Wednesday, December 29, 2010

MALAYSIA BOLEH !


http://www.2dayblogger.com/blog/wp-content/uploads/2010/12/2010_AFF_Suzuki_Cup_logo.png




dari buluh di buat lidi
mari diraut di waktu petang
hanyakah jaguh di kampung sendiri
merebut takhta di laman orang ?



syabas Malaysia !!!

.

siaran selari di dua blog.

42 comments:

  1. Tahniah dan syabas di atas kemanangan ini * Tak nampak pembayang saya nak berpantun :)

    ReplyDelete
  2. Tahniah buat Pasukan Bola Sepak Malaysia. Misi terlaksana :)

    ReplyDelete
  3. Tahniah dan syabas buat pasukan bolasepak Malaysia.

    ReplyDelete
  4. tahniah, teman pun kena laser tadi

    ReplyDelete
  5. Tahniah kepada Pasukan Bola Sepak Malaysia.
    Semoga terus maju! Majulah Sukan untuk negara. :)

    ReplyDelete
  6. congrat utk Pasukan Bola Sepak Malaysia...

    ReplyDelete
  7. cuti lah kat malaysia 31 dis ni. seronok bila negara sendiri menang.. hope nanti layak untuk fifa plak.

    tahniah Malaysia

    ReplyDelete
  8. Salam Tuan..

    tahniah buat seluruh rakyat
    Malaysia..ermmm..jangan lupa
    Jumaat ni cuti umum ye..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah - tekanan dan provokasi tidak melemahkan semangat juang anak-anak muda itu. Syabas dan tahniah buat mereka...

    ReplyDelete
  10. dari buluh di buat lidi
    mari diraut di waktu petang
    dia yang menang kita yang cuti
    hatiku suka terawang-awang

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum tn hj, den banggo jadi anak malaysia

    ReplyDelete
  12. tn aji, banggo amek-amek ghaso e

    dari buluh di buat lidi
    mari diraut di waktu petang
    kok jaguh kampung pun den tak poduli
    yang ponting Moleysia dah monang

    ReplyDelete
  13. menabur baja buah berangan
    masak dipasir dalam kuali
    bukan saja jagoh kampungan
    diperantuan menunjuk tajamnya taji

    ReplyDelete
  14. Gegak gempita bunyinya Jidur,
    Terdengar nyata siang dan malam,
    Bangkitnya gergasi dari tidur,
    khabarkan ia ke seluruh alam.

    tahniah Harimau Malaya.
    Nak bagi hadiah laser soranng satu!

    ReplyDelete
  15. AKUANAKPAHANG

    SAYA NASIHATKAN AWAK PAKAI CERMIN MATA. HEHE

    ReplyDelete
  16. ANIF

    SEBELUM INI SAYA TAK MINAT BOLA .. TAPI MULAI MALAM TADI SAYA DAH MULA MINAT.

    ReplyDelete
  17. UST ABD RAZAK

    MULANYA SAYA BIMBANG JUGA KALAU TERJADI PERISTIWA YANG TIDAK DI INGINI. TAPI NAMPAKNYA PEMAIN2 BERMAIN DENGAN SUNGGUH 'SPORTING' SEKALI.

    ReplyDelete
  18. IMANSAH

    SIAPA YANG MELASER AWAK ? SELALUNYA ORANG RUMAH SEBAB LUPA NAK TUTUP PINTU PAGAR !

    ReplyDelete
  19. MISZ SEPHIA

    AWAK PUN MINAT JUGA KAT BOLA RUPANYA. KE KAT PEMAIN BOLA ?

    ReplyDelete
  20. HAJARUS

    SAYA PUN UCAP YANG SAMA. MAKIN 'BENGKAK' LAH DIA ORANG.

    ReplyDelete
  21. YB

    ITU YANG MENYEBABKAN ABG DAH MULA MINAT KAT BOLA SEKARANG.

    ReplyDelete
  22. ASADA RYUTARO

    KITA JARANG DAPAT PELUANG, TETAPI BILA DAPAT TIDAK DIPERSIA-SIAKAN.

    ReplyDelete
  23. ZULKBO

    SALAM KEMBALI.

    NASIB BAIK AWAK CAKAP, KALAU TIDAK SAYA NAK DATANG KE OFIS.

    ReplyDelete
  24. KAKCIK

    MEMANG MANIS BILA DAPAT MENGALAHKAN ABANG KITA.

    ReplyDelete
  25. RELEVAN

    POKOKNYA BERES, BUAHNYA BELUM TAHU .. HEHE

    ReplyDelete
  26. KUCINGORENGEMOK

    DARI BULUH DI BUAT LIDI
    MARI DIRAUT DI WAKTU PETANG
    JANGAN LUPA JEJAK KE BUMI
    BILA DAH LETIH DI AWANG AWANG.

    ReplyDelete
  27. ROM

    SAYA PUN BANGGA .. TAPI JANGAN PULA HANYA BANGGA BILA MENANG. SAYA TETAP BANGGA WALAUPUN TAKDIRNYA KITA KALAH.

    ReplyDelete
  28. IBUINTAN

    DARI BULUH DI BUAT LIDI
    MARI DIRAUT DI WAKTU PETANG
    SAYA LAGI BERSUKA HATI
    ESOK OFIS TAK PAYAH DATANG.

    ReplyDelete
  29. dari buluh dibuat lidi
    mari diraut di waktu petang
    kalau usaha, tuah, strategi selari
    pergi mana pun boleh menang

    betul x pakcik?

    ReplyDelete
  30. KAKZAKIE

    DARI BULUH DI BUAT LIDI
    MARI DIRAUT DI WAKTU PETANG
    MULUT PENGKRITIK MENJADI SEPI
    PIALA SUZUKI SUDAH DI JULANG.

    ReplyDelete
  31. AUJINZ

    TERDENGAR NYATA SIANG DAN MALAM
    HINGGA SAMPAI KE DINI HARI
    KHABARKAN IA KE SELURUH ALAM
    CUKUPLAH TIDUR SELAMA INI.

    ReplyDelete
  32. PAISH

    DARI BULUH DI BUAT LIDI
    MARI DIRAUT DI WAKTU PETANG
    DITAMBAH AZAM DI DALAM HATI
    PASTINYA KITA TIDAK KECUNDANG.

    wah, ada bakat awak berpantun. syabas.

    ReplyDelete
  33. AZUAN

    MENGEKALKAN KEJUARAAN KADANG2 LEBIH SUSAH DARI MENDAPATKAN KEJUARAAN.

    ReplyDelete
  34. buruh puyuh burung kedidi
    sama-sama makan di tangan
    memang jaguh di kampung sendiri
    di laman orang kita melawan

    ReplyDelete
  35. CEMOMOI

    BURUNG PUYUH BURUNG KEDIDI
    SAMA-SAMA MAKAN DI TANGAN
    ELAKKAN SOMBONG MEMBANGGA DIRI
    KELAK JUARA BOLEH BERTAHAN.

    ReplyDelete
  36. pat pat nya nya
    piala aff malaysia punya


    ;)

    ReplyDelete
  37. nya nya pat pat
    dia punya klu cepat

    ;)

    ReplyDelete
  38. KTS

    PAT NYA PAT NYA
    MESTI TAK DAPAT PUNYA.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.