Banyaknya kerja yang dia kena buat; atau
banyaknya kerja yang dia tak buat ?
Memang setiap orang dapat masa 24 jam sehari semalam.
Tetapi tugas dan tanggungjawab masing-masing tidak sama.
Ada yang bekerja makan gaji. Ada yang makan pencen. Ada yang bekerja sendiri dan berpejabat di rumah macam Yunus Badawi. Ada yang bertugas di kaunter. Ada yang bertugas di belakang kaunter. Ada yang "tanam anggur".
Ada yang masih belajar, masih bujang, sudah berkahwin, sudah beranak, belum ada anak, beranak kecil dan sebagainya. Ada yang anak sakit, atau mak sakit kat hospital atau dia yang sakit dan macam-macam lagilah. Itu tak masuk komputer rosak atau pergi memancing di Tasik Kenyir misalnya.
Dengan itu, tentulah masa luang bagi setiap orang tak sama.
Dengan itu juga, keaktifan mereka berblog bergantung kepada tahap kesibukan mereka. Mungkin saya boleh bahagikan kepada 6 tahap:
Sibuk Tahap 1 - Amat sibuk hingga hanya sempat buat entri sahaja,
Sibuk Tahap 2 - Buat entri dan sempat balas komen,
Sibuk Tahap 3 - Buat entri, balas komen dan sempat lawat blog pemberi komen,
Sibuk Tahap 4 - Buat entri, balas komen, lawat blog pemberi komen dan sempat lawat semua blog yang dia jadi follower,
Sibuk Tahap 5 - Buat entri, balas komen, lawat blog pemberi komen, lawat semua blog yang dia jadi follower dan sempat lawat semua blog follower dia,
Sibuk Tahap 6 - Tahap ini saya impikan. Ada masa untuk buat entri, balas komen, lawat blog pemberi komen, lawat semua blog yang dia jadi follower, lawat semua blog follower dia dan masih ada masa buat "blogwalking".
Jadi kalau ada rakan bloggers kita yang sangat kesempitan masa dan hanya mampu untuk buat entri sahaja, kita harus terima hakikat itu dan patut rasa gembira kerana mereka masih ingin turut memeriahkan dunia blogging.
Dan kalau dia tu berada pada Sibuk Tahap 1 tetapi kita lihat ada komen dia di satu blog orang lain tetapi tak masuk blog kita, jangan pula kita rasa cemburu. Mungkin mereka berdua ada perjanjian atau MoU untuk saling mengomen atau mereka ada tahap keserasian (chemistry) yang tinggi atau dia mungkin terlepas pandang entri kita atau dia baca tapi tak ada apa-apa nak komen.
Saya juga kerap tak buat komen kalau entri rakan kita tu tentang resepi masak kurma buah tembikai, misalnya.
Malaslah nak buat komen standard macam ringkasan program RTM:
" satu rancangan yang menarik dan sesuai untuk tontonan seisi keluarga"
Pengajarannya
Janganlah kita cepat menghukum seseorang blogger itu sombong, riak, ego, bajet diva dan sebagainya jika dia hanya sempat membuat entri sahaja dan tak sempat untuk membalas komen apalagi untuk melawat blog pemberi komen atau blog orang lain.
Hendaklah kita bersangka baik dan sepatutnya berkata,
" kesian dia tu Sibuk Tahap 1 ".
Nota Kaki:
Saya berada di Sibuk Tahap 1 sekarang ini. Dengan itu mahap bebanyak kerana tak dapat lawat blog anda semua. Harap2 minggu depan boleh meningkat ke Sibuk Tahap 2 atau mencapai status Sibuk Tahap 3. Insyaallah.
Anda pula berada di tahap mana?
.
.
.
.
.
.
salam..
ReplyDeletesy paling sibuk pun cuma smpai tahap 3 jer..haha!
nak komen pun kalau sy tau N3 tu berkaitan apa...sbb sy budak baru belajar..hehehe!
tp ade sy ade 1 entry yg perlukan lavender utk komen..tunggu ye..
byk betul tahapnya tu YB
ReplyDeletesaya mcm no 1. tapi kdg2 sempat gak mengomen. :))
huhuhu....bila laa nak sampai sibuk tahap 6 tu..tu dah jadik blogger tegar..
ReplyDeletesy sendiri pon kekurangan masa walaupun suri rumah...
kl duk depan tenet selalu sure nasi tak masak punya..
insyallah..kl ada idea..ada cerita...sehari tu ada 1 entry..sempat komen kawan2..tapi bukan semua...
kekadang tgk komen kawn2 sampai puluh2 gak...tak rasa apa2 pun sbb mgkin merka mempunyai masa yg banyak tuk sling komen mengomen...
akan cuba balas komen kawan2 yg singgah;)
Saya kadang kadang sibuk tahap Gaban..adakala sibuk tahap Cipan..dan adakala sibuk tahap siput..
ReplyDeletesalam tuan,
ReplyDeletetak tentulah sibuk nye tahap mana, tahap 1 hingga 6 semua rasa..
saya kalau sibuk, memang tak masukkan entri langsung..tak sampai hati, org masuk blog kita tapi kita tak pi melawat dia..rasa bersalah sgt..so, lebih baik jgn buka pintu terus...dari kita buka pintu tapi tak jemput org masuk
ReplyDeleteSetuju dengan tuan... saya pulak kadang kadang berada di tahap, oren dan kadangkala di tahap jingga.
ReplyDeletewakakaka.. salam tuan.. terkekek gelak.. tapi tabik spring la kat tuan, sebab dalam sibuk tahap 1 pun boleh lagi buat entri yang mengancam..
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletesaya pun tengah sibuk jadi tak selalu buat entri baru nak singgah blog kekawan pun mana yang sempat sahaja..
Kurma buah tembikai?? Ada resepi tak?? :)
ReplyDeleteKakcik sibuk tahap 7! (memang tak ada dalam senarai pun..)
Lin dulu2 tahap 4..
ReplyDeleteTapi biler dah keje tak tentu masa, balik 2pagi ni, tahap 1 & 2 jela yang mampu........huhuhuhu....
salam THJ, semoga tuan sihat walafiat...
ReplyDeletesetelah puas membaca entri ini saya rasa ianya hampir sama dengan kes "SORRY CLOSED" dalam entri THJ sebelum ini...
Nak kata Sibuk Tahap Satu kata je la, banyak cerita pulak...!!!
hehehee jangan marah THJ, ana gurau je...
Saya sentiasa buat-buat sibuk tahap 1! :D
ReplyDeleteKita serupa.. saya pun tahap 3 aje...
ReplyDeletePaling penting saya kena utamakan keje dulu.
Salam tuan..
ReplyDeleteSaya setuju sgt2 dengan entry tuan ni..Saya kdg2 sibuk tahap 2 dan tahap 3..selalunya tahap 1..dan amat berharap dpt jd tahap 6 ..
Kita memahami kesibukan kita dan harap memahami kesibukan org lain terutamanya blogger yg bekerja..so, jgn merajuk atau terasa hati kalau saya tdk sempat komen entry kwn2 semua...
heh heh heh...... saya biasa2 jer....
ReplyDeletekesibukan dek mengomen je kejanya....
ReplyDeleteSaya tengok mood. Yang pasti setiap yg memberi komen saya MESTI balas...sebab saya kecik hati tawwwwww...kalau komen saya tak dibalas.....huhuhu....
ReplyDeletemasih mampu membuat entry itu sudah cukup baek...
ReplyDeletesemoga akan semakin kurang sibuk uncle..:D
salam akhi hamzah...
ReplyDeletehe he he terasa bebenor ... ummi pun sibuk tak menentu gak nih ... memang tak sempat balas komen pun , hanya kekadang jer yg sempat balas .. ummi mohon mahap gak
currently at 'Sibuk Tahap 3'..mudah-mudahan dalam sehari dua lagi boleh upgrade ke 'Sibuk Tahap 4'...mudah2an..kalau saya hanya berada di tahap 1 pada masa2 tertentu..harap2 tak ada yang ambil hati..haha..*bukan statement bajet glamer tau..
ReplyDeleteAda tak Sibuk Tahap 0? Teramat sibuk sampai nak buat entri pun tak sempat..
ReplyDeleteheheeh..kira buat entri tahap kesibukan blogger ni untuk menerangkan keadaan sebenar lah yer?hihi
ReplyDeletexpe2..fahamm... sy pun kdg2 bertukar2 tahap..:D
salam pakngah
ReplyDeletebanyak tahap kesibukan ?
salam ayahanda
ReplyDeletesesibuk manapun cheqna..pasti cheqna akan menziarah n tinggalkan komen...tapi kalau kat umah memang susah sket nak tinggalkan komen hatta bukak blog sebab line "laju" sesangat..huhuhuhuhuhuhuhu
saya stuju 100% dgn tuan haji dlm soal ni.
ReplyDeletep/s- ooo.. sedang sibuk tahap 1 rupa2nya. selamat sibuk tuan haji...
MAKDARA TERDIVA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. SAYA TAK LARI KEMANA. APAKAH DIANYA ENTRI ITU AGAKNYA ? BERDEBAR2 PULAK SAYA MENUNGGUNYA.
SI TEDI
ReplyDeleteBUAT MASA INI SAYA NAK TUMPUKAN MENJAWAB KOMEN2 PENGUNJUNG DULU. ITU PRIORITY PERTAMA. SAYA BUKANALH SEPANJANG MASA DI TAHAP 1.
MIEMIEY
ReplyDeleteBETUL LAH APA YANG SAYA KATA, KITA PUNYA MASA LAPANG TAK SAMA ANTARA SATU SAMA LAIN.
SAYA SIBUK PUN BERMUSIM. SAYA PERCAYA ORANG LAIN PUN BEGITU JUGA.
RELEVAN
ReplyDeleteSAYA MEMANG TERTUNGGU2 KOMEN AWAK, SEBABNYA IA SELALU TERKELUAR DARI BINGKAI. HEHE
IBUINTAN
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. SAYA PUN BEGITU JUGA. PERNAH JUGA MERASA TAHAP 6 UNTUK SEKETIKA.
SAHROMNASRUDIN
ReplyDeleteSAYA BUKAN TAK JEMPUT ORANG MASUK. SILAKAN ... SILAKAN MASUK !
TETAPI SEBALIKNYA SAYA YANG TAK SEMPAT NAK MASUK KE RUMAH ORANG.
ENDIEM
ReplyDeleteAWAK PUN DATANG BULAN JUGAK KE ? HEHE
AANAS
ReplyDeleteKAT MANA YANG MEMBUAT AWAK WAKAKAKA TU ?
PENJEJAK MAYA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. SAMALAH KITA. SAYA MEMANG ADA BANYAK ENTRI DALAM STOK. KADANG2 BILA ADA KELAPANGAN SAYA BUAT SAMPAI 5-6 ENTRI SEKALI DAN KEMUDIAN SIMPAN DALAM DRAF DAN POS IKUT KESESUAIAN.
KAKCIK
ReplyDeleteSEKARANG PANGGIL KAKCIK SAJA YE !
SAYA DAH JANGKA MESTI ADA YANG NAK NGAKU SIBUK TAHAP 7. INGATKAN YB. KESIAN DIA SIBUK TAHAP 1.
NOR_EMYLIN
ReplyDeleteKIRA OK JUGALAH TU DARI LANGSUNG TAK BUAT ENTRI.
RKA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
WAKENABEB !
FASAL RASA BERSALAH TU YANG TULIS PANJANG-PANJANG TU.
ANIF
ReplyDeleteHAHAHA ... PANDAI AWAK MELAWAK YA !
AKUANAKPAHANG
ReplyDeleteITU LAH PENDIRIAN YANG PALING TEPAT. KERJA DULU BARU YANG LAIN2.
UMMU AMMAR
ReplyDeleteHARAPAN SAYA SAMALAH DENGAN HARAPAN UMMU AMMAR. MUNGKIN HARI INI KITA SIBUK, LAIN HARI MUNGKIN MEREKA PULAK.
MAK SU
ReplyDeleteELOKLAH TU, JANGAN JADI LUAR BIASA PULAK ! HEHE
CEMOMOI
ReplyDeleteBAGUS JUGA KERJA AWAK TU. PATUT NYA KITA BUAT GILIRAN. HARI ISNIN ORANG PEREMPUAN KOMEN, HARI SELASA ORANG LELAKI PULAK DAN BEGITULAH SETERUSNYA. SETUJU ?
FA*ATIP
ReplyDeleteSORI LAMBAT BALAS. TADI PERGI MAKAN NASI DURIAN KAT RUMAH SEORANG KAWAN.
sibuk takpe asalkan jgn menyibuk
ReplyDeleteMISSZAIE
ReplyDeleteMAHU TAK MAHU, KENA JUGALAH CARI MASA. ORANG KATA CURI-CURI MASA.
TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG.
UMMI HUMAIRA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. TAK APA, SAYA PERCAYA SEMUA BLOGGER SALING MEMAHAMI.
SITI MURNI
ReplyDeleteYE LAH KITA TAK SAMA DALAM MELAYARI KEHIDUPAN INI. KALAU SALING FAHAM MEMAHAMI DAN MAAF MEMAAFI, MUDAHLAH SIKIT HIDUP KITA.
AIDA ALI
ReplyDeleteKALAU ADA DREBAR TEKSI TAK BAWA TEKSI SEBAB SIBUK BERNIAGA, ADAKAH BOLEH KITA PANGGIL DIA TU DREBAR TEKSI.
RED
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA MEMAHAMI DAN HARAP2 BOLEH MEMAAFI UNCLE.
SAYANGSAYANGIBU
ReplyDeletePERTANYAAN ITU MAHU DI TAMBAH TAHAP LAGI KE ATAU MINTA DIKURANGKAN ?
CHEQNA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. SAYA PUN SEDAYA UPAYA AKAN MEMBALAS SEMUA KOMEN YANG DITERIMA. CUMA LAMBAT ATAU CEPAT SAHAJA BERGANTUNG KEPADA TAHAP KESIBUKAN.
PIEWAHID
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA BERSETUJU 100% DAN JUGA ATAS UCAPAN ITU ! HEHE
salam tuan..
ReplyDeleterasanya saya sibuk tahap 2 minggu ni..apa nak buat..harap semua memahami..tapi rasanya ada yang merajuk kut saya terlepas entri mereka..melihatkan pada traffic saya yang menjunam jatuh..hu hu
Saya respectlah tuan! Rajin menjawab komen dan komennya power2 - sangat menarik, pelbagai dan menghiburkan. Syabas! Padanlah banyak peminat.
ReplyDeleteINSAN MARHAEN
ReplyDeleteKALAU ORANG TU SEMPAT MENYIBUK, MAKNANYA DIA TAK SIBUK.
ZULKBO
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. KADANG2 LUCU JUGA BILA FIKIR ADA ORANG MERAJUK DALAM ALAM MAYA.
TAK APA ... KALAU PEMINAT SEJATI, MEREKA AKAN TENGOK SEMULA ENTRI AWAK YANG LAMA BILA MEREKA ADA KELAPANGAN.
DALAM KESA SAYA, KALAU DILIHAT SENARAI PENGUNJUNG TERATAS, ADALAH PENGUNJUNG KEPADA ENTRI2 SAYA YANG LAMA.
AIDA ALI
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA DATANG BALIK. SAYA TERPAKSA IMBANG SAMADA NAK JAWAB KOMEN ATAU MELAWAT BLOG PENGOMEN.
BUAT MASA INI SAYA BALAS KOMEN. ITULAH SAHAJA MASA YANG ADA.
Salam..
ReplyDeleteKalau dah sibuk sampai tak sempat nak buat entri macam saya pulak masuk tahap mana, tahap -1 ke?.. Hehe..
Assalamualaikum, saya berada di tahap no 3 sekarang, kejap lagi saya berada ditahap nombor kosong, maknanaya tutup komputer..hehehe...Salam sejahtera, semuga ceria selalu...
ReplyDeletePagi saya sibuk tahap satu..
ReplyDeletetengahari ke tahap dua..
ptang membawa ke malam, saya beralih ke tahap 3..
hujung minggu.. dah leh pegi ke tahap lima...
huhuhu
FAR-RED
ReplyDeleteJAWAPAN SAYA ADALAH SAMA DENGAN YANG SAYA BERIKAN TERHADAP SOALAN AIDA ALI DI ATAS.
BOLEHKAH SEORANG DREBAR TEKSI DI PANGGIL DREBAR TEKSI KALAU DIA SIBUK BERNIAGA DIKEDAI MAKANNYA ?
LIPISLADY
ReplyDeleteALAIKUMSALAM. SAYA JUGA AKAN TUTUP KOMPUTER MULAI MALAM INI SELAMA 3 HARI.
AUJINZ
ReplyDeleteTERBALIK SIKIT DENGAN SAYA SEBAB HUJUNG MINGGU ADALAH HARI PALING SIBUK BAGI SAYA.
tahap sibuk saya tak tersenarai plak dalam list tu... AL, kenapa skrg ni kalau klik nak komen je..ada kuar page lain..mcm ada virus plak
ReplyDeleteMENTIBANG LAUT
ReplyDeleteMAKSUDNYA KALAU NAK KOMEN ENTRI SAYA SAHAJA ATAU SEMUA ENTRI ?
KALAU ENTRI SAYA SAHAJA, TAK TAHULAH APA SEBABNYA.
TETAPI KALAU DENGAN SEMUA ENTRI, MUNGKIN MASALAH DENGAN BLOGSPOT. KOT ?
skrg sy berada di tahap 1..
ReplyDeleteopps bukan tahap 0 kot
Yup ! tuan sangat sibuk .
ReplyDeleteJaga kesihatan ok ..
Salam THJ,
ReplyDeletesaya kengkadang 1,
kengkadang 2,
kengkadang 3.
kalau nak jadi 4 kena tunggu sampai rumah.kalau tiba rumah ...anak2 menunggu... terus lupa.
" satu entry yang menarik dan sesuai untuk bacaan seisi keluarga"
ReplyDeletekomen daripada saya yang berada di tahap 3
kita kawan kanns.. ehehe
ReplyDeletesy d tahap 3...
ReplyDeletemgkin akn menurun ketahap 2 or 1 n mgkin xde tahap..hehe
btw..nice entry pkcik...:)
aku selalu berharap dapat berada di tahap 6. tapi tak dapat la bang... manjang tak dapat singgah ke blog kawan2. alahai...
ReplyDelete.
sibuk tahap 0 takde ke pakcik?
ReplyDeletesibuk sampai blog tinggal bersawang xde update langsung..hehe
hajar lau sampai ke tahap no6 tu memang berejam la dok busy... hik3x...
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteTak berani nak kata berada di tahap mana - turun naik ! Apapun setuju, jika ada kelapangan, kita seharusnya saling berkunjung blog dan saling memberi dan membalas komen.
Amat setuju dgn kenyataan AL bahawa kita ni mesti berbaik sangka.
nak jg sampai ke tahap 6 , nt takut tersasar pulak...
ReplyDeleteSaya tak layak digelar bloger...hanya picisan.
ReplyDeleteIKAN EMAS
ReplyDeleteSIBUK LAGI RUPANYA AWAK BERENANG KESANA KEMARI UNTUK MENCARI SESUAP NASI. HATI-HATI JERUNG ADA DIMANA2.
LINDA
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS KEPRIHATINAN LINDA. MASALAHNYA NEGARA KITA INI KAYA DENGAN MAKANAN. DARI MAKANANLAH DATANGNYA PENYAKIT. SUSAH BETUL NAK CONTROL MAKANAN.
AZRINA
ReplyDeleteMEMANG PATUT ANAK DAN RUMAHTANGGA DI UTAMAKAN DISAMPING PEKERJAAN.
DRSINGA
ReplyDeleteTAHNIAH KERANA BERJAYA MENCAPAI TAHAP 3. SAYA RASA MINGGU DEPAN SAYA JUGA AKAN NAIK KE TAHAP 3.
EN_ME
ReplyDeleteYESS KITA KAWAN TAPI TAK PERNAH JUMPA. PERSAHBATAN MAYA !
NANI3@INTAN
ReplyDeleteMEMANG SEMUA ORANG BEGITU .. MESTI ADA PASANG SURUTNYA. SEMOGA RAKAN BLOGGER DAPAT FAHAM MEMAHAMI.
TASEK M
ReplyDeleteNAK BUAT MACAMANA. MASING2 ADA TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB YANG PERLU DIDAHULUKAN. TERIMA KASIH KERANA DALAM KESIBUKAN SEMPAT JUGA SINGGAH.
HIDIER
ReplyDeleteKALAU TAHAP 0, DIA BUKAN LAGI BLOGGER NAMANYA. MUNGIN BOLEH DIPANGGIL MANTAN BLOGGER !
HAJARUS
ReplyDeleteSAYA BELUM PERNAH LAGI DAPAT TAHAP 6. AGAKNYA BILA DAH TAK BEKERJA LAGI NANTI BOLEH CAPAI TAHAP ITU. HAJAR PUN BILA DAH ADA BABY NANTI, MUNGKIN TAK SEMPAT NAK BUAT ENTRI PUN !
LUAHFIKIRAN
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. BUAT MASA INI SAYA CUBA SEDAYA UPAYA BALAS KOMEN KAWAN2 YANG SINGGAH DIBLOG SAYA.
NANTI BILA LAPANG SIKIT, SAYA PASTI AKAN MELAWAT JUGA BLOG KAWAN2.
PAKCIKLIE
ReplyDeleteNAK TERSASAR KE MANA PULAK. KALAU TERSASAR KETAHAP 7, MACAM MANA YE ! MUNGKIN KE TOLONG BUATKAN ENTRI UNTUK ORANG LAIN ! HEHE
CKLAH@XIIINAM
ReplyDeleteSAYA TAK BOLEH TERIMA. BLOG CIKGU SUDAH MASUK KELAB OTAI ! HEHE
waaaaaa...
ReplyDeleteserius...sy blogger no 1 n no 2
kdg2 rs bersalah tak lawat kunjungan
tp sibuk mmbataskan sgalanya
jd kdg2, smpt buat entry saja
ada masa bru mmbls komen kawan
tq pkcik utk kata2 last tu
btul..;)
JANE
ReplyDeletePAKCIK PUN SELALU RASA BERSALAH. HARAP2 RAKAN BLOGGER MEMAHAMI DAN MEMAAFI KERANA MEREKA PUN ADA MASA SIBUK JUGA.
KITA BUATLAH SETAKAT MANA YANG MAMPU ASALKAN TIDAK TERABAI TANGGUNGJAWAB HAKIKI.