Kejap tadi saya suka-suka taip 'rompak saya' kat Google Search .. lihat dapat nombor 1 kat carian Google. Terima kasih blogger akuanakpahang yang memberi ilham untuk buat macam ni. Patut kah saya berasa seronok ?
........................................................................................
Semalam dalam perjalanan balik dari tempat kerja, saya singgah di sebuah bank untuk mengeluarkan wang. Ada beberapa orang berurusan kat mesin ATM. Saya perhatikan ada seorang teruna yang saya yakin mamat Bangla sedang berdiri di tepi dinding dengan kelakuan yang agak mencurigakan.
Bila semakin hampir giliran saya hendak mengeluarkan wang, dia pun semakin mendekati saya. Akhirnya tinggallah kami berdua. Saya rasa cuak juga. Manalah tahu dia hendak merompak saya. Tapi bila saya jeling-jeling dengan ekor mata saya, saya berkata dalam hati
mamat ni rasanya aku boleh "makan" ..
Sebaik selesai urusan saya dan ingin beredar, dia menghampiri saya seraya berkata:
'tolong abang' sambil menunjuk-nunjukkan kad ATMnya.
Fahamlah saya. Rupanya dia nak minta tolong. Saya cuba cakap Melayu, dia menggeleng. Saya cakap Inggeris, dia juga menggeleng. Saya pula belum belajar cakap Bangla. Saya tidak tahu samada dia hendak mengeluarkan wang, menyemak baki atau membuat pemindahan wang.
Tetapi dari isyarat tangannya saya tahu dia hendak mengeluarkan wang. Lalu saya mengisyaratkan supaya dia memasukkan kad ATMnya dan menekan nombor PIN. Dia pun berbuat demikian.
Kemudian mesin tu tanya dari Akaun Simpanan atau Akaun Semasa. Saya tanya dia yang mana satu. Dia pun terpinga-pinga. Dengan menggunakan KomenSen, saya pun tekan Akaun Simpanan. Kemudian mesin tu tanya lagi jumlah yang di kehendakki. Saya tunjukkan kat dia angka mana yang dia hendak di antara RM50 sehinggalah RM1,500.
Saya perhatikan dia gelisah bila meneliti angka-angka itu.
Setelah dia tak tahu nak membuat keputusan, sekali lagi dengan menggunakan KomenSen, saya tekan angka RM50. Keluarkan kenyataan yang kalau tidak silap saya lebih kurang begini
"baki wang dalam akaun tidak mencukupi"
Lalu saya tekan menu untuk memeriksa baki. Saya dapati dalam akaunnya cuma berbaki sebanyak RM53.00 sahaja. Setelah saya tunjukkan baki yang ada, lalu dia mengisyaratkan 4 jari kepada saya. Saya tekan 'lain-lain jumlah' dan seterusnya memasukkan angka 40. Duit sebanyak RM40 pun keluar. Dia pun tersenyum dan cepat-cepat mengambil duit itu dan berlalu pergi tanpa mengucapkan terima kasih. Tak apalah.
Pengajaran dan kesimpulan.
1. Orang yang tak tahu cakap Melayu atau Inggeris pun boleh hidup di negara kita.
2. Jangan cepat berburuk sangka dengan orang (ditujukan kepada diri sendiri).
3. Saya adalah seorang yang boleh dipercayai dan boleh diminta pertolongan, sekurang-kurangnya pada pandangan Mamat Bangla tu. Jadilah !
..............................................................................................................................
sy pun pernah mengalami situasi yg sama di RHB bank
ReplyDeletetp sy berhadapan dgn negro yg berbadan jauh lebih besar drpd sy, jauh lebih tinggi drpd sy
komunikasi kitaorg mcm komunikasi itik dan ayam, maka kitaorg menggunakan body language je
kemudiannya dia angguk2 kepala senyum tanda t/kasih barangkali slps dia berjaya keluarkan duitnya
tolong abang.. agaknya hanya ayat itu yang dia baru belajar
ReplyDeletenasib baik dia minta tolong dengan 'abang' yang ada komensen, kalau dengan orang lain mungkin mat bangla tu terkulat-kulat tak dapat keluarkan wang
salam uncle
ReplyDeletebagi kita la kan, tak salah juga kalau uncle berhati2... malang tak
berbau...
mat bangla tu beruntung sbb jumpa uncle yg baik, kalo jumpa org yg salah... um silap haribulan rm 40 tu pun kena kebas... (^^) ~
Salam Tuan,
ReplyDeletememang kat cni bukan saja ramai mat bangla malah macam macam mat lagi...
berwaspada tu memang perlu ... terutama kat kawasan banyak duit dan mendatangkan duit... tak perlu rasa bersalah bila tersalah anggap...
semuga terus berwaspada dan membantu jika keadaan mengizinkan..
Layannnnnn..
Mujur juga boleh keluar jumlah RM40 tu... di sesetengah ATM, tiada wang RM10 disediakan (atau telah kehabisan).
ReplyDeleteSaya juga pernah mengalami situasi lebihkurang begitu. :)
hari tu aku ada jumpe kad mekbenk jatuh kat atm mesin
ReplyDeleteaku kasi kat pak gard
baik kan aku
kekekeke
Sekali lagi pakngah buat saya ketawa di pagi hari pada ayat :::sekurang-kurangnya pada pandangan Mamat Bangla tu. Jadilah !:::
ReplyDeleteSaya pun pernah menghadapi situasi yang sama, tapi nasib baik dia pandai juga berbahasa melayu sikit2...:)
Assalamualaikum...
ReplyDeleteSaya pernah ke Uzbekistan, bang haji. Allahu akhbar, sangat payah nak berkomunikasi dengan orang tempatan, tak reti bahasa inggeris apatah lagi guna bahasa kita..
Salam Tuan Haji..,
ReplyDeleteCam manalah mamat bangla tu nak ucapkan terima kasih ..cakap melayu dia tak pandai..
Saya bukan saja sudah biasa cuba kes cam ni..,tlg apek tua deposit rm pun selalu gak.
nak mintak tolong 'cocok duit' boleh? tapi dari akaun tuan haji, hehehehe
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteKalau kakak berada waktu tu pun sama. Takut sebab dah banyak berlaku dekat-dekat lepas tu zuppp cabut lari...
Mereka boleh hidup di negara kita kerana kita semuanya boleh belaka. Tengoklah mamat bangla tu tunggu sehingga seorg yg dia boleh percaya baru minta tolong. Kenapa tak minta tolong org sebelumnya?
kalau ikut komensen saya, saya cabut lari. Tak berani saya..hehe
ReplyDeleteSalam Tuan haji, Moralnya kita kena bersangka baik dan sentiasa jugak kena berwaspada kerna malang tidak berbau. New Entry "Sakit hati... Kelisa... Hanis Zalikha"
ReplyDeletekalau saya tuh, saya da lari pakcik. sebab saya takut. huhu
ReplyDeleteSalam Tuan..
ReplyDeleterasa saaya tuan ada banyak guna kata-kata kunci tu dalam entri sebelum ini,itu yang buat carian google menjadikan blog tuan pertama sekali di dunia dari segi SERP..he he(kira mantop tu..tahniah)
Hari ini mungkin duit dia cuma ada RM53. Bila abg jumpa dia lagi duit dia mungkin dah jadi RM53 ribu. Masa tu dia dah boleh cakap Melayu.
ReplyDeleteAbg juga yg belum boleh cakap Bangla hehehe
kalau saya....errr....mungkin saya pas kat org lain kot. takut nanti jadi gosip yg tak tersangka pulak. kihkihkih
ReplyDeleteAs'salam...
ReplyDeleteamy x nak komen banyak tapi amy cume nak ketawa je he3... tuan haji baru berdepan dengan sowang mamat bangla yang x tahu bahasa melayu n inggeris.. macam mane pulak yang amy sellau berdepan dengan berpuluh atau mungkin juga beratus bangla yang x faham bahasa.. sakit jiwa ow.. bile baca tadi senyum memanjang amy..
seb bek jumpe pakcik yg baik hati..kalo x?
ReplyDeletekalau nama saya...
ReplyDeleteakan panjang berjela rantai kunci itu..
.
.
pakngah berwajah jujur...
suspens jap td....tp me sgt takut utk tlg strangers...sbb kat msia kan anything possible...
ReplyDeleteitu la, kenkadang cuak juga bila org dok pandang semacam mase kat atm. Bukan nak bersangka buruk, tapi hanya langkah2 pencegahan diutamakan :)
ReplyDeletesalam
ReplyDeletealahai mamat bangla...ada rm53 pun boleh hidup...agaknya baru masuk mesia kut..tak byk perkataan yg blaja lagi..
Saya adalah seorang yang boleh dipercayai dan boleh diminta pertolongan, sekurang-kurangnya pada pandangan Mamat Bangla tu. DAN PADA PANDANGAN SAYA JUGA.
ReplyDelete.
.
tambah lagi satu pandangan
;)
saya percaya kat awak. boleh lah saya minta pertolongan awak, kan.
saya pernah berada ditempat bangla tu tadi... masa mula2 nak pakai kad atm.... tak reti... tapi mintak tolong dengan org melayu islam kita la... bukan dengan mat bangla...hehehehhe
ReplyDeletetahniah tuan haji...tuan haji mmg orang yang mempunyai nilai pertolongan yang tinggi..semoga Allah terus memberkati tuan haji sekeluarga
ReplyDeletekesian dia..kalau saya, dah lari..
ReplyDelete"Orang yang tak tahu cakap Melayu atau Inggeris pun boleh hidup di negara kita."
ReplyDeleteMemang betul tu Tuan Haji. Saya pernah jumpa sorang Nepal yg bekerja di sini, langsung tak tau cakap Melayu atau Inggeris. Pakai bahasa isyarat saja dia sambil cakap Nepal, heheheh
salam tuan AL,
ReplyDeletesaya pun penah kena cam tu gak.. tapi saya tahu dia bukan nak rompak saya sebab dia nampak saya bawak keta kecik, maknanya saya tak banyak duit la tu. kalau saya bawak keta besa cam estima ker, kemri ker, hah harus saya berhati2.. hehehe.. jangna maraa nanti kena jual..
Saya pernah sesat di Rawang...dan tanya jalan pada orang Bangladesh...
ReplyDelete:D
bukan pandai berbahasa inggeris saja dapat cari makan dalam dunia ini.
ReplyDeleteapa pun perasaan curiga sangat perlu juga bang.
Nanti saya nak minta tolong Al Lavendari jugaklah....
ReplyDeleteWANITA BERTUDUNG HIJAU
ReplyDeleteMEMANG KITA ORANG MALAYSIA SANGAT SUKA MENOLONG LEBIH2 KALAU ORANG ITU ORANG ASING.
IBUINTAN
ReplyDeleteMUNGKIN ORANG LAIN NAK CEPAT KOT .. MALAS NAK LAYAN. SAYA TERPAKSA LAYAN SEBAB KESIAN DAH TAK ADA ORANG LAIN DIA NAK MINTA TOLONG.
MANJE
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
KALAU DIA KELUARKAN RM4 RIBU DULU, MUNGKIN UNCLE MINTA KOMISYEN DARI DIA ! HEHE
AZMNOR
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
KADANG2 TU SERBA SALAH NAK TOLONG SEBAB PERNAH DENGAR ORANG YANG NAK TOLONG ORANG YANG KERETA ROSAK AKHIRNYA KENA ROMPAK OLEH ORANG YANG KENA TOLONG.
KAKCIK
ReplyDeleteTAPI KAT BANK YANG SAYA CERITA NI BANYAK MESIN ATMNYA .. RASANYA PASTI ADA SALAH SATU YANG PUNYA DUIT RM10.
ALIEN
ReplyDeleteHARI INI SAYA DIKUNJUNGI OLEH ALIEN.
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN KALI PERTAMA. RASANYA.
HA AH AWAK MEMANG BAIK ! HARAP TERUSKAN BERBUAT BAIK TU.
YUS
ReplyDeleteMASALAH DIA NI BERGANDA, DAH LAH TAK PANDAI BER BM, DUITNYA YANG ADA SIKIT SANGAT. NASIB BAIK MESIN ITU ADA DUIT PECAH.
UST ABD RAZAK
ReplyDeleteALAIKUMSALAM.
GUNA BAHASA KITA TENTULAH PAYAH. SAYA NAK CAKAP DENGAN ORANG MELAYU SARAWAK PUN KADANG2 PAYAH NAK FAHAM.
SAYA TERINGIN NAK PERGI MELAWAT NEGARA YANG ADA "TAN TAN" DIHUJUNG NAMANYA. SETAKAT INI SAYA BARU SAMPAI KELANTAN SAHAJA. HEHE
KAK WAN
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
YE TAK YE JUGA .. SAYA LUPA DIA BELUM PANDAI CAKAP MELAYU LAGI.
KUCINORENGEMOK
ReplyDeleteBOLEH ... MANA KADNYA ?
KAKZAKIE
ReplyDeleteALAIKUMSALAM.
SAYA TAK PASTI ANTARA KITA SIAPA LEBIH TUA. RASANYA SAYA LEBIH TUA KOT.
MUNGKIN DIA DAH MINTA TOLONG SEBELUM ITU AGAKNYA .. TAPI TAK ADA SIAPA YANG SUDI LAYAN SEBAB NAK CEPAT. MAKLUM HARI DAH PETANG.
RASANYA INI KALI PERTAMA KAKZAKIE MENINGGALKAN KOMEN KAT BLOG SAYA. TERIMA KASIH.
MISZ SEPHIA
ReplyDeleteTINDAKAN CABUT LARI ITU SATU TINDAKAN YANG BETUL. BAK KATA ORANG PUTIH TU "YOU CAN'T BE TOO CAREFUL"
AKUANAKPAHANG
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
MEMANG SUSAH NAK MENGIMBANG DIANTARA BERSANGKA BAIK DAN BERWASPADA SEBAB GARIS PEMISAHNYA TERLALU NIPIS.
AJEE
ReplyDeleteBIASALAH TU ... ORANG TAKUT SELALUNYA LARI !
ZULKBO
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
SAYA TAK FAHAM APA ITU SERP. TAPI INI KALI KEDUA SAYA GUNAKAN PERKATAAN ROMPAK DALAM ENTRI SAYA. SAYA CHECK MELALUI GAJET SEARCH TU.
YB
ReplyDeleteENTAH2 NANTI DIA MENYEMENDA PULA DENGAN SEDARA MARA SAYA. SIAPA TAHU. ITU SEMUA KUASA ALLAH.
GADISBUNGA
ReplyDeleteMASALAHNYA UNCLE NAK PAS KAT SIAPA, CUMA UNCLE SAHAJA YANG ADA LAGI.
AMY SYAQUENA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
SAYA TAK DAPAT FAHAMI MASALAH AMY SEBAB SAYA TAK TAHU APA KERJA AMY SEBENARNYA.
PAISH
ReplyDeleteBUKAN SUSAH SANGAT NAK TOLONG PUN. KALAU DIA MINTA HANTAR BALIK BANGLADESH, LAINLAH ! HEHE
DRSINGA
ReplyDeleteAGAK-AGAK APALAH NAMA PENUH DR YE !
NAMA SAYA SEBENAR BOLEH DI EJA DENGAN SATU HURUF SAHAJA. HAMZAH.
SEMASA ANAK2 SAYA KECIK DULU, MASA DIA BARU BELAJAR ALIF BA TA, BILA SAMPAI TANG HURUF HAMZAH TU, MESTI DIA ORANG TERHENTI2/WAS-WAS NAK SEBUT.
MAMA ZHARFAN
ReplyDeleteBUKAN KAT MALAYSIA JER, KAT DALAM MASJIDIL HARAM PUN ADA PENCOPET. MORAL OF THE STORY, KITA HARUS BERWASPADA WALAU DIMANA KITA BERADA.
MASZUBER
ReplyDeleteBETUL ... SEPERTI YANG SAYA SEBUT DI ATAS TADI 'YOU CAN'T BE TOO CAREFUL'
KAMSIAH
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
BUKAN SAHAJA DUIT TAK BANYAK, KAWAN DIA PUN BELUM RAMAI LAGI. ATAU SEBAB DUIT TAK BANYAK, TAK ADA ORANG NAK KAWAN DENGAN DIA. ENTAHLAH !
KTS
ReplyDeleteTAKKANLAH AWAK NAK KELUAR DUIT KAT ATM NAK MINTA SAYA TOLONG JUGA !
ALIMAZ
ReplyDeleteSEMUA ORANG TAK TAHU SEBELUM TAHU KAN !
ROM
ReplyDeleteTENTANG NILAI TU SAYA SETUJU .. KAT N.S NI MEMANG PUNYA NILAI YANG BESAR. HEHE
HAMIZAH
ReplyDeleteELOKLAH JALAN JE .. LARI NANTI JATUH PULAK !
DINAS ALDI
ReplyDeleteMANA AWAK TAHU DIA CAKAP NEPAL ? ENTAH-ENTAH DIA ORANG REMBAU.
AANAS
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
ORANG YANG PAKAI KERETA KECIK LAH BANYAK DUIT. ORANG PAKAI KERETA BESAR, DUIT DIA DAH HABIS BELI KERETA BESAR.
CKLAH
ReplyDeleteNASIB BAIK CIKGU TAK SAMPAI KE DHAKA !
ABU MUAZ
ReplyDeleteBETUL ..ORANG YANG TAK PANDAI BERCAKAP PUN BOLEH CARI MAKAN. POKOKNYA RAJIN.
TERIMA KASIH ATAS NASIHAT AWAK TU. NANTI BILA SAYA CURIGA KAT AWAK, AWAK JANGAN MARAH PULAK YE !
MIECYBER
ReplyDeleteAWAK KENALAH JADI ORANG BANGLA DULU ! HEHE
bagus dapat tolong orang, apa2 pun hati2
ReplyDeleteSHARINGINFOZ
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS INGATAN ITU !
Assalamualaikum wrmbth,
ReplyDeleteBerbaik sangka harus pada tempatnya juga kan tuan, kalau dah tengah malam berlaku perkara diatas, memang wajar keluarkan duit berteman. Seorang diri bahaya tu. :)
kalau mencurigakan tingkah nya, saya pun lari. hehe tapi susah not to judge kan, and bila kita sendiri dipandang semacam, baru kita tau rasanya.
ReplyDelete