Friday, July 16, 2010

RENUNGAN HARI JUMAAT -Antara Da Vinci, Monyet, Sotong dan Tempua !



Apabila kita melihat gambar Mona Lisa, kita akan segera teringat kepada pelukisnya yang tersohor – Leonardo DiCaprio Da Vinci.

Apabila kita melihat monyet yang pandai membuat pelbagai aksi, kita juga akan segera memuji kepandaian jurulatihnya.

Apabila kita melihat sotong pandai membuat ramalan, kita akan merasa takjub kepada penciptaNya. Sesungguhnya penciptaNyalah yang memberi ilham kepadanya untuk membuat pilihan. Seumpama burung tempua yang diberi ilham olehNya menganyam sarang ! Apakah ada manusia yang melatihnya ?




Gambar Sarang Burung Tempua.

Pernahkah atau adakah manusia yang mampu menirunya ?

Dengan itu, apabila sahaja kita melihat sesuatu kejadian yang menakjubkan, maka segeralah mengingatiNya. Sesungguhnya setiap kejadian itu terjadi hanyalah kerana iradat, kudrat dan ilmuNya jua.
.
.
.


p/s: siapa tahu makna bidalan Melayu -

"kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah ?




nota kaki: atas cadangan beberapa orang kengkawan, saya tak pasang CM untuk entri semasa. terima kasih.

50 comments:

  1. Tapi Paul d Sotong tu silap gaya boleh buat ramai orang jadi syirik kerana percaya pada ramalan, kan..

    salam pagi Jumaat... :)

    ReplyDelete
  2. manusia je sombong tak kado ke diri

    dengan sotong pon nak caya ke?

    ReplyDelete
  3. "kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah"

    Jika tidak ada maksudnya tersendiri masakan dia berbuat sedemikian.

    ReplyDelete
  4. FA*ATIP

    SALAM. TAHNIAH KERANA MENDAPAT TEMPAT PERTAMA DARI KEDUDUKAN YANG KE 14 SEMALAM. SATU PENINGKATAN YANG DILUAR DUGAAN.

    KALAU ADA YANG PERCAYA DENGAN SOTONG TU, SAMA SPESISLAH TU AGAKNYA.

    ReplyDelete
  5. KAKCIKSEROJA.

    TERIMA KASIH KAKCIK KERANA SECARA TAK LANGSUNG MEMBERITAHU PENGOMEN PERTAMA SAYA TU SEORANG PUAN SRI.

    MOHON AMPUN PUAN SRI FA*ATIP. SAYA TAK BUAT LAGI.

    ReplyDelete
  6. heheheeee....adalah saya merasa tersangatlah seronoknya kerana mendapat no. pertama biarpun tiada sebarang hadiah dari pihak penaja.

    **jangan percaya kat kakcik tuuuuu....** hehehehe!

    ReplyDelete
  7. salam tuan haji, bile saya terbau wangian lavendari..trus minda saya melayang teringatkan tuan haji hamzah abd hamid....

    ReplyDelete
  8. Salam THJ...

    Moga sihat di pagi jumaat ini..

    Tentu ada sebab-sebabnya sesuatu yang tersembunyi, maka sesuatu itu terjadi demikian..

    “Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahwa Al-Quran itu adalah benar. Tiadakah cukup bahwa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?” [QS. Al- Fushshilat]

    ReplyDelete
  9. Allah Maha bijaksana cipta semuanya..

    ReplyDelete
  10. setelah puas merenung entri tuan di pagi jumaat ini, timbul pula persoalan lain.

    persoalannya : kenapa agaknya tempua bersarang rendah ya??

    tuan tahu??


    .
    .

    eh eh eh.. dia pula tanya orang.. ;D

    ReplyDelete
  11. oh. jawapan saya utk entri sebelum ini

    E- semua di atas dan semua di bawah


    ;D

    ReplyDelete
  12. Kalau tidak berada-ada
    masakkan tempuan bersarang rendah
    alahaii tuan ada-ada sahaja
    sengaja mengusik kami menguji minda..


    Note : ini kali kedua saya berpantun . pertama tadi di blog Kakcik .. at least dpt mengubat kerinduan.... huhuu

    ReplyDelete
  13. Aslmkm THJ, semoga THJ sekeluarga sihat walafiat...
    Sangat jarang saya tengok sarang tempua rendah. Biasanya dihujung ranting yg tinggi & sukar dijangkau oleh pemangsa termasuklah manusia. Kerana kejarangan itulah maka terkeluarnya peribahasa tersebut. Tempua buat sarang biasanya lebih dari satu, bertujuan utk mengaburi mata pemangsa. Kadang2 kita nampak mcm tak siap2 tp sebenarnya itu sarang "dummy" je, sedangkan anak dia dah besar panjang dlm sarang yg satu lagi... Klu ada 50 sarang tempua atas pokok insyaALLAH 30 dpdnya adalah dummy...!!! Sarang tempua memang hebat dari segi mutu pembikinan & kemasannya. Kadang2 ada 3 bilik & bahagian kemasan dalamannya licin sehinggakan klu kita golek telur rebus insyaALLAH tak bercalar telur tu...
    Maha Hebat ALLAH... ALLAH Maha Hebat

    "Klu tak dipecahkan RUYUNG manakan dapat sagunya"... saya rasa ramai orang Melayu tak tahu apa itu RUYUNG...!!!

    Sapa tahu angkat tangan...hehee

    ReplyDelete
  14. slow ckit bab pepatah org melayu yg tlalu byk mksd tsirat coz saya org yg straight to da point je (bkn lurus bendul ye).

    suka makan sambal sotong..
    sarang burung tempua leh wat sup ke..kalau leh, snang la nk dpt sbb sarang die rendah je..

    ReplyDelete
  15. CEMOMOI

    AWAK TAHU KE APA NASIB SOTONG TU SEKARANG ?

    ReplyDelete
  16. AKUANAKPAHANG

    BETUL JAWAPAN AWAK TU. KALAU TEMPUA BUAT SARANG RENDAH, TENTU ADA PADI YANG DAH DEKAT NAK MASAK TAK JAUH DARI SITU !

    ReplyDelete
  17. FA*ATIP 2

    SAYA SENANG TENGOK ORANG SENANG. NANTI SAYA DENGAR PENGESAHAN DARI KAKCIK PULA !

    ReplyDelete
  18. ROM

    SAYA NAMANYA JER DUDUK DI LAVENDER HEIGHTS, TENGOK BUNGA LAVENDER PUN TAK PERNAH APA LAGI NAK MENCIUMNYA.

    ReplyDelete
  19. kslau manusia sentiasa berfikir tentang alam ini tentu semuanya selamat sejahtera.

    ReplyDelete
  20. ABD RAZAK

    SALAM KEMBALI. TUAN DATANG MENYEMPURNA DAN MEMBENARKAN ENTRI SAYA. SAYA MEMANG TAK PANDAI HENDAK PETIK AYAT2 QURAN ATAU HADIS. SAYA MENULIS HANYA BERDASARKAN AKAL ATAU KOMENSEN SAHAJA. TERIMA KASIH.

    ReplyDelete
  21. HAMIZAH

    TERMASUK SEMUA PEMAIN BOLA, JURULATIH DAN SEMUA PENONTON JUGA.

    ReplyDelete
  22. KTS 1

    JAWAPANNYA ADA DIBERI OLEH AKUANAKPAHANG DIATAS DAN SAYA TAMBAH SIKIT DALAM KOMEN SAYA.

    KTS 2

    SAKIT BUAH PINGGANG CIKGU KALAU DAPAT ANAK MURID MACAM KTS. HEHE

    ReplyDelete
  23. LINDA

    KALAU AWAK MASIH RINDU LAGI, PERGI JER KE BLOG LAMA SAYA DAN JAWAB SEMUA PANTUN YANG ADA.

    PASTI MUJARRAB !

    ReplyDelete
  24. RKA

    SATU KOMEN DAN PENAMBAHAN YANG CUKUP INFORMATIF. SAYA PUN TIDAK SEDAR AKAN HAKIKAT ITU. BENARLAH KATA RKA YANG DI ULANG2 - "HEBAT ALLAH"

    ReplyDelete
  25. JEJARI HALUS

    SARANGNYA TAK BOLEH DI BUAT SUP DIK OI. NANTI BERDARAH LIDAH DAN BIBIR DIBUATNYA.

    ReplyDelete
  26. ABU MUAZ

    SALAM AM.

    ITULAH MASALAHNYA. KITA KENALAH DALAM KEMAMPUAN YANG ADA INGAT MENGINGAT ANTARA SATU SAMA LAIN.

    ReplyDelete
  27. aku ingat nk tanya kucing kat opis ni la bang... harga garam naik ke tak naik.... hiks.


    .

    ReplyDelete
  28. Pernah ke nampak sarang tempua selain dari yg dah dijadikan hiasan? Rasanya taklah rendah sangat.

    ReplyDelete
  29. TASEKM

    SILA BERI LAPORAN SELEPAS AWAK MENDAPAT JAWAPAN DARI KUCING TERSEBUT. BOLEH TAK TANYA SEKALI HARGA PANADOL !

    ReplyDelete
  30. YUNUS BADAWI

    TINGGI ATAU RENDAH INI ADALAH SATU UKURAN YANG RELATIF. BAGI BUDAK2 UMUR 3 TAHUN, PAGAR RUMAH PUN DIA KATA TINGGI !

    ReplyDelete
  31. AUJINZ

    KATA MANA ADA JUAL TAKOYAKI PAUL TU ?

    ReplyDelete
  32. selalu nampak sarang tempua di hujung ranting pokok cendering yang tinggi menjulang...
    yang nampak rendah kat rumah orang yang buat hiasan saja..

    ReplyDelete
  33. jangan sampai terpesong...bahaya tu... kita ni bab karut marut ni mmg cepat tangkap...

    ReplyDelete
  34. RELEVAN

    SOTONG TIN TAK SEDAP .. SOTONG BAKAR LAGI SEDAP !

    ReplyDelete
  35. IBUINTAN

    KALAU TAK ADA TEMPUA YANG BUAT SARANG RENDAH TU MAKNANYA TAK ADA APA-APA LAH DEKAT TU. CUBA KALAU ADA PADI YANG DAH NAK MASAK, BERDUYUN2LAH TEMPUA MEMBUAT SARANG RENDAH.

    ReplyDelete
  36. HASMADI

    TIDAK ADA PULAK BACA LAPORAN ORANG KITA TERPESONG. ALHAMDULILLAH.

    ReplyDelete
  37. Kelakarlah baca komen tuan kepada komen tasekM :D

    ReplyDelete
  38. apasal lambat sangat nak boleh ke memancing tu? hehehe

    ReplyDelete
  39. huhu.. "kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah ?"

    kalau orang tak lalu satu tempat tu, sebab itu ada burung tempua suka buat sarang.

    eh.. lain maacammm ja... hehe..

    ReplyDelete
  40. AIDA ALI

    APA PULAK KOMEN CIKGU ? NANTI BOLEHLAH SAYA JAWAB DENGAN LEBIH KELAKAR LAGI.

    ReplyDelete
  41. FA*TIP

    MULANYA SAYA TERPINGA2 DENGAN SOALAN INI. ORANG NI SALAH KAMAR KE ? LEPAS TU BARU SAYA TERINGAT, TADI SAYA ADA DRAF SATU ENTRI. BUKAN UNTUK PUBLISH LAGI. MEMANG SAYA BEGITU. BILA ADA MODAL SAJA SAYA DRAF ENTRI. BUAT STOK BANYAK2. SAYA NAK KLIK "SAVE NOW" TAPI TERKLIK "PUBLISH NOW". LEPAS TU SAYA CEPAT2 SIMPAN SEBAGAI DRAFT. RUPANYA DIA APPEAR JUGA YA.

    KIRANYA AWAK DAH TAHULAH TAJUK ENTRI SAYA YANG AKAN DATANG YA. TAK APA.

    ReplyDelete
  42. ORANGLIDI

    LAMA AWAK TAK KEMARI. SAYA PUN LAMA TAK KESANA.

    NANTI KALAU ADA APA-APA, PASTI TEMPUA BERSARANG RENDAH.

    APA YANG AWAK CAKAP TU, SEKALI FIKIR BETUL JUGA !

    ReplyDelete
  43. saya lebih terarah untuk mengatakan sebab tempua bersarang rendah ni atas faktor keselamatan..kalau dia rasa selamat maka dia akan bersarang rendah...maksud nya jika tiada ancaman atau gangguan dari manusia atau haiwan sebab saya pernah tgk sarang tempua yg rendah..tapi tempat tu kenalah semak..kalau lapang je mudah pulak manusia nak capai...
    apa2 pun burung ni telah manjadi inspirasi kepada saya untuk membuat sarang burung tempua menggunakan rotan...sesuai di jadikan lampu gantung samada di balkoni rumah atau restoran...meh tgk di http://zackmohd.blogspot.com

    ReplyDelete
  44. ZACK

    TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ENTRI LAMA SAYA DAN MEMBERI KOMEN.

    PANDANGAN ANDA DITERIMA. TETAPI JAWAPAN YANG SEBENAR KENALAH TANYA BURUNG ITU SENDIRI, HEHE

    ReplyDelete
  45. Please ignore my previous comment, now saya nampak nota kaki Pak Ngah kat sini about CM, and saya pun dah berjaya menggodek setting, terima kasih banyak2 bagi petunjuk.

    ReplyDelete
  46. salam pakngah, saya rasa penggunaan huruf besar pada perkataan 'penciptaNya' dalam perenggan sotong tu sedikit mengelirukan - kerana "Nya" yang (mungkin) pakngah ingin sampaikan ialah Yang Maha Pencipta ...tetapi dalam konteks ayat tersebut pada pandangan saya 'nya' itu merujuk kepada diri si sotong.
    Pencipta sotong itu ialah Dia yang maha esa.
    agak saya lah... sebenarnya saya tulis bukan sebab nak perbetulkan sangat. (ayat dan susun atur perkataan saya sendiri pun tunggang langgang) cuma nak beritahu saya sedang menyelongkar blog ni dan membaca tulisan2 lama pakngah.

    saiful

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nya yang saya maksudkan di sini adalah Allah SWT .. terima kasih kerana sudi menyelongkar entri-entri lama pakngah .. sila teruskan dan berilah komen atau tanya mana yang tak jelas..

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.