Oleh kerana rumah saya tak banyak kawasan lapang, saya tanam di luar pagar di depan rumah. Kalau berbuah nanti, saya cakap pada diri sendiri "siapa nak ambil, ambil lah".
Tapi alhamdulillah setakat ini tiada siapa pula yang berani mencuri tanpa kebenaran saya.
Diam tak tak diam, dah berbuah dah dia. Lihat wajahnya yang manis kat bawah.
Buahnya terjulai memasuki kawasan jalanraya.
Kalau Mat Rempti lalu, senang jer kalau dia nak sambar.
Pandangan dari depan. Sila abaikan gambar
rumah menantu pak mertua saya di belakang tu !
Beberapa biji buahnya yang dah masak,
telah pun diselamatkan oleh ayah anak2 saya.
Di luar pagar pun kawasannya tidak luas mana. Saya cuma dapat tanam dua pokok rambutan, satu pokok mangga dan satu pokok kelapa. Pokok kelapa dan mangga masih belum berbuah. Makngahnya pun nak tanam pokok bunga kat situ juga. Macamlah tak ada tempat lain !
Saya percaya kalau saya mempunyai tanah yang lebih luas, saya tidak akan tanam apa-apa. Selalunya kita begitulah. Bila tanah sempit bukan main lagi. Kalau boleh semua pokok nak tanam kat situ termasuk pokok jati.
Tetapi bila mendapat tanah yang luas, habis terbiar. Saya tak tujukan kepada sesiapa tetapi kepada diri saya sendiri, sebab saya ada sebidang tanah di Jelebu, satu pokok apa pun saya tak tanam sejak di beli pada tahun 1984 !
*
Tetapi bila mendapat tanah yang luas, habis terbiar. Saya tak tujukan kepada sesiapa tetapi kepada diri saya sendiri, sebab saya ada sebidang tanah di Jelebu, satu pokok apa pun saya tak tanam sejak di beli pada tahun 1984 !
*
Bagusnya ada pokok buah2an. Tak payah nak beli dengan harga RM1 sebiji macam buah bacang tu!. Pokok mangga epal (mangga ke epal???) di hadapan rumah saya baru saja ditebang kerana buah yang dihasilkannya tidak lagi seperti dulu (ada ulat dalam buah) walaupun pokoknya tak berhenti mengeluarkan buah...
ReplyDeletetahun ni rambutan berbuah dengan meriahnyaaaaaa.....
ReplyDeletemasa ain balik rumah mak jumaat lepas, buah rambutan tengah 'memberat'....
mak cakap, kat kebun pak sedara ain lagi la melambak-lambak....
dah masak nanti, sedekah kat monyet la kekdahnya....
tak abih nak jual, nak makan apatah lagi....
sama la kita... ingat kalu buat tanam orang pon dapat juga pahala tanah wakaf
ReplyDeletetaun ni punye rambutan tk smpt nk masak...monyet smakin ramai yg datang...letih baling mercun pagi petang....
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteBegitulah nampaknya kita ni ! Yang tak ada, kita hendak. Yang ada, tak pula kita manfaatkan ! Apa yang dikhuatiri, yang ada itu akan diambil oleh orang lain !
salam tuan,
ReplyDeletewah .. nanti saya lalu kat luar pagar tu, boleh lah petik sebiji dua kan, nak rasa macam mana manis ye
bang, dok peteng2 ni, mano satu agak eh rmh menantu pak mertua abg kek lavender ni...nak poi ambik, bukan curi sbb menantu pak mertua abg tu dah niatkan, sapo nak ambik, ambiklah, kan...
ReplyDeleteSalam Tuan Haji..
ReplyDeletenak komen ni...
Masa saya tanam dulu pokoknya masih kecil lagi - ialah kalau dah besar orang tak tanam orang tebangla pulok.
diam tak diam dah berbuah dia. - Hai, Tuan Haji..ni pokok bukan ayam.
cuba teka siaaapa menantu pak mertua dan ayah anak - anak Tuan Haji.
Apa - apa pun......kah..kah..kah..saya gelak dulu ye jangan marah.. ilang tension petang - petang ni.
rambutan gading ke tu?
ReplyDeleteohh...sedapnya rambutan..sini tade plak..makan rambutan dalam tin je..tu pun beli kt kdai siam kat sini..setin dekat rm10 -_-!
Salam Tuan haji..
ReplyDeleteSalam Tuan Haji ..saya test komen saya melekat tak.sebab tghari tadi komen?(komplen) nampaknya tak sangkut.
ReplyDeleteMasa saya tanam dulu,pokoknya masih kecil lagi - ialah memang masa kecil ditanam dah besar kena tebang.
Diam tak diam dah berbuah - Bukan ayam nak kecuh - kecuh.
Cuba teka sapa menantu pak mertua dan ayah kepada anak - anak Tuan Haji...
Apa - apapun...kah..kah..kah saya gelak dulu ilang...tension petang - petang ni.Dapat pahala tau sebab buat ati saya terhibur.
orang melayu begitulah..... tinggal tanah melayu.... kalau cina ada tanah habis dikerjakan. Tanah orang pun dikerjakannya.
ReplyDeletesalam....
ReplyDeletebuah tu lum masak mesti ler tak der yg ambil, tunggu masak nanti semuanya telan liur jer ...
esok abg tanam la pokok sawit..
ReplyDeleteharga sawit ngah stabil ni..
seronoknya ada pokok rambutan sendiri
ReplyDeleteeloklah lagu tu..
ReplyDeletenanti kita singgah boleh sebat je yg tercapai tangan..bila lalu kat area situ...
tuan rumah dah beri kebenaran...
TQ3..
Bila agaknya nak ajak geng pegi melugas moktan tu bangggggg.....?
ReplyDeletesalam tuan haji, tanah yang kat jelebu tue kalau dibiarkan sedekah je la buat tanah wakaf, buat tanah perkuburan ke..tp kalau lokasinya terlalu dalam sangat, sdekah la kat Orang Asli hehehehehe ( gurau jerk)
ReplyDeletesalam
ReplyDeleteheheheh
bestkan kalau ada kebun buah2an
saya selalu fikir
kenapa tanah ayah saya dikampong dia tak tanam buah2an dari dulu?
kalau berani cuba la tanya ayah soalan tuh?
nak kena bambu cuba lah, hehheeh...
nak cari org yg punya kebun buah2an lah hehehhe
Salam Tuan Haji..
ReplyDeleteHarap tuan hj sihat..
Buah ni paling saya suka, kalau dah masak jemput saya...:)
terasanak sambar je rambutan tu..
ReplyDeleterambutan tu feveret saya tu...best la kalu brjiran dgn tn haji ....
ReplyDeleteassalamualaikum tuan hamzah,
ReplyDeletesetelah membaca entri ini, terUJA lah sy utk mengetahui di mana letaknya kediaman tuan yg berhati mulia ini hingga sanggup bercakap pada diri sendiri "siapa nak ambil, ambil lah".
(ya.. sy faham. ambil di sini merujuk kepada ambil buah rambutan. bukan ambil tuan punya badan)
.
.
err.. tuan,
jika saya tahu di mana letaknya kediaman tuan, mungkin sy boleh singgah sebentar di hadapan kediaman tuan petang ini dan cuba mencapai barang setangkai dua buah rambutan itu. Kalau dapat capai lebih, lagi bagus, kan tuan. Tuan halalkan, kaaan?? Terima kasih banyak-banyak tuan
.
.
semoga pokok rambutan tuan akan mengeluarkan buah rambutan yang lebih lebat. Lebat selebatnya hingga boleh dipanggil tanjung rambutan.
Dan semoga pokok rambutan tuan bukan saja boleh mengeluarkan buah rambutan, malahan boleh juga mengeluarkan buah2 lain seperti strawberi, kiwi, avocado dan sebagainya dgn lebatnya.
Sekian, terima kasih.
Berbunga lebat pohon rambutan,
Hinggap tempua berjuntai kaki; Bila dapat memandang bulan, Jangan lupa rumput di bumi.
Yang menanti,
PENCINTA TEGAR BUAH RAMBUTAN
suami saya pun ada gak tanam pokok rambutan kat tepi umah, 7 tahun lepas... tapi sampai la pokok tak naik2, setakat tu jer, sebab nya tepi pokok tu buat tempat bakar sampah, habih camno nak beso..
ReplyDeleteayah anak2 awak takde tanam pokok durian ker??
Salam Al-Lavendari, tahun lepas pokok rambutan ana berbuah 9 biji. Buah sulung... Hadiah kat jiran sikit, alhamdulillah hasilnya tahun ini ALLAH SWT balas balik. Lebat banget buahnya...
ReplyDeleteHebat ALLAH, dari biji benih yang kelat boleh terhasil buah yang sangat manis dan mengenyangkan...
KAKCIKSEROJA
ReplyDeleteITU JUGA IKTIBAR KAKCIK. IBARAT POKOK ITU, TIDAK MENCUKUPI DENGAN HANYA MENGELUARKAN BUAH, TETAPI BUAH YANG DIKELUARKAN ITU HENDAKLAH TIDAK BERULAT. KALAU BERBUAH TAPI BERULAT, AKHIRNYA KENA TEBANG JUGA.
AIN
ReplyDeleteALANGKAH BAIKNYA KALAU BUAH2 ITU DITINKAN DAN DIJUAL KELUAR NEGARA SEPERTI BUAH LAICI. UNCLE RASA RAMBUTAN LAGI SEDAP DARI BUAH LAICI.
ATAU PUN DI BUAT JEM DSB.
CEMOMOI
ReplyDeleteKALAU NAK TANAM ORANG TU, PASTIKAN DULU DIA DAH BETUL2 MATI !
MAMAREMPIT
ReplyDeleteSUSAH JUGA KALAU ADA MONYET. KIRA REZEKI MONYET LAH TU.
KALAU BUNGKUS BUAHNYA MACAMANA ? BUKANLAH BUNGKUS SEMUA. BUNGKUS SEKADAR UNTUK MAKAN SENDIRI JER.
LUAHFIKIRAN
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
REZEKI KITA BILA BUAH TU DAH MELEPASI KERONGKONG SEBAB KADANG2 DALAM MULUT PUN BOLEH TERLEPAS LAGI.
IBUINTAN
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. SILAKANLAH PETIK, KALAU ADA LAGI. JANGAN CABUT POKOK DIA BAWAK BALIK SUDAH !
ANNIE
ReplyDeleteSILAHLAH DATANG ! KALAU NAK AMBIK YANG TINGGI SIKIT TU, KENALAH AWAK BAWAK TANGGA. KALAU TAK ADA TANGGA, SIGAI PUN BOLEH !
KAK WAN 2, 2 & 3
ReplyDeleteSIAN KAK WAN. SAMPAI TIGAK KALI CUBA. BUKAN SALAH SAYA. SALAHKAN BLOGGER.COM.
SAYA PUN TERGELAK JUGA BACA KOMEN KAK WAN TERUTAMANYA "NI POKOK BUKAN AYAM"
SUHANA SUID
ReplyDeleteTAHANLAH PERASAAN RINDU DENDAM NAK MAKAN RAMBUTAN FRESH TU. BALIK MALAYSIA NANTI MAKANLAH SAMPAI HABIS SEPOKOK SORANG.
YANG DALAM TIN PUN ELOK JUGA, TAK YAH SUSAH2 NAK KUPAS !
ABU MUAZ
ReplyDeleteAMARAN: SESIAPA YANG DIDAPATI MENGERJAKAN TANAH SAYA TANPA KEBENARAN, SIAP DIA SAYA KERJAKAN.
UMMI HUMAIRA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI YA UKHTI. SEBENARNYA DAH ADA YANG MASAK. SAYA YANG AMBIL. SETAKAT INI TIGA TETAMU DAH RASA SETANGKAI DUA.
ALVIN
ReplyDeleteKAH KAH KAH. CADANG NAK TANAM JUGA, TAPI TAK DILULUSKAN OLEH JABATAN BOMBA.
NADIAH
ReplyDeleteMEMANG SERONOK KALAU DIA HANYA ADA SEBATANG DUA. KALAU DAH JADI KEBUN, TAK SERONOK LAGI, SEBAB LETIH NAK MENJAGANYA.
LANABULU
ReplyDeleteSEBATLAH, KITA HALALKAN. BUAHNYA SAHAJA TAU. JANGAN PULA DICABUT DENGAN POKOK2 SEKALI.
AZIEAZAH
ReplyDeleteCEPAT .. CEPAT. SIAPA LAMBAT DIA LEWAT !
ROM
ReplyDeleteKALAU AWAK BERHAJAT NAK BELI, KITA BOLEH BINCANG. SESAMA BLOGGER NI APALAH NAK KIRA SANGAT KAN!
BLUECITY
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. BOLEH TAK AWAK TANYAKAN KAT AYAH AWAK BAGI PIHAK SAYA, KENAPA DIA TAK TANAM ?
ORANG YANG ADA KEBUN BUAH2AN INI BANYAK. BOLEH BAGI CIRI2 ORANG YANG MACAM MANA YANG AWAK NAK CARI ?
ABD RAZAK
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. DAH MASAK DAH. SILALAH DATANG. SAYA JEMPUT NI !
TAPI SAYA PUN TAK PASTI ADA KE LAGI BUAHNYA ATAS POKOK TU BILA SAYA BALIK OFIS NANTI.
HAMIZAH
ReplyDeleteTAK USAH SAMBAR, BIAR TUAN RUMAH JER YANG TOLONG AMBILKAN !
NZA
ReplyDeleteKALAU NAK BERJIRAN DENGAN SAYA, KECIK TAPAK TANGAN NYIRU SAYA TADAHKAN. MASALAHNYA AWAK KENA BELILAH RUMAH DAN TANAH JIRAN SAYA YANG DAH ADA TU ! KALAU NAK, SAYA BOLEH RUNDINGKAN! 2.5% JER KOMISYENNYA.
salam..
ReplyDeletebiasanya, wpun pokok tu di luar pagar rumah, org akan assume pokok itu milik tuan rumah itu..hehe
latest entry : Review Filem The Back-up Plan
KU TAK SEMPURNA (KTS)
ReplyDeleteALAIKUMSALAM.
2.SUKACITA SAYA INGIN MENAMBAH INGATAN BAHAWA YANG DIMAKSUDKAN AMBIL ITU BUAHNYA SAHAJA DAN TIDAKLAH TERMASUK AKAN POKOKNYA. ADAPUN AKAN TUANYA, MUNGKIN ORANG TENGOK PUN TAK ADA SELERA.
3. UNTUK MENDAPAT CAPAIAN YANG MAKSIMA, KTS DINASIHAT MEMBAWA TANGGA. KALAU BOLEH YANG ADA 7 MATA(BETUL KE MATA ?) KERANA YANG EMPUNYA POKOK TIDAK MENYEDIAKANNYA BUAT MASA INI DAN JUGA TIDAK BERHAJAT UNTUK MENYEDIAKANNNYA PADA MASA AKAN DATANG.
4. AKAN DOA KTS AGAR RAMBUTAN SAYA BERBUAH SEHINGGA MENJADI TANJUNG RAMBUTAN ITU, SAYA KENALAH BERBINCANG DAHULU DENGAN JABATAN PERANCANG BANDAR. DAN TERLANJUR KTS SUDAH BERDOA, BOLEH TAK DOAKAN POKOK RAMBUTAN SAYA ITU MENGELURKAN JUGA KERETA MERCEDES, FERRARI ATAU PUN EMAS PERMATA, SEBAB ITU LAGI SAYA DAN MAKNGAHNYA SUKA.
SEKIAN, TERIMA KASIH.
KUIH LEPAT SI KUIH LAPIS
JANGAN DI RENDAM DI DALAM PAYA
SUDAH DAPAT MO'TAN YANG MANIS
BACANG YANG MASAM JANGAN DI LUPA.
YANG BENAR;
PEMILIK SAH DUA POKOK MO'TAN.
ABI AL-BAIHAQI
ReplyDeleteNAMA TUAN PUN ADA 'AL' JUGA MACAM NAMA ANA YA.
SELAIN BERSEDEKAH BUAH RAMBUTAN ITU, TUAN BOLEH JUGA BERSEDEKAH BENDA2 LAIN SEPERTI MOTORSIKAL KE DSB. INSYAALLAH ALLAH AKAN BALAS BALIK JUGA.
AANAS
ReplyDeleteKENAPALAH DITANAM POKOK TU DEKAT TEMPAT BAKAR SAMPAH. TAK SESUAI !
SAYA JUGA ADA TANAM DURIAN DI BELAKANG RUMAH, DILUAR PAGAR JUGA. POKOK YANG DI TANAM BUKANNYA BERTAMBAH BESAR TETAPI SEBALIKNYA BERTAMBAH KECIL. BARANGKALI KERANA KURANG PERHATIAN ATAU MUNGKIN KERANA TANAHNYA TAK SESUAI.
Aduhai al-lavendari
ReplyDeleteDi luar pagar, tapi 'berpagar'
Nak mula petik, tangan terbakar!
Kalau nak curi kenalah jampi
Rambutan ke guni masuk sendiri.
RED
ReplyDeleteMEMANG BEGITULAH SEPATUTNYA JANGKAAN ORANG. MACAM KITA KELUAR TANDAS, ORANG AKAN ASSUME KITA BUANG AIR WALAUPUN MUNGKIN KITA HANYA DUDUK TERMENUNG SAHAJA DIDALAMNYA !
ABANG TEMUK
ReplyDeleteKALAU NAK MUDAH TAK PAYAH JAMPI, HANTAR JER DUIT, DENGAN POS LAJU BUAH DATANG BERLARI.
rumah aku bersimen dr depan sampai ke belakang. celah mana nk tanam pokok pun tak tau...
ReplyDelete.
TASEK M
ReplyDeleteTANAM LUAR PAGAR DEPAN RUMAH ATAU BELAKANG RUMAH, TAK BOLEH KE ?
SUSAH2 BELI JER. KALAU SEMUA ORANG ADA POKOK SENDIRI, SIAPA PULA NAK MEMBELI.
TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DAN KOMEN KALI PERTAMA.
Salam THJ,
ReplyDeleteTengok rambutan tu teringat masa kecik2 pergi petik buah rambutan dengan kawan2 di pokok yang takde tuan di Ampang dulu..
Dulu semak samun sekarang tempat tu dah jadi Megan Avenue..
AZRINA
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA MENYOROT ENTRI LAMA SAYA. CEPATNYA MASA BERLALU. MEGAN AVE TU SEKARANG DAH JADI KAWASAN SEGI TIGA EMAS. KALAULAH AYAH SAYA ADA TANAH 4-5 EKAR KAT SITU, RASANYA HARGANYA BOLEH TANGGUNG TUJUH KETURUNAN.
Datang kesini menerusi link jawab menjawab dgn KTS... Terhibur membaca posting lama ni termasuk semua komen2 diatas.. Urmm.. Pokok mo'tan tu dah kuarkn Ferrari? Bela sebuah utk Nurul ye.. Hihiiii
ReplyDeletehahaha .. saya hargai usaha awak beri komen kat sini. Rasanya sampai bila-bila pun saya tak benarkan pokok itu keluarkan Ferrari kerana saya kesian kat perusahaan otomobil negara kita. Nanti siapa pulak nak beli Proton atau Perodua kalau Ferrari lebih murah.
DeleteSalah pendapat tu.. Hahaa.. Tak semua orang suka benda murah, sebab tu ade yang menabung dari lahir semata2 nak beli sebentuk.cincin.. Hihihiii
DeleteBetul .. awak memang bijak. Dalam teori ekonomi memang ada pengecualian bagi barang-barang yang membawa prestij.
DeleteSo.. Kira setujulah ni ye? Urmm.. Kim salam kat menantu pak mentua tu, tak pun kat bapa anak2 orang tu.. Hahaaa
DeleteSalam telah disampaikan dan diterima oleh orang yang sama. Hehe.
DeleteSalam Jumaat Pak Ngah.. datang sini nak nengok salam dah berbalas ke belom.. hahaa..
Delete