKAP DAN ANIF TIDAK BERSALAH. DALAM KES SAYA MEMANG SAYA YANG BERSALAH.

    TETAPI TIDAK BOLEH KE DALAM KES ORANG YANG DAH JADI AHLI SELAMA 25THN, DI BERI KEISTIMEWAAN SEDIKIT. MISALNYA DI TELEFON DULU DAN BERI 'GRACE PERIOD' SEMINGGU MISALNYA.

    TAK APA. ADA UBI ADA BATAS ...!

    TETIBA SAYA TERINGAT PULA N3 SAYA YANG INI:

    http://al-lavendari.blogspot.com/2010/04/sekali-sekala-tak-kan-tak-boleh-kot_1059.html

    ReplyDelete
  15. IKAN EMAS

    SALAM KEMBALI. SAYA NAK TERGELAK BILA AWAK KATA ASYIK KENA LETER. TERASA JUGA SAYA SEBAB SAYA KENGKADANG TU TERLETER JUGA KAT MAKNGAHNYA.

    PERNAH TAK DENGAR PERIBAHASA ORANG NS - "DAH DIUJO DIPOGANG EKOR"

    ReplyDelete
  16. SAHROMNASRUDIN

    TERUS TERANG SAYA KATAKAN SAYA MEMANG MEMERLUKAN KAD KREDIT. KELEBIHANNYA SANGAT BANYAK, DENGAN SYARAT KITA BOLEH MENGAWAL DIRI DARI BERBELANJA. ANTARA KELEBIHANNYA:

    1. KEMUDAHAN. MISALNYA SEMASA MEMBELI PETROL TERUS SAJA ISI MINYAK TAK PERLU PERGI BALIK KE KAUNTER.

    2. MENJIMATKAN MASA. MASIH DALAM CONTOH 1. BANYAK MASA DAPAT DI JIMATKAN. KALAU SEKALI KITA JIMAT 3 MINIT, SERIBU KALI SUDAH 3 RIBU MINIT.

    3. KETENANGAN. SAYA TIDAK RISAU MISALNYA KALAU MENGINAP DI HOTEL YANG CAJNYA MUNGKIN BESAR,DENGAN ADANYA KAD KREDIT. SELALUNYA CLAIM SAYA DAPAT DULU DARI BIL KAD KREDIT.

    4. REBUT PELUANG. KADANG2 REZEKI DATANG TAK MENENTU. KALAU ADA KAD, MASA ITU KITA BOLEH BELI. MISALNYA ADA JUALAN MURAH BARANG TERTENTU YANG BERGUNA UNTUK KITA SEMASA KITA KETIADAAN AWANG. KALAU TAK ADA KAD KREDIT MELEPASLAH JAWAPNYA.

    5. SELAMAT. SAYA TAK PERLU BAWA DUIT BERIBU-RIBU DALAM KOCEK KALAU NAK BERTUGAS DIDALAM ATAU DI LUAR NEGARA.

    SEBENARNYA BANYAK LAGI. KAD KREDIT INI IBARAT PISAU, BOLEH DI GUNA UNTUK POTONG SAYUR DAN BOLEH JUGA DISALAH GUNA UNTUK BUNUH DIRI.

    ReplyDelete
  17. salam ayahanda..
    hehehehehe
    anakanda mu ini tidak pernah menggunakan kad kredit dan tak mau guna sebab tahu diri sendiri camana..kang torlobih sapo nak tolong bayarkan..huhuhuhuhu
    sedih kan bila dibuat camtu.....macam bayar ansuran kereta r..kalu lambat bayar...ade je kol tanya..tapi kalu kita bayar awal..tak de lak tepon ucap terima kasih...huh!!!!

    ReplyDelete
  18. harap2 orang2 dari bank yang berkenaan ada baca blog ni..untuk tindakan lanjut..

    ReplyDelete
  19. boleh guna debit kad selepas ini....
    ;)

    ReplyDelete
  20. CHEQNA

    TAK ADA KAD KREDIT PUN BOLEH HIDUP. TANYALAH DIRI SENDIRI, BOLEH KE AKU KAWAL DIRI. KALAU TAK BOLEH, BAIK TAK USAH, SEBAB INTERESTNYA TINGGI GILER !

    ReplyDelete
  21. KAK ERNA

    HARAP2 BEGITULAH, SUPAYA MEREKA ADA PERASAAN PERIKEMANUSIAAN SIKIT. JANGAN NAK FIKIR UNTUNG SAHAJA. SEOLAH2 KESETIAAN PELANGGAN TIADA NILAI LANGSUNG KEPADA MEREKA.

    ReplyDelete
  22. DRSINGA

    MASALAHNYA KAT PETROL STATION BELUM ADA LAGI. SAYA BANYAK GUNA KAD BELI MINYAK UNTUK KEMUDAHAN DAN KECEPATAN.

    ReplyDelete
  23. salam datuk hamzah

    harap2 la pihak bank baca entry ni.hehehe..

    tb2 jd teruja bila dpt taw yg kt negara luar bleh kad kredit utk beli ikan kt pasar sejak bebelas taun yg lepas..

    fuiyo....xsgka

    ReplyDelete
  24. DYNA

    TAK ADA KAD KREDIT PERKARA BIASA, JANGAN TAK ADA HENFON. ITU BAGI ORANG MUDA.

    BAGI PAKCIK BIAR TAK ADA HENFON, JANGAN TAK ADA KAD KREDIT.

    ReplyDelete
  25. XTIONKAMEN

    SALAM. SAYA BUKAN DATUK. TAPI AWAK NAK PANGGIL SAYA TAK KECIL HATI.

    DI BARAT KAD KREDIT UNTUK BELI IKAN BUKAN SEJAK BERBELAS TAHUN DULU TAPI RASANYA DAH LEBIH 30-40 TAHUN. MASA SAYA KAT SANA PADA TAHUN 1981, ORANG DAH LAMA PAKAI.

    ReplyDelete
  26. salam..
    memang tak patut bank tu
    tak menghargai langsung..
    saya guna MBB Visa juga..
    setakat ini alhamdulillah
    saya TT jer bayaran melalui
    ATM card saya..mudah dan
    pantas...

    ReplyDelete
  27. datang mengota kata..menjenguk umah uncle :)

    uncle beli ikan leh pakai kad eh hee..

    kat sini takdo kan hee..

    ReplyDelete
  28. ain tak pernah pakai kad kredit....

    bila ada duit baru berbelanja, takde duit tunggu sampai duit ada la jawabnya....

    ReplyDelete
  29. caya la en al, 25 tahun tu..

    ReplyDelete
  30. ZULKBO

    SALAM KEMBALI. SELAMA INI PUN TAK ADA MASALAH. SAYA BAYAR PUN MELALUI MAYBANK2U. CUMA BARU2 NI JER. TU YANG HANGIN SATU BADAN TU. SEKALI JER TERLEWAT, TANPA NOTIS TERUS KENA DENDA. GERAM BETUL.

    ReplyDelete
  31. AIN

    UNCLE DAH TERBIASA MASA KERJA LUAR NEGARA DULU. SEKARANG INI MACAM TAK BOLEH "HIDUP" PULAK TANPA KAD KREDIT. KALAU TAK PERNAH ADA, MUNGKIN TAK RASA APA-APA. SAMPAIKAN KALAU DIBERI PILIHAN, BIAR UNCLE TAK ADA HENFON DARI TAK ADA KAD KREDIT.

    ReplyDelete
  32. WANITA MUTALIB

    BUKAN SAJA BELI IKAN, NAIK TEKSI PUN BAYAR PAKAI KAD KREDIT. BAHKAN LEBIH DIGALAKKAN KERANA UNTUK MENGELAKKAN TEKSI KENA ROMPAK.

    ReplyDelete
  33. DAUN BIDARA

    KALAU NAK IKUT2 DAH LEBIH 28 TAHUN TERMASUK TIGA TAHUN DI LUAR NEGARA. IA BUKAN SATU KEMEWAHAN TAPI SATU KEPERLUAN SEBENARNYA.

    ReplyDelete
  34. BABY BERRY

    YE LAH .. RASA NAK BENG BENG JER !

    ReplyDelete
  35. tuan hamzah,

    surat tuan telah kami terima dengan selamatnya. Malangnya, surat itu tidak dapat kami proses dengan sempurnanya kerana

    .
    .


    tuan telah tertinggal satu rangkap pantun yang penting untuk 'prosedur' seterusnya.

    Pecah kaca pecah gelas,
    sudah baca harap balas.


    Harap tuan dapat mengepilkan bersama pantun ini di lain kali.

    Kerjasama tuan amat dihargai. Segala kesulitan amat kami kesali. Kami tinggalkan tuan dengan pantun ini agar segala panas di hati akan lari :

    Burung serindit terbang melayang
    Singgah hinggap di ranting mati
    Duit ringgit dipandang orang
    Jarang dipandang bahasa budi.

    Sekian, terima kasih.


    ##########################

    Perhatian: Surat ini adalah cetakan komputer dan tidak memerlukan tandatangan.


    :D

    :D

    :D

    ReplyDelete
  36. KU TAK SEMPURNA


    TETUAN VISA DAN MAYBANK.

    SAYA BERTERIMA KASIH KERANA MENDAPAT JAWAPAN YANG AWAL DARI TUAN.

    2. SETELAH MENERIMA SURAT JAWAPAN DARI PEGAWAI TUAN YANG BERNAMA "KU TAK SEMPURNA", PERASAAN SAYA JADI BERBELAH BAHAGI. DULU PANAS KINI SEDINGIN SALJI. SAYA TIDAK MENYANGKA ADA PEGAWAI TUAN YANG PANDAI BERPUISI.

    3. BUAT SEMENTARA WAKTU SAYA TANGGUHKAN NIAT SAYA UNTUK MENGGUNTING KAD TUAN. SAYA PERLU MENYELIDIK DAHULU SIAPAKAH GERANGAN SI "AKU TAK SEMPURNA" INI. KALAU TERNYATA DIA SATU KEPALA DENGAN SAYA, BOLEHLAH TUAN MENGHANTAR KAD KE DUA KEPADA SAYA UNTUK DIGUNAKAN OLEH ORANG RUMAH SAYA.

    4. SEBAGAI MEMENUHI PROSEDUR TUAN, SAYA SUDAHI SURAT INI DENGAN SERANGKAP PANTUN.

    "pecah kaca pecah cawan,
    sudah makan basuh pinggan"

    SEKIAN TERIMA KASIH ADANYA.

    ----------------------

    PERHATIAN: SURAT INI JUGA HASIL CETAKAN KOMPUTER DAN TIDAK MEMERLUKAN CAMPUR TANGAN PENULISNYA.

    ReplyDelete
  37. mintak maaf encik, saya terbaca surat encik yg ditujukan kepada tetuan visa dan maybank. saya tetuan visa & mayjunjuly.

    encik tak try debit kad ke?

    ReplyDelete
  38. MRPENYUBIRU

    HEHE .. ADA BANK BARU RUPANYA.
    SAYA BELUM CUBA KAD DEBIT. KATANYA IA UMPAMA BAWA CASH JUGA. SAYA LEBIH SUKA BELANJA DULU, BAYAR SEBULAN KEMUDIAN.

    ReplyDelete
  39. sebab tu saya tak pakai..sblm ke Oz saya kat setiu, trg..mana ada tempat nak cucuk benda tuh..dah sampai ke sini gaji pon tarak lg la xleh cucuk

    ReplyDelete
  40. kad kredit kad debit
    mari disimpan dalam dompet
    ko buat ati ku sakitttttt
    dah le sengkek mboh jadik senget

    ReplyDelete
  41. salam,

    daripada tetuan kad hutang..

    Kami berbangga dengan en. Hamzah kerana telah menjadi pengguna tegar kad kami selama 25 tahun.

    Kami juga mohon maaf atas insiden berkenaan tapi apa kan daya itu memang polisi syarikat kami.

    Akhir kata serangkap pantun juga..

    pisang emas dibawa belayar
    masak sebijik atas peti
    hutang emas boleh dibayar
    hutang kad kredit pun bayar sekali.

    sekian.

    ReplyDelete
  42. Saya dah pun berjaya 'mematah arangkan' sekeping kad visa/master..dah serik..utang baru habis bayar. Lepas ni berbelanja kena lebih berhati-hati..interest cekik darah..

    ReplyDelete
  43. HAMIZAH

    NAK PAKAI TAK DE SALAHNYA. CUMA SAYA GERAM KAT ORANG BANK TU, LANGSUNG TAK ADA HATI PERUT. MEMANG PUN !

    SEMENTARA MENANTI GAJI GUNAKANLAH DULU DUIT SIMPANAN TABUNG HAJI/ASB YANG ADA TU. NANTI MASUKAN BALIK !

    ReplyDelete
  44. PENJEJAK MAYA

    PISANG EMAS DI BAWA BELAYAR
    MASAK SEBIJI DI ATAS PETI
    HUTANG EMAS LAGI KU BAYAR
    KAD KREDIT MENTELAH LAGI.

    ReplyDelete
  45. CEMOMOI

    KAD KREDIT KAD DEBIT
    MARI DISIMPAN DIDALAM DOMPET
    BUKAN SAJA HATI KU SAKIT
    HENDAK BERNAFAS TERASA SEMPIT.

    ReplyDelete
  46. SITI MURNI ISHAK

    SAYA CADANG NAK BERPATAH ARANG JUGA DENGAN VISA MAYBANK TU, TAPI NOSTALGIA PULAK RASANYA SEBAB DAH LAMA DENGANNYA. BAK KATA ORANG SAKIT PONING DI KONGSI BERSAMA.

    NANTILAH BILA KEWARASAN MENGATASI EMOSI, SAYA AKAN BERTINDAK. TAPI DIA ORANG NI PANDAI PUJUK.

    ReplyDelete
  47. Hah.. jangan main-main dgn Tuan Hamzah Bin Abd Hamid tauuu ..

    Nampak jek pendiam . Tak banyak cakap . Sekali dia 'berkata' , satu dunia 'dengar ' !

    Saya pasti . Tentu pihak tetuan yang menerima surat ini rasa menyesal tak sudah . !!!

    ReplyDelete
  48. LINDA

    TERIMA KASIH KERANA MEMBERI KEKUATAN KEPADA SAYA. SATU PEMBETULAN .. SAYA BUKANLAH PENDIAM SEPERTI DISANGKA.
    TENGOK GAMBAR MEMANGLAH DIAM. HEHE

    ReplyDelete
  49. hik5.....lawak betul la pantun tu....suami saya pakai jugak kad...saya selalu peringatkan dia bayar awal...takut macam ni la....kalau baya rterlebih tak pulak derang nak bagi balik...kalau lewat sehari ugut macam2...

    ReplyDelete
  50. osah garang eh, takut lak ghaso eh, sekali abg al mengamuk.....

    ReplyDelete
  51. hahahhahaha
    ada pantun tuh!!!!
    mende ni mmg leceh kadang2

    tp surat uncle al mmg stylo siot
    hahahahha pantun tu mmg x menahan!


    >>___<<

    ReplyDelete
  52. Memang bengang bang setiap kali kita bayar awal takde pun nak bagi diskaun. Bila lambat (tak sengaja pun) kena riba dan cas lewat. Manalah bank tak kaya raya.

    Kalau abg nak selidik pegawai bernama KTS tu, saya boleh membantu. Itupun kalau abg nak saya bantulah hehehe

    ReplyDelete
  53. salam tuan haji,
    byk yg sy pelajari dari n3 yg bersahaja ini. t kasih byk2.

    smoga seisi keluarga sihat & riang gembira selalu.

    p/s- ni dah kali kedua cuba tinggalkan komen kat sini. streamyx problems

    ReplyDelete
  54. ALIMAZ

    KITA NI IBARAT MENTIMUN DENGAN DURIAN. MENGGOLEK LUKA KENA GOLEK PUN LUKA. TAK APA .. SEKARANG INI KITA ADA BANYAK PILIHAN. KITA PILIHLAH YANG BETUL2 CUSTOMER FRIENDLY.

    ReplyDelete
  55. ANNIE

    YO LAH .. DAN 25 TAHUN KITA BUEK BAIK. SEKALI KITO TAK SENGAJO, BUKAN MAIN LAGI DIBUEKNYA KITO !

    ReplyDelete
  56. FRODO BAGGINS

    UNCLE PUN BANYAK BELAJAR DARI AWAK TENTANG LENGGOK BAHASA ORANG MUDA2. SENANG NAK BERKOMUNIKASI DENGAN ANAK2.

    ReplyDelete
  57. PIEWAHID

    SALAM KEMBALI. TERIMA KASIH KERANA BERSUSAH PAYAH MENCUBA. PIEWAHID PUN BOLEH BUAT SATU ENTRI TENTANG MASALAH STREAMYX NI. TENTU RAMAI YANG ADA MASALAH SERUPA.

    ReplyDelete
  58. Pak ngah
    Nak tanyo sikit..
    adakah sya adalah ketinggalan zaman sobab tak pernah guna kad kredit..

    ReplyDelete
  59. YB

    DULU2 ABANG PERNAH GERAM DENGAN ASTRO. LEWAT SEHARI KENA CAJ TAMBAHAN RM10. APA ABANG BUAT, ABANG BAYAR SETAHUN IN ADVANCE. PADAN MUKA ABANG.

    TENTANG TAWARAN ITU, MEMANG NAK. AWAK JANGANLAH CAJ MAHAL2 SANGAT MACAM VISA ATAU ASTRO PULAK !

    ReplyDelete
  60. Salam al-lavendari
    Geli hati saya baca mesej Ku Tak Sempurna & jawapan al-lavendari kepadanya!
    Memang teruk si bank tu. Buat kerja ikut buku, langsung tak ada budi bicara. Bank yg tak ada komensen! Sebenarnya, setia pada satu kad/bank walau berpuluh tahun pun bukan ada keistimewaan apa-apa yg diberikan kpd kita.

    ReplyDelete
  61. SAYANGSAYANGIBU

    TIDAK SEKALI-KALI SAYANG OI. BAHKAN MUNGKIN MENDAHULUI ZAMAN. MANALAH TAHU MASA AKAN DATANG NANTI TAK ADA LAGI ORANG GUNA KAD KREDIT !

    ReplyDelete
  62. Saya sedang berkira-kira untuk menutup satu persatu kad yang ada supaya tinggal satu sahaja.

    ReplyDelete
  63. ABANG TEMUK

    SALAM KEMBALI. PATUTNYA MEREKA ADA PROGRAM UNTUK PELANGGAN SETIA. BERI DISKAUN KE, BERI HADIAH KE. INI LAIN PULAK YANG DIBERINYA. MEMANG DIA ORANG NI TAK GUNA KOMENSEN LANGSUNG.

    ReplyDelete
  64. POK LI

    ELOKLAH TU. SAYA PUN TENGAH BERKIRA2 KE ARAH ITU. AGAKNYA KITA NI TAK ADA BAKAT DAN KEMAMPUAN UNTUK MENGURUSKAN KAD DAN YANG SEUMPAMANYA LEBIH DARI SATU.

    ReplyDelete
  65. Pihak bank ni biasalah kan pakngah. Kalau kita yang masih berhutang, cepat saja dia minta balik, terlambat sikit pun dah kena charge, tapi bila kita bayar awal, takde pulak beri diskaun...

    Rasanya, saya berhenti sehingga entri Jun 2010. Entri Julai, yang ni sajalah untuk hari ini. Esok saya sambung semula...:)

    Seronok baca semua cerita pakngah Hamzah.!!

    Oh! Saya tahu, saya sendiri tak berkesempatan nak tengok balik apa jawapan pakngah beri dari komen saya. Tak mengapa, saya tahu Pakngah baca....tq!

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.