Wednesday, January 19, 2011

SAYA SUKA ENTRI INI 2 - BUKAN SIPUT BABI TAU .. TAPI SIPUT SENI




1. Tajuk Entri: BUKAN SIPUT BABI TAU .. TAPI SIPUT SENI.

2. Tarikh Disiarkan: 13 Januari 2010.

3. Nama Blog: Cite Maiyah

4. Nama Pena: Maiyah

5. Lokasi: Malaysia.

6. Link: http://maiyah71-perjalananku.blogspot.com/2010/01/bukan-siput-babi-tau-tapi-siput-seni.html

7. Sedutan Entri:

Kali ini saya tak bercadang untuk membuat sedutan kerana tak mahu merosakan gaya penulisan beliau. Lebih baik saya salin dan tampal kat sini. Cuma saya gugurkan para akhir sahaja kerana ia merupakan pesan peribadi Maiyah. Sebelum itu saya nasihatkan anda melawat blog beliau terlebih dahulu untuk benar2 dapat memahami dan menghayati cerita fantasi yang dibawa oleh Maiyah. Saya sendiri turut terbawa-bawa ke alam fantasi semasa membaca entri ini. Bacalah .. jangan langkau-langkau tau !



Jom ikut ibu perlahan-lahan.. Fizi kat bakang tu bebaik nanti temasuk celah lubang.. kakak tulung tgk adik kat bakang.. kalo ibu kentut.. kakak tutup idung tau


Bik ko!!.. jauh lagi kita nak jalan nih.. tahun 3000 baru leh sampai kot.. takpe.. kita jln je ye anak2ku.. nanti jap2 kita berenti makan bunga tuh.. mesti ramai kekawan kita sepanjang jln tu


Apa?.. nak main jap.. nak tgk org tu pegang bubble.. yelah anak2ku.. jom kita lepak jap tgk org tu sibuk kejar belon2 tu.. cantik kan.. bila dpt sentuh belon tu hilang.. n kejar lagik.. wah.. sronok tu.. tapi kita tak leh main mende tu lagi skrg ni sbb destinasi kita x sampai lagi.. lagipun nanti org tu tepijak abih mati siput le kita huahh huahh huahh


Apa lagi?.. haa.. camne bleh ada laut?.. hak ah! ye.. tetiba moncol laut le plak.. mana le ibu tau.. kuasa Allah.. Dia yg menentukan nak ooi.. nape org tu lompat?.. byk soklan tul korang nih.. org tu gumbira tu.. menang loteri kot.. kalo dah telompat-lompat camtu, sah le org tu dah dpt apa yg diinginkan.. atau mungkin gak tak centre.. hish!.. tapi kita ni bleh mngagak je anak2ku.. kita akan wat andaian hnya dgn tgk dr tindakannya.. apepun kalo org tu sronok kita pun tumpang sronok gak


Yg itu?.. erm.. jauh tul org tu mengelamun.. org tu tgh sedey kot.. x tu.. wat pe dok sorang2 kat situ.. apa le agaknya yg difikirkan.. apa le masalahnya.. kita tak leh nak tulung le anak2ku.. apa daya yg kita ada.. tapi bila kita tgk pun kita rasa kesian.. jom kita lalu depan org tu pelan2.. ntah2 dah keras ke ape.. zaman skrg ni macam2 bleh berlaku.. tapi kalo dah keras.. kita kene cpt2 blah!.. sbb kita tak leh nak kol pak polisi.. kat sini xde pablik pon n telepon ibu plak dah kong.. kita berserah le pd Allah


Apa?.. itu bukan spesis kita nak.. tapi kita bleh bajar dr melihat kehidupan spesis tu.. yg kita lihat sblum ni org yg ada akal tapi spesis ni takde akal.. kita?.. erk!.. ibu siap bleh wat blog lagik.. mmg le ada gak akai.. (malu jap).. eh!.. sapa yg dok ketawakan kita tu ye.. ibu cam dgr org ketawa kat kita le..


Haa.. jom kita singgah situ.. nak main buaipun bleh.. n malam nih kita tido sini.. apa?.. katne?.. dlm tayar tu le.. kita ensot2 pelan2 dari pokok tu nanti kita lalu ikut tali tu n masuk le kat dlm tayar tu.. takpe jgn risau anak2ku.. kita kan ada gam gajah.. gerenti tak jatuh.. ibu ada.. kalo ada org dtg main kita dah terbuai je.. kan sronok

Jauh kan kita bejalan.. n semakin jauh semakin luas pengalaman.. inilah kehidupan anak2ku.. kita takleh nak ikut cara org n spesis yg len tu.. kita ikut cara kita sndri je.. selagi kita hidup kita perlu terus bergerak dan bergerak walaupun dgn perlahan.. apa yg kita lihat kita leh jadikan satu penilaian mana yg baik n yg buruk.. yg penting kita kene berusaha.. setiap makhluk dlm punya nasib yg berbeza.. apa juga keadaan kita kene bersyukur.


8. Kenapa Saya Suka Entri Ini.

Entri ini disiarkan lebih dari setahun yang lalu, tetapi saya masih teringat-ingat, kerana cerita yang di bawa memang luar biasa kesannya kepada saya. Ia menceritakan pengembaraan siput dan anak-anaknya yang mana dalam pengembaraan itu, mereka melihat pelbagai rupa bentuk makhluk yang semuanya dijadikan iktibar. Saya suka cara pengolahan cerita yang sungguh kreatif dan bersahaja.

Mengetahui Maiyah yang berkerusi roda, kisah fantasi yang penuh imaginasi, sindiran, usikan dan lawak yang mencuit hati benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam dan menyentuh hati saya. Saya telah beberapa kali membaca entri ini.

9. Kesimpulan.

"... semakin jauh semakin luas pengalaman.. inilah kehidupan anak2ku.. kita takleh nak ikut cara org n spesis yg len tu.. kita ikut cara kita sndri je.. selagi kita hidup kita perlu terus bergerak dan bergerak walaupun dgn perlahan.. " Maiyah.

Sekali lagi saya salin sebahagian dari para akhir entri Maiyah sebagai kesimpulan. Kesimpulan yang sangat cantik .. walaupun saya sedikit pening membaca ejaan beberapa perkataan yang diringkaskannya mengikut fesyen orang sekarang. Syabas Maiyah.


.

42 comments:

  1. Suatu luahan hati, juga perkongsian pengalaman...

    dari orang yang lebih dulu melihat dunia kepada generasi seterusnya.

    Berpesan-pesan dengan cara tersendiri. Benar, cara yang sungguh luar biasa.


    *Bang Hamzah, segmen apa sebenarnya ini?

    ReplyDelete
  2. AZIE

    MEMANG LUAR BIASA .. SUNGGUH IMAGINATIF DAN KELAKAR.

    INI SEGMEN SAYA YANG KEDUA SEBAGAI MENGHARGAI ENTRI YANG BAIK. YANG PERTAMA DULU ADA SAYA TERANGKAN SEBABNYA. KALAU BERMINAT BOLEH BACA DI SINI.

    http://al-lavendari.blogspot.com/2011/01/saya-suka-entri-ini-jakun.html

    ReplyDelete
  3. i like this entry tu...sgt creative and sarat dgn mesej

    ReplyDelete
  4. pak ngah
    terima kasih krn berkongsi..

    ReplyDelete
  5. Ada baca entri beliau tu dalam blog beliau..

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum tn haji..trime kasih atas info ini...

    ReplyDelete
  7. Dengan saya sekali berimaginasi. terbayang masa yang diambil untuk tidur di dalam tayar, kena panjat pokok dan mengensot ikut tali. nak turun esok, mungkin boleh terjun je..

    **lepas melawat di blog beliau. banyak entry yang menarik ada kat sana.

    kagum..

    ReplyDelete
  8. boleh guna cerita ini..
    syabas Maiyah!

    syabas juga kpd tuan haji yang pandai dan baijak menilai...

    ReplyDelete
  9. memang entri yang cukup kreatif. Penuh dengan mesej berserta dengan ilustrasi gambar yang sangat menarik.

    ReplyDelete
  10. Salam bang.

    Wah kreatif sungguh Maiyah dlm berkarya. n3 saya tak sampai ke tahap ini lagi.

    Tahniah kpd Maiyah dan abg yg pandai menilai hasil tulisan yg baik.

    ReplyDelete
  11. Nasib baik hari ni Selasa. Kalau Sabtu pertengahan bulan mesti abg tak siarkan n3 ni kan? hehehe

    ReplyDelete
  12. MAMA ZHARFAN

    MASTERPIECE DARI MAIYAH SETAKAT INI.

    ReplyDelete
  13. RELEVAN

    MESEJ DALAM ENTRI BELIAU ITU RELEVAN PADA SETIAP MASA.

    ReplyDelete
  14. ASADA RYUTARO

    SAYA TELAH LAMA MENGAGUMI KARYA, SEMANGAT DAN KETABAHAN DIA MENGAHADAPI KEHIDUPAN.

    ReplyDelete
  15. IKAN EMAS

    HANYA JOHARI YANG MENGENAL MANIAM !

    ReplyDelete
  16. YUS

    DAYA KREATIVITI,IMAGINASI SERTA HUMOR DIA CUKUP HEBAT.

    ReplyDelete
  17. CIK MOT

    TKASIH KERANA SUDI ZIARAH DAN MENINGGALKAN JEJAK.

    ReplyDelete
  18. BONEKADALAMCHERMIN

    T.KASIH KERANA MEMBERI PENGIKTIRAFAN!

    ReplyDelete
  19. YB 1

    SALAM KEMBALI.

    SEBAGAIMANA YG SAYA CAKAP DENGAN IKAN EMAS DI ATAS TADI .. HANYA JOHARI YANG MENGENAL MANIAM.

    ReplyDelete
  20. YB 2

    KENAPA PULAK DENGAN SABTU PERTENGAHAN BULAN ? TAK FAHAM !

    KREATIF SUNGGUH SOALAN AWAK.

    ReplyDelete
  21. ABU MUAZ

    ORANG YANG MENILAI PUN HEBAT JUGA. HEHE

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum bang haji...

    Mesejnya sangat berguna...

    ReplyDelete
  23. assalam.. trm ksh beri pnghrgaan pd n3 ni, hnya karya merapu je yg dtg tetiba.. sy rasa terharu.. trm ksh sekali lg :)

    ReplyDelete
  24. Saya juga kagum dengan semangat juang Kak Maiyah.. seorang insan yg punya jiwa yg besar

    ReplyDelete
  25. suka dengan blog orang lama ni...hehehehesalam perkenalan

    ReplyDelete
  26. Salam Tn Hj AL...

    Hidup ini penuh dengan pengembaraan...

    ReplyDelete
  27. UST ABD RAZAK

    BETUL .. SAYA MUNGKIN TIDAK DAPAT MENULIS SEBAIK ITU.

    ReplyDelete
  28. CKLAH

    YE LAH .. CIKGU TAK NAK KAWAN DENGAN SAYA !

    ReplyDelete
  29. MKNACE

    TERIMA KASIH SUDI SINGGAH KALI PERTAMA.

    ReplyDelete
  30. MAIYAH

    SILALAH MERAPU LAGI .. KERANA RAPUAN AWAK TU BERISI !

    ReplyDelete
  31. NIDA

    KITA SEPATUTNYA MALU DENGAN BELIAU. ASYIK TAK PUAS HATI JER KAN !

    ReplyDelete
  32. ALIN

    SALAM KEMBALI.

    SAYA NI MEMANG ORANG LAMA. TAPI BERBLOG BARU LAGI.

    ReplyDelete
  33. KUASAI MINDA

    SALAM KEMBALI.

    BENAR .. PENGEMBARAAN MENUJU ABADI.

    ReplyDelete
  34. banyak maksud dalam satu penceritaan

    ReplyDelete
  35. KAKI BONGKAR

    PANDAI2LAH AWAK BONGKAR SENDIRI !

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.