Thursday, December 16, 2010

KISAH PERGI LANGKAWI 1 - CURI-CURI DENGAR.

Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada:

Kakcik, Abang Temuk, Yus, GadisBunga, Dinas Aldi, Sayangsayangibu, KTS, Ikan Emas, Ust Abd Razk, Eye_nee, Kucingorengemuk, Insan Marhaen, RKA dan Manje yang sudi bermain-main di laman ini.

...............................................

Mengambil kesempatan saya bertugas di Langkawi dari 11 hingg 14 Disember, dua orang anak dan seorang sepupunya, bapa mertua dan isteri saya balik ke Perlis. Saya dihantar mereka terus ke Kuala Perlis untuk ke Langkawi. Dapat feri 3.15 petang. Mereka pula meneruskan perjalan ke rumah ayah isteri saya di Kangar. Mereka join saya di Langkawi, dua hari kemudian.

Sebelum itu, semasa dalam kenderaan, saya sempat curi-curi dengar anak-anak saya dan sepupunya berbual dan bercerita.


Cerita 1: Sekolah Baru.

Tahun depan Ifa dan sepupunya masuk tingkatan 1. Sekolah mana belum tahu lagi.

Ifa: Kalau dapat Ifa nak masuk sekolah X. Cikgunya tak kisah kita nak pakai tudung ke tidak. Nak belajar ke tak nak belajar pun cikgunya tak kisah.

Sepupu: Kalau cam tu .. baik tak yah sekolah.

Ambil kau Ifa.

Cerita 2: Cerita Saman

Iqal: Hari apa orang yang tak ada lesen tak takut bawa kereta ?

Ifa dan Sepupu: Entah ... ! Hari apa ?

Iqal: Hari Raya.

Ifa dan Sepupu: Kenapa lak hari raya ?

Iqal: Kalau kena saman, boleh minta maaf .. kan ke hari raya !


Cerita 3. Justin Bieber.

Iqal: Penyanyi yang Iqal paling benci ialah Justin Bieber. (Ifa pula sangat meminati Justin Bieber)

Sepupu: Kenapa lak ?

Iqal: Sebab dia bukan Islam.

Ifa: Kalau dia kawin dengan Ifa nanti .. dia masuk Islamlah!

.............................................................................................

Sub-Entri: Jumpa YB di Gurun Sahara

Semasa dalam perjalan ke utara, saya berhenti makan tengah hari di R & R Gurun. Dengan tak semena-mena saya terjumpa Yunus Badawi. Saya tegur dia dulu. Dia mungkin tak cam saya. Hari Sabtu selalunya saya tak hensem macam dalam gambar profil. Dia sekeluarga pun nak bercuti ke Langkawi.

Memang benarlah kata orang "dunia kini semakin kecil". Tapi yang hairannya kenapa tol makin naik !



Haiqal, Haikal dan Yunus Badawi.

Siapa boleh teka .. yang mana satu YB ? Hehe. Jangan marah YB. Banyak untung berniaga coklat ?

.

32 comments:

  1. Hehehe...kelakarlah budak2 ni. Jue gi langkawi aritu 4hb hingga 6hb Dis. Ramai sgt org uncle...

    *YB pun hari Sabtu tak hensem mcm gamba yg tergantung kt bilik di ofis dia. hehehe...

    ReplyDelete
  2. bak coklat skit Uncle! jgn lupe antaQ ke ting 13 yea...

    ReplyDelete
  3. Salam bang.

    Saya tak perasan abg sebab masa tu sedang memilih ikan keli yg besar utk Haikal. Seekor RM2.50! Kenalah cari yg gemuk2 hehehe

    ReplyDelete
  4. Cokelat2 yg banyak tu kami faraidkan kpd saudara mara, sahabat handai dan jiran2.

    Berniaga mcm tu lagi untung. Keuntungan akan diraih di Akhirat esok insyaAllah.

    ReplyDelete
  5. perbualan yang menarik..

    paling suka perbualan yang first tu.. satu teguran yang tulus.. (^__^)

    ReplyDelete
  6. jeles..

    sebab belum sempat nak bercuti..


    huhuhuhuhu..

    buat macam tuan laa..
    sambil tugas sambil mengintai..

    pstt...
    terima ksih catat IE sebagai pengintai setiaa..nk join kontes ada masa lagi kan ????

    ReplyDelete
  7. ooooo...

    tuan memang cerdik geliga dan suka kenakan orang...

    IE perasan yg kontes tu bertarikh 20 Dis ??? hari ni baru .....

    ReplyDelete
  8. Wahhh, nanti ada menantu Justin Bieber Abdullah...heheheh!

    ReplyDelete
  9. igtkan pompuan je melaram bila pegi keja..hehehe

    ReplyDelete
  10. wahhh...jumpe YB di sana??

    ***

    GB pun tak suke sgt2 dgn justin bieber. kalau dia masuk islam pun gb takmo kawen dgn dia. tapi dia pun macam nak kawen dgn gb pun.

    tapi buat apa nak fikir kan? gb tak suka dia la!!!

    ReplyDelete
  11. dah lama tak ke sana... gamaknya rindu mahsuri kat saya...

    ReplyDelete
  12. Salam...

    Justin Bieber masuk islam..best tu..
    Saya pun kalau boleh nak suh Enrique Iglesias masuk Islam gak.. ;p

    ReplyDelete
  13. seronok jugak dengat budak2 bercakap. macam-macam impian.. sampai nak justin bieber masuk islam. hihi..

    ReplyDelete
  14. KAKCIK

    MAKNGAHNYA DAH TERBELI VISION .. TRELUPA NAK BELI HACKS !

    ReplyDelete
  15. JUE

    MASA UNCLE PERGI, TAK RAMAI SANGAT .. MACAM HARI2 BIASA JER.

    OH .. JUE DAH PERNAH PERGI OFIS YB. SAYA BELUM PERNAH SAMPAI LAGI.

    ReplyDelete
  16. EMME

    COKLAT YANG EMME BELI MINGGU LEPAS DAH HABIS KE ?

    TAK BAIK MAKAN BANYAK2, NANTI KEGEMUKAN.

    ReplyDelete
  17. YB 1

    SALAM KEMBALI.

    ABG NAMPAK IKAN2 TU SAMA JER SAIZNYA.

    YB 2.

    FARAID NI BUKAN UNTUK PEMBAHAGIAN HARTA ORANG YANG DAH MATI KE ?

    ReplyDelete
  18. FAARIHIN

    MEMANG BUDAK2 AKAN CAKAP APA SAHAJA YANG TERLINTAS DI FIKIRAN MEREKA TANPA BERFIKIR PANJANG.

    ReplyDelete
  19. IKAN EMAS 1

    NAK JOIN SILAKAN .. TAPI AWAK ADA MASA KE NAK SELONGKAR SEMUA ENTRI2 SAYA TU.

    IKAN EMAS 2

    20HB TU ADALAH TARIKH AKHIR CONTEST TU.

    ReplyDelete
  20. DINAS ALDI

    AYAH DIA TAK MAHU BERANGAN-ANGAN ! HEHE

    ReplyDelete
  21. HAMIZAH

    ORANG LELAKI JUGA PANDAI MELARAM .. TAPI DIA TAK KISAH SANGAT TENTANG MATCHING-MATCHING NI !

    ReplyDelete
  22. GADISBUNGA

    UNCLE BACA KOMEN AWAK NI AGAK KONFIUS SIKIT.

    BETUL KE SI JUSTIN TU NAK KAWIN DENGAN GB ?

    ReplyDelete
  23. CEMOMOI

    BERDIRI BULU ROMA SAYA BILA AWAK CAKAP MACAM TU .. KENAPA ? SILA BACA SAMBUNGAN ENTRI INI.

    ReplyDelete
  24. CIK SHINJU

    SALAM KEMBALI.

    KAT YUSUF ISLAM TAK MINAT KE ?

    ReplyDelete
  25. ASADA

    SAYA TUMPANG GELAK DENGAR MEREKA BERBORAK.

    DALAM DIAM2 CURI JUGA IDEA MEREKA UNTUK BAHAN BLOG! HEHE

    ReplyDelete
  26. salam..
    banyak borong coklat tak?hantaq mai kat saya sikit...

    ReplyDelete
  27. As'salam...

    banyak ke bawak balik coklat leh la uloq kat orang kelate sikit he3...

    ReplyDelete
  28. baju budak2 kecil lagi mahal drpd baju budak2 besar.

    .
    .

    logiklah bila dunia semakin kecil, tol makin mahal.

    ;)

    ReplyDelete
  29. SITI MURNI

    TAK BANYAK .. CUKUP UNTUK MAKAN SEHARI DUA JER !

    MAK OI JAUHNYA NAK HANTAQ!

    ReplyDelete
  30. KTS

    BARU SAYA PERASAN .. ORANG PUN BEGITU. MAKIN COME LOTE MAKIN MAHAL.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.