Friday, December 31, 2010

PETUA NAK BAGI ORANG SAYANG KAT KITA.

Siri Jelajah Maya - Rantai Kunci Ke 2.





Rantai kunci ini saya beli kat Oxford Street, London.
Masih baru. Kertas labelnya pun masih lekat lagi.
Saya sayangkannya kerana ia mempunyai pelbagai kegunaan.


Saya dapati sekurang-kurangnya ia ada 5 kegunaannya.


1. Sebagai rantai kunci,

2. Boleh mengetip kuku,

3. Boleh membuka tudung botol,

4. Boleh dibuat batu ladung (sinker) untuk memancing,

5. Boleh dibaling kat orang yang selalu memekak kat bilik kita.



Moral cerita : Manusia pun begitu juga .. makin banyak kegunaan dan kepandaian, maka makin sayang orang kat kita. Sebagai contoh kalau seorang imam itu dalam masa yang sama boleh mengubatkan orang, memperbaiki kenderaan dan pandai memasak misalnya, tentulah dia akan disayangi oleh orang setempat. Kalau ia ditukarkan, mungkin ada yang tunjuk perasaan. Dan begitulah sebaliknya. Kan ?

.

Hari ni cuti dan Isnin minta cuti nak hantar Ifa masuk sekolah Tingkatan 1. Maka bolehlah blogwalking puas-puas.

.

50 comments:

  1. Selalu ketip kuku Hari Jumaat.

    ReplyDelete
  2. hehehe...
    yang tak tahan boleh baling orang tu.. ;p
    manyak ganas ooo....

    ReplyDelete
  3. betul tu... banyak ilmu dan boleh memberi khidmat pada orang lain .

    ReplyDelete
  4. 5 dalam 1, mesti lebih sayangkan dari yang lain


    hehehe...kok kono baling kek kepala sah 'tekeneneng' sekejap

    ReplyDelete
  5. hurm, guru pun begitu, kalau rajin, berdedikasi tiba2 dikeluarkan dari sekolah, tak sedih budak2..

    ReplyDelete
  6. garangnya tuan haji!


    ketip kuku saya gantung di kunci kereta...

    ReplyDelete
  7. selamat bercuti-cuti..

    dan masuk sekolah semula..

    elok kalau dibekalkan mereka dgn rantai kunci tu sebagai senjata kot0kot ada cikgu yg garang

    ReplyDelete
  8. Assallamualaikum,
    Kalau mama nadz, tak nak guna rantai kunci tu untuk baling kat orang...nanti disambutnya..dibawa lari, melepas kita..beli kat London pula..jenuh nak pi pulak nak beli lain!
    Salam menyambut 2011!

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum THJ...

    Baling kat saya tuan haji..:):)
    Selamat bercuti dan berehat, tak gi mancing ker?

    ReplyDelete
  10. Salam pagi jumaat ya Tuan Haji...
    Mesti mahalkan..harganya..w/pun mungkin cuma beberapa pound tapi bila di tukar RM mesti banyak.

    Tak silap saya kat S'pore pun ada oxford street.

    ReplyDelete
  11. Nak tukar nama 'sayang' supaya semua org panggil sayang....



    Pssst;Saya pun ada rantai kunci tak ubah mcm tu...tapi gambar 'Singapore'. Anak murid yg berbulan madu ke sana beri...

    ReplyDelete
  12. Bagus kichin ini 5 in 1 ok tu kita suka jugak :)

    ReplyDelete
  13. pinjam sat....kuku dah panjang ni... :D

    ReplyDelete
  14. Jangan dibaling keychain tu pada orang yg memekak, JANGAN! sayang keychain tu, nanti rosak..hehe..

    ReplyDelete
  15. Kadang-kadang orang yang serba boleh ni kerap diambil kesempatan.. oleh orang disekeliling..

    ReplyDelete
  16. oh. skrg sy tau kenapa org tu lebih syg rantai kunci tu drpd sy.

    rantai kunci tu lebih 1 jerrr drpd sy.
    sy tak boleh jadi sinker. takpe. takpe.

    ReplyDelete
  17. Salam Tuan Hamzah,
    setuju ngan apa yg diperkatakan, tapi ada masanya ada gak yg tak tahu nak menghargai.

    ReplyDelete
  18. kegunaan kelima tu yang best. hahaha..

    tapi sayang jugak dengan barang tu untuk d baling kat orang. baik diberi percuma. hehe

    ReplyDelete
  19. nak orang sayang kite?emm kite sayang diri kite dulu lah.hehe.

    ReplyDelete
  20. Kegunaan yang ke 5 tak boleh tahan tu pakngah.

    Wah! Hari ini pakngah nak BW sakan ye...:D

    ReplyDelete
  21. kira 5-1 lah ni :) comel jer keychain tu :) kalau me jumpa, me nak beli gak lah :)

    ReplyDelete
  22. Salam tuan,

    Hari ini kakak pun cuti. Hantar anak sulung balik asrama hari Ahad.

    Key-chain tu pulak jangan sebarang baling. Kalau kakak yg kena baling terus sambut tak pulang semula.

    ReplyDelete
  23. Rantai kunci tu boleh buat kalong tak?
    Nak pnjam buat hantaran... hehehehe!

    ReplyDelete
  24. Selamat menyambut tahun Baru - maaf tak jawab soalan (masa dah time)

    ReplyDelete
  25. POK LI

    ELOK DIAMALKAN SELAGI KUKU ADA.

    ReplyDelete
  26. SAYANGSAYANGIBU

    DIA ORANG MEMEKAK TAK APA PULAK ?

    ReplyDelete
  27. ABU MUAZ

    TAK RUGI BELAJAR ILMU YANG BERGUNA .. KITA TAK TAHU BILA AKAN DIPERLUKAN.

    ReplyDelete
  28. IBUINTAN

    KALAU KONO MATO BOLEH JADI BUTO !

    ReplyDelete
  29. IMANSHAH

    MUNGKIN SEKOLAH LAIN ATAU JABATAN ATAU KEMENTERIAN LEBIH MEMERLUKAN KHIDMATNYA.

    LAGIPUN LAMBAT LAUN AKAN KENA BERTUKAR JUGA. BAGAIMANAPUN 'TIMING'NYA BIARLAH KENA. KAN ?

    ReplyDelete
  30. AZRINA

    TAK GARANG .. KALAU GARANG SAYA BALING DENGAN LESUNG BATU ! HEHE

    ReplyDelete
  31. IKAN EMAS

    CIKGU SEKARANG MANA ADA YANG GARANG. MURID GARANG ATAU IBUBAPA GARANG, ADALAH !

    ReplyDelete
  32. NADZ

    ALAIKUMSALAM

    BALING TU ACAH JER .. SAYA PUN SAYANG JUGA. TAPI KALAU TERDESAK, BOLEHLAH DIGUNAKAN.

    ReplyDelete
  33. UST ABD RAZAK

    ALAIKUMSALAM.

    TAK PERGI LAGI MANCING. SIBUK NAK BUAT PERSIAPAN ANAK NAK MASUK SEKOLAH. BARU BALIK DARI HANTAR YANG BONGSU TU GUNTING RAMBUT. RAMAI PULAK ORANG NAK BERGUNTING HARI NI.

    ReplyDelete
  34. KAK WAN

    SALAM KEMBALI.

    MASA SAYA BELI KADAR PERTUKARAN AGAK TINGGI. I POUND DEKAT2 RM7 JADI KALAU 2 POUND ADALAH DEKAT2 RM14

    ReplyDelete
  35. CKLAH

    ANAK MURID DAH BERBULAN MADU ?
    CEPATNYA ANAK MURID TU BERUMAH TANGGA. HEHE

    ReplyDelete
  36. AKUANAKPAHANG

    MULTI TASKING KATA ORANG SEKARANG.

    ReplyDelete
  37. FA*ATIP

    TAK PAYAH GUNA PENGETIP KUKU .. AWAK GIGIT JER LAH ! BUKAN TAK BIASA BUAT.

    ReplyDelete
  38. DINASALDI

    DEMI UNTUK MELEPASKAN GERAM, MANA INGAT ITU SEMUA.

    ReplyDelete
  39. ANIF

    TAK APA. ANGGAPLAH IA SATU SEDEKAH. KALAU NAK SEDEKAH HARTA BENDA MUNGKIN TAK ADA.

    ReplyDelete
  40. AIDAH

    BIASALAH .. MANUSIA MEMANG BERBAGAI RAGAM. MEREKA YANG TAK TAHU MENGHARGAI TIDAK AKAN DIHARGAI.

    ReplyDelete
  41. ASADA RYUTARO

    BALING DENGAN BENDA TU TAK MEMUDARATKAN .. CUMA LEBIH NAK MENAKUTKAN JER.

    ReplyDelete
  42. DYNA YVONNE

    UNCLE DAH LAMA MENYAYANGI DIRI SENDIRI !

    ReplyDelete
  43. YUS

    TAK BOLEH JUGA BW KE SEMUA TEMPAT. ADA MACAM2 BENDA YANG MAKNGAHNYA SURUH BUAT.

    BARU BALIK DARI HANTAR HAIQAL GUNTING RAMBUT.

    ReplyDelete
  44. MAMA ZHARFAN

    BELI LEBIH2 SIKIT YE .. CARILAH BENTUK YANG LAIN PULAK.

    ReplyDelete
  45. KAKZAKIE

    SALAM KEMBALI.

    SAYA PUN TENGOK2 ORANG JUGA KALAU NAK BALING .. KALAU AGAK2 DIA AKAN AMBIL SAYA TAK BALING.

    ReplyDelete
  46. MUNSYI RAGBAR

    BOLEH TAPI TAK PERNAH DIBUAT DEK ORANG.

    ReplyDelete
  47. AIDA ALI

    MEMANG MASA NI CIKGU2 TENGAH SIBUK. SAYA SANGAT BERTERIMA KASIH KERANA SEMPAT JUGA CIKGU SINGGAH BLOG SAYA.

    ReplyDelete
  48. KTS

    TAK GUNA BETUL ORANG ITU .. ADA KE ANAK DARA PUNYA CANTIK NAK DI BUATNYA SINKER. MEMBAZIR BETUL.

    SURUH SIANG IKAN PUN TAK PE JUGAK LAH KAN ?

    ReplyDelete
  49. daripada buat batu ladung...
    baik bagi kat saya!!!

    ReplyDelete
  50. DRSINGA

    SAYA TAK TERGAMAK NAK BUAT BATU LADUNG .. CUMA NAK MENCERITAKAN PELBAGAI KEGUNAANNYA SAHAJA.

    DENGAN LAIN2 PERKATAAN, TAK DAPATLAH SAYA NAK BERI KAT DR. HEHE

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.