Kereta penunda (tow truck) kerjanya menunda atau menarik kereta yang rosak untuk di hantar ke bengkel. Kalau dia sendiri rosak, orang lain yang tolong angkat bawa ke bengkel.
Lori ni kalau kehabisan minyak, terpaksa juga minta tolong orang lain pergi belikan minyak untuk dia.
Tukang rambut pun tak boleh gunting rambut sendiri. Dia perlukan orang lain untuk tolong menggunting rambutnya walau macam mana handal sekalipun dia.
Kalau belakang gatal ..kita juga perlu minta tolong dari orang lain untuk menggaru walau sepanjang mana sekalipun tangan kita.
Kalau kereta bomba terbakar .. dia juga perlukan kereta bomba atau orang lain untuk tolong padamkan.
Jutawan sekalipun kalau nak makan nasi dagang tak kan dia nak masak sendiri. Orang lain juga yang tolong masakkan (kecuali memang hobi dia masak).
Jadi .. tak usahlah sombong sangat, sebab tidak ada orang yang tidak perlukan pertolongan !
psst .. Ada sesiapa yang boleh tolong pinjamkan saya duit sebab baru tukar bateri kereta sebentar tadi ?
.
.
copp......
ReplyDelete2en3 dapat first ;p
SAYANGSAYANGIBU
ReplyDeleteTOKOJUT DEN .. TAHNIAH. MANA KOMENNYA ?
betul:)
ReplyDeleteagreed with that..
salam maal hijrah
pakngah
ReplyDeletesya pernah ada pengalaman tak perasan minyak dah habis, kereta berenti bebetul dekat t/light ;p
malu kereta kena tolak ke tepi.
kalau gatal belakang boleh garu dekat dinding, sekarang sya ajar enariq garu belakang dekat dinding
heheheh ;p
pak ngah pinjam duit nak bayar dpymnt keto boleh?
Salam TH...
ReplyDeleteTerliur tgk nasi dagang tu :(
Semua org perlukan pertolongan,tiada yg mampu hidup sendiri dlm dunia nih..
p/s - saya baru cdg nak pinjam duit ngn TH sbb nak tukar batt..hikhik ;p
hahhahahha...
ReplyDeleteUncle kena tambah sikit lagi..
walau hebat macam mana kaya, rumah besar, baju mahal, ade swimming pool,
bila tiba masanya, nanti ada orang TOLONG mandikan, TOLONG pakaikan baju dan TOLONG drivekan kereta ke rumah baru. Masuk rumah baru pun ada orang TOLONG gak.
Insya Allah..
huhuhu..
errr.. berkaitan tak Uncle, komen saya dengan entri??
wah!
ReplyDeletesuke entry nieyh!
CGG
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
SAYA GEMBIRA KERANA AWAK SETUJU ..
"I REST MY CASE" HEHE
EH BETUL KE TU ?
Salam THJ,
ReplyDeleteAda Tuan HJ... hari tu saya nampak mat saleh kena ragut dia tak minta tolong pun...
dia cuma sebut help!!...help...!!
SAYANGSAYANGIBU
ReplyDeleteKALAU KAT RUMAH SENDIRI BOLEHLAH GARU KAT DINDING, KALAU DALAM BAS ATAU K/TERBANG, MANA PULAK NAK CARI DINDING !
Nasib baik bateri kereta biasa..
ReplyDeleteKalau Tuan pakai kereta hybrid atau elektrik.. Sebut sahaja tukar bateri, boleh terkena serangan jantung!
CIK SHINJU
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
NASIB BAIK SAYA CAKAP CEPAT .. PATUTLAH MACAM TERASA ADA ORANG NAK PINJAM DUIT JER .. RUPANYA AWAK. HEHE
AUJINZ
ReplyDeleteSANGAT BERKAITAN. TERINGAT JUGA NAK MASUKKAN POINT TU .. TAPI TAK SAMPAI HATI. AWAK DAH MASUKKAN BAGUSLAH. HARAP2 ORANG LAIN BACALAH KOMEN AWAK TU LEPAS NI. TERIMA KASIH KERANA MELENGKAPKAN ENTRI INI.
LELAKI NI
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH KALI PERTAMA. KALAU SUKA, DATANGLAH LAGI !
RKA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
SAYA MEMANG TERGELAK BACA KOMEN AWAK INI. TAK SANGKA SENSE OF HUMOR AWAK BEGITU TINGGI. BOLEHLAH KITA MASUK GELANGGANG RAJA LAWAK LEPAS NI !
ANIF
ReplyDeleteNI PUN DAH SEPARUH KENA SERANGAN JANTUNG. NANTI SAYA BUAT SATU ENTRI RINGKAS TENTANGNYA.
betull..betul..betul..
ReplyDeletenak cek @ cash????? :)
Saya pun nak kena renew road tax & insurans keta ni, nak mintak tolong kat akaun simpanan, heheheh..
ReplyDeleteSalam Tuan Haji hidup ini mmg tak terlepas drp semua perkara diatas itu. Cuma yang sombong sahaja dia ingat dia boleh buat berlake :)
ReplyDeleteAda satu cerita juga.. kalau tukang rumah, keje dia mmg buat rumah yang pelik umah org cantik dia buat rumah dia sendiri huhuhu payah nak cakap... mungkin alasannya tak de orang nak bagi kat dia agaknya. :)
Ade kawan tunang saya berenang dah nak tenggelam. Mujur ade kawan lain yang nampak dia dah tenggelam timbul. Bila ditanya kenapa tak jerit minta tolong.. katanya malu.
ReplyDeleteSeparuh mati pun masih malu nak minta tolong..aduhai!
setuju sangat setuju...
ReplyDeletehidup kat dunia ni jangan suka menyombong sebab kita pun manusia biasa yang masih perlukan pertolongan orang lain... kalau suka menyombong... kalau mati gali kubur sendiri.. pastu tanam sendiri ye.. heheh.. kan pak cik hamzah
salam maal hijrah dari Ammi untuk pak cik hamzah sekeluarga...
regard : ammibear.com
Salam THJ,
ReplyDeletetengah mencongak-congak jugak ni untuk tukar absorber ngan tayar.
alahai.. terasa-rasa macam nak buat nasi dagang pulak ni...
SALAM,
ReplyDeleteMENGAPA HENDAK SOMBONG? KITA NI BEGITU INSAN KERDIL. TIDAK ADA SEORANG PUN ANTARA KITA YANG SEMPURNA. ALLAH YANG LEBIH BERKUASA DAN ALLAH TAK SOMBONG. ALLAH MAHA PENYAYANG.
"saya bukan ahlong, saya cuma mau tolong"
ReplyDeletesaya rasa ahlong sudi pinjamkan duit kat awak. :D
Assalammualaikum..
ReplyDeleteSalam perkenalan dari Bonda, Bonda Follow blog ini ya!
apa beza TOLONG dengan BANTU ye tuan haji.. tolong jawab boleh? hihihi
ReplyDeleteSalam Maal Hijrah Uncle ~
ReplyDeletekalo mE gatal belakang, guna kayu garpu yg panjang la uncle...hehehe
tapi yg lain tu mmg kene org tolong la, hehehehehe....
MAKDARA
ReplyDeleteMASUK TERUS KE AKAUN SECARA ONLINE TAK BOLEH KE ?
DINAS ALDI
ReplyDeleteADA TEMPAT MENGADU .. TAK PE !
AAP
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
BUKAN TUKANG RUMAH SAHAJA, FOREMAN REPAIR KERETA PUN KERETA DIA PALING TERUK !
MISZ SEPHIA
ReplyDeleteNASIB BAIK TENGGELAM TIMBUL .. KALAU TIMBUL TENGGELAM, SIAPA NAK JAWAB !
AZ
ReplyDeleteBETUL .. IKUTLAH RESMI PADI. LAGI PUN ULAR YANG MENYUSUR AKAR TAKKAN HILANG BISANYA.
betul tu uncle.. kita hidup ni kena saling tolong menolongkan.. xkira tua @ muda, kaya @ miskin...
ReplyDeleteuncle nak pinjam duit... blh jer, uncle nak baper posen... hehehe.. :)
AZRINA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
PERGI BUAT NASI DAGANG DULU, LEPAS TU BARU TUKAR ABSORBER DAN TAYAR !
LUAHFIKIRAN
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
KOMEN LF TELAH MELENGKAPKAN ENTRI SAYA. TERIMA KASIH KERANA SUDI ZIARAH.
KTS
ReplyDeleteKALAU NAK PINJAM KAT AHLONG, TAK YAH SAYA MERAYU KAT BLOG NI !
UMMIE BONDA
ReplyDeleteALAIKUMSALAM.
SAYA BERBESAR HATI KERANA UMMIE SUDI NAK FOLLOW SAYA.
SEMOGA UKHWAH BERPANJANGAN.
SA|MSS
ReplyDeleteKALAU AWAK NAK BANTU SESIAPA, SAYA BOLEH TOLONG.
ITULAH BEZANYA.
EMME
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
UNCLE PUN ADA BENDA TU, TAPI TAK SAMA DENGAN GARU SENDIRI KEPUASANNYA.
HAJARUS
ReplyDeleteUNCLE TAHULAH HAJAR ADA BANYAK DUIT SYILLING DALAM TABUNG. MANA CUKUP UNTUK TUKAR BATERI.
Salam Tuan Hamzah,
ReplyDeletesetuju ngan N3 ni, walau sehebat mana pun kita ni tetap memerlukan pertolongan.
Tapi kalau asyik minta tolong je..bila nak pandai..itulah yg selalu di bebelkan mak .
ReplyDeleteTuan Haji ..
seronok dapat gelak kuat masa baca komen2 kat n3 Tuan Haji ni...
Tolonggg...! Tolonggg...! Tolonggg...!
ReplyDeletetolong taipkan komen kat entri Bang Hamzah niiiii....
AIDAH
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
MEMANG BETUL .. CONTOHNYA MASA NAK BUAT KENDURI KAWIN ANAK KITA, PASTI TAK TERBUAT SORANG2 KAN. !
KAK WAN
ReplyDeletePRINSIPNYA - KERJA YANG BOLEH BUAT SORANG2, JANGAN MINTA TOLONG. KERJA YANG KENA BUAT RAMAI2, JANGAN BUAT SORANG2.
KALAU TAK IKUT PRINSIP TU, SENGAJA CARI NAHAS.
YANG LUCU TU, KOMEN SAYA KE KOMEN PEMBACA ? TOLONGLAH CAKAPLAH KOMEN SAYA.
AZIEAZAH
ReplyDeleteSAYA NI TENGAH KEMARUK NAK BUAT ENTRI.
BEBERAPA MINGGU DULU, TERTAHAN2 SEBAB NAK SELESAIKAN TUGASAN.
SEKARANG NI DAH SELESAI 'BAGAIKAN KUMBANG PUTUS TALI' SAYA.
salam tuan haji.
ReplyDeletesebab tu saya suka baca n3 tuan haji... sungguh sinis dan no 1......
saya perlu pertolongan! entri ni dah menyedarkan saya.
ReplyDeletenampaknya saya kene la kawen. eh? hihihi
ATIE
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
TERIMA KASIH ATAS PUJIAN TU .. IA MEMBERI SUNTIKAN SEMANGAT UNTUK SAYA TERUS MEMBUAT ENTRI.
NAK TANYA SIKIT.. ATIE KAWAN BAIK DENGAN KAK WAN KE ? KENAPA ? SEBAB DIA PUN PUJI SAYA BARU SEBENTAR TADI.
GADISBUNGA
ReplyDeleteLAMA BETUL AWAK TIDUR YA .. BARU SEKARANG TERSEDAR.
SEDAR2 JER, TERUS NAK KAWIN !
manusia tak sedo diri je rasa diri hebat dan tak perlukan orang lain
ReplyDelete