Wednesday, December 15, 2010

ZERO NEGATIVITY DAY - SILA BERI SOKONGAN.


Saya ada menerima satu permintaan dari seorang blogger - Izawati. Beliau meminta supaya saya mempromosikan sebuah laman FB yang mengusulkan supaya kita tidak menerbitkan sesuatu yang negatif di laman FB pada setiap 15hb. Sukacita saya memetik tulisan beliau seperti berikut:

"It is totally a non-profitable gesture towards a positive way of life. Mengajak kita semua spend 1 hari setiap bulan (setiap 15hb), 1 hari sahaja untuk tidak post negative status di facebook. Dengan harapan ianya boleh mengubah cara kita bersosial, insyaAllah harap-harap boleh menjadi trend yang baik satu hari nanti"

Saya kira ia merupakan satu usaha yang baik sebagai permulaan. Diharapkan pada suatu masa nanti kita akan mengamalkan zero negativity untuk setiap hari pada sepanjang masa. Saya rasa semua orang tahu, bahawa pos-pos yang negatif itu adalah pos yang menyentuh peribadi, mendedahkan keaiban, mencarut, memfitnah, mengadu domba, mengumpat dan sebagainya.

Mungkin elok juga di panjangkan penggunaannya kepada blog dengan sedikit pengubahsuaian. Sehubungan dengan itu saya mohon mencadangkan supaya pada setiap 15hb kita jadikan "HARI BERBAHASA MELAYU DENGAN BETUL" . Maknanya kita pastikan tidak membuat entri dengan menggunakan bahasa atau ayat SMS, ejaan Inggeris yang di Melayukan, bahasa 'pasar' dan sebagainya pada setiap 15 haribulan.


Contohnya, elakkan mengguna perkataan-perkataan atau ayat seperti ini.

Skang - sekarang
aq - aku
xmo - tak mahu
korg - engkau orang
canih - macam ini
ngh wat pe - tengah buat apa
ekceli - actually
sedenli - suddenly

Adakah anda bersetuju dengan cadangan saya supaya pada setiap 15hb kita jadikan "HARI BERBAHASA MELAYU DENGAN BETUL" ? Saya telah berusaha memulakannya melalui entri ini.

FB yang dimaksudkan oleh Izawati itu adalah seperti alamat berikut.


Sila beri sokongan. Sekian, terima kasih. 

.
.

44 comments:

  1. 100% setuju..

    sebenarnya saya dah lama nak "bahasa rojak-sifar" kt blog..tapi tersasul jugak.semoga dengan adanya kempen macam ni,saya lebih serius lebih sensitif memainkan peranan saya sebagai blogger..walaupun picisan.hehehe

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Setuju Yang Arif...

    Saya memang banyak melakukan kesalahan bahasa dalam setiap entri dan komen...15hb maknanya esok la yer..Okay..Saya cuba :)

    ReplyDelete
  3. Salam Tuan Haji,
    Saya cuma mengambil sedikit masa sahaja utk ruang FB bukan tak layan cuma kurang berminat nak duduk lama2 kat situ. Bab tata bahasa semmg saya terkadang terbuat juga singkatannya maklum nak cepat, pun begitu didalam penulisan saya amat menjaga kesempurnaan Bahasa Melayu tersebut.
    Semoga usaha murni ini menempa kejayaannya jua Insyaallah.

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah saya sokong.

    2 perkataan Inggeris yg dimelayukan itu mcm biasa baca aje. Mantan jiran abg biasa tulis mcm tu hehehe

    ReplyDelete
  5. haa..saya agak terkesima(bukan sebab takjub tapi sebab tak tau nak baca macamana ayat yang menggunakan bahasa sms tu)
    InsyaAllah.. bagus juga idea tu..buat hari berbahasa melayu dengan betul
    (kena buat latihan menulis dengan betul lepas ni..)

    ReplyDelete
  6. Saya kena latih diri dulu. Sebab entri saya memang tunggang langgang....heheheh

    Idea yang menarik untuk kita lebih mencintai bahasa kita.

    ReplyDelete
  7. wah.. sangat bagus.. saya setuju..

    mari martabatkan bahasa kita.. (^__^)

    ReplyDelete
  8. IM pernah tegur beberapa blogger yang menulis ala sms terlalu banyak hingga letih otak IM dalam usaha nak memahaminya..

    ReplyDelete
  9. Mengapa masih ramai anak Melayu tidak mencapai kecemerlangan dalam matapelajaran Bahasa Melayu? Sesetengahnya, bukan kata mencapai tahap cemerlang, mencapai tahap lulus pun tidak.

    Mungkinkah merasa tidak selesa dengan bahasa sendiri lalu diubahsuai sesuka hati?

    Saya sokong penggunaan Bahasa Melayu yang betul walaupun gaya bahasa saya sendiri tidak sebaik mana.

    ReplyDelete
  10. as salam ziarah tuan haji, tak boleh la "cenggini" lagi huhuhuh...

    ReplyDelete
  11. saya sokong seratus persen tuan haji,

    kekadang sakit juga kepala membaca ayat-ayat yang pendek nak dipendekkan lagi, kalau malas tulis jangahlah tulis apa-apa

    ReplyDelete
  12. salam..

    ooooo
    maknanya hari lain selain 15hb boleh lah guna ayat - ????



    sy sokong jika setiap hari adalah hari bahasa ..positif..baik punyer !

    ReplyDelete
  13. As'salam..

    yesss!!! setuju sangat...

    ReplyDelete
  14. mE pun Sokong, susah nak baca n faham, ape la dowang nak sampaikan sebenarnye...

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum THJ...

    Saya dah amalkan kedua-duanya sekali tetapi dalam pada tu ada juga silapnya..

    ReplyDelete
  16. sudah hancur bahasa kita gara-gara ketuanan melayu ni tuan.

    ReplyDelete
  17. saya sokong! FB tak patut dijadikan medan utk me'lepas'kan segala kenegativitian (chop! ada tak perkataan ni dalam kamus? ampun.)

    FB patut dihapuskan. Eh. Salah topik.

    Dan saya juga sokong kempen berbahasa melayu dengan betul pada setipa 15 hb.

    Saya telah berusaha dengan memulakannya melalui komen ini

    :)

    saya beri sokongan saya.
    Nah. Ambil!

    ReplyDelete
  18. Saya sokong usaha ni. Sejak mula saya berblog, saya memang lebih suka menggunakan ejaan penuh pada tulisan. Susunan bahasa tak boleh nak komen lah, sebab saya tahu bahasa melayu saya bukan di tahap cemerlang. Kadang-kadang masih menggunakan beberapa perkataan inggeris, tapi selepas ini akan cuba mengurangkannya...sekurang-kurangnya untuk tarikh 15hb.

    ReplyDelete
  19. saya setuju..sbb sungguh tak reti nak baca ayat sms tu..
    Bila anak2 muda ni menulis bahasa inggeris dalam bahasa melayu ...tertanya juga saya..memang tak tahu atau memang di sengajakan ...akhirnya saya pun terikut sama.

    ReplyDelete
  20. Salam Tuan,

    saya pun sokong....kadang-kadang tu sampai tak tau apa yg ditulis..

    yg tu tak ter Layannnnnn.....

    :)

    ReplyDelete
  21. MIMIE

    UNCLE PUN DAH TERIKUT-IKUT. TERUTAMANYA PERATAAN 'JER' MENGGANTIKAN SAHAJA.

    NANTI PADA SETIAP 14HB, UNCLE AKAN INGATKAN. SUPAYA KITA TAK LUPA TERUS BERBAHASA MELAYU DENGAN BETUL.

    ReplyDelete
  22. CIK SHINJU

    SALAM KEMBALI.

    AWAK TELAH MENGAKU SALAH .. HUKUMANNYA IALAH JATUHKANLAH SENDIRI. HEHE

    ReplyDelete
  23. AKUANAKPAHANG

    SALAM KEMBALI.

    SAYA PUN DAH TERIKUT-IKUT NAK CEPAT DAN JIMATKAN RUANG.

    DENGAN CADANGAN SAYA INI, DIHARAP KITA TIDAK TERLUPA UNTUK MENGGUNAKAN BM DENGAN BETUL.

    ReplyDelete
  24. YB

    NASIB BAIK DIA BELUM BACA ENTRI INI. AWAK JANGAN BERITAHU KAT DIA YE !

    ReplyDelete
  25. TOMEI

    MARILAH KITA CUBA SEKURANG2NYA SEKALI DALAM SEBULAN AGAR KITA TIDAK TERLUPA MENGGUNAKAN BM DENGAN BETUL.

    ReplyDelete
  26. JEDI

    MASING2 ADA KESALAHAN DENGAN BM TERMASUK SAYA. TU SEBAB SAYA CADANGKAN SEKURANG2NYA BERILAH SEHARI DALAM SEBULAN UNTUK KITA BER BM DENGAN BETUL.

    ReplyDelete
  27. FAARIHIN

    SEMANGAT BEGINILAH YANG SAYA MAHUKAN.

    ReplyDelete
  28. IM

    SAYA DAH TAK LARAT NAK TEGUR. SAYA BIMBANG MEREKA TERLUPA TERUS BM YANG BETUL.

    ReplyDelete
  29. KAKCIK

    TAK USAH CAKAP ORANG LAIN .. ANAK2 SAYA SENDIRI PUN TIDAK CEMERLANG SANGAT DALAM BM MEREKA.

    ReplyDelete
  30. ROM

    CENGGINI PUN TAK BOLEH, CENGGITU PUN TAK BOLEH PADA 15 HB. HEHE

    ReplyDelete
  31. IBUINTAN

    MUNGKIN DALAM HENFON BOLEHLAH KOT .. SEBAB NAK JIMATKAN RUANG. LAGIPUN NAMANYA DAH SMS KAN !

    ReplyDelete
  32. IKAN EMAS

    SAYA TAK KATA PUN HARI LAIN BOLEH GUNA BM YANG TAK BETUL !

    ReplyDelete
  33. AMY

    SALAM KEMBALI

    TERIMA KASIH KERANA SETUJU. MARI KITA MULAKAN.

    ReplyDelete
  34. EMME

    TAK FAHAM SATU MASALAH, SILAP FAHAM LAGI MASALAH.

    ReplyDelete
  35. UST ABD RAZAK

    SEBENARNYA UST DAH TAK ADA MASALAH. SAMUANYA SANGAT BAIK.

    ReplyDelete
  36. KTS

    PUAS SAYA CARI .. APA YANG AWAK 'NAH' KAN SUPAYA DIAMBIL ITU !

    ReplyDelete
  37. YUS

    KITA BERKOMUNIKASI UNTUK MENYAMPAIKAN MESEJ .. TETAPI KALAU SUDAH JADI SEBALIKNYA, ITU YANG DIKESALKAN.

    ReplyDelete
  38. KAK WAN

    ...akhirnya saya pun terikut sama.

    SAYA SUKA KEIKHLASAN KAKWAN DAN JUGA TURUT KETAWA MEMBACA KOMEN ITU.

    ReplyDelete
  39. MAMA ZHARFAN

    BAGUSLAH .. NAMPAKNYA SEMUANYA MENYOKONG. MARI KITA MULAKAN.

    ReplyDelete
  40. AZMNOR

    SALAM KEMBALI.

    NAK TANYA SIKIT .. YANG TAK TAHU APA YANG AWAK TULIS TU, TULIS AWAK KE TULISAN ORANG ?

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.