Gambar Hasil Carian Google.
Kerap kali kita mendengar dan terbaca dalam media-massa, baik milik kerajaan atau swasta ungkapan seperti berikut:
"Tiga orang awam warga Palestin yang tidak berdosa telah terbunuh akibat tembakan membabi buta askar Yahudi semasa operasi merobohkan rumah mereka .... ".
Saya tidak pasti samada benar-benar orang awam tersebut tidak berdosa, kerana kerja menentukan samada seseorang itu berdosa atau tidak adalah kerja Allah, bukan kerja kita manusia. Pandai-pandai sahaja kita kata orang tidak berdosa.
Jadi, saya rasa adalah lebih sesuai jika perkataan tidak berdosa itu digantikan dengan perkataan tidak bersalah kerana pada saya orang-orang awam itu memang tidak bersalah dalam hal ini.
.
Setuju dgn pendapat uncle.
ReplyDeletePatut guna perkataan tak bersalah. Kalau kes buang bayi tu, sesuailah kot tak berdosa..
maksud saya..bayi tu tak berdosa lah tapi mak bapak bayi tu berdosa dan bersalah :)
ReplyDeleteMungkin TIDAK BERDOSA itu ingin di nisbahkan kepada keganasan rejim Yahudi yang ternyata jahat. Lebih kepada frasa/lenggok bahasa supaya maksud ayat lebih tercapai/lebih tajam.
ReplyDeleteAs salam tuan haji.
ReplyDeletebaca terus terfikir.
kalau tak, tak perasan langsung..
haah..betul kta kak rina..kalau uncle tak mention, mmg saya pun tak perasan.. :)
ReplyDeleteSalam Uncle...
ReplyDeleteUncle patut dok DBP...heheh :D
Oh lupa..15hb..heheh..
ReplyDeleteUncle seeloknya bekerja di Dewan Bahasa Dan Pustaka.. :D
saya setuju dengan pandangan daddy ziyad. maksud tidak berdosa itu lebih memberi impak kepada pendengar lebih-lebih lagi bagi situasi di palestin.
ReplyDeletememang benar, bukan kita yang menentukan dosa dan pahala tetapi kuasa pada bahasa itu mampu merubah perspektif pendengar.
Betul. Tidak bersalah.
ReplyDeleteBenar sekali kata-katamu itu Pakcik...
ReplyDeleteeloknya tuan ni dilantik sebagai penasihat tak pun ketua editor mana-mana surat khabar melayu laa..
ReplyDeletesaya setuju..
ReplyDeletedah lama saya utarakan perkara ni.. seingat saya, semenjak dari Tingkatan dua.. koh koh koh...
err.. boleh tak Uncle terangkan, kenapa kita guna perkataan Utarakan?..
Assallamualaikum Tuan,
ReplyDeletePerkataan-perkatan tu tak perlu tulis lah...
berdosa - Allah yang tentukan
bersalah - hakim yang tentukan
Jadi tak payah guna dua-dua nya
Terus jer ayat tu tanpa sebut dosa atau salah.. yang kesiannya tiga orang awam tu dah mati ditembak..
Salam THJ, semoga sihat selalu...
ReplyDeleteEseh setuju amek...ooppss.. maafkan saya...
Bahawasanya saya sangat setuju dengan cadangan Tuan Haji itu kerana kita tidak ada hak untuk menentukan dosa dan pahala seseorang... Perkataan "tidak bersalah" adalah yang paling tepat.
Terimakasih sama-sama Tuan Haji...
MISZ SEPHIA 1 & 2
ReplyDeleteSETUJU KALAU BAYI MEMANG SESUAI KALAU DIKATAKAN DIA TIDAK BERDOSA.
DADDY ZIYAD
ReplyDeleteHATI-HATI DENGAN PENGGUNAAN ISTILAH. SAYA BUAT ENTRI INI SEMPENA 15HB .. YANG MANA SAYA MENGUSULKAN SUPAYA BUKAN SAHAJA PENGGUNAAN EJAAN DAN NAHU YANG BETUL TETAPI JUGA PENGGUNAAN ISTILAH YANG BETUL. WALLAHU'LAM.
AZRIN
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
ADA JUGA ORANG YANG TAK MAHU BERFIKIR WALAUPUN SUDAH DIBERITAHU. SETUJU TAK SETUJU, LAIN CERITA.
WANITA MUTALIB
ReplyDeleteMUNGKIN IA REMEH BAGI SETENGAH ORANG .. KERANA ADA MASALAH GLOBAL YANG PERLU DIFIKIRKAN.
CIK SHINJU 1
ReplyDeleteUNCLE CUBA JUGA DUDUK DI DBP .. TAPI JAGA DIA TAK BENARKAN !
CIK SHINJU 2
UNCLE PUN TERINGIN JUGA. KALAU BOLEH JU TOLONGLAH REKOMENKAN.
MENTIBANG LAUT
ReplyDeleteOLEH KERANA AWAK BERSETUJU DENGAN DADDY ZIYYAD, MAKA JAWAPAN BALAS SAYA SAMALAH SEPERTI YANG TELAH SAYA BERKAN KEPADA BELIAU.
CKLAH
ReplyDeleteHATI SAYA TENANG KEMBALI BILA CIKGU BERSETUJU. KALAU GURU DAH BERSETUJU, APA LAGI NAK DIHUJJAHKAN.
GADISBUNGA
ReplyDeleteKOMEN AWAK TU MACAM TENGOK CERITA WAYANG KULIT MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU BAKU PULAK.
IKAN EMAS
ReplyDeleteBAGUS JUGA CADANGAN AWAK TU .. TOLONGKAN CARIKAN SAYA KERJA ITU.
AUJINZ
ReplyDeleteMUNGKIN YANG MULA-MULA MENGGUNAKAN PERKATAAN UTRAKAN TU DULU ASALNYA ORANG UTARA KOT !
HEBAT AWAK .. TINGKATAN DUA LAGI SUDAH BERFIKIR JAUH KE HADAPAN. SKERANG DAH SAMPAI MANA DAH AWAK FIKIR ?
NADZ
ReplyDeleteALAIKUMSALAM.
BETUL JUGA PNDANGAN AWAK TU .. MASALAHNYA KITA MEMANG GEMAR MEMBUAT PENILAIAN DAN CEPAT MENGHUKUM.
RKA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. ALHAMDULILLAH SEMAKIN HARI SAYA SEMAKIN BERTAMBAH SIHAT TERUTAMANYA TENTNG PERUT. HEHE
SAMA-SAMA KASIH KERANA MENYETUJUI PANDANGAN SAYA. KALAU TAK BERSETUJU PUN TIDAK MENGAPA .. SAYA TETAP BERSEDIA UNTUK MEMBELANJA AWAK MINUM KAT 1-ONE KOPITIAM.
setuju juga dengan Daddy Ziyyad... Istilah dan Makna adalah dua perkara amat berbeza, persis Tafsir dan Terjemah...
ReplyDelete...Tuan ke DBP..? saya tak setuju..! Tuan ternyata amat keliru..!
ALA HAI
ReplyDeleteKALAU SAYA PERGI DBP MEMANG PUNAH RANAH ! HEHE
APA-APA PUN TERIMA KASIH KERANA JUJUR MEMBERI BUAH FIKIRAN.
TAK KISAH SETUJU KE TIDAK .. KERANA KALAU BACA DARI KOMEN2 SEBELUM INI, JELAS MEMANG ADA KHILAF.
oleh yang demikian penggunaan tidak berdosa tidak salah. nahu yang digunakan bersesuaian dengan situasi. oleh itu tidak ada isu...
ReplyDeleteMENTIBANG LAUT
ReplyDeleteKALAU DILIHAT DARI SUDUT UGAMA, SAYA MASIH TIDAK BERSETUJU !