Thursday, December 30, 2010

3 HARI 2 MALAM DI KOTA BHARU.

KAKCIK,YUS, KTS, MAMA ZHARFAN, ANIF, UST ABD RAZAK, ZULKBO, IMANSHAH, AKUANAKPAHANG, DINAS ALDI, RELEVAN, IBUINTAN, SAHROMNASRUDIN, SAYANGSAYANGIBU, UMMI HUMAIRA, KAKZAKIE, JEJARI HALUS, DR SINGA, GADISBUNGA, PAISH, MIECYBER, AUJINZ, CEMPAKA, MISZ SEPHIA, CIK SHINJU, AZ, ABANG TEMUK,  ROSNANIE, HAJARUS, ASADA RYUTARO, KUCINORENGEMUK, TIJAH, CKLAH, SHA, MONALEA, ZOOL@TOD,  ABU MUAZ, LYDIA MIZA, FA*ATIP, KAK ERNA, HONEY BUNNY, HIDIER, POK LI, ARDINIMUHUMAIRA, MAKDARA TERDIVA, AMY SYAQUENA, MENTIBANG LAUT, YB.

Terima kasih atas kesudian anda berkunjung dan meninggalkan komen pada beberapa entri saya yang lalu. Saya minta maaf tak dapat balas komen anda satu persatu macam selalu kerana berada di luar kawasan. Maaflah kalau ada nama yang tercicir.

.............................................................................................................................

Sekarang masuk entri hari ini.

Kali terakhir saya ke Kota Baharu adalah pada bulan Puasa yang lalu. Ada saya buat entri di sini. Kali ini saya datang lagi, dan menginap di hotel yang sama. Perjalanan agak terganggu sedikit kerana hujan berterusan. Cuma berhenti sekejap-sekejap sahaja. Terpaksalah mengusung payung ke sana ke mari.







Gambar 1. Di Klia. Nak tunjuk beg baru, beli kat Kuching tempoh hari yang masih "kurus"



Gambar 2. Makan tengah hari kat Restoran Nasi Ulam Cikgu. Ramai orang terpaksa beratur untuk mendapatkan tempat. Kalah KFC.



Gambar 3. Singgah tempat orang buat batik dan tengok orang tengah mencanting



Gambar 4. Pekan Pengkalan Kubor. Tak ramai pengunjung walaupun cuti sekolah. Sebabnya barang-barang yang dijual banyak dijual di Wakaf Che Yeh dengan harga yang lebih murah pula. Baik beli kat Wakaf Che Yeh.




Gambar 5. Dengan rakan-rakan di pasar malam Wakaf Che Yeh sebelum membawa haluan masing-masing dan bertemu semula di kenderaan seperti masa yang dijanjikan (walaupun taklah tepat sangat).



Gambar 6. Singgah beli serunding tempat kilang membuatnya. Rumah tokeh (wanita) dibelakang kedai punyalah besar, kalah rumah saya. (Tak nampak dalam gambar)



Gambar 7.  Minum teh o panas di tepi sungai Kelantan.



Gambar 8. Arah kiblat dipasang juga di padang letak kereta.




Gambar 9. Termenung memikirkan "pitih" yang dah habis beli baju kelawar yang di pesan oleh anak2 dan makngahnya.




Gambar 10. Saya ingatkan 'come' 'come' tu mari-mari .. rupanya comel comel.


Pemerhatian.

1. Budaya berniaga sangat subur di kalangan orang Melayu Kelantan. Mereka terlibat dalam semua bentuk perniagaan.

2. Kanak-kanak, gadis sunti dan pemuda telah mula berniaga tanpa rasa segan silu. Mereka patut di contohi oleh mat rempit yang gemar merempit di Jalan Senawang.

3. Semua peniaga amat ramah ramah dan bijak dalam teknik menjual sehingga menyebabkan kita kadang-kadang tertukar fikiran daripada tak nak beli kepada beli dan daripada membeli satu terbeli dua.


.

61 comments:

  1. masa saya first time pergi sana pun terkejut tengok kain pun boleh 'come'. The word can just have multiple meaning! Apapun Kelantan memang best.

    ReplyDelete
  2. Kenapa suka seluk saku seluar tu??? Kira baki pitih yang masih ada ya? ;-)

    ReplyDelete
  3. Saya pun memang nak tulis yang sama macam kakcik, tapi dia dah tanya dulu pulak..hehe. Kenapa ye pakngah?

    Takpe 'pitih' habis untuk keluarga juga, makngah mesti suka hati dapat baju kelawar dan souvenier yang lainnya dari Kelantan tu.

    ReplyDelete
  4. kawan2 uncle sume pompuan ni....hahaha!

    ReplyDelete
  5. saya respek KB sebab satu2nya bandaraya melayu yang ramai org melayu berniaga...kelantan mmg hebat sehebat golkeepernya....

    ReplyDelete
  6. jalan lagi yer...mana keropoknya

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum THJ..

    Pitih habis kat dalam poket jer tuan haji...kat bank banyak lagi tu

    ReplyDelete
  8. Salam Tuan,

    Biasa laa kalau keluar dari tempat sendiri memang pitih tu terkeluar lebih dari biasa... macam ABD RAZAK cakap laa... yg abih dlm poket dlm bank banyak lagi..

    mmmmm...... layannnnn...

    ReplyDelete
  9. :D dni oghe kelatey...
    hehe...


    suko tengok gamba kelatey nih. segho suko hati ^__^

    ReplyDelete
  10. bile pergi kelantan, sgt terharu apabila kaum cinanya berbahasa loghat kelantan yg pekat or boleh berbahasa melayu baku dengan baik.

    yg itu yg saya sgt suka!

    ReplyDelete
  11. Salam tuan,

    Pitih habis beli baju kelawar?

    Kakak suka perkataan come..come.. tu sebab kena pronounce cara melayu kelantan.

    p/s: suka banga Melayu di sana maju.

    ReplyDelete
  12. beshh entry ni-- me ore kelate pure :)

    ReplyDelete
  13. wahh tq ye uncle sudi share gambar..lydia x pernah sampai sana lagi..hehe

    ReplyDelete
  14. bangga jadi anak kelantan.
    Saw ur photo, standing depan kedai serunding kg maras/Rahinah. hers is the best around there but next time try serunding kg laut..the best in town.kalau dtg sekali lagi cuba makan di kedai across the road (dari kedai nasi ulam cg tu..)Ada berpuluh jenis pilihan lauk dan sedappppp.
    kalau ke pengkalan kubur tu stop at tumpat for nasi dagang-sohor tau.

    ReplyDelete
  15. Ronda ronda lagi ye Abg HAmzah..

    ReplyDelete
  16. IE pun tak sempat nak berkunjung ke laman tuan haji..tu sebab nama tak masuk dalam senarai.

    Selamat Tahun baru 2011..
    semoga bahagia selalu

    ReplyDelete
  17. menariknya , mereka memang pakar berniaga.

    kalau tak nak beli pun boleh terbeli juga akhirnya.

    kelantan memang unik...
    syarikat basnya pun banyak..antaranya

    SKMK... sampai kelantan mesti kawin..

    ReplyDelete
  18. pengkalan kubir tue dekat sangat la ngan umah ku, uncle...

    ReplyDelete
  19. Salam Uncle..
    hehehe...byk sgt kebeli baju 'batman' smpai termenung gitu..huhuh..
    Kelantan satu2nya negeri saya x pernah pergi dlm Malaysia nih...Tingin gak nak p sane nt..Tp saya suka dok homestay..boleh blajar mcm2..

    ReplyDelete
  20. Salam

    Terima kasih berkunjung ke negeri saya..negeri cantik, budaya molek

    ReplyDelete
  21. dah lma tul x ke kelantan ni.. last dlu tahun 2004

    ReplyDelete
  22. FINAZ

    LAMA KITA TAK BERTEGUR SAYA .. HOW COME ?

    ReplyDelete
  23. KAKCIK

    SAYA PUN TAK PERASAN .. LAIN KALI BILA NAK BERGAMBAR SAYA LETAK TANGAN ATAS KEPALA PULAK ! HEHE

    ReplyDelete
  24. ANIF

    IA TIMBUL KERANA KITA BUKAN ORANG KELANTAN DAN MEMIKIR DALAM BAHASA INGGERIS, BARANGKALI.

    ReplyDelete
  25. YUS

    PAKNGAH PUN NAK JAWAP MACAM JAWAPAN KEPADA KAKCIK.

    MEMANG MAKNGAHNYA SUKA HATI. MUNGKIN DIA TAK DAPAT NAK BANDING DENGAN YANG LAIN.

    ReplyDelete
  26. GADISBUNGA

    ADA YANG LELAKINYA .. TUKANG AMBIL GAMBAR TU LELAKI.

    ReplyDelete
  27. ROM

    SEMPAT JUGA AWAK KAITKAN DENGAN PENJAGA GOL SKUAD HARIMAU MALAYA.

    ReplyDelete
  28. MAMAI

    SAYA TAK BELI KEROPOK .. BELI KAT TERENGGANU TEMPOH HARI PUN BELUM HABIS LAGI.

    ReplyDelete
  29. UST ABD RAZAK

    ALAIKUMSALAM.

    MEMANG KAT BANK BANYAK LAGI. TAPI TAK KAN NAK HABISKAN BELI BAJU KELAWAR JER. HEHE

    ReplyDelete
  30. AKUANAKPAHANG

    SALAM KEMBALI. S

    YUKUR SELAMAT. RISAU JUGA NAIK K/TERBANG MUSIM HUJAN NI.

    ReplyDelete
  31. AZMNOR

    SALAM KEMBALI.

    MEMANG BANYAK LAGI KAT BANK TAPI UNTUK TUJUAN DAN KEGUNAAN LAIN PULAK.
    TAPI ADA KAWAN SAYA KATA "BIAR MENYESAL BELI, JANGAN MENYESAL TAK BELI"

    ReplyDelete
  32. ARDINIHUMAIRA

    ORANG KELANTAN SEMUANYA COME COME BELAKO !

    SILA BACA KOMEN ABU MUAZ DI BAWAH.

    ReplyDelete
  33. MASZUBER

    MEMANG BETUL, BAHKAN ADA SEORANG TU BOLEH JADI TUKANG KARUT DIKIR BARAT. SAYA SENDIRI PUN TAK PANDAI, WALAUPUN SAYA ORANG NEGERI SEMBILAN !

    ReplyDelete
  34. KAKZAKIE

    SALAM KEMBALI.

    MEMANG ORANG KELANTAN COME COME DAN LEMAH LEMBUT. SAYA SUKA BACA KOMEN ABU MUAZ KAT BAWAH.

    ReplyDelete
  35. MAMZ ZHARFAN

    MASIH INGAT KO LAGI KECEK KELATE ?

    ReplyDelete
  36. LYDIA MIZA

    DATANGLAH MELANCONG KE KELANTAN. TAPI JANGAN DATANG MASA NI, HUJAN .. SUSAH NAK JALAN-JALAN.

    ReplyDelete
  37. HANIDEBUMELUKUT

    TERIMA KASIH ATAS PEDOMAN ITU .. INSYAALLAH AKAN SAYA RUJUK KOMEN AWAK BILA SAYA KE KELANTAN NANTI.

    ReplyDelete
  38. RELEVAN

    NAK BUAT MACAM MANA .. NAK CARI MAKAN.

    ReplyDelete
  39. IKAN EMAS

    SAYA JUGA TAK SEMPAT NAK LAWAT BLOG SAPA-SAPA .. !

    ReplyDelete
  40. ABU MUAZ

    SAYA SUKA KEPANDAIAN AWAK MEMBERI MAKNA LAIN KEPADA SKMK ..!

    ReplyDelete
  41. JEDI

    AWAKL PUN ORANG KELANTAN JUGA RUPANYA. AWAK SELALULAH PERGI KE TAKBAI AGAKNYA !

    ReplyDelete
  42. CIK SHINJU

    SALAM KEMBALI.

    RUGI KALAU TAK PERGI. BILA SAYA PERGI SANA, RASANYA MACAM PERGI KE NEGARA LAIN KERANA LOGHAT DAN MAKANANNYA LAIN DARI TEMPAT UNCLE.

    ReplyDelete
  43. IMANSHAH

    ORANG KELATE JUGO RUPONYO .. RAMAI JUGA YANG KOMEN BERASAL DARI NEGERI KELANTAN.

    MEMANG ORANG KELANTAN HEBAT !

    ReplyDelete
  44. MAIYAH

    KIRANYA BARU JUGA LE ... ADA ORANG TU LANGSUNG TAK PERNAH SAMPAI.

    ReplyDelete
  45. Salam Tuan Haji.
    Wah ..kerap Tuan Haji ke Kelantan ..ngalahkan orang kelantan balik kampong ni...
    Makngah tak jeleske ..

    ReplyDelete
  46. pak ngah jangan lupa cari tapai ubu goreng yg sodap tu ye... ;p

    ReplyDelete
  47. KAK WAN

    SALAM KEMBALI.

    MAKNGAHNYA TAK JELES BAHKAN SEBALIKNYA KERANA SETIAP KALI SAYA PERGI, ADA OLEH-OLEH UNTUK DIA DAN SELALUNYA LEBIH BANYAK DARIPADA SAYA SENDIRI DAN ANAK-ANAK.

    ReplyDelete
  48. SAYANGSAYANGIBU

    TAPAI UBU GORENG ? APA TU ? TAK PERNAH DENGAR PUN !

    ReplyDelete
  49. pak ngah memang sibuk tahap 99% hehehehe
    sya pernah buat en3 pasal tapai tu dulu..;p

    ReplyDelete
  50. salam,

    pasal harga di WCY memang betul dan kalau mahal pun sket jer. lebih seringgit dua jer berbanding harga sana. nak tolok kos minyak lebih jimat membeli di WCY.

    duduk termenung memikirkan "pitih" abis beli baju kelawar.... hihihi, lawak la pulak.

    nasi ulam kat situ memang sedap bagi penggemar ulam2

    terima kasih kerana merasai pengalaman sendiri baru membuat komen. rata2 saya tahu, ramai yang komen walhal belum sampai lagi ke sana.

    ReplyDelete
  51. EELOBOR

    SALAM KEMBALI.

    MACAM MANA MEREKA ITU BOLEH BUAT KOMEN KALAU BELUM PERNAH SAMPAI LAGI.

    ReplyDelete
  52. dua soalan saya :

    1. siapa yang ambilkan gambar no.9 ?

    2. baju kelawar itu untuk makngah dan anak2 atau utk kelawar yg makngah dan anak2 pelihara?

    terima kasih jika sudi jawab

    ReplyDelete
  53. KTS

    1. YANG AMBIL GAMBAR TU KAMERA SAYA MENGGUNAKAN 'SELF TIMER' DAN DILETAKKAN DGN PENUH BERHATI-HATI ATAS TEMPAT SANDAR KERUSI. GAMBAR ITU PUN SELEPAS 3,4,6 KALI MENCUBA, BARU JADI.

    2. BAJU KELAWAR TU UNTUK MAKNGAHNYA DAN ANAK2NYA YANG KESEMUANYA BERSPESIS KELAWAR I.E MAMALIA.

    ADA PUAS HATI ?

    ReplyDelete
  54. Hehehe Papa JJ since pergi wakaf che Yeh, sampai hari ni dia duk "murah murah murah".

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat Mekah bahkan di ShenZen pun ada orang tempatan kata 'murah murah murah' juga.

      Delete
    2. Jumpa yang ke3. Hahahaha gelak tak habis.
      Hebat kan bahasa Melayu sepelosok dunia orang tau. In fact, Bosnia pun ada persamaan dengan bahasa Melayu Kelantan macam "aku tae kae" (aku pukul kang). Pendapat saya, pengaruh Turki.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.