Friday, December 31, 2010

MALAM INI MALAM TAHUN BARU.




akan ada pertemuan
akan ada perhimpunan
akan ada rempit-rempitan
akan ada sorak-sorakan
akan ada nyanyi-nyanyian
akan ada tari-tarian
akan ada minum-minuman
akan ada himpit-himpitan
akan ada keriangan
akan ada pergaulan
akan ada percampuran
akan ada yang tidak karuan.

akan ada sorak-sorai menghitung hari berganti
akan ada pertunjukan bunga-bunga api
namun acara masih belum berhenti
akan diteruskan sampai ke dinihari
mungkin terlajak sampai ke terbit matahari.
kita lihatlah hasilnya selepas 9 bulan nanti.

hasil apakah yang akan mari  ?
itu lu kena pikirlah sendiri.




.

33 comments:

  1. betul2x.mana yang leka, dibuai asmara dana tunggulah hasilnya.

    ReplyDelete
  2. mari kita muhasabah diri...itu semua uurusan duniwi kita hindarkan...tanya pada diri kita...takat mana kita sudah siap sedia menghadapi hari mendatang? hari akhir nanti??? makin terasa diri yang kerdil ini masih belum punya apa

    ReplyDelete
  3. Salam...
    selamat Tahun Baru 2011..

    Begitulah keadaannya...bila iman terlalu rapuh..maka mudahlah 'orang ketiga' memain peranan menggoda...menghasut...hingga terjebak!

    ReplyDelete
  4. Salam Tuan haji, Benar.. moralnya usahlah leka dgn hiburan duniawi semata-mata bukan alam dunia sahaja kita singgah byk lagi alam lainnya.

    ReplyDelete
  5. Na'uzubillah..

    Selamat menyambut 2011, Tuan Haji :D

    ReplyDelete
  6. Hasil mahsul..selamat tahun baru abg Hamzah..

    ReplyDelete
  7. Menurut laporan akan terdapat banyak kond** di kawasan letak kereta di bawah dataran merdeka setiap kali selepas sambutan tahun baru.

    Astagfirullah.

    ReplyDelete
  8. kalau masih tak berubah,
    memang sangat teruk lah,
    9 bulan nanti polis pun mengah,
    siasat sana sini tak sudah-sudah,

    macamana nak berubah,
    kalau mak ayah pun anggap mudah.

    tambah lagi maruah mereka tu harganya murah.

    murah! murah! murah!

    ReplyDelete
  9. AL..salam dan selamat menyambut tahun baru 2011.
    semoga umat islam semua dilindungi dari perkara perkara yang tdak diingini.
    takut kalau selepas 9 bulan akan ditemui lagi..bayi2 yang dibuang..

    ReplyDelete
  10. cepat juga hasilnya boleh dituai ya. Kalau pokok durian, slps 5 thn br bole rasa hasilnya

    selamat tahun baru.

    ReplyDelete
  11. bersederhana yg terbaik..

    selamat tahun baru..hihi

    ReplyDelete
  12. salam

    kita cuma tulis 'planner' utk tahun 2011 je... ~

    ReplyDelete
  13. salam tuan blog...sungguh sinis puisi tahun baru tu...hahaha

    ReplyDelete
  14. Tn Hj AL...
    Semoga kita semua terus dirahmati ALLAH...
    Saya memang sangat takut dan gentar apabila memikirkan tentang situasi di malam tahun baru. Kesannya memang amat buruk pada masa kini dan masa akan datang jika ia terus berlaku...

    ReplyDelete
  15. MONALEA
    SONATA ANAK KANCIL
    PN KARATINI
    AKAUANAKPAHANG
    DINAS ALDI
    RELEVAN
    YUNUS BADAWI
    ASADA RYUTARO
    KAK ERNA
    KU TAK SEMPURNA
    JEDI
    AZUAN
    MIECYBER
    HONEYBUNNYA
    IMANSHAH
    MANJE
    ENDIEM
    YUSRI
    KUASAI MINDA

    TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DAN MENINGALKAN KOMEN DAN UCAPAN.

    SEMOGA APA YANG KITA BIMBANGKAN TIDAK AKAN BERLAKU.

    ReplyDelete
  16. Entah di mana perlunya segala hiburan yang melalaikan itu! :(

    Selamat Tahun Baru buat tuan dan keluarga semoga sekiranya ada gelita akan sirna di sinar suria... InsyaAllah. :)

    ReplyDelete
  17. KAKCIK

    TERIMA KASIH ATAS UCAPAN ITU. SEMOGA KAKCIK KETEMU APA YANG DICARI2 SELAMA INI.

    ReplyDelete
  18. ABU MUAZ

    TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG WALAUPUN KEDAI DAH NAK TUTUP. HEHE

    ReplyDelete
  19. salam tahun baru pakngah
    kan lebih baik kalau tahun baru disambut dengan solat hajat agar tahun baru ini bakal dihadapi dengan segala perkara baik insya Allah....tp dh mula dengan pesta....emmmm...mgkn juga akan ada hasilnya selepas 9 bulan nnti...nauzubillah....

    ReplyDelete
  20. Salam Uncle...
    Hasil yg sama 9 bulan selepas sambutan 31 Ogos...

    HNY 2011..!!

    ReplyDelete
  21. ROSNANIE

    ENTAHLAH .. APA NAK JADI. MASA PAK LAH JADI PM DULU, KALAU TAK SILAP SAYA, DIA SEMPAT PERGI DUA SAMBUTAN DALAM SATU MALAM. SATU KAT KLCC DAN SATU LAGI KAT DATARAN MEREDEKA.

    MAKNANYA IA MENDAPAT SOKONGAN DARI PUCUK PIMPINAN.

    ReplyDelete
  22. CIK SHINJU

    APA NAK JADI .. NEGARA MUNKGIN MAJU DARI SUDUT FIZIKAL, TAPI DARI SEGI SPIRITUALNYA SEMAKIN ERODED.

    ReplyDelete
  23. la..dah lepas ke sambutan tahun baru..tak perasan plak. rasa mcm kat tgh laut je semlm..

    ReplyDelete
  24. MENTIBANG LAUT

    MACAM MANA RASA DUK KAT TENGAH LAUT TU ?

    ReplyDelete
  25. rasa kosong dan bebas...sunyi dan sepi..hanya bunyian desiran belahan ombak dihadapan dipayungi dengan ribuan bintang2 yg berkerlipan.

    ReplyDelete
  26. MENTIBANG LAUT.

    MEMANG SYAHDU DAN MENGHBIBAKAN !

    KITA KENA MENCIPTA BAHAGIA WALAU DI MANA KITA BERADA .. USAH DITUNGGU ATAU DIKEJAR AKAN IANYA. KERANA ANDA PASTI AKAN KECEWA. KALAU PUN ANDA BERJAYA MENDAPATNYA, IANYA HANYALAH SEMENTARA JUA. PASTI TIDAK AKAN KEKAL LAMA.

    WAH SYOK PULAK BUNYINYA. NAK TEMPEK KAT FB JUGAK LAH !

    ReplyDelete
  27. Selamat tahun baru..harap bona tak di apo yang yang terjadi..

    ReplyDelete
  28. Yang pastinya uncle...tahun baru bermakna umur kita makin dekat dengan kubur..:)

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.