Monday, January 31, 2011

TERKENANG SEMASA DULU 17 - PIRAMID

Sekarang ini kat Tenang sudah kembali tenang. Tetapi kat Mesir sedang bergelora. Presiden Mubarak sekarang ni tentulah tengah kepanasan. Bila buka CNN, tak ada cerita lain. Ini membuatkan saya teringatkan Mesir yang pernah saya kunjungi beberapa tahun dahuluUntuk entri ini saya cuma fokuskan kepada Piramid sahaja kerana ia amat sinonim dengan Mesir.


Gambar 1: Menolak troli di lapangan terbang Kaherah.


Gambar 2: Gambar piramid dari luar kawasan.



 Gambar 3. Berlatarbelakangkan bandaraya Kaherah.  Kain yang saya pakai kat kepala tu ada peristiwa yang ingin saya ceritakan. Ada orang tu bagi free sebagai cenderamata katanya. Sayapun ambillah. Kemudian dia minta beli barang lain dari dia yang mak datuk mahalnya. Saya tak mahu dan ingin pulangkan benda atas kepala saya tu. Dia pun mula marah-marah dalam bahasa Arab. Nasib baik polis yang mengiringi kami ada.  Kalau tidak pasti saya menjadi mangsa penipuan.



Gambar 4: Di Kaki Piramid .. tak sempat pun nak masuk ke dalam.


Gambar 5: Gambar dari dekat. Takjub saya memikirkan bagaimanakah orang dulukala membina piramid ini yang megah berdiri sampai sekarang. Kita buat jambatan, jalan, stadium tak sampai 5 tahun dah retak atau runtuh


Gambar 6 : Cuba lihat batu-batu itu. Beratnya mungkin melebihi satu tan. Bagaimanakah mereka  menyusunnya ? Apakah teknologi yang dia orang gunakan ? Jurutera sekarang jangankan mampu membuat bangunan seumpama piramid, mereka masih belum mampu merungkaikan cara piramid itu di buat.


Gambar 7: Piramid .. piramid. Bergambarlah puas-puas.
Entahkan sampai lagi ke tidak nanti.


Gambar 8:  Nampak tak Sphinx di belakang tu.


Gambar 9 :  Dekat sikit. Masa tu cuaca di bawah 10 darjah. Saya cuba menahan kesejukan.

.
.
.

50 comments:

  1. bestnye tgk uncle dan makngah bergambo...

    mmg piramid ni menakjubkan. saya masih percaya robot-robot transformers yg buat piramid ni. kikiki!!!

    ReplyDelete
  2. Piramid memang binaan yang menakjubkan..

    Saya masih belum berpeluang menjejakkan kaki ke Mesir.

    Insyallah satu hari nanti..

    ReplyDelete
  3. Mahkluk asing yang buat piramid.
    Sila percaya.

    ReplyDelete
  4. saya bila tengok Sphinx dalam gambar no 8, macam sebiji Las Vegas dan Sunway Pramid

    ReplyDelete
  5. Salam Tuan,

    Presiden Hosni Mubarak macam tak nak berundur. Malah mengarah pihak polis terus bertindak tegas pada para penunjuk-perasaan. Pelajar kita dikatakan kalau siapa yg hendak balik digalakkan. Fulus tanggung sendiri. Kesihan kan.

    Takut piramid last-last jadi kubu pergolakan antara mereka.

    ReplyDelete
  6. Di Mesir pun ada juga perniagaan ala2 gores dan menang, ya? :(

    Entah bilalah nak sampai ke sana. ke Sunway Pyramid pun saya belum tiba.. :(

    ReplyDelete
  7. ni la padahnya bila terlalu lama nak memerintah
    dari suka orang jadi benci..

    tapi pakngah dgn makngah ..makin hari semakin sayang kan !!!

    ReplyDelete
  8. السلام عليكم ورحمة الله

    Moga abg haji sihat hendaknya di samping tugas seharian..:)

    Kenangan mengusik jiwa..

    ReplyDelete
  9. Saya sgt risau kengkawan & saudara saya dari Mesir sekarang dah menyepi dari facebook dan Twitter. Moga2 mereka semua sejahtera...Amin.

    ReplyDelete
  10. Pak Ngah dan Mak Ngah saja ke pergi?

    memang hebatkan, hebatnya tenaga dan ilmu orang zaman dulu, dah beribu tahun masih kekal teguh

    ReplyDelete
  11. tak sempat sampai lagi.. tapi boss saya sekarang ada di sana..

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum tn hj..

    semoga negara Islam ini ( ada sape boleh sahkan Mesir nie nagara Islam) akan kembali aman hendaknya..yang penting, sdra kita rakyat Malaysia disana dalam keadaan selamat hendaknya...

    ReplyDelete
  13. wah bestnya semoga suatu hari amy boleh sampai di sana...

    ReplyDelete
  14. seronoknya dapat lawat negara org.

    ReplyDelete
  15. seronoknya dapat jln2x kat situ. berharap suatu hari nanti boleh menjejakkan kaki ke sana

    ReplyDelete
  16. salan Tuan
    sampai la ni misteri piramid jadi kajian....

    ReplyDelete
  17. saya dulu selalu dating kat piramid masa bujang2 dulu..

    tp sunway piramid lah..

    heheheh!

    ReplyDelete
  18. sekarang awak dah pandai berbahasa arab (kan?), mesti tak timbul soal kena tipu lagi kalau awak pergi sana lagi

    .
    .
    .

    nak ikut. jadi tukang angkut beg pun takpe. jadi tukang amik gambar pun takpe. terima kasih :D

    ReplyDelete
  19. Firaun Raja,
    Hamman Menteri Kewangan.


    Firaun mati tenggelam,
    Husni Mubarak...

    ReplyDelete
  20. Salam bang.

    Tahun berapa abg dan makngah pergi tu? Saya ke sana tahun 1984. Lawatan tu pun dah lama mcm piramid tu jugak hahaha

    ReplyDelete
  21. bestnya berpeluang pegi sana!!



    dengar dengar cerita org lama
    dulu ada jin yg bantu mereka bina piramid ni



    betul ke?


    .

    ReplyDelete
  22. GADISBUNGA

    UNCLE NASIHATKAN AWAK KURANGKAN TENGOK CERITA KATUN ! HEHE

    ReplyDelete
  23. ANIF

    AWAK MASIH MUDA. IKUT ADATNYA MASIH ADA BANYAK MASA LAGI. PERGILAH MELIHAT SALAH SATU KEAJAIBAN DUNIA.

    ReplyDelete
  24. SALLEHFAUZI

    MEMANG YANG KAT LAS VEGAS DAN SUNWAY TU TIRU SPHINX YANG ADA DI MESIR TU !

    ReplyDelete
  25. KAKZAKIE

    SALAM KEMBALI

    SAYA PERCAYA HOSNI AKAN TUNDUK KEPADA TUNTUTAN RAKYATNYA. KHABARNYA ANAK YANG DICADANG UNTUK MENGGANTIKANNYA TELAH PUN LARI MENINGGALKAN MESIR.

    ReplyDelete
  26. KAKCIK

    SAYA NASIHATKAN KALAU NAK PERGI JANGAN SEKARANG .. BIAR KEADAAN REDA DAHULU. BAHAYA !

    ReplyDelete
  27. IKAN EMAS

    LAMA TAK APA KALAU MEMERINTAH DENGAN BAIK DAN ADIL MACAM DR M.

    DENGAN MAKNGAHNYA ADA JUGA TURUN NAIKNYA. MACAM PASARAN SAHAM. TETAPI SECARA KESELURUHANNYA SEMAKIN MENAIK.

    ReplyDelete
  28. UST ABD RAZAK

    WAALAIKUMSALAM.

    LETIH BALIK DARI SIBU HARI TU BELUM HILANG SEPENUHNYA. MAKLUMLAH.

    NASIB BAIK ADA AMBIL GAMBAR DULU .. KALAU TIDAK HANYA TEKENANG DALAM INGATAN SAHAJALAH.

    ReplyDelete
  29. FINAZ

    SEMOGA ALLAH MELINDUNGI MEREKA. HARAP2 KERAJAAN KITA BAWALAH MEREKA BALIK KE MALAYSIA BUAT SEMENTARA WAKTU.

    ReplyDelete
  30. IBUINTAN

    SAYA BERDUA TANPA ANAK2 BERSAMA RAKAN SEKERJA KERANA IA DALAM RANGKA TUGASAN RASMI. MAKNGAHNYA TERPAKSALAH TUMPANG TIDUR BILIK SAYA. HEHE

    ReplyDelete
  31. AUJINZ

    KESIAN KAT BOS AWAK .. DIA PERGI PADA MASA YANG SILAP.

    ReplyDelete
  32. ROM

    WAALAIKUMSALAM

    SUDAH TENTU KEHIDUPAN RAKYAT DAN PELAJAR KITA DI SANA BERADA DALAM KEADAAN SUKAR. SEMOGA MEREKA SEGERA DIBAWA KELUAR.

    ReplyDelete
  33. AMY SYAQUENA

    ELOKLAH PERGI KERANA IA MENGINSAFKAN KITA TENTANG BETAPA BERTUAHNYA KITA HIDUP DI BUMI MALAYSIA.

    ReplyDelete
  34. PAISH

    MEMANG SERONOK LEBIH2 LAGI KALAU IA DITAJA.

    ReplyDelete
  35. MONALEA

    KALAU PERGI BUAT UMRAH NANTI, TERUSKAN KE SANA. DAH TAK JAUH DAH.

    ReplyDelete
  36. AZANI

    BETUL .. SAMPAI SEKARANG SAINTIS MASIH BELUM SEPAKAT TENTANG CARA2 PIRAMID DIBINA.

    ReplyDelete
  37. MAKDARA

    MASA TU SUNWAY PYRAMID DAH ADA KE ? HEHE

    ReplyDelete
  38. KTS

    BAHASA ARAB SAYA DAPAT C - TAK CUKUP VOCAB UNTUK BERTENGKAR.

    MANA BOLEH IKUT, KITA BUKAN MAHRAM.

    ReplyDelete
  39. ABU MUAZ

    ENTAHLAH APA NASIBNYA. TAPI DIA TIDAKLAH SEZALIM FIRAUN KAN !

    ReplyDelete
  40. YB

    SALAM KEMBALI.

    SAYA PERGI LEBIH KURANG 4 TAHUN LEPAS.

    MASA AWAK PERGI DULU, PIRAMID TU DAH ADA KE ?

    ReplyDelete
  41. BONEKADALAMCERMIN

    TAK TAHULAH SAYA BETUL KE TIDAK. ITU KENA TANYA JINS SHAMSUDIN. HEHE

    ReplyDelete
  42. kagum sungguh tgk piramid ni...
    gambar semua sgt cantik :)
    me ingatkan kat sana panas, rupanya bwh 10 C yer..:)

    ReplyDelete
  43. Wow! sebab itu piramid diisytihar benda ajaib di dunia.

    Memang menakjubkan.

    Beruntung Bang HAMZAH dan MakNGAH berpeluang sampai ke sana.

    Saya pernah baca, piramid ini dibina dgn tenaga manusia dan ramai yang terkorban kerananya.
    Macam lebihkurang tenaga buruh yg mati semasa buat jalan keretapi zaman Jepun..

    ReplyDelete
  44. MAMA ZHARFAN

    MUSIM PANASNYA PANAS JUGA .. MACAM KAT UK JUGA ATAU MANA2 NEGARA 4 MUSIM. MUSIM PANASNYA KADANG2 LAGI TERUK DARI MALAYSIA.

    ReplyDelete
  45. AZIE

    BERUNTUNG JUGA SEBAB PEMERGIAN SAYA DI TAJA OLEH KERAJAAN.

    SETAKAT INI BELUM DAPAT LAGI DIPUTUSKAN BAGAIMANA KAEDAH MEREKA MENYUSUN BATU-BATU SAMPAI BEGITU TINGGI.

    ReplyDelete
  46. Teringin nak dtg sini tengok piramid..
    salam perkenalan dari saya.

    Dr Hafiz

    http://haidoctorhafiz.blogspot.com

    ReplyDelete
  47. DR HAFIZ

    SALAM PERKENALAN JUGA DARI SAYA.
    SEMOGA PIRAMID TIDAK DIROSAKKAN 0LEH PENUNJUK PERASAAN. HEHE

    ReplyDelete
  48. Bila Teringat pyramid baru teringat blog saya ujud yer.. Hehe

    Mengimbau masa lalu ni Akan selalu buat kita tersenyum... (saya tumpang senyum jugak). :)))))))

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana sudi baca entri lama saya. memang sesuai awak guna nama deru ombak yang tak jemu memukul pantai.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.