Gambar 1: Patung helang di malam hari. Lagi nampak macam "real"
Masuk jer chalet pada hari pertama, bulu roma saya berdiri dan badan saya rasa seram-seram sejuk.
Saya tidur malam tu, rasanya tak lebih 2 jam. Asyik terperanjat.
Malam kedua tu kita sembang-sembang kat lobi, sampai dekat jam 1 pagi.
Masing-masing cerita pengalaman yang sama.
Sah .. memang ada makhluk halus berkeliaran.
Kemudiannya masing-masing beri petua dan nasihat cara-cara nak mengelakkan gangguan.
Tuan Haji ARM beri petua suruh kita telanjang bila masuk ke dalam bilik.
Katanya berkesan sebab dia dah banyak kali cuba.
Katanya berkesan sebab dia dah banyak kali cuba.
Besoknya semasa minum pagi, heboh diperkatakan seorang kawan saya telah balik ke KL dengan penerbangan paling awal.
Saya difahamkan dia telah diserang malam tadi.
Dia dah serik dan ingin meninggalkan tempat ini secepat mungkin.
Saya difahamkan dia telah diserang malam tadi.
Dia dah serik dan ingin meninggalkan tempat ini secepat mungkin.
Agaknya dia tidak mengamalkan petua yang diberikan oleh Tuan Haji ARM tu !
Malam ke tiga Makngahnya dengan anak-anak telah join saya. Mereka semuanya tidur dengan lena sekali.
Keletihan ..berjalan dari satu kedai ke satu kedai dan berenang di kolam renang pada siangnya.
Risau juga budak-budak ni kan. Takut mereka lemah semangat.
Manalah tahu kena histeria ke.
Syukur kepada Allah yang telah melindungi kami.
Gambar 3: Dia orang bercempera pagi petang kat kolam renang !
Adakah anda juga pernah diganggu makhluk halus semasa bermalam di hotel atau chalet ?
.
adakah awak mengamalkan petua Tuan Hari ARM tu??
ReplyDeleteKalau bermalam di hotel atau chalet tak pernah, tapi di rumah emak sendiri pernah....:)
ReplyDeletesalam AL..pernah juga kena..tapi..bila berkursus..selalu angkut tilam..pi pindah bilik kawan..
ReplyDeletetentang tol tu..dah lama perasan..tak ada angin ribut..setiap kali lalu mesti harga tol makin bertambah..
cerita seram ni best kalau bercerita malam2 buta. saya selalu kene kacau. family pun. mak ckp itu mungkin punca saya tak kawen2. hahaha
ReplyDeleteNasib baik anak2 dan isteri tak aper2. Alhamdulillah..
ReplyDeletemacam seram giler je tempat menginap tu. siap ade yang terus lari balik kl..
ReplyDeletesetakat ni belum pernah kena gangguan camtu. tapi pernah tengok depan mata orang kena ganggu. kena panggil org pakar untuk handle. seram jugak..
Kaco makhluk halus tu yaa.. reti juga malu dia kalau org tak bakai seluar :)
ReplyDeleteJika anda berani, anda boleh guna petua ini berintraksi dgn mereka tak yah lebih2 memadai anda berkata pada mereka saya dtg sini nak berehat bukan nak kacau kat kamu dll ayat yang bersesuaian.
Jgn cakap besar dan jangan buat mulut celupar. Insyaalah makhluk halus itu akan pergi sebab kita ada budi bahasa :)
Salam Tn Hj AL...
ReplyDeletePengalaman kena kacau tak pernah le lagi, tapi tengok orang lain kena dah pernah dah beberapa kali. Sampai orang tu boleh cakap bahasa yang tak pernah dia cakap, tenaga pun berlipat kali ganda.
Tapi semua tu memang kuasa makhluk yang nak mengganggu tu le. Nak buat macam mana, dah memang minat dia nak sesatkan kita. Dia akan rasa berjaya bila kita mula gunakan perkara-perkara tahyul nak halang dia macam guna persembahan berbentuk makanan dll. Masa tu bergelak sakan le dia sebab dah berjaya memperdayakan kita...
boss..lain macam je petua tuan haji ARM tu..'dorang' lari sebab 'tekejut' kot hahahah
ReplyDeletepernah..mimpi yng dalam bilik tu ada 'orang duduk' dan dia nak bilik tu blk..bila terjaga tak boleh bangun.kate orang kena tindih..dah la sorang2 kt bilik tu..lepas dah boleh gerak terus kemas2 and check out.menggigil2 keluar hotel..hehehe
ReplyDeletetak pernah..!!! syukur !!!
ReplyDeletemungkin kuat semangat ...
tapi ada kawan yg terkena
kat hotel somban jo
bilik no ..3_ _
femes bilik tu ...
Sebab itulah suami saya kalau ke mana2 akan membawa saya bersama! (macamlah saya ni berani sangat... cuma buat penguat semangat je agaknya) :)
ReplyDeleteKTS
ReplyDeleteSAYA SERAHKAN KEPADA KEBIJAKSANAAN AWAK UNTUK MEMBUAT KESIMPULAN !
YUS
ReplyDeleteKALAU DI RUMAH EMAK SENDIRI KURANG TAKUT SIKIT.
SAYA JUGA PERNAH MELIHAT ARWAH MAK SAYA DI GANGGU PELESIT.
JADI TAK BERANI NAK NAFIKAN BENDA TU TAK ADA SEBAB DAH TENGOK SENDIRI.
KAK ERNA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
SAYA PUN SEBELUM ISTERI DATANG, PAKAT BUKA PINTU MASING2 YANG MENGHUBUNGKAN CHALET KAMI. KURANGLAH SERAM SIKIT SEBAB KALAU ADA APA-APA BOLEH LARI KE CHALET KAWAN DI SEBELAH.
GADISBUNGA
ReplyDeleteKE SITU PULAK PERGINYA .. TAK ADA KENA MENGENA LANGSUNG. LAGIPUN AWAK MASIH MUDA LAGI.
MARINA MONROE
ReplyDeleteITULAH YANG CUKUP MEMBIMBANGKAN SAYA .. KALAULAH DIBUATNYA ANAK2 SAYA MERACAU, SUSAH JUGA DIBUATNYA SEBAB KITA BERADA DI TEMPAT ORANG.
ASADA RYUTARO
ReplyDeleteMEMANG SERAM. SERAM ITU DATANG SENDIRI.
SAYA JUGA PERNAH TENGOK ARWAH MAK SAYA DIRASUK PELESIT KAT RUMAH. TAPI SEBAB KAT KAMPUNG, RAMAI BOMOH YANG BOLEH HANDLE.
AKUANAKPAHANG
ReplyDeletePETUA BERINTERAKSI ITU JUGA SAYA BUAT. KADANG2 BILA DIFIKIRKAN LUCU JUGA CAKAP SORANG2 !
KUASAI MINDA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
ITULAH DILEMANYA. KALAU TAK BERUBAT SUSAH, TAPI KALAU BERUBAT DENGAN BOMOH, KITA MUNGKIN SECARA TAK SENGAJA BERSUBAHAT DENGAN PERKARA2 YANG KARUT MARUT.
BEAUBARGAIN
ReplyDeleteTAK KISAHLAH APA SEBAB DORANG LARI. JANJI DIA LARI. HEHE
MIMIE
ReplyDeleteUNCLE PUN PERNAH KENA MASA TINGGAL KAT HOTEL DI KK. MACAM ADA ORANG TIDUR BERSAMA. SEGALA AYAT QURAN YANG TERINGAT HABIS UNCLE BACA. RUPANYA HOTEL TU ORANG KATA MEMANG 'KERAS'.
IKAN EMAS
ReplyDeleteORANG KATA HANTU MEMANG TAKUT KAT IKAN .. ESP IKAN PUYU. BETUL KE ?
KAKCIK
ReplyDeleteSAYA KALAU ADA KESEMPATAN PASTI AKAN BAWA ISTERI BERSAMA. TETAPI SEJAK BAPA MERTUA TINGGAL BERSAMA, DAH TAK DAPAT LAGI, SEBAB DIA PERLU PENJAGAAN ..DIA MENGALAMI UZUR FIKIRAN YANG TERUK.
sebelum masuk dalam bilik.. pastikan baca ayat kursi dulu.. sebelum nak tidur pun sama.. inshaAllah dilindungi-Nya..
ReplyDeletetapi kadang2 mula2 tu memang susahlah nak tidurkan.. sbab bukan tmpt biasa kita tidur..
kalau tidur sensorang agaknya mungkin kot kena kacau.. huhuhu..
Uncle.. la nie saya tengah bermalam selama empat hari di hotel kat Sibu..
ReplyDeletetetiba terbaca entri nie plak,..huhuhu
tapi Alhamdulillah.. takde pape..
FAARIHIN
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS NASIHAT ITU. MEMANG SAYA DAH BACA. SETIAP KALI BACA, TERASA BADAN SERAM SEJUK DAN BULU ROMA TEGAK. SEOLAH-OLAH DIA TAK SUKA KITA BACA AYAT ITU.
AUJINZ
ReplyDeleteKADANG2 TU KITA BERMAIN DENGAN PERASAAN. TAPI DALAM KES DI LANGKAWI, IA BUKAN LAGI PERASAAN KERANA RAMAI YANG KENA.
AWAK AMALKAN TAK PETUA HAJI ARM TU ?
Assalamualaikum THJ..
ReplyDeleteMaaf agak lambat memberi komen pada N3 tuan haji ni...
Amalkan bacaan ayat 115 hingga 118 surah al-mukminun pada setiap pagi dan petang lebih-lebih lagi waktu masuk kat rumah baru atau bilik hotel..
UST ABD RAZAK
ReplyDeleteALAIKUMSALAM.
TERIMA KASIH ATAS NASIHAT ITU.
SEBELUM INI SAYA TIDAK TAHU. SELEPAS INI INSAYAALLAH AKAN SAYA AMALKAN.
as salam tuan aji,
ReplyDeleteklakar lah petua Tuan Haji ARM tu?
sendiri kena kacau tak pernah lagi, tapi tengok adik dan adik ipar dihantar dan dikacau hantu raya adalah
IBUINTAN
ReplyDeleteMEMANG KELAKAR, TAPI BERKESAN. HEHE
BAGUSLAH IBUINTAN TAK PERNAH KENA KACAU.
MENGACAU ORANG SELALU TAK ?
haha..hantu takut org bogel ke? dia pun malu la tu nak tgk.
ReplyDeleteso far belum pernah jumpa hantu in person..rasanya hantu pun tak nak jumpa dgn sya kot.
MENTIBANG LAUT
ReplyDeleteKALAU HANTU NAK JUMPA AWAK, KENA BUAT APPOINMENT JUGA KE ?
slm tuan haji.
ReplyDeleteSy sll dgr org ckp burung helang tu bhntu.sb design die sbjik mcm burung btol.ckup sifat sume.seolah2 bernyawa.btol ke?huhu..
oo..chalet tu atas bukit kan? kawasan keliling pun hutan je..patut la menyeramkan.
ReplyDeleteTuan.. hotel mana tu.. boleh la beringat sikit..
ReplyDeletesaya ada link-kan cerita tuan dlm blog saya..
http://langkawi-updates.blogspot.com/