Monday, January 31, 2011

TERKENANG SEMASA DULU 17 - PIRAMID

Sekarang ini kat Tenang sudah kembali tenang. Tetapi kat Mesir sedang bergelora. Presiden Mubarak sekarang ni tentulah tengah kepanasan. Bila buka CNN, tak ada cerita lain. Ini membuatkan saya teringatkan Mesir yang pernah saya kunjungi beberapa tahun dahuluUntuk entri ini saya cuma fokuskan kepada Piramid sahaja kerana ia amat sinonim dengan Mesir.


Gambar 1: Menolak troli di lapangan terbang Kaherah.


Gambar 2: Gambar piramid dari luar kawasan.



 Gambar 3. Berlatarbelakangkan bandaraya Kaherah.  Kain yang saya pakai kat kepala tu ada peristiwa yang ingin saya ceritakan. Ada orang tu bagi free sebagai cenderamata katanya. Sayapun ambillah. Kemudian dia minta beli barang lain dari dia yang mak datuk mahalnya. Saya tak mahu dan ingin pulangkan benda atas kepala saya tu. Dia pun mula marah-marah dalam bahasa Arab. Nasib baik polis yang mengiringi kami ada.  Kalau tidak pasti saya menjadi mangsa penipuan.



Gambar 4: Di Kaki Piramid .. tak sempat pun nak masuk ke dalam.


Gambar 5: Gambar dari dekat. Takjub saya memikirkan bagaimanakah orang dulukala membina piramid ini yang megah berdiri sampai sekarang. Kita buat jambatan, jalan, stadium tak sampai 5 tahun dah retak atau runtuh


Gambar 6 : Cuba lihat batu-batu itu. Beratnya mungkin melebihi satu tan. Bagaimanakah mereka  menyusunnya ? Apakah teknologi yang dia orang gunakan ? Jurutera sekarang jangankan mampu membuat bangunan seumpama piramid, mereka masih belum mampu merungkaikan cara piramid itu di buat.


Gambar 7: Piramid .. piramid. Bergambarlah puas-puas.
Entahkan sampai lagi ke tidak nanti.


Gambar 8:  Nampak tak Sphinx di belakang tu.


Gambar 9 :  Dekat sikit. Masa tu cuaca di bawah 10 darjah. Saya cuba menahan kesejukan.

.
.
.

Sunday, January 30, 2011

LIAT NAK BAYAR SEWA RUMAH.

Bila tiba nak bayar sewa rumah, macam2 alasan diberi oleh penyewa.
Belum dapat gaji lagi lah, duit nak pakailah, duit tak cukuplah.
Macamlah dia sorang sahaja yang nak pakai duit. Tuan rumah tak pandai nak guna duit ke ?

Tapi bila pergi Pizza Hut, tak berani pula nak masuk kalau tak ada duit atau tak cukup duit. Kenapa tak cakap camni :

"boleh tak saya bayar ansur-ansur" atau

"boleh tak saya bayar bila dapat gaji nanti " atau

"boleh kurang sikit tak ... duit saya tak cukuplah sebab baru beli baju anak2 sekolah"

Mesti tak berani punya !

Akan tetapi bila nak bayar sewa rumah kita, buka main lagi pandai memberi hujjah dan justifikasi. Ada ke patut dia kata macam ni ..

"Saya sewa rumah encik dah lebih lapan tahun. Sekalipun saya tak pernah lagi miss bayar sewa. Kali ni saya betul-betul nak guna duit".

Adakah dia orang berani cakap kat orang yang kutip tol macam ni ..

"Saya hari-hari bayar tol .. dah dekat 10 tahun dah .. boleh tak hari ni saya tak nak bayar !

p.s tuan rumah pun janganlah zalim sangat kat penyewa yang terlewat sedikit nak bayar sewa. Kita hidup mesti timbang rasa.

.............................o000o...................................

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/1214/Kosmo/Dunia/du_06.1.jpg
gambar carian Google


Agaknya orang tu tak mahu bayar duit tambang bas kot !


.
.

Saturday, January 29, 2011

3 HARI 2 MALAM DI SIBU, SARAWAK.



Gambar 1: Pintu gerbang ni berbeza sikit. Dia duduk tepi jalan.


Gambar 2 : Saya menginap di hotel ini yang membelakangi sungai Rajang, sungai yang terpanjang sekali di Malaysia.  RH= Rimbunan Hijau.


Gambar 3: Minum petang dengan kuih Selorot yang dibungkus dengan daun pisang. Nyaman gilak. Tak cukup selorot. Saya makan tiga  empat lorot. Nyaman gilak tu maknanya sedap sungguh. Gilak tu  maksudnya sama dengan giler yang selalu orang muda kita gunakan di Semenanjung. Saya rasa perkataan giler tu berasal dari perkataan gilak yang digunakan oleh orang  Sarawak. (Sila betulkan saya, kalau saya terkhilaf)
Masa saya bekerja di Sarawak pada tahun 1981 lagi perkataan itu telah saya ketahui dan gunakan. 


Gambar 4: Makan malam dengan buah Dabai.  Mahal gilak buah tu .. RM20 sekilo.  Saya pernah cerita buah Dabai di sini semasa kunjungan saya ke Kuching sedikit masa lalu. Akhirnya saya dapat juga merasa. 
Kawan sebelah saya tu tak tahan silau lampu kamera !

Gambar 5: Makan malam dengan lauk tradisional Sarawak. Antaranya ayam pasok, ikan lumek, umey dan sayur midin. Ikan lumek tu adalah ikan salai. Nyaman gilak !


Gambar 6: Sarapan pagi di hotel yang senibinanya moden dan banyak ruang  lapang dan  juga bebas dari gangguan hantu.



Gambar  7: Patung unggas apa entah namanya di belakang hotel. Di dalam bangunan yang nampak tu, ada kompleks membeli belah  dan ia bersambung melalui jejambat ke hotel RH.


Gambar 8: Ternampak sebuah bot ekspres memudiki Sungai Rajang. Bangunan yang tersergam itu adalah Bangunan Lembaga Pelabuhan Rajang. Kalau kita di Semenanjung, istilah ekspres digunakan biasanya untuk bas ekspres tapi berbeza di sini ia digunakan untuk bot membawa penumpang di sungai atau laut.




Gambar 9: Minuman rehat pagi .. Laksa Sarawak dan kuih selorot lagi. Tapi kuih selorot ini dibungkus dengan daun nipah.


Gambar 10: Mengabadikan kenangan dengan pegawai yang mengiringi kita meronda-ronda  di pekan Sibu yang bersih serta lalulintasnya penuh tertib.


Nota kaki:  Maaf Ustaz Abd Razak kerana berkunjung ke daerah tuan tanpa izin dan balik tanpa pamitan.

Wednesday, January 26, 2011

SAYA AKAN BERPERGIAN BEBERAPA HARI.

http://images.mylot.com/userImages/images/postphotos/1995325.jpg

Merujuk perkara tersebut di atas, besar kemungkinan saya tidak akan dapat bersiaran untuk dua tiga hari akan datang. Esok pagi-pagi saya akan ke KLIA untuk ke suatu destinasi tertentu atas urusan rasmi.

Saya ada sebab kenapa tak nak beritahu ke mana. Saya tak mahu ada komen-komen seperti di bawah yang masuk ke dalam kotak komen saya semasa saya buat entri "Saya Masih Di Kota Bharu, Kelantan", baru-baru ini.

Bila dah balik nanti baru saya beritahu ke mana saya pergi. Insya-Allah. Dalam pada itu, saya mohon anda doakan saya selamat dalam perjalanan.

..................................................................................................

ReeNDu said... .



baju kelawaq satu!!! yg lengan bese jek.. tanak lengan panjang.. leceh aa nnt nak basuh pinggan.. =D

sempat ke ni??

*ni bukan kirim*


hehehhehe


December 28, 2010 10:29 PM


........................................................................................................

ayongcute said...


ayong pun sama...

bukan kiriman jugakkk


December 29, 2010 3:24 PM


.

Tuesday, January 25, 2011

SAKIT HATI TUL DGN BINATANG NI - RASA NAK CEKIKCEKIKCEKIKCEKIKCEKIK !!!




Kacau sungguh !


.

Monday, January 24, 2011

ORANG BESAR (BADAN) JUMPA ORANG BESAR (PANGKAT)

Semalam saya buat entri tentang pilihanraya kecik DUN Tenang. Tak sangka hari ini saya dapat bergambar dengan Tan Sri Abdul Aziz, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya yang sentiasa nampak tenang. Saya ke rumahnya kerana memenuhi jemputan beliau sempena sambutan ulangtahun kelahirannya, sekaligus mendengar ceramah ugama yang menyentuh hal kekeluargaan yang dianjurkannya. Selesai ceramah, macam biasa ada makan-makan.


Gambar 1. Bergambar dengan Tan Sri Abdul Aziz, boss lama saya yang sentiasa tersenyum.

Kemudian saya bergegas ke rumah abang saya di Kota, Rembau kerana menghadiri kenduri perkahwinan anak beliau.Saya sampai sudah hampir 2.30 petang. Kiranya agak lewat ke majis perkahwinan anak saudara sendiri. Tak patut. Rupanya ada hikmahnya. Pertama, mudah untuk mendapatkan tempat letak kereta. Kedua, saya dapat berjumpa dengan MB Negeri Sembilan yang sudah hendak balik. Kalau awal atau lewat sikit, mungkin tidak berjumpa dia.

Jauh lagi dia telah memanggil gelaran saya. "Pak Ongah .. apa kau buek kek sini" . Saya tak tahu dia nak datang dan dia pun tak tahu saya nak datang. Lepas itu kami berbual sekejap lanjutan dari soalan beliau itu.



Gambar 2: Bergambar dengan Dato' Sri Utama Mohamad Hassan, MB Negeri Sembilan,
junior saya semasa di Universiti Malaya. Saya di sebelah kanan beliau.


p/s: Kesian Makngahnya kena ambil gambar hari ni, sebab tak ada orang nak tolong ambilkan.
Boleh tahan juga hasil kerjanya.

.
.

Sunday, January 23, 2011

TENANG YANG MUNGKIN TAK BERAPA TENANG.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhQLGQbwAhiGI1uj2B0SE5o-Qsu2iQcMeQDUr7fBjUzVplzE2Enx19wdQNpMdRWsWD4HhlgVAprtxC09HbdPutdTxfI4wBAvrA_3AXVMq52XgZnjDFRi5sGSOsemqWxcw3urc4BYMfeS1ZR/s320/pilihanraya.jpg

Hari ini adalah hari penamaan calon bagi memilih ADUN Tenang yang baru.

Dulu saya pernah membuat satu entri tentang pilihanraya kecil di Hulu Selangor. Entrinya di sini.

Saya kata:

ALANGKAH BAGUSNYA KALAU DAPAT BUAT MACAM NI SELALU ...!


Saya rasa apa yang pernah saya tulis dulu, masih lagi relevan.

.

Friday, January 21, 2011

KAK CIK .. INI KANDA DATANG !







Tepung talam yang digaul dengan serbuk cili padi memang sesuai untuk di lumurkan ke mata mat rempit yang gemar membuat gangguan seksual. Mereka ini sebenarnya bukannlah permata yang menjadi kebanggaan ibubapa dan juga negara. Mungkin Kerajaan patut menggubal undang-undang yang boleh mengkembirikan golongan penjenayah seksual ini. Akan tetapi sebelum itu mereka haruslah diberitahu makna kembiri itu, agar timbul rasa gerun di hati mereka. Kalau tidak mereka menyangka kembiri itu sama maknanya dengan halwa maskat yang saya difahamkan kakcik seroja memang pakar dalam memasaknya. Suatu perkara yang agak pelik ialah kakcik seroja pasti akan mengenakan pakaian untuk mendaki sambil membaca sajak ulang tahun kelahiran al-lavendari setiap kali mahu memasaknya. "Untuk menambahkan kelazatan" katanya. Bercakap tentang al-lavendari, walaupun ada pihak tertentu yang mengatakan perangainya macam zombi kampung pisang kerana suka minum teh tarik di kedai Azhaar Maju di waktu dinihari, tetapi beliau tetap akan segera pulang ke rumah untuk menunaikan solat subuh jika terdengar suara azan bergema sayup menjelang pagi, tidak seperti perangai mat rempit yang patut dilumur tepung talam berperisa cili padi yang gemar melakukan gangguan seksual ke atas anak-anak gadis permata negara.

Lepas ni siap kau mat rempit !


.....................................ooo0ooo.........................................

Perhatian:

Kepada sesiapa yang ingin tahu, asal usul saya membuat entri di atas adalah sebagai menyahut undangan mari mengarang anjuran kakcik. Marilah kita turut sama memeriahkannya dengan menyertai peraduan ini. Untuk keterangan lanjut sila lawat blog beliau di sini.
.

Thursday, January 20, 2011

SIKIT SIKIT REHAT.



Soalan: kerja apakah yang paling banyak berehat ?

Jawapan: pengacara atau pembaca berita di tv dsb.

.
.
.

pasti anda pernah dengar mereka cakap macam ni setiap 15 minit ..

" kita berehat seketika, jumpa lagi selepas ini .."

yang paling sakit hati, mereka boleh cakap kat kita ..

" jangan ke mana-mana ! "

habis .. kita nak pergi bilik air macam mana ?



http://s3.amazonaws.com/pixmac-preview/newscaster-3.jpg



.
.

Wednesday, January 19, 2011

SAYA SUKA ENTRI INI 2 - BUKAN SIPUT BABI TAU .. TAPI SIPUT SENI




1. Tajuk Entri: BUKAN SIPUT BABI TAU .. TAPI SIPUT SENI.

2. Tarikh Disiarkan: 13 Januari 2010.

3. Nama Blog: Cite Maiyah

4. Nama Pena: Maiyah

5. Lokasi: Malaysia.

6. Link: http://maiyah71-perjalananku.blogspot.com/2010/01/bukan-siput-babi-tau-tapi-siput-seni.html

7. Sedutan Entri:

Kali ini saya tak bercadang untuk membuat sedutan kerana tak mahu merosakan gaya penulisan beliau. Lebih baik saya salin dan tampal kat sini. Cuma saya gugurkan para akhir sahaja kerana ia merupakan pesan peribadi Maiyah. Sebelum itu saya nasihatkan anda melawat blog beliau terlebih dahulu untuk benar2 dapat memahami dan menghayati cerita fantasi yang dibawa oleh Maiyah. Saya sendiri turut terbawa-bawa ke alam fantasi semasa membaca entri ini. Bacalah .. jangan langkau-langkau tau !



Jom ikut ibu perlahan-lahan.. Fizi kat bakang tu bebaik nanti temasuk celah lubang.. kakak tulung tgk adik kat bakang.. kalo ibu kentut.. kakak tutup idung tau


Bik ko!!.. jauh lagi kita nak jalan nih.. tahun 3000 baru leh sampai kot.. takpe.. kita jln je ye anak2ku.. nanti jap2 kita berenti makan bunga tuh.. mesti ramai kekawan kita sepanjang jln tu


Apa?.. nak main jap.. nak tgk org tu pegang bubble.. yelah anak2ku.. jom kita lepak jap tgk org tu sibuk kejar belon2 tu.. cantik kan.. bila dpt sentuh belon tu hilang.. n kejar lagik.. wah.. sronok tu.. tapi kita tak leh main mende tu lagi skrg ni sbb destinasi kita x sampai lagi.. lagipun nanti org tu tepijak abih mati siput le kita huahh huahh huahh


Apa lagi?.. haa.. camne bleh ada laut?.. hak ah! ye.. tetiba moncol laut le plak.. mana le ibu tau.. kuasa Allah.. Dia yg menentukan nak ooi.. nape org tu lompat?.. byk soklan tul korang nih.. org tu gumbira tu.. menang loteri kot.. kalo dah telompat-lompat camtu, sah le org tu dah dpt apa yg diinginkan.. atau mungkin gak tak centre.. hish!.. tapi kita ni bleh mngagak je anak2ku.. kita akan wat andaian hnya dgn tgk dr tindakannya.. apepun kalo org tu sronok kita pun tumpang sronok gak


Yg itu?.. erm.. jauh tul org tu mengelamun.. org tu tgh sedey kot.. x tu.. wat pe dok sorang2 kat situ.. apa le agaknya yg difikirkan.. apa le masalahnya.. kita tak leh nak tulung le anak2ku.. apa daya yg kita ada.. tapi bila kita tgk pun kita rasa kesian.. jom kita lalu depan org tu pelan2.. ntah2 dah keras ke ape.. zaman skrg ni macam2 bleh berlaku.. tapi kalo dah keras.. kita kene cpt2 blah!.. sbb kita tak leh nak kol pak polisi.. kat sini xde pablik pon n telepon ibu plak dah kong.. kita berserah le pd Allah


Apa?.. itu bukan spesis kita nak.. tapi kita bleh bajar dr melihat kehidupan spesis tu.. yg kita lihat sblum ni org yg ada akal tapi spesis ni takde akal.. kita?.. erk!.. ibu siap bleh wat blog lagik.. mmg le ada gak akai.. (malu jap).. eh!.. sapa yg dok ketawakan kita tu ye.. ibu cam dgr org ketawa kat kita le..


Haa.. jom kita singgah situ.. nak main buaipun bleh.. n malam nih kita tido sini.. apa?.. katne?.. dlm tayar tu le.. kita ensot2 pelan2 dari pokok tu nanti kita lalu ikut tali tu n masuk le kat dlm tayar tu.. takpe jgn risau anak2ku.. kita kan ada gam gajah.. gerenti tak jatuh.. ibu ada.. kalo ada org dtg main kita dah terbuai je.. kan sronok

Jauh kan kita bejalan.. n semakin jauh semakin luas pengalaman.. inilah kehidupan anak2ku.. kita takleh nak ikut cara org n spesis yg len tu.. kita ikut cara kita sndri je.. selagi kita hidup kita perlu terus bergerak dan bergerak walaupun dgn perlahan.. apa yg kita lihat kita leh jadikan satu penilaian mana yg baik n yg buruk.. yg penting kita kene berusaha.. setiap makhluk dlm punya nasib yg berbeza.. apa juga keadaan kita kene bersyukur.


8. Kenapa Saya Suka Entri Ini.

Entri ini disiarkan lebih dari setahun yang lalu, tetapi saya masih teringat-ingat, kerana cerita yang di bawa memang luar biasa kesannya kepada saya. Ia menceritakan pengembaraan siput dan anak-anaknya yang mana dalam pengembaraan itu, mereka melihat pelbagai rupa bentuk makhluk yang semuanya dijadikan iktibar. Saya suka cara pengolahan cerita yang sungguh kreatif dan bersahaja.

Mengetahui Maiyah yang berkerusi roda, kisah fantasi yang penuh imaginasi, sindiran, usikan dan lawak yang mencuit hati benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam dan menyentuh hati saya. Saya telah beberapa kali membaca entri ini.

9. Kesimpulan.

"... semakin jauh semakin luas pengalaman.. inilah kehidupan anak2ku.. kita takleh nak ikut cara org n spesis yg len tu.. kita ikut cara kita sndri je.. selagi kita hidup kita perlu terus bergerak dan bergerak walaupun dgn perlahan.. " Maiyah.

Sekali lagi saya salin sebahagian dari para akhir entri Maiyah sebagai kesimpulan. Kesimpulan yang sangat cantik .. walaupun saya sedikit pening membaca ejaan beberapa perkataan yang diringkaskannya mengikut fesyen orang sekarang. Syabas Maiyah.


.

PUNYALAH PANJANG ALU-ALUAN DIA.




Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Yang Berusaha Saudara Pengerusi Majlis
Yang Berbahagia Tan Sri ABC, selaku Penaung program hari ini.
Yang Berbahagia Datuk Seri DEF, selaku penasihat program hari ini dan Datin Seri
Yang saya kasihi sahabat saya Dato' GHI Ahli Parlimen kawasan JKL.
Yang dikasihi sahabat lama saya En. MNO, Ketua Bahagian UMKO PQR
Yang saya kasihi Pegawai Daerah STU
Yang saya kasihi sahabat saya Pengulu Mukim WXY
Yang dimuliakan Tuan Imam Haji BCD
Yang dihormati Pengerusi RT, Taman LHI merangkap pengarah program hari ini
Yang berusaha Puan EFG, Pengerusi Perkumpulan Wanita Taman LHI
Yang berusaha Sdr. HIJ Ketua Pemuda UMKO Cawangan Taman LHI
Yang berusaha Sdri. IJK Ketua Puteri UMKO Cawangan Taman LHI
Yang dimuliakan Ahli Jawatankusa Surau Taman LHI
Dato'-Dato', Datin-Datin dan seterusnya Tuan-tuan, Puan-Puan, Abang-Abang dan Adik-Adik dan Kakak-kakak sekelian.

Terima kasih kerana menjemput saya merasmikan program gotong royong membersihkan surau pada hari ini. Ini adalah suatu usaha yang baik. Saya tidak bercadang untuk berucap panjang dan dengan ini saya rasmikan program gotong royong ini. Terima kasih.


Laaaa .. itu jer !

Bilakah agaknya kita nak berubah ?

.

Tuesday, January 18, 2011

GEMBIRANYA HATI MENERIMA DIVIDEN - ENTRI TERTANGGUH.



Dividen yang diberikan oleh CIMB Islamic untuk pelaburan pada tahun 2009 cukup lumayan iaitu 0.00%.

Tarikh ia dibayar ialah pada 26 Mac 2010.

Syukur alhamdulillah, sebab bukan tolak 10% !


Syabas CIMB Islamic !



Nota kaki:


Tetuan CIMB.

Lain kali, kalau dividen tu setakat 0% sahaja, saya nasihatkan tak payahlah susah-susah nak beritahu pelabur. Tak beritahu pun tak mengapa kerana ia hanya memberi harapan palsu.

Pecah kaca, tak payah pecah gelas. Sudah baca, tak payah balas.

..........................................oo0oo.......................................

Mari main SMS - 4.



Hari tu saya bagi akronim KWSP. Ramai yang cuba.
Semua ciptaan cun-cun belaka. Antaranya ialah:

Kakcik - Kaut Wang Suami Punya
Ust Abd Razak - Kawal Waktu Sangat Penting
Eelobor - Kerana Wang Sayang Palsu
Gadisbunga - Katun Woodywoodpecker Sangat Popular
Aujinz - Kaki Warung Sampai Petang
Asada Ryutaro -Kelab Wanita Sudah Pencen.
Mentibang Laut - Komensen Web Setia Pelayar

Ciptaan Mentibang Laut tu memang susah saya tak nak suka.
Oleh kerana sambutan makin menggalakkan, saya lanjutkan lagi.
Kali ini cuba buat LUTH (Lembaga Urusan Tabung Haji) pulak.

Seperti biasa saya mulakan dulu.

LUTH - Lambat Untung Tapi Halal.

Monday, January 17, 2011

TERKENANG SEMASA DULU 16 - DI KAKI TITLIS !

Sebenarnya sudah lama saya nak "muat naik" video ni. Tapi tak tahu di mana mana saya simpan. Saya lupa. Satu hari saya mencari sesuatu dalam salah sebuah "thumbdrive" saya, tetiba saya secara tak sengaja terjumpa dia. 

Lalu tanpa berlengah, lantas saya "muat naik" video sepanjang 34 saat ini, yang di ambil oleh jurugambar amatur untuk objek yang juga amatur. Lepas tu saya lupa nak poskan.



Semalam saya terbaca dan terlihat gambar di bawah di dalam akhbar Berita Minggu. Ingatan saya segera kepada video tersebut. Teruslah saya buat entri ini dan poskan.

Sebelum ini saya pernah membuat entri pendek bertajuk "Bahasa Melayu Di Puncak Titlis".  Kandungan entri ini sangat menarik khasnya kepada pencinta Bahasa Melayu. Silalah berkunjung.


Berita Minggu 16.1.2011 - Teruja Di Titlis.

p/s: dengar tak saya cuba bercakap Jerman di hujung video tu ?

.

SIAPA PALING PELUPA ?



http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/hs442.snc4/50232_144148802307033_2252410_n.jpg


Hari tu saya ketawa melihat persembahan Nazmi, seorang peserta tentang 'lupa' dalam rancangan Raja Lawak di tv.

Lalu saya segera membuat satu entri bertajuk- Pencarian Siapa Paling Pelupa.

Masa saya buat entri itu saya sibuk Tahap 1. Jadinya saya tutup kotak komen.
Saya bercadang bila dah tak berapa sibuk nak buka semula kotak komen tersebut. Tetapi saya lupa. Dahsyat !

Bila saya tengok muka dia dalam program Raja Lawak yang terbaru, ia segera mengingatkan saya kepada entri tersebut .. terus saya buka kotak komen itu untuk sesiapa yang berhajat nak menjawap soalan saya "siapakah yang paling pelupa ?"

.

Sunday, January 16, 2011

SAYA SENANG TENGOK ORANG SENANG.

Kepada:


Terima kasih kerana sudi membuat entri khas sebagai tanda sokongan terhadap usul saya utuk menjadikan setiap ..

"15HB. ADALAH HARI BERBAHASA MELAYU DENGAN BETUL"

Harap maaf sekiranya ada entri lain yang saya terlepas pandang.


.......................................oo0oo..........................................

Entri Hari Ini.


gambar di atas disiarkan tanpa ada tujuan yang terselindung.
saja suka tengok orang bahagia.
janganlah ada yang menyangka saya ada apa-apa.
sebabnya memang tak ada apa-apa.

kalau tak ada apa-apa, pergi siar buat apa ?

kenapa ? siar saja-saja tak boleh ke ?


Gambar di bawah ni pula saya tak berani nak cakap apa-apa !



.


Apakah pengajaran atau iktibar dari dua kisah di atas ?

.

Saturday, January 15, 2011

A.K.U. K.E.L.I.R.U - TIDAK BERSALAH ATAU TIDAK BERDOSA ?



Gambar Hasil Carian Google.


Kerap kali kita mendengar dan terbaca dalam media-massa, baik milik kerajaan atau swasta ungkapan seperti berikut:

"Tiga orang awam warga Palestin yang tidak berdosa telah terbunuh akibat tembakan membabi buta askar Yahudi semasa operasi merobohkan rumah mereka .... ".

Saya tidak pasti samada benar-benar orang awam tersebut tidak berdosa, kerana kerja menentukan samada seseorang itu berdosa atau tidak adalah kerja Allah, bukan kerja kita manusia. Pandai-pandai sahaja kita kata orang tidak berdosa.

Jadi, saya rasa adalah lebih sesuai jika perkataan tidak berdosa itu digantikan dengan perkataan tidak bersalah kerana pada saya orang-orang awam itu memang tidak bersalah dalam hal ini.

.

Friday, January 14, 2011

BOLEH TAK TOLONG BELI KELAPA PARUT .. ?




trut tut .. trut tut .. trut tut  (bunyi henfon saya)

"ya ... ada apa makngahnya ?"

"boleh tak tolong beli kelapa parut sebijik ..cadang nak  gulai keladi yang abang beli semalam ...!"

"malaslah nak berhenti ... hari nak hujan ni !"

"kalau macam tu,  kita makan kat Restoran Nelayan je lah malam ni .. dia orang kata gulai daging kijang  ..."


"... tadi makngahnya suruh beli kelapa parut tu berapa bijik ?"


.

15HB ADALAH HARI BERBAHASA MELAYU DENGAN BETUL - SATU USUL.


Perhatian: Usul ini tidak ditujukan kepada para blogger yang telah pun menggunakan Bahasa Melayu dengan betul selama ini.



15HB. ADALAH HARI BERBAHASA MELAYU DENGAN BETUL !
 
Tidak berapa lama dahulu, saya ada membuat satu entri tentang 'Zero Negativity Day' di sini. Saya petik sebahagian dari entri saya itu yang berkaitan dengan tajuk kali ini:

"Mungkin elok juga di panjangkan penggunaannya kepada blog dengan sedikit pengubahsuaian. Sehubungan dengan itu saya mohon mencadangkan supaya pada setiap 15hb kita jadikan "HARI BERBAHASA MELAYU DENGAN BETUL" . Maknanya kita pastikan tidak membuat entri dengan menggunakan bahasa atau ayat SMS, ejaan Inggeris yang di Melayukan, bahasa 'pasar' dan sebagainya pada setiap 15 haribulan.

Contohnya, elakkan mengguna perkataan-perkataan atau ayat seperti ini:

Skang - sekarang
aq - aku
xmo - tak mahu
korg - engkau orang
canih - macam ini
ngh wat pe - tengah buat apa
ekceli - actually
sedenli - suddenly "

Usul saya itu nampaknya telah mendapat sokongan dan reaksi yang positif dari semua pemberi komen.

Esok adalah 15hb. Oleh itu marilah kita menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dalam entri atau komen kita, sekurang-kurangnya pada hari tersebut, agar kita tidak terlupa untuk menggunakan Bahasa Melayu dengan betul apabila diperlukan nanti.

Kalau sudi, bolehlah diwar-warkan usul ini kepada rakan-rakan blogger yang lain mengikut kaedah masing-masing yang dirasakan sesuai. Sepanduk di atas bolehlah digunakan, jika perlu dan mahu.


Sekian. Terima kasih.



.

SONYUM SOKOJAP 23 - PENCARIAN SIAPA PALING PELUPA !


Che Wel. “Aku ni pelupa sungguh. Hari tu aku pergi Giant nak beli barang. Isteri aku dah tulis kat satu kertas senarai barang-barang yang nak di beli. Aku boleh lupa kat mana aku letak kertas tu”

Che Ngang. “Aku lagi pelupa. Hari tu aku pergi dinner kat sebuah hotel. Habis dinner, aku panik cari kereta aku tak ada kat tempat parking. Rupa-rupanya aku datang naik bas. Aku lupa yang aku ni tak ada kereta”

Che Ngok. “Aku lagilah pelupa. Hari tu masa aku pergi ofis, aku tengok ada orang kat dalam bilik aku. Bila aku marah-marah, ada staf lama aku cakap .. kan ke boss dah pencen. Laa .. aku lupa yang aku dah pencen"

Che Ngong. “Asyik dengar korang bersembang sampai aku lupa lak apa aku nak cerita tadi"

Siapakah yang paling pelupa ?

...............................................................................

Sub-Entri: Macam mana cara saya mengatasi lupa.




Salah satu cara saya mengatasi masalah lupa ialah dengan mengambil dan mengekalkan nombor yang sama iaitu 9449 bila menukar kenderaan. Alhamdulillah, bila orang tanya nombor kenderaan saya, dengan yakin saya boleh jawab .. dengan syarat saya tak lupa kereta mana yang saya bawak !


Pemberitahuan:

Saya minta maaf kerana terpaksa menutup kotak komen buat sementara waktu. Sekarang ini saya berada pada Sibuk Tahap 1 yang tidak memungkinkan saya menjawab komen anda apa lagi nak melawat blog anda. Oleh itu untuk berlaku adil kepada anda, saya harus mengambil tindakan ini, yang saya sendiri tidak suka sebenarnya. Dari segi pengeluaran entri baru, tidak ada masalah kerana saya sudah menyediakan stok untuk tempoh sekurang-kurangnya setahun akan datang (kalau saya berjimat cermat)
. Bila kesibukan sudah berkurangan, akan saya buka kembali kotak komen itu.


.

A.K.U. K.E.L.I.R.U 11: SAMA TAPI BERBEZA ?

al-lavendari

January 12, 2011 at 1:32 pm # ada beza tak, makna sama dengan serupa ?

saya beri amaran, jikalau awak tak dapat memberi jawapan yang memuaskan hati saya, saya akan buat satu entri khas tentang isu ini.

Reply

kutaksempurna

January 12, 2011 at 4:25 pm # ada. serupa merujuk kepada “satu rupa”. Tetapi sama tidak pula merujuk kepada “satu rupa”

sekian. jawapan dr sy. harap awak tidak puas hati dan membuat entri ttg isu ini

..................................................................................................................

Perhatian: Isu ini remeh temeh dan membosankan. Mungkin tak ramai yang suka baca. Tak apa. Saya nak tulis juga .. sebab bukan KTS saja tak dapat memberi jawapan yang memuaskan bahkan Utusan Malaysia juga buatkan saya keliru.

Dengan izin, saya pinjam kata-kata Yunus Badawi dalam satu entrinya kerana ia dirasakan sesuai untuk pembukaan entri saya kali ini.

Ini kata YB.

"Sesiapa yg berminat nak tahu sila teruskan membaca. Kalau tak berapa minat atau tak minat langsung, harap sudi datang ke blog ini lagi lepas ni utk cerita tentang hal2 lain"


Hong Kong dan Malaysia sama, tapi cukup berbeza.

Betul ke tajuk rencana dalam akhbar tersebut ? Mari kita cerita fasal istilah. Cuba baca dua ayat berikut.

Ayat 1. "Linda pergi ke KL pagi tadi dan balik semula ke Paka dengan menaiki kereta yang sama".

Ayat 2. "Linda pergi ke KL pagi tadi dan balik semula ke Paka dengan menaiki kereta yang serupa".

Adakah kedua-dua ayat di atas membawa maksud yang sama ?

Rasanya tidak !

Tapi ramai yang keliru dengan istilah sama dan serupa.
Ada yang kata sama tapi tak serupa.
Ada yang kata serupa tapi tak sama.
Ada juga yang kata sama dan serupa tu tak ada bezanya.
Jadi kerapkali kita dengar orang cakap benda tu sama sedangkan yang dimaksudkan serupa.
Dan ramai juga yang cakap benda tu serupa tapi yang dimaksudkan adalah sama.
Tak kurang juga yang guna kedua-dua perkataan itu ikut suka saja seolah-olah serupa dan sama itu sama sahaja.

Saya rasalah, perkataan sama dan serupa tu tak sama maknanya.
Bahkan besar bezanya. Kita lihat semula contoh dua ayat di atas.

Ayat pertama yang menyatakan Linda pergi ke KL dan balik semula ke Paka dengan kereta yang sama, bermaksud dia pergi dan balik dengan kereta yang itu juga dan bukan kereta yang lain.

Misalnya kalau dia pergi menaiki kereta Merc bernombor WYT 9449, baliknya pun naik kereta Merc bernombor WYT 9449 itu juga.

Manakala ayat yang kedua pula yang menyatakan Linda balik dari KL menaiki kereta yang serupa bermaksud dia menaiki kereta yang lain tapi kereta dari jenis yang sama.

Misalnya kalau dia pergi naik Estima, maka baliknya pun menaiki Estima juga, tapi bukannya Estima yang dia pergi tadi tapi Estima yang lain.

Orang putih kata sama itu "same" dan serupa itu "similar". Bila terjemah cakap orang putih, nampak jelas sikit kan. Tapi pelik. Nak jelaskan istilah Melayu, kena cakap orang putih pulak.

Orang dulu-dulu dah tahu bezakan antara sama dan serupa. Itu sebab mereka buat bidalan "pelanduk dua serupa" dia tak kata "pelanduk dua sama"

Adakah pandangan kita sama atau serupa ?

Jadinya kalau Hong Kong dan Malaysia itu sama, maka tidak mungkin dia berbeza !

p/s: Maaf bebanyak kalau ada yang pening. Orang kata pening itu separuh dari peningkatan ! hehe


.

Wednesday, January 12, 2011

TIDAK SEMUDAH ITU BERBAHASA MELAYU ..!

Banyak orang kata Bahasa Melayu mudah. Tapi untuk berbahasa Melayu dengan betul dan baik sebenarnya susah ... lebih-lebih lagi kalau melibatkan penggunaan kata terbitan. Dari satu kata dasar, satu-satu perkataan itu boleh bercambah menjadi berbelas bahkan berpuluh-puluh perkataan baru yang mempunyai makna yang kadang-kadang sangat jauh berbeza antara satu dengan lain.

Contohnya perkataan TANGAN .. boleh terbit macam-macam perkataan yang masing-masingnya ada makna tersendiri.

1. Menangani. 
2. Ditangani. 
3. Penangan.
4. Tertangan.
5. Menangankan.
6. Buah Tangan
7. Gatal Tangan.
8. Kerja Tangan.
9. Kena Tangan.

Begitu juga perkataan LEPAS, dia boleh bercambah menjadi ..

1. Melepas.
2. Melepasi.
3. Terlepas
4. Kelepasan.
5. Berlepas.
6. Dilepaskan.
7. Dilepasi.
8. Pelepasan.
9. Melepaskan.
10. Lepasan.

Katalah besok anda hendak ke London. Apa jawapan anda kalau En. Semi Value, kawan baik anda bertanya:

"Pukul berapa awak mahu melepas esok ? 

Patut ke tak patut orang macam ni kita beri penangan jer ? ............................................................................

Mari Main SMS - 3.



Hari tu saya bagi KLIA .. ramai yang cuba. Yang paling saya suka adalah ciptaan Mentibang Laut. Tulisnya KLIA - KomenSen Laman Inspirasi Aku.
Siapa yang tak suka kan !

Atas permintaan Aidah saya lanjutkan lagi. Kali ini cuba buat KWSP pulak. Seperti biasa saya mulakan dulu. KWSP - Kumpul Wang Sikit Pakai.


.