Gambar hasil carian Google.
Esok sekolah akan dibuka semula di tempat saya. Cikgu-cikgu akan bertugas kembali. Maka saya kira akan kurang rancaklah dunia blogging kerana ramai juga guru-guru yang mewarnai dunia blogging. Mungkin di sebelah malam akan rancak sedikit. Mungkin.
Sebagai bapa kepada seorang cikgu serta dua orang anak yang masih bersekolah dan sebagai bekas murid dan juga sebagai orang tua, saya ingin mengucapkan selamat bekerja semula kepada semua cikgu di samping berpesan dua perkara sahaja, iaitu supaya:
1. Jangan pilih kasih berdasarkan paras rupa murid serta pangkat, harta dan kedudukan keluarga mereka. Kalau itu berlaku pastinya ia akan meninggalkan kesan yang mendalam dan berkekalan dalam ingatan murid. Begitu juga kalau marah, biarlah marah bertempat dan jangan berlama-lamaan. Bak kata orang tua-tua "kasih jangan bertompok, benci jangan merata".
2. Jangan putus harap bila berhadapan dengan murid yang lembab. Mungkin mereka lembab di masa ini, tetapi dengan didikan yang penuh kasih sayang disertai dengan keikhlasan, tidak mustahil murid berkenaan akan berjaya di masa hadapan.
Banyak sangat contoh murid yang disangka pada awalnya tidak ada harapan, akhirnya menjadi orang yang sangat berjaya dan begitulah sebaliknya. Saya sendiri dulu ada kawan yang begitu cerdik yang mendapat tawaran memasuki sekolah berprestij berasrama penuh tetapi kecundang di tengah jalan.
Akhirnya kepada semua cikgu, (khususnya rakan blogger yang saya khuatir untuk menyenaraikan nama-nama mereka, takut ada yang tercicir) saya ucapkan selamat menyemai bakti dan mendidik anak bangsa. Andalah yang sebenarnya pencorak masa depan negara dengan melahirkan dan membentuk pemimpin yang berakhlak mulia dan berkeperibadian tinggi. Peranan dan impak profesion anda sangatlah besar yang tidak mungkin dapat dinafi dan dilupakan oleh sesiapa.
Kepuasan menjadi seorang guru adalah ganjaran yang paling berharga yang tidak dapat ditukar ganti dengan wang ringgit, harta benda dan gelaran berjela.
.
penah terasa hati dengan chegu yang lebihkan anak chegu je..emm
ReplyDeleteSHARAMLI
ReplyDeleteUNCLE PUN PERNAH TERASA HATI .. TU SEBAB UNCLE TULIS MACAM TU. NAMUN CIKGU-CIKGU JUGA INSAN BIASA. UNCLE DAH MAAFKAN DAN AMBIL PENGALAMAN ITU SEBAGAI CABARAN DAN PEDOMAN.
assalamualaikum tuan haji..jalan kembali sesak khususnya jalan yang berhadapan di kawasan sekolah hehehe
ReplyDeleteCikgu pertama saya Cikgu Jamaluddin. Masih ada lagi
ReplyDeletepesanan orang lama buat semua.
ReplyDeletekagum dengan kesabaran seorang cikgu..
ReplyDelete(sebab itu ibu saya tak galakkan saya jadik cikgu..)
InsyaAllah uncle, nasihat akan cuba di'absorb' dgn sebaik mungkin.
ReplyDeletePetang ni kena hantar seorang balik asrama dah..
ReplyDeleteSalam bang.
ReplyDeleteSaya nak tumpang sentimen dan perasaan abg ni. Mmg sesuai ditujukan kpd semua guru. Tanpa mereka siapalah kita. Mungkin kita tak jadi seperti apa kita hari ini.
Tumpang lalu.
ReplyDeleteDrSinga:
Nak jadi doktor tak perlu sabar ke?
Salam Tuan Hamzah,
ReplyDeleteterlebih dahulu sy ucapkan selamat menyambut tahun baru dan diharap moga tahun ni ditambahkan rezeki dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya. Setuju sesangat dengan komen yg ke 2 dan ke 3 tu. Kadang tu sedih gak tengok cikgu2 yg bersikap pilih kasih ni,hanya kelas yg depan2 tu je diberi penuh perhatian, kesian ngan budak2 yg lembab ni.sy ada abg sedara yg belajar tak seberapa (spm pun tak lepas) tapi sekarang ni memang berjaya dalam hidup nya.Baru2 ni terharu sy tengok sanggup dia hantar mak dan ayah dia menunaikan fardu haji dengan pakej rm65K seorang sebab kesian mak dan ayah dah berusia , dan tak nak mak dan ayahnya penat di sana.
adik saya kata, esok kena keluar awal.
ReplyDeletepelik. Padahal dia bukan cikgu.
.
.
adik saya kata lagi. Sekolah dah dibuka. jalan mesti sesak.
Pelik lagi. Padahal dia bukan lalu depan sekolah pun
.
.
:)
sesiapa yg mengajar sy secara langsung atau tak langsung adalah guru sy. Sy syg guru
ReplyDeleteawak pun guru saya. maknanya saya syg awak juga.
terima kasih!
salam tn haji,
ReplyDeleteterima kasih atas ingatan dan pesanan yg tulus ikhlas itu
saya beruntung sebab mengajar th satu, marah saya biasanya tidak ke mana, cepat sejuknya ..kemanjaan di rumah selalunya mereka bawa ke sekolah
Salam AL,
ReplyDeleteKakak pernah menjadi guru kepada pelajar anak org-org kaya (private school). Kakak pergi naik basikal sebab sekolah dekat dgn rumah. Mereka dtg sekolah rata-rata berkereta. Ada yg guna driver lagi.
p/s: sampai bila pun tak lupa jasa guru yg mendidik kakak
Salam Tn Hj AL...
ReplyDeleteApapaun, jasa guru kita memang tak terbalas. Mungkin dengan iringan doa agar mereka sentiasa aman dan bahagia di sini dan di sana dapat menjadikan ilmu yang diberikan lebih bermakna kepada kita....
selamat tahun baru
ReplyDeletejiran sebelah rumah ni cikgu..
ReplyDeletenampaknya dah mula sebok dia ...subuh-subuh dah sebok urus anak dan pergi sekolah..
eh..???
kerja lain tak kena sabar ke ??
tak kena adil dan saksama ke ?
kena pilih kasih ke ??
Guru...jasamu tidak ternilai...
ReplyDeleteBiawak Komodo tersenarai 10 benda ajaib di dunia
Selamat menghantar anak ke sekolah Tuan Haji....
ReplyDelete(Saya dah jawab soalan 'apalah yang ada pada 44 dibandinkan 56' tu)
Dialog begini dh jadi rutin setiap tahun:
ReplyDeleteYang pandai tu anak saya...
Yang tak cerdik tu, cgu tak tahu mengajar...
Jgn kecil hati dgn cgu...abg el.
terima kasih tuan..insyaAllah akan menunaikan tangguyngjawab sebaik mungkin
ReplyDeleteAL
ReplyDeletebetul tu.. jgn pilih kaSIH!
ROM
ReplyDeleteALAIKUMSALAM.
BETUL .. JALAN KEMBALI SESAK TETAPI RUMAH KEMBALI SEPI.
POK LI
ReplyDeleteSAYA JUGA MASIH BERHUBUNG DENGAN BEBERAPA ORANG CIKGU SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH SAYA.
ABU MUAZ
ReplyDeleteAPA LAGI YANG BOLEH DIBERIKAN ?
DRSINGA
ReplyDeleteMEMANG .. PELANGGAN DR MASUK SATU SATU KAN .. PALING BANYAK PUN DUA ORANG. ITU PUN KALAU PESAKIT TU KANAK2 ATAU ORANG TERLALU TUA.
MISZ SEPHIA
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA SUDI TERIMA PESANAN DARI UNCLE.
RELEVAN
ReplyDeleteSUNYILAH SIKIT AWAK LEPAS NI YE !
YB 1
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
3 ORANG SAHAJA YANG BOLEH MARAH KAT KITA.
MASA KECIK - IBU BAPA
MASA SEKOLAH - CIKGU
DAH KERJA - BOSS.
BETUL .. TANPA MEREKA KITA TIDAK JADI SEPERTI KITA HARI INI.
YB 2
BIARLAH DRSINGA YANG JAWAB. ITU PUN KALAU DIA DATANG BALIK !
AIDAH
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
TERIMA KASIH ATAS UCAPAN ITU.
MEMANG ABG SEDARA AIDAH TU BETUL2 LOADED .. RM130K UNTUK DUA ORANG. SAYA PUN TAK TAHU SELAMA INI ADA PAKEJ YANG BERHARGA RM65K SEORANG.
KTS 1
ReplyDeleteNAMPAKNYA ADIK AWAK ITU SUNGGUH CERDIK. DIA FAHAM KONSEP 'SPILL OVER' .. TENTULAH DIA BELAJAR DARI KAKAK DIA. KOT ?
KTS 2
ADA SESIAPA YANG BOLEH PEGANG SAYA .. SAYA RASA NAK TERBANG NI !
KTS 1
ReplyDeleteNAMPAKNYA ADIK AWAK ITU SUNGGUH CERDIK. DIA FAHAM KONSEP 'SPILL OVER' .. TENTULAH DIA BELAJAR DARI KAKAK DIA. KOT ?
KTS 2
ADA SESIAPA YANG BOLEH PEGANG SAYA .. SAYA RASA NAK TERBANG NI !
IBUINTAN
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
KATA ORANG MENGAJAR TAHUN 1 LAGI SUSAH, SEBAB BANYAK ATAU ADA MASIH TAK TAHU APA-APA. ENTAHLAH !
JANGAN MARAH2 CEPAT KENA SERANGAN JANTUNG DAN DARAH TINGGI.
KAKZAKIE
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
SAYA DULU PUN SEMASA JADI TUTOR SEKEJAP KAT UM, MASIH NAIK MOTOR. ADA MURID SAYA BERKERETA. NAK BUAT MACAM MANA. REZEKI MASING2. TAPI MEREKA TETAP HORMATKAN SAYA.
KAKZAKIE
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
SAYA DULU PUN SEMASA JADI TUTOR SEKEJAP KAT UM, MASIH NAIK MOTOR. ADA MURID SAYA BERKERETA. NAK BUAT MACAM MANA. REZEKI MASING2. TAPI ALHAMDULILLAH MEREKA TETAP HORMATKAN SAYA.
KUASAI MINDA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
SAYA SETUJU .. KITA MEMANG DIGALAKKAN MENDOAKAN GURU2 KITA DISAMPING IBUBAPA KITA.
BRUTALSOLO
ReplyDeleteMEMANG DAH SELAMAT DAH ..KITA JER YANG BERLUM TENTU LAGI !
IKAN EMAS
ReplyDeleteSOALAN2 AWAK TU SAYA RASA AWAK SENDIRI LEBIH TAHU JAWAPANNYA. ITU BUKAN PERTANYAAN TAPI SOALAN.
IKAN EMAS
ReplyDeleteSOALAN2 AWAK TU SAYA RASA AWAK SENDIRI LEBIH TAHU JAWAPANNYA. ITU BUKAN PERTANYAAN TAPI SOALAN.
MIECYBER
ReplyDeleteHANYA JAUHARI SAHAJA YANG MENGENAL MAKNIKAM.
CKLAH
ReplyDeleteHANTAR HARI PERTAMA SAHAJA .. HARI LAIN TU AKAN DISERAHKAN KEPADA EMAK DIA.
MUNSYI RAGBAR
ReplyDeleteMEMANG TU LUMRAH DUNIA .. MACAM SKUAD HARIMAU MALAYA JUGA .. BILA MENANG DIPUJI DIPUJA. DAPAT HADIAH TAK BERKESUDAHAN. KALAU KALAH BERPIKUL2 KUTUKAN DAN CERCA DILEMPARKAN.
IMANSYAH
ReplyDeleteBAGUS JUGA BILA DAH TUA NI .. BOLEH NASIHATKAN CIKGU2 .. BUKAN SENANG NAK DAPAT TU ! HEHE
NUR
ReplyDeleteBUKAN SAHAJA DENGAN MURID .. GURU BESAR PUN JANGAN PILIH KASIH DENGAN GURU-GURU BIASA.
BIAR ROSYAM NOR JER YANG PILIH KASIH. HEHE
salam tuan haji...
ReplyDeletesaya sayang semua guru saya.............
"kasih jangan bertompok,benci jangan merata".
ReplyDeleteaku suka dgn kata2 ni...
anak anak balik ke sekolah ... baru lega sikit.
ReplyDeleteATIE
ReplyDeleteSAYA PUN BEGITU JUGA ..MEREKALAH YANG TELAH BERJAYA MENCORAKKAN HIDUP SAYA MASA INI.
BIASALAH DULU2 MEMANG PERNAH MARAH KAT CIKGU BILA KENA DENDA SEBAB KITA PUN NAKAL JUGA. TAPI BILA DIKENANG BALIK, ITULAH YANG MENYEBABKAN KITA MENJADI 'ORANG'.
PAKCIKLIE
ReplyDeleteHARUS SUKA DAN MENERAPKANNYA DALAM TINDAKAN HARIAN !
As'salammualaikum..
ReplyDeletejasa guru tidak ternilai..
p/s : salam tahun baru
AMY
ReplyDeleteALAIKUMSALAM.
BARANGKALI MEREKA PUN TIDAK MINTA DINILAI. CUKUPLAH MENJADI MURID ATAU BEKAS MURID YANG BAIK.
life is fair. but...
ReplyDeletekdg2 cikgu2 ni ada nampak jugala dia lebihkan anak murid tertentu. tak syiok la kan. tapi cemana ek uncle? sebab mak ayah n anak2 pun ada yg nampak melebihkan anak tertentu je. susah la nak adil...
GADISBUNGA
ReplyDeleteMEMANG SUSAH NAK ADIL. TETAPI ADIL BUKAN BERERTI SAMA BANYAK, TETAPI MENGAGIHKAN IKUT KEPERLUAN. ITULAH YANG DILAKUKAN OLEH IBUBAPA .. TETAPI KEPADA ANAK2 DILIHAT TIDAK ADIL.
MISALNYA KALAU AYAH BELIKAN ANKNYA YANG KAT U TELEFON BLACKBERRY, TAK KAN AYAH NAK BELIKAN TELEFON YANG SERUPAN KEPADA ANAKNYA YANG TAHUN 1. KAN ?
suka entry ni walau saya terlewat menjengahnya. Sebagai guru...hati terusik setiap kali mereka berbicara apa saja tentang guru.yang baik mahupun yang tidak baik. Apa pun..terima kasih di atas ingatan yang mmebina. Begitulah seharusnya kita semua...jika ada yang tidak indah di mata...ingat -ingatkan lah...kerana guru juga manusia....ada waktunya leka dan alpa di bawa emosi. Bagus jika ada orang yang ingatkan
ReplyDelete