Ini adalah gambar pulut udang.
Saya baru balik dari surau. Ada majlis doa akhir tahun, awal tahun, bacaan Yaasin dan tahlil, sembahyang hajat dan makan-makan. Makanan ada macam2 termasuklah buah kurma dibawa oleh sahabat2 yang baru balik dari Mekah.
Malam ini tak ada pulut udang. Tetapi saya nak cerita peristiwa saya makan pulut udang pada satu malam Jumaat beberapa bulan lalu.
Pada malam Jumaat yang dimaksudkan, seperti biasa selepas sembahyang Isyak ada jamuan. Oleh kerana perut saya agak kenyang, saya tak makan nasi.
Semasa dalam proses kunyahan sulung, saya macam tergigit sesuatu yang rasaya berbeza dari pulut. "Tak apa" kata hati saya "teruskan mengunyah ... tak lama lagi akan tergigitlah semula benda itu" sambung hati saya. Betul kata hati saya tadi.
Selepas saya mengunyah beberapa kunyahan lagi, lagi sekali saya tergigit benda itu. Lantas saya segera mengeluarkannya. Rupanya dawai kokot yang digunakan untuk men"stapler" hujung dan pangkal daun pisang pembalut pulut udang tersebut.
Selepas saya mengunyah beberapa kunyahan lagi, lagi sekali saya tergigit benda itu. Lantas saya segera mengeluarkannya. Rupanya dawai kokot yang digunakan untuk men"stapler" hujung dan pangkal daun pisang pembalut pulut udang tersebut.
Lalu saya terfikir akan kehebatan dan kebijaksanaan Pencipta lidah. Lidahlah yang memainkan peranan menggaulkan makanan yang sedang dikunyah supaya dia menjadi lumat agar boleh ditelan dengan selesa.
Dalam kes saya, tanpa bantuan lidah, tentulah dawai kokot tu tidak akan tergigit sekali lagi dan mungkin telah bersemadi di dalam usus saya yang boleh memudaratkan kesihatan.
Cuba bayangkan kalau kita tak ada lidah. Atau pun lidah kita kaku tidak berfungsi lagi. Tentulah bermasalah besar bukan sahaja semasa makan, tetapi juga untuk berkata-kata dan juga untuk menjilat setem.
Terima kasih lidah. Dan terima kasih Allah kerana menciptakan lidah. Dalam kes saya, tanpa bantuan lidah, tentulah dawai kokot tu tidak akan tergigit sekali lagi dan mungkin telah bersemadi di dalam usus saya yang boleh memudaratkan kesihatan.
Cuba bayangkan kalau kita tak ada lidah. Atau pun lidah kita kaku tidak berfungsi lagi. Tentulah bermasalah besar bukan sahaja semasa makan, tetapi juga untuk berkata-kata dan juga untuk menjilat setem.
.
.
saya pun biasa jugak makan benda yg bungkusannya ada dawai kokot tu tapi alhamdulillah tak pernah masuk dalam mulut lagi.
ReplyDeletetragis sungguh kalau tertelan, na'uzubillah!
salam pakngah
ReplyDeletenyariskan..
enpakwe sya sangat pantang melihat dawai kokot merata rata
dan kalau boleh dia tak mahu ada makanan yang di bungkus menggunakan dawai kokot
bahaya sungguh kan.
Bang HAMZAH, saya tetap kata yg buat Pulut Panggang tu agak cuai. Dah skang zaman moden, lidi dilihat lebih mahal dari dawai kokot...!
ReplyDeleteTengok gambar, baca citer, saya terkenang-kenang Pulut Panggang nan sedap di simpang masuk Taman Delima, Kajang (dekat Taman Mesra) Sedap betulllll....!
mujur otak-otak tak guna dawai kokot juga..
ReplyDeletesubhanallah.. Maha Suci Allah mencipta setiap kejadian.
Salam Maal Hijrah 1432H..uncle!
Yang pastinya.. Saya takkan beli kuih sembarangan.
ReplyDeleteKalau ada yang menggunakan dawai kokot tu memang saya "ban" terus. Benci!
Salam TH..
ReplyDeleteSaya pernah tertelan lidi pulut panggang... Segan nak citer episod seterusnya :P
salam maal hijrah AL..terima kasih pada lidah kan..yang dicptakan allah s.w.t..sentiasa sensitif dengan kelainan..
ReplyDeletepernah juga mengalaminya..
Salam Tuan Haji tu pasal pulut panggang ini sesuai dicucuk menggunakan lidi sahaja. Dek kerana dah maju campo malas dawai kokot juga mengambil tempatnya.
ReplyDelete* Kalau tidak sesajer berkokot dlm perut yaa :)
kalo kat kampung tak pakai stapler kot.pakai lidi yang dipotong tajam dihujung..ssh sikit nak terlepas masuk kemulut sebab besar sikit dari dawai kokot tu.tapi kalo tertelan jugak lidi tajam tu wallahualam la..
ReplyDeleteSalam bang,
ReplyDeleteDah kenyang pun masih boleh menghabiskan 3 batang pulut panggang? Kalau lapar mahu 3 pinggan hehehe
Jgn marah bang. Gurau aje.
Subhanallah. Sungguh hebat ciptaanNya yg bernama lidah itu.
Sup lidah pun sedap hehehe
ReplyDeleteTuan Hamzah..
ReplyDeleteSalam maal hijrah 1432H..
harapan semoga hijrah tahun
ini lebih bermakna dari tahun
tahun sebelumnya..
salam alaik...
ReplyDelete1st time ni ammi dengar dawai kokot... heheh...
terliur lepas baca kisah pulut udang. sekian lama tak dapat merasa.
ReplyDeletesangat bahaya kalau tertelan. tapi kan, dalam kes ni, siapa yang bersalah? tukang makan atau tukang buat? hihi..
salam maal hijrah 1432H. :)
dulu masa kecik, saya suka gigit dawai kokot..
ReplyDeletetak ingat, pernah tertelan ke tidak..
harap harap tak memudaratkan..
huhuhu
Salam Tn Hj AL...
ReplyDeleteMemang bahaya jika tertelan dawai kokot tu. Ada kawan saya sampai terbaring 2 hari di hospital kerana dawai kokot termasuk ke saluran usus kecil...
Akhir,
Semoga tuan terus sihat dan kekal cergas untuk melaksanakan tugasan seharian, semoga berjaya cemerlang di sini dan di sana...
DINAS ALDI
ReplyDeleteHATI2 .. TAKUT SAYA BILA BACA KOMEN KUASAI MINDA !
SAYANGSAYANGIBU
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
BAGUS LANGKAH BERJAGA2 YANG DIAMBIL OLEH ENPAKWE AWAK TU .. SURUH DIA CARI BESI BERANI BESAR2, LEPAS TU TARIK KULUKILIR DALAM RUMAH.
AZIEAZAH
ReplyDeleteBUKAN SAJA LIDI LEBIH MAHAL DAN SUSAH DIDAPATI, TETAPI SUSAH NAK GUNA. STAPLER SENANG JER .. TAP TAP, DAH.
BILA AWAK NAK BELANJA MAKAN PULUT PANGGANG TU.
EH SEBENARNYA PULUT PANGGANG KE PULUT UDANG ?
MISZ SEPHIA
ReplyDeleteMUNGKIN SATU HARI NANTI, BILA YANG BUAT OTAK2 TU DAN TAK ADA OTAK, DIA PUN GUNA DAWAI KOKOT AGAKNYA.
ANIF
ReplyDeleteKALAU ADA PILIHAN, SAYA PUN TAK HINGIN !
CIK SHINJU
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
JANGANLAH SEGAN NAK CERITA .. KALAU TIDAK JANGAN CERITA LANGSUNG. HEHE
semua kejadian dan ciptaan Allah itu Maha Hebat cuma kita manusia yang melupakannya.
ReplyDeleteKAK ERNA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
LIDAH LEBIH PENTING LAGI BAGI ORANG YANG TAK ADA GIGI KAN !
AAP
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
SAYA TAMBAH CAMPUR NAK CEPAT .. NAK CEPAT BUAT, CEPAT JUAL DAN CEPAT UNTUNG.
MIMIE
ReplyDeleteKALAU AWAK TERTELAN LIDI TU .. HARUS AWAK JADI "ORANG LIDI" ..
AWAK TAHU TAK ADA BLOG ORANG LIDI ? AGAKNYA DIA DULU TERTELAN LIDILAH TU !
YB 1
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
3 BATANG TU, BUKANNYA BESAR LENGAN AWAK. INI BESAR LENGAN BUDAK KECIK AFRIKA YANG DAH HAMPIR MATI KEBULURAN.
APALAH PUNYA CONTOH.
YB 2
ReplyDeleteSAYA BELUM PERNAH LAGI MAKAN .. TAPI KALAU SUP EKOR MEMANG FEVRET SAYA.
ZULKBO
ReplyDeleteTQVM. MUDAH-MUDAHAN BEGITULAH.
AZ
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
LEPAS NI AWAK AKAN DENGAR BANYAK LAGI BENDA2 YANG AWAK TAK PERNAH DENGAR BILA AWAK SEMAKIN MENINGKAT DEWASA.
Dawai kokot guna untuk stepler kertas je..pulut udang orang cucuk dengan lidi..
ReplyDeleteASADA RYUTARO
ReplyDeleteTAK APA .. AWAK BOLEH MAKAN NASI ARAB DAN KEBAB HARI2.
SAYA RASA TUKANG BUAT !
ELOKNYA DICIPTA DAWAI KOKOT YANG BOLEH DI MAKAN.
AUJINZ
ReplyDeletePELIK JUGA HOBI AWAK MASA KECIK TU YE ?
KALAU SIHAT LAGI SEKARANG, ITU MAKNANYA TAK MUDARAT LAH TU !
KUASAI MINDA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
SERIAU SAYA DENGAR CERITA KAWAN AWAK TU. SYUKUR SAYA TERSELAMAT.
TERIMA KASIH ATAS DOA DAN UCAPAN ITU.
ABU MUAZ
ReplyDeleteSEMOGA KITA SAMA KITA MELUPAKANNYA DN BERSYUKUR.
LA'ALLAKUM TASYKURUN.
RELEVAN
ReplyDeleteTU LAH PASAL .. AGAKNYA LIDI DAH TAK RELEVAN LAGI SEKARANG INI ! HEHE
kawan sy kena operate sbb dia skt perut sangat2. doktor ingat apendiks.. rupa2nya dawai kokot tu. bahaya!
ReplyDelete.
.
kesimpulannya :
kenapa ada org yg sanggup tindik lidah??
eh
;)
bahaya sungguhla dawak kokot tu..
ReplyDeletesy plak pernah masukkan cili padi dlm popia..saje nak buat org pedas..berdosa rasenye waktu tu..huhu
salam maal hijrah tuan haji.. :)ape azam baru tuan haji???
Assalamualaikum THJ..
ReplyDeleteBahaya juga pakai dawai kokot tu, ada baiknya ditukarkan kepada lidi. Tapi ada juga orang nak tertelan lidi lak. Apa pun kena hati-hati bila makan..
susah kalau ada orang yang fikir kebajikan diri sendiri tanpa fikir juga kebajikan orang lain..
ReplyDeleteSalam Maal Hijrah THJ, semoga sihat dan ceria selalu... apa azam tahun nie...?
ReplyDeleteBahaya sungguh pakai dawai kokot nie... pakai lidi pun bahaya jugak... saya ingat jahit "tulang belut" je pulut panggang tu...
selamat sikit... hehee
KTS
ReplyDeleteORANG ITU INGAT DIA MODEN. SAYA JEMPUT AWAK BACA N3 NI DAN SAYA TUNGGU KOMEN AWAK. IA ADA BERKAITAN DENGAN SOALAN AWAK ITU.
http://al-lavendari.blogspot.com/2009/12/kita-serupa-kita-serupa.html
MAKDIRA
ReplyDeleteNAKAL JUGA AWAK NI. LEPAS NI SAYA CADANG AWAK TUKAR NAMA BLOG KEPADA ..
"INI BELOG SEDAP MAKDARA NAKAL TERDIVA"
SAMA-SAMA !
MAKDARA
ReplyDeleteTERLUPA SOALAN AWAK .. AZAM SAYA UNTUK MENJADI SEORANG BLOGGER YANG MENYEMAI KASIH SAYANG SESAMA INSAN SECARA WARAS.
BOLEH KE MACAM TU ?
UST. ABD RAZAK
ReplyDeleteALAIKUMSALAM.
BETUL TU .. YANG PENTING HATI-HATI .. WALAUPUN MAKAN JELI SEKALIPUN !
IM
ReplyDeleteMEMANG BEGITULAH AGAKNYA LUMRAH SESETENGAH MANUSIA DIAKHIR ZAMAN INI.
TAPI RAMAI JUGA YANG TIDAK BEGITU .. CONTOHNYA IM SENDIRI DALAM MENJAGA KEBAJIKAN ISTERI DAN ANAK2.
RKA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
AZAM SAYA DAH SEBUT DALAM KOMEN BALAS KEPADA MAKDARA DI ATAS.
SAYA JUGA ADA CADANGKAN DI ATAS TADI DALAM KOMEN BALAS SAYA KEPADA ASADA, SUPAYA BUAT DAWAI KOKOT YANG BOLEH HADZAM BILA DI MAKAN.
SAYA INGAT KALAU AWAK BOLEH CIPTA, ADA PASARAN TU. MULA2 TEST MARKET KAT KEDAI SRI DULU.
oh lapar plak bila tengok pulut panggang tuh.. hihi
ReplyDeleteAJEE
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA LAWAT ENTRI LAMA INI.
SAYA TAK TAHU .. ITU PULUT PANGGANG ATAU PULUT UDANG KAH ?
APA2 PUN HATI2 JGN SAMPAI TERTELAN DAWAI KOKOT.