Friday, January 14, 2011

15HB ADALAH HARI BERBAHASA MELAYU DENGAN BETUL - SATU USUL.


Perhatian: Usul ini tidak ditujukan kepada para blogger yang telah pun menggunakan Bahasa Melayu dengan betul selama ini.



15HB. ADALAH HARI BERBAHASA MELAYU DENGAN BETUL !
 
Tidak berapa lama dahulu, saya ada membuat satu entri tentang 'Zero Negativity Day' di sini. Saya petik sebahagian dari entri saya itu yang berkaitan dengan tajuk kali ini:

"Mungkin elok juga di panjangkan penggunaannya kepada blog dengan sedikit pengubahsuaian. Sehubungan dengan itu saya mohon mencadangkan supaya pada setiap 15hb kita jadikan "HARI BERBAHASA MELAYU DENGAN BETUL" . Maknanya kita pastikan tidak membuat entri dengan menggunakan bahasa atau ayat SMS, ejaan Inggeris yang di Melayukan, bahasa 'pasar' dan sebagainya pada setiap 15 haribulan.

Contohnya, elakkan mengguna perkataan-perkataan atau ayat seperti ini:

Skang - sekarang
aq - aku
xmo - tak mahu
korg - engkau orang
canih - macam ini
ngh wat pe - tengah buat apa
ekceli - actually
sedenli - suddenly "

Usul saya itu nampaknya telah mendapat sokongan dan reaksi yang positif dari semua pemberi komen.

Esok adalah 15hb. Oleh itu marilah kita menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dalam entri atau komen kita, sekurang-kurangnya pada hari tersebut, agar kita tidak terlupa untuk menggunakan Bahasa Melayu dengan betul apabila diperlukan nanti.

Kalau sudi, bolehlah diwar-warkan usul ini kepada rakan-rakan blogger yang lain mengikut kaedah masing-masing yang dirasakan sesuai. Sepanduk di atas bolehlah digunakan, jika perlu dan mahu.


Sekian. Terima kasih.



.

39 comments:

  1. susah ni... akan cuba sedaya upaya menggunakan bahasa melayu yg betul kalau buat entry esok

    ReplyDelete
  2. CIK NA

    SAYA TAHU MEMANG SUSAH. SAYA PUN SEKARANG NI RASA LEBIH SELESA MENGGUNAKAN PERKATAAN "JER" DARIPADA "SAHAJA".

    KITA CUBALAH !

    ReplyDelete
  3. saya setuju .tapi susah sikitlah kot sebab selalu guna perkataan n ejaan yang pendek2x je. ini akan membuatkan saya teringat zaman sekolah2x dulu.memang menggunakan bahasa melayu yang betul dari segi ejaan dan tatabahasanya.kalau salah cikgu potong markah terus.

    ReplyDelete
  4. ayuh sama-sama memartabatkan
    bahasa melayu.. :)

    ReplyDelete
  5. kenapa pilih 15hb? dah terbiasa guna singkatan rasa susah jugak ni

    ReplyDelete
  6. Salam uncle..lydia cuba ..hehe.memang sukar ,tapi dlm bahasa blog kita kena guna bahasa melayu yang betul ketika menulis kan?

    ReplyDelete
  7. bermakna, esok semua bentuk ulasan (komen)perlulah menggunakan bahasa yang skema.

    umangaiii...susah gak ni

    ReplyDelete
  8. saya amat besetuju jika di gunakan bahasa melayu dengan cara yang sebetulnya

    ReplyDelete
  9. salam,
    nasib hari ini 14hb terbitan catatan baru saya menggunakan Bahasa Melayu standard....tidak percaya ?..silah tuan melakukan pemeriksaan di sana...(cuma bab p/s tu tidak diambil kira...)

    ...esok 15hb.. kalau begitu catatan untuk esok kena buat sebagaimana hari ini juga la..

    ReplyDelete
  10. saya tak perlu ikut saranan pakcik.

    sebab kita dalam satu kapal.

    haha..

    blog saya guna bahasa kebangsaan spenuhnya.

    ReplyDelete
  11. lupa nak cakap..blog saya cuma tampalan yang berbahasa kebangsaan.untuk ruangan komen saya suka cakap secara kasual.lebih rapat dengan kawan2~~haha~~

    *kenapa pakcik suka guna caps lock?
    pakcik marah kah?he~~

    ReplyDelete
  12. Usaha yg nampak kecil. tapi sebenarnya besar.

    Syabas! teruskan usaha anda. sama-sama memartabatkan bahasa. Sesungguhnya bahasa adalah jiwa bangsa.

    Ya. Undilah saya. Eh. Beliau. Terima kasih

    hihihi.

    tengok entri esok. kalau ada ;)

    ReplyDelete
  13. Eh! bila pula ruangan komen ini dibuka???

    ReplyDelete
  14. Tahniah Bang HAMZAH. Saya sokong.

    Saya seboleh boleh cuba gunakan Bahasa Ibunda dgn betul... jika tersilap tu memang tak sengaja...

    Mari kita martabatkan bahasa kita, jika tidak kita, siapa lagi?

    ReplyDelete
  15. MONALEA

    KALAU KITA TAK PRAKTISKAN SEKALI SEKALA, BIMBANG LAMA-LAMA NANTI KITA TERLUPA TERUS EJAAN DAN NAHU YANG BETUL.

    ReplyDelete
  16. CIK SHINJU

    UMANG AI ! KALAU DERHAKA NANTI BOLEH BUANG NEGARA ..!

    ReplyDelete
  17. AHSFANTASY24

    MARI MARI .. TAK KAN SEHARI PUN TAK BOLEH KAN !

    ReplyDelete
  18. AIDAH

    NAK BERBAHASA MELAYU DENGAN BETUL HARI-HARI LAGI BAGUS.

    ReplyDelete
  19. LYDIA MIZA

    SALAM KEMBALI.

    MASA BERSMS KITA FAHAM SEBAB RUANGAN AMAT TERHAD .. TU SEBAB NAMANYA PUN SMS @ SISTEM PESANAN RINGKAS.

    ReplyDelete
  20. MENTIBANG LAUT

    APA SUSAHNYA PULAK .. CUMA IKUT CARA AWAK TULIS SURAT RASMI SAHAJA.

    ReplyDelete
  21. EELOBOR

    TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN YANG TIDAK BERBELAH BAGI.

    ReplyDelete
  22. IKAN EMAS

    SALAM KEMBALI.

    BM AWAK LULUS DENGAN CEMERLANG. TAK ADA PAKSAAN UNTUK TURUT SERTA ATAU TIDAK. LAGIPUN APALAH KUASA YANG ADA PADA SAYA UNTUK MENGUATKUASAKANNYA.

    ReplyDelete
  23. BUJAL X 1.

    BAGUSLAH KALAU BEGITU. SYABAS, TERUSKAN !

    ReplyDelete
  24. WAHIDA

    KALAU KITA KATA SUSAH, MAKA AKAN SUSAHLAH JADINYA. KALAU TAK BOLEH SEPENUHNYA, TAK APA .. BUAT SETAKAT MANA YANG BOLEH.

    ReplyDelete
  25. BUJAL X 2

    GUNA HURUF BESAR UNTUK KEMUDAHAN DAN JUGA MENJIMATKAN MASA. TAK PERLU NAK TUKAR2.

    ReplyDelete
  26. KTS

    BESOK AWAK CADANG NAK MELEPAS KE MANA PULAK ?

    ReplyDelete
  27. KAKCIK

    SAYA BUKA SEMULA SEBENTAR TADI APABILA BEBANAN KERJA SUDAH BERKURANGAN.

    ReplyDelete
  28. AZIE

    BETUL .. KALAU TIDAK KITA, SIAPA LAGI. TAKKAN OBAMA PULAK KAN !

    ReplyDelete
  29. datang menjenguk tuan tanah..dan sekaligus menyokong perkara diatas ;)

    ReplyDelete
  30. NAJWA

    TERIMA KASIH KERANA SUDI DATANG DAN MENYOKONG USUL SAYA.

    ReplyDelete
  31. Antara tujuan saya berblog, adalah untuk memperkasakan Bahasa Melayu. Sentiasa berusaha menggunakannya dengan betul dari segi morfologinya, sintaksisnya dan segala hukum kanun tatabahasanya....



    ...siapa lagi yang wajar memartabatkan Perkara 152, kalau bukan kita? Betul tak Tuan?

    ReplyDelete
  32. CKLAH

    SEMOGA USAHA CIKGU AKAN MENINGGALKAN BEKAS. SAYA JUGA BOLEH MENGATAKAN BAHAWA SEMUA GURU YANG SAYA BACA BLOG MEREKA, MENGGUNAKAN EJAAN DAN NAHU BM YANG BETUL.

    DALAM SMS MUNGKIN ADA KELONGGARAN KERANA TERIKAT DENGAN RUANG DAN MASA, TETAPI DALAM BLOG RASANYA ALASAN TU KURANG KUAT.

    ReplyDelete
  33. tuan haji,

    saya mintak izin potong & tampal (cut & paste) entri tuan haji dalam blog saya ya..

    *susah juga nak berbahasa dengan betul..

    ReplyDelete
  34. EJAESCOBART

    SILAKANLAH DAN SAYA MEMANG MENGALU-ALUKANNYA !

    ReplyDelete
  35. Adik ipar saya yang selain fasih dalam 5 bahasa, juga fasih Bahasa Melayu baku. saya sendiri segan bila bercakap melayu dengan dia. Boleh la saya cuba baiki lagi bahasa saya ni, mudah mudahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang biasa begitu .. ada orang Arab belajar bahasa Arab dari Ustaz Melayu di Negeri Arab dan ada juga orang Inggeris yang belajar bahasa Inggeris dari cikgu Melayu di England.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.