Saturday, July 10, 2010
KUEH MELAYU ADA KEKUATAN TERSENDIRI ..
Kueh-kueh tradisional Melayu selalunya enak di makan begitu sahaja. Tak perlu cicah cili sos, tomato sos, mayonis dan sebagainya untuk sedap. Dengan lain2 perkataan dia tak perlu bergantung kepada orang lain untuk sedap. Makan dia sahaja dah sedap. Kalau kita cicah sos, entah-entah lagi tak sedap.
Ada tak tengok orang makan ...
wajikataudodolataubauluataukuihlapisatau
kuihbakarataukuihbangkitataukuihgulungatau
kuihgelangataukuihserimukadansebagainya
kena cicah cili sos untuk bagi dia sedap ? Tak ada kan !
Tetapi kalau makan burger, hot dog atau french fries mesti nak cicah sos. Kalau tak cicah tak sedap !
Betul tak cakap saya ?
Ada sesiapa yang pernah makan dodol cicah cili sos ?
.
.
.
p/s: kepercayaan saya kepada blogspot semakin pulih ..
Labels:
renungan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Setuju sangat-sangat... :D "Kuih Melayu Ada Kekuatan Tersendiri"
ReplyDeletehoh..sedap..kuih bakar n kuih keria...nyum3...
ReplyDeleteLatest entry : Pengakuan Terbuka : Aku Curang Pada Kekasihku!
mmg betul.
ReplyDeletesebab RASAnya dah macam2 ada..
salam ayahanda..
ReplyDeletetengah bayangkan ni..dodol cicah sos cili..hehehe
memang betulll..kuih melayu memang ada kekuatan tersendiri
Kanda AL..
ReplyDeletebaulu kalau dicecah dengan kopi O pun sodap! :)
tapi kan uncle, kalau kopok lekor mesti nak kena cicah ngan sos...
ReplyDeletetakde sos tak ummmphhh!!!
aku dah lama teringin nk makan tepung bungkus tak dapat2 lagi nih... ko tau tak tepung bungkus bang...?
ReplyDelete:)
.
Salam Tuan Haji..
ReplyDeleteMoga sihat hendaknya..
Tak masuk akal kalau ada sapa-sapa makan cecah ngan sos atau apa-apa pencecah..
kueh melayu sehebat orang melayu itu sendiri..boleh berdiri sendiri tanpa subsidi sebenarnya...
ReplyDeletebetul tu saya sokong...
ReplyDeletehttp://daydeck86.com
taman perumahan tuan haji masuk paper BH hari ini edisi Melaka / NS..byk berlaku kecurian...benar ke????
ReplyDeleteKuih Melahu kat KLCC pun boleh tahan mahalnya.
ReplyDeletewuhhh gambar baris kedua tu memang peberet tu
ReplyDeletekuih melayu memang sedap
YB
ReplyDeleteMINTA MAAF KAT ORANG LAIN.
SAYA NAK KOMEN YB PUNYA DULU. MELAHU PUN KENA BAYAR JUGAK KE ?
INGATKAN PERGI MELAHU KAT KLCC ATAU KAT MANA2 TAK PERLU BAYAR.
NAMPAKNYA SEKARANG NI NAK MELAHU PUN KENA BAYAR.
NAK MELAHU KENA CICAH SOS JUGAK KE ?
salam ziarah pertama kali,tuan rumah.
ReplyDeletesaya penggemar kuih tradisi biar pun byk kuih moden dipasaran...
lebih2 lagi masa raya..kuih lama jadi pilihan..
kuih melayu manis tak perlu pencecah sebab dah manis...samalah macam gadis melayu... tak payah solek tebal-tebal, cukup dengan wuduk yang sempurna dah manis dipandang mata...
ReplyDeleteHebat ALLAH...
salam
ReplyDeletesaya tak berapa suka makan kuih2 manis nih
tapi kalau makan akok, biar yg kurang manis, lebih lemak2 tuh saya suka
mmg saya suka makan kuih2 yang berinti2 benda2 pedas2 spt roti berlauk, cara berlauk, karipap sardin or kentang, pau ayam or daging dll yg sewaktu dgnnya heheh...
kuih2 manis ni bergantung, cuma jgn terlalu manis
x suka
x suka
egeegge
tuan sebut kuih wajik teringat kuih wajik aruah mak yang keras di atas lembut di bawah...ala rindunyeeee
ReplyDeletetakde yang pandai buat
Pakngah.. Popia ena cicah sos baru best!.. Teringat mak buat kuih keria minggu lepas.. sedapnya... nak telepon mintak resepi kejap lagi ;)
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletesaya memang pengemar kueh melayu
tapi kueh melayu ni kebanyakn mmg
manis yang melampau,antara punca ramai orang melayu mengidap kencing manis..jadi makan ala kadarlah..
Salam Tuan Haji..
ReplyDelete;- Kuih Melayu ada kekuatan tersendiri..- tentulah kuat ;- kuat manis ,kuat lemak, ada pulak yang kuat masin.
Tuan Haji..
makan cekodok udang (jemput ma'las)kena dengan pencicah yang manis/masin baru sedap.
kuih luar tak mampu tandingi kehebatan dan keaslian kuih Melayu
ReplyDeletememang betul tn haji tetapi tersiksalah sikit kalau ada penyakit...
ReplyDeletemaklumlah lemak, manis, masin pedas semua ada! :)
salam,
ReplyDeletenak tambah kekuatan tersendiri ramuan kuih tu boleh campur dengan tongkat ali tapi hilang la serinya hehe..
bang. karipap cicah sos thai life sedap la banggg...
ReplyDeletecer try...
ANIF
ReplyDeleteNAMA2NYA PUN HEBAT2 ... ADA BADAK BERENDAM, TAHI ITIK, LOMPAT TIKAM DLL.
RED
ReplyDeleteKALAU MAKAN MEMANGLAH SEDAP .. CUBA BUAT !
JEJARI HALUS
ReplyDeleteSESEKALI BAWALAH KE PEJABAT, BOLEH SHARE NGAN KENGKAWAN.
KAKCIK
ReplyDeleteMEMANG TIDAK DAPAT DINAFIKAN KESEDAPANNYA.
CHEQNA
ReplyDeleteSALAM ANAKANDA. RAYA NANTI CUBA TRY DODOL CECAH SOS CILI. MESTI ORANG INGAT CHEQNA DAH TAK BETUI !
Salam Tuan Haji...
ReplyDeletebyk perkongsian minda di blog ni...
knape sya terlepas pandang blog tuan Haji ni slama ni yek? ermmm....
Kuih melayu mmg sedap dan x perlukan sebarang sos sbg pelengkap rasenya..
nak kata manis n bwk penyakit,nape org tua dulu2 xde yg berpenyakit sgt pun? zaman skrg kuih melayu mkin manis ker?
AIN
ReplyDeleteKOPK LEKOR BOLEHKAH KITA GOLONGKAN DIBAWAH KUIH TRADISIONAL MELAYU ? BOLEHLAH KOT. UNCLE PUN TAK ARIF.
TAPI KALAU MAKAN BEGITU SAHAJA PUN SEDAP JUGA, MAKSUDNYA SELEPAS DIGORENGLAH.
ABD RAZAK
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. MEMANG ORANG KURANG AKAL YANG BUAT GITU. ITU MENUNJUKKAN BAHAWA HUJAH SAYA BETUL. KUIH MELAYU TAK PERLUKAN BANTUAN UNTUK SEDAP.
Tggu dodol mak abah yg tiada tandingnya..wlupun raya hmpir habis, dodol mak abah tetap lembut dn boleh ditarik...
ReplyDeleteBaulu cicah opi o sedap...
ReplyDeleteTambah sedap kalau di hujung-hujung Syawal, saat biskut raya lain dah tinggal serdak.
Choq badak choq keria,
Lepat pisang enak juga;
Err...
Err....tiba-tiba hilang ilham nak berpantun. Diganggu hidangan dalam gambar tu....
tapi anak-anak remaja kita kini tak makan dah kueh-kueh tradisional... tak ada kelas.
ReplyDeleteTASEK M
ReplyDeleteTEPUNG BUNGKUS BANYAK JUAL KAT GIANT. HEHE. GURAU
SAYA TAHU DAN BIASA MAKAN KUIH TEPUNG BUNGKUS. KALAU BALIK RUMAH MERTUA DI PERLIS PASTI BELI PUNYA. TEPUNGNYA YANG LEMBUT MEMUDAHKAN PENGHADAMAN.
bak kata adik dalam iklan tu....Kenapa saya suka Kuih Melayu..sebab Kuih Melayu BEST!!!!!
ReplyDeleteROM
ReplyDeleteEWAH .. PANDAI AWAK MENGAITKNNYA DENGAN SUASANA SEMASA.
MEMANG SAYA SETUJU. TAPI JANGAN LUPA DIKALANGAN ANAK2 AYAM, ADA YANG BUTA DAN PERLU DIFOKUSKAN PERHATIAN.
DAYDECK86.
ReplyDeleteKUIH APA FEVRET/KEGEMARAN AWAK ?
ROM
ReplyDeleteYE KE .. SAYA TAK BELI BH. MEMANG BANYAK BERLAKU KECURIAN SEJAK AKHIR2 INI. TAPI TIDAKLAH SAMPAI TIAP2 MALAM.
CEMOMOI
ReplyDeleteBARIS KEDUA DARI DEPAN KE DARI BELAKANG ? SAYA SEMUA BARIS SUKA.
AZRINA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. SAYA GEMBIRA ATAS ZIARAH KALI PERTAMA AWAK INI. TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG DAN MEMBERI KOMEN.
ORANG LAMA JADI PILIHAN JUGA KE ?
Kami sekorga suka makan pisang goreng atau cekodok pisang cicah dgn susu pekat!
ReplyDeleteRKA
ReplyDeleteSETUJU SANGAT. TU SEBAB SAYA PILIH GADIS MELAYU SEBAGAI ISTERI. DAN MINTA2 MENANTU AKAN DATANG BIARLAH ORANG MELAYU.
BLUECITY
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. MEMANGA MANIS KE LEMAK KE, KALAU MAKAN BERLEBIHAN TAK BAIK UNTUK KESIHATAN. PENDEKNYA BIARLAH BERSEDERHANA. KALAU SUKA YANG PEDAS PUN JANGANLAH MAKAN SAMPAI TAK HENGAT DONIA.
IBUINTAN
ReplyDeleteMEMANG KUIH WAJIK MACAM TU, BOLEH TAHAN LAMA. KALAU BERKULAT PUN DI ATASNYA, MASIH BOLEH DIMAKAN YANG BELAH DALAMNYA. TAPI MAKAN TAK BOLEH BANYAK, SEBAB TERLALU MANIS.
EKIN
ReplyDeleteBUAT KUEH KERIA PUN KENA ADA RESEPI JUGAK KE ?
ZULKBO
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. APA-APA PUN KALAU TERLAMPAU, SEMUANYA TAK BAIK. BUKAN TERHAD KEPADA MAKANAN SAHAJA.
KAKWAN
ReplyDeleteRASANYA CEKODOK UDANG, TAK MASUK DALAM KATEGORI KUEH TRADISI MELAYU KOT !
MAK SU
ReplyDeleteSETUJU ... TETAPI SESEKALI APA SALAHNYA BERTUKAR2 SELERA KAN !
PEIWAHID
ReplyDeleteKALAU ADA PENYAKIT .. JAGALAH MAKANAN DAN PEMAKANAN.
YANG BELUM ADA PENYAKIT, JANGAN CARI PENYAKIT.
PENJEJAK MAYA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. PANDAI JUGA AWAK BERGURAU YA. NANTI SAYA ADUKAN KAT ALI.
TIJAH
ReplyDeleteKARIPAP YANG DINGIN BEKU BELI KAT KEDAI TERACHI TU TAK PAYAH CICAH. KALAU CICAH NANTI SEDAP SANGAT PULAK.
CIK SHINJU
ReplyDeleteSELAMAT DATANG DAN BERKENALAN. CEWAH.
ORANG SEKARANG MEMANG MALAS BERSENAM ATAU TAK ADA MASA NAK BERSENAM. TU SEBAB KENA MACAM2 PANYAKIT. SECARA KHUSUSNYA SAYALAH TU !
IDALARA
ReplyDeleteMEMANG DODOL KUIH MELAYU TRADISI YANG TERHEBAT. BOLEH TAHAN BERTAHUN TANPA SEBARANG PENGAWET DAN TIDAK PERLU DISIMPAN DALAM PETI SEJUK. HEBAT !
sbb tu saya xsuka western food..kena ada sos baru boleh ngap..
ReplyDeletekena la.. kang saya pakai ubi kentang dengan tepung ubi pulak.. tak jadik kena sound dgn si suami.. hehehe. Takpe, dah dapat dah resepi nye.. Sonang jo
ReplyDeleteSalam Tuan hamzah,
ReplyDeleteantara kuih kegemaran saya ialah kuih lapis, kuih seri muka dan karipap inti kentang.
CKLAH
ReplyDeleteChoq badak choq keria,
Lepat pisang enak juga,
Cuba habaq kat saya,
Kueh mana cklah suka.
ABU MUAZ
ReplyDeleteMASA DAH BERUBAH .. NAK BUAT MACAM MANA. ANAK2 SAYA PUN BEGITU JUGA.
TAPI GORENG PISANG DEPA SEBAT JUGA !
sama ngan kakcik . Bauhulu cecah kopi o .. sedap !
ReplyDeleteANNA DA LADY
ReplyDeleteSAYA NYARIS2 LAGI TERTAIP ANNA DA BEST TADI SEBAB TERPENGARUH DGN IKLAN TU.
FA*TIP
ReplyDeleteMAKANLAH CARA MANA PUN, ASALKAN JANGAN MENYUSAHKAN ORANG. NAK CICAH SUSU PEKAT KE, SUSU CAIR KE, SUSU SEGAR KE .. HUKUMNYA HARUS BELAKA !
HAMIZAH
ReplyDeleteAGAKNYA ADA KOLABORASI DI ANTARA PEMBUAT SOS DENGAN MEKDI TAK ? CUBA AWAK SIASAT !
EKIN
ReplyDeleteTERINGIN JUGA NAK RASA. BOLEH HANTAR DENGAN POSLAJU SIKIT TAK ?
AIDAH
ReplyDeleteSAYA PULA TIDAK ADA KUIH YANG SAYA TAK SUKA. BEZANYA ANTARA YANG MAKAN SIKIT DENGAN MAKAN BANYAK JE.
MACAM OTAK2 SAYA SUKA JUGA. TAPI TAK BOLEH MAKAN BANYAK SANGAT. MAHAL !
betul..betul! tak terfikir pulak
ReplyDeletetuan hamzah,
ReplyDeletekalau tuan nak tahu, sy ni org melayu. Oh! tapi kalau tuan taknak tahu pun sy sudah TERberitahu. maaf ya.
Jadi, sbg org melayu, tak banyak, sedikit ada rasa bangga menyelinap masuk ke dalam hati bila tuan kata KUIH MELAYU ADA KEKUATAN TERSENDIRI. hurmmmm.. tuan bayangkan, itu baru kuih. Sudah terserlah kekuatannya. Apatah lagi orangnya kan tuan. Benarlah kata hang tuah, takkan Melayu hilang di dunia.
Oh.. tiba-tiba rasa kuat seperti badang.
tapi kan tuan, tak semua kuih tradisional melayu enak dimakan begitu sahaja
.
.
.
.
.
semuanya bergantung kepada si pembuat kuih..
errr.. kalau mak ngah lah si pembuat kuih itu, sy jamin tentu kuih itu enak dimakan begitu sahaja
.
.
.
.
tetapi, kalau tuan hamzahlah si pembuat kuihnya..... errr.. sy tak berani nak jamin keenakan kuih itu untuk dimakan begitu sahaja. Errr..
Saya mohon undur diri dahulu ya tuan. Hendak mencari dodol dan cuba mencicahnya dgn cili sos.
.
.
kalau ada jarum yang patah,
jangan disimpan di dalam hati
kalau ada silap dan salah,
Silalah simpan di dalam hati.
LINDA
ReplyDeleteSELAIN DARI BAHULU TAK ADA KE KUIH LAIN YANG SEDAP DICECAH DENGAN KOPI O.
DEKAT TEMPAT SAYA KITA ORANG PANGGIL ROTI PANJANG. DIA KERAS TAK MACAM BAHULU. KALAU NAK TENGOK GAMBAR, BILA SAYA BELI NANTI SAYA TUNJUKKAN KAT SATU ENTRI. KALAU SAYA LUPA TOLONG INGATKAN. KALAU SAYA TAK LUPA, TAK PAYAHLAH INGATKAN !
Assalamualaikum, en Hamzah,kuih melayu paling sedap...terutamanya yang macam dalam gambar tu...terliurlah pulak..
ReplyDeleteNADIAH SIDEK
ReplyDeleteDISEBABKAN AWAK KATA BETUL ... BOLEH TAK AWAK TOLONG SIASAT MUNGKIN ADA KONSPIRASI ANTARA BURGERKING DENGAN HEINZ KOT ! SAYA ADA RASA SYAK SEDIKIT.
KTS
ReplyDeleteSUDAHKAH TUAN BERJUMPA AKAN DODOL YANG DICARI. SEPANJANG JALAN DARI SEREMBAN KE KUALA PILAH KELIHATAN BANYAK SEKALI ORANG BERJUAL DODOL.
AKAN KUIH YANG SAYA BUAT, TELAH TERBUKTI MEREKA MAKAN DENGAN LAJU SEKALI .. SEMASA MEREKA DUDUK SAMBIL MAKAN DI DALAM KERETA SAYA KETIKA MELALUI LEBUHRAYA LEKAS.
kalau ada si jarum patah,
jangan di simpan didalam peti,
ingatkan awak tak datang dah,
nasib tak tutup kedai ku lagi.
LIPISLADY
ReplyDeleteKUIH MELAYU TRADISI MEMANG SEDAP DAN TAHAN LAMA. TAPI IA BERGANTUNG JUGA KEPADA SI PEMBUATNYA. KADANG2 NAMA KUIH SAMA TAPI RASA LAIN2.
Pak Ngah, sya pernah buat kue lapis, tp tidak menjadi, merekah seperti tanah gersang tidak di timpa hujan, sudahnya itulah kali pertama dan terakhir sya buat, makan pandai dan tersangat pandai, tp bila buat mmm...... sangat tidak pandai.
ReplyDeletelayan dodol cicah mayonise..
ReplyDeletelayan kan datuk hamzah..
kuih Melahu oppss Melayu RM2 bang. Nak buat sarapan pagi esok sebab emak Adam masih belum sihat hehehe
ReplyDeleteSAYANGSAYANGIBU
ReplyDeleteELEH .. BUAT KUIH LAPIS BUKANNYA SUSAH SANGAT. TAPI PAKNGAH PUN TAK TAHU NAK BUAT. BELI SENDIRI PANDAILAH !
ALVIN
ReplyDeleteNTAH NTAH SEDAP .. MANA TAHU. CUBA AWAK TRY DULU !
YUNUS BADAWI
ReplyDeleteWALAUPUN RM2, TAPI KALAU SAIZNYA BESAR DAN SEDAP .. TAK MENGAPALAH.
MACAM MURTABAK RAJA DI KELANTAN TU, RM10 SEKEPING, TAPI SATU FAMILI MAKAN PUN TAK HABIS.
Pakngah,
ReplyDeleteJom tgk saya buat kuih keria. Klik sini
http://myekinblog.blogspot.com/2010/07/percubaan-membuat-kuih-keria-yg-separuh.html
EKIN
ReplyDeletePAKNGAH DAH TENGOK, TAPI TAK DAPAT RASA !