Gambar 1: Kolam ikan yang ada kipas untuk menghasilkan ombak tiruan.
Minggu lepas saya pergi memancing di Telok Gong. Agak mengecewakan. Ikan yang dapat cuma gelama yang masih memakai diapers. Tetapi semasa termenung menanti pancing mengena, saya dapat bertemuNya lewat persoalan-persoalan berikut:
1. Kenapa air laut tidak tumpah walau pun dunia ini bulat. Sedang air di dulang kalau kita sengetkan pun akan tertumpah. Graviti. Tetapi siapakah yang mencipta graviti itu ? Dan kalau kuasa graviti itu sudah tiada, apa akan jadi kepada kita semua?
2. Kenapa airnya masin dan di mana sumber garamnya. Sudah berjuta tahun masih masin macam itu juga. Sedangkan kolam pancing ikan air masin, yang selebar padang hoki pun berguni-guni garam digunakan untuk memasinkannya. Dan kalaulah air laut itu tawar, apa akan jadi ? Tentulah tidak tertahan busuknya lantaran disitulah terhimpunnya segala kotoran yang dibawa oleh sungai. Buktinya, lihatlah betapa busuknya kolam di kawasan perumahan (retention pond) yang mengalir air longkang kedalamnya.
3. Kenapa laut berombak tiada berhenti. Di manakah mesin pembuat ombak berada? Ombak antara lain berfungsi untuk meng"hidup" kan air demi kesejahteraan flora dan fauna di dalamnya. Lihatlah kolam ikan yang terpaksa memasang kipas air (seperti gambar 1 di atas) untuk meng'hidup'kan air kolam tersebut agar ikan atau udang di dalamnya boleh bernafas dengan selesa.
4. Kenapa keluasan laut melebihi 2/3 dari dunia ini. Daratan hanya kira-kira 1/3 sahaja. Apa akan terjadi kalau sebaliknya. Adakah kita akan mati kehausan ? Atau mati kepanasan ? Atau mati kerana menghidu toksik kerana kekurangan carbon-sink?
Harap betulkan saya kalau saya terkhilaf menggunakan dalil aqli.
Subhanallah. Sesungguhnya tidak sia-sia rupanya trip memancing saya kali ini !
Gambar 2: Jeti tempat kita berlepas dan tempat kita kembali !
Gambar 3: Siapa belum pernah tengok ikan gelama hidup ?
Nota kaki:
Gambar 2 dan 3 adalah sangat penting sebagai bahan bukti kepda Makngahnya.
Jadilah dari tiada langsung, kan? Balik tu singgah tak kat kedai untuk beli diapers? :)
ReplyDeleteYup ! Saya baca dan renungi kata-kata Tuan di hari Jumaat yang mulia ini ..
ReplyDeleteTkasih ..
kerana ada persoalan disitu jua ada jawapan . So, tak perlulah nak fikir bagai . ( khas utk saya yang malas berfikir ..) heee
daaaa...
Salam Jumaat.
ReplyDeleteBenar bang, adakala tidak tercapai akal kita.
Semua persoalan itu, sungguh jauh dari pemikiran kita yang dangkal ini utk mencari jawapannya.
apapun gelama tu kalu masak rebus pun dah sedap!
Laut juga sering jadi sasaran pemuisi dan pensajak didalam persembahan mereka..
ReplyDeleteLaut juga sering menjadi saksi Cinta insan..suka duka dan segala..
gamba last tu...cam dlm sokabar joran jer bang. tapi saiz ikan tu cam...err...cam...
ReplyDeletemalas la nak komen. hehhe
heee tak terpikir kecuali ais yang mencair napa tak turun ke kutub selatan... gamaknya tu le hikmah disuruh tengok laut selain tengok muka mak ayah dengan kaabah...
ReplyDeletetahniah kerana mendapat ikan..
ReplyDeleteSalam Tuan Haji...
ReplyDeleteMoga Tuan Hj sihat hendaknya..
Maha Besar Allah yang mencipta alam ini. Sungguh, jalan untuk mengenal Allah (ma’rifatullah) dan mengagungkanNya itu adalah dengan cara memikirkan setiap mahlukNya, merenungkan keajaiban-keajaiban dan memahamkan hikmah-hikmah yang terkandung dalam segenap ciptaanNya.
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi Ulil Albab (orang yang berakal)” (QS Ali Imran :190)
Telok Gong yang kat Banting tue ke, tuan haji...ada tuan haji ajak ikan emas mancing sekali tak????
ReplyDeletesalam Jumaat,
ReplyDelete1. Tu lah tandanya kebesaran Allah.
Yaa..pagi ni dah siap zikir AsMa Husna..
2. Nak jwp soklan dak shahrom atas ni..
tu laa...kita ni dok terhegeh-hegeh nonjolkan idung kot-kot ada org ajak p mancing..tanya jer kat mana kiter blh tunjukkan kat en lavendari ni mana dia nak p mancing ...kolam ke...sungai ke...laut cetek ke ...laut dalam ke..tak pyh nak tunjuk bukti kat MakNgahnya...
3) Syor kat Abang Ngah ..lps ni boleh cuba di Kelong Muara Sungai Besar Selangor pulak !
dah ada bukti ok la tu..
ReplyDeletegambar last tu bukti gi mancing
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletemak ngah mesti berbangga hasil tangkapan pak ngah meskipun gelama sebesar telapak tangan..
besaunya ikan gelama tu....
ReplyDeleteLINDA
ReplyDeleteTAK PE MALAS BERFIKIR ASALKAN RAJIN BEKERJA !
KAKCIK SEROJA
ReplyDeleteDIAPERS SAIZ "S" DAH HABIS LAH PULAK !
Ikan gelama....ikan kecik tu pun, kalau kita tenungggg, nampak kebesaran penciptaNya.
ReplyDeleteAZIEAZAH
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. SAYA GORENG JER SAMPAI RANGUP !
RELEVAN
ReplyDeleteLAUT JUGA TELAH BANYAK MEMAKAN NYAWA INSAN. HATI2 KALAU KE LAUT.
TIJAH
ReplyDeleteIKAN TU NAMPAK JER KECIK PADA PANDANGAN MATA KASAR, TAPI PADA HAKIKATNYA DIA TU BESAR !
CEMOMOI
ReplyDeleteMEMANG BENAR, BANYAK HIKMAH MENENGOK KEAJAIBAN LAUT NI. ITU BELUM MENYELAM LAGI MELIHAT APA ADA DIDALAMNYA.
ENDIEM
ReplyDeleteSAYA SANGAT BERBESAR HATI DI ATAS UCAPAN TAHNIAH TUAN ITU. IA MEMBUATKAN SEMANGAT SAYA MAKIN BERKOBAR2 UNTUK PERGI MEMANCING LAGI.
ABD RAZAK
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. TERIMA KASIH KERANA MENCANTIKAN ENTRI SAYA INI DENGAN KOMEN SAUDARA.
ALHAMDULILLAH SETAKAT INI AKAL SAYA MASIH LAGI BOLEH BERFUNGSI DENGAN BAIKNYA. CUMA PENYAKIT LUPA SAHAJA YANG KERAP MENYERANG.
ROM
ReplyDeleteBENAR. TELOK GONG ITULAH.
IKAN EMAS BUKAN KE KENA PANCING ?
APA-APA PUN DIA DAH KOMEN PANJAG LEBAR KAT BAWAH.
IKAN EMAS
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA NAK TUNJUKKAN SAYA TEMPAT MEMANCING.
KELONG TU SAYA DAH PERGI DAH. TAK MENJADI JUGA !
INGAT NAK PERGI MANCING KAT MALDIVES PULAK !
HAMIZAH
ReplyDeleteBUKTI ITU PENTING, UNTUK PERMIT KELUAR LAIN KALI.
DAUN BIDARA
ReplyDeleteYE LAH, KADANG2 ORANG GI MEMANCING LAUT DAPAT IKAN PUYU !
PENJEJAK MAYA
ReplyDeleteSALAM. DIA LAGI BERBANGGA KALAU BALIK TAK BAWAK IKAN BESAR TU.
ALIMAZ
ReplyDeleteIKAN TU NAMPAK JER KECIK TETAPI ANAKNYA DAH LIMA !
FA*ATIP
ReplyDeleteBENAR SEKALI. KALAU KITA FIKIR MACAM MANA DIA BOLEH HIDUP DALAM AIR PUN CUKUPLAH UNTUK MEMBAWA KITA KEPADA PENCIPTANYA.
saya!!!
ReplyDeletesaya menjawab soalan no 3..
Salam bertandang
ReplyDeletelepas solat jumaat
moga anda di berkati
Jumaat Al-Mubarak..
thanks info ni saudara
amat berguna..
Alhamdulillah dapat juga ikan...
ReplyDeleteKadang-kadang terfikir bukan senang jadi nelayan ni..
tpikir sejenak~
ReplyDelete>_<
subhanallah....ciptaan allah..dan kita perlu bersyukur...wah pak cik...tahniah dpt ikan...hehe
ReplyDeleteDRSINGA
ReplyDeleteTAHNIAH KERANA JAWAPAN DR ITU TIDAK ADA ORANG YANG MENYALAHKANNYA. SETAKAT INI.
ZULKBO
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. KHUTBAH BINCANG TENTANG APA HARI INI ?
ANIF
ReplyDeleteTU SEBAB HARGA UDANG, KETEM ATAU IKAN CUKUP MAHAL. SEKILO UDANG ATAU KETAM LEBIH MAHAL DARI SEKILO DAGING WALAUPUN BERATNYA SAMA !
DYNA
ReplyDeleteKALAU DIFIKIR2KAN LAGI, BOLEH BERJENAK2 !
HONEYBUNNY
ReplyDeleteTAK SAMPAI HATI NAK AMBIL IKAN TU MULANYA. TAPI BILA FIKIR YANG JUAL KAT PASAR TU PUN LEBIH KURANG SAMA JER SAIZNYA DAN REZEKI JANGAN DITOLAK .. BAWA JUGALAH BALIK. DAH SAIZ IKAN TU PUN MANA ADA YANG BESAR2 SANGAT.
Salam Tuan....
ReplyDelete(Dah malam baru saya dapat merenung tulisan tuan)
Saya sudah merenung 4 persoalan itu.
Dan agak lama merenung gambar 3 itu.
salam ayahanda
ReplyDeletebetul tu..tak tercapai akal kalu nak difikirkan..=)
betul..gambar tu penting..eekekekeke
CKLAH
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
SAYA DAH AGAK DAH.
CIKGU MEMANG TAK PERNAH TENGOK IKAN GELAMA HIDUP !
CHEQNA
ReplyDeleteBILA TAK TERCAPAI DEK AKAL, BARU KITA RASA KERDIL.
TETAPI KENAPA CHEQNA GELAK MENGEKEKE BILA SEBUT FASAL GAMBAR TU ?
He..he..he..tapi saya sangat gemar ikan gelama kering masam.....kalau bersyahur, berlaukkan dia saja memadai.
ReplyDeletekata org tua2,
ReplyDeletekalau kail panjang sejengkal, jgn lautan hendak di duga
persoalannya sekarang,
berapa jengkalkah kail yang tuan hamzah gunakan??
sekian, soalan balas untuk tuan sblm sy menjawab keempat2 soalan tuan.
.
.
pecah kaca pecah gelas,
ikan gelama memang kelas!!
:D
assalamualaikum.
wah.. berfikir ala-ala Albert Einsten pula yang heran kenapa buah luruh ke bawah dan tidak ke atas!
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletemoga berbahagia selalu.
...dan yg peliknya walau sekian lama ikan2 tersebut berendam dlm air masih, rasanya tetap tawar seperti ikan sungai. kalau nak ikutkan dah tak yah isi garam kut?
CKLAH
ReplyDeleteIKAN GELAMA JERUK TU KE ? MEMANG .. KALAU BERSAHUR, GORENG JER IKAN TU, SEMUA ORANG AKAN TERBANGUN SENDRI. SILAP2 JIRAN PUN TERBANGUN SAMA. HEHE
KU TAK SEMPURNA
ReplyDeleteSOALAN TUAN ITU MENGAMBIL MASA SEDIKIT UNTUK MENJAWABNYA. SETELAH HARI SEMAKIN CERAH BARULAH DAPAT SAYA MENGUKUR KAIL SAYA.
BATANG (ROD) NYA KIRA-KIRA 5 HASTA. TALINYA PULA KIRA 270 HASTA. KALAU NAK DI CONVERT KE JENGKAL, SILA DHARABKAN 4.
JADINYA KAIL SAYA RASANYA CUKUP SIFAT UNTUK MENDUGA LAUTAN.
pecah kaca pecah kendi,
kalau tak caya ukur sendiri.
WASSALAM.
INSAN MARHAEN
ReplyDeleteKALAU BUAH HATI, LURUH KE MANA PULAK ?
PIEWAHID
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
SELAGI IKAN ITU HIDUP, DIA TIDAK DISERAP OLEH KEMASINAN AIR LAUT.
BEGITU JUGA DENGAN NELAYAN. KALAU TIDAK, TENTULAH BADAN MEREKA PUN MASIN JUGA.
Saya baca pagi sabtu. Renungan pagi Sabtu le tuan. Dulu saya duduk pinggir laut. Selalu jumpa nelayan kecil yang duduk ditepi pantai melihat hujung langit. Mereka arif bila masa yang paling sesuai untuk turun ke laut.
ReplyDeletePOK LI
ReplyDeleteSAYA SETUJU DENGAN KOMEN CEMOMOI DI ATAS YANG MENGATAKAN BAHAWA MENENGOK LAUT MEMANG DISURUH SELAIN TENGOK MUKA MAKAYAH DAN KA'ABAH. BANYAK RAHSIA DAN HIKMAHNYA SERTA IKTIBAR DIDALAMNYA.
salam AL.. nak jawab ke soalan2 tu? semua ada jawapan... basic2 jawapan tu bleh kot, nak detail dari segi sains dan agama kena bukak buku blk la..hehe
ReplyDeleteMENTIBANG LAUT
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG. JAWAPAN YANG AKAN DITEMUI DARI SAINS DAN LOGIK HANYA KEPADA PERSOALAN "HOW" DAN MASIH TIDAK MENDAPAT JAWAPAN "WHY".