Thursday, December 9, 2010

BLOGLARIAN.

 

Saya terjumpa satu entri tentang BlogLarian di blog All In One. Saya tertarik dengan konsepnya dan terus mencuba.

 

Selepas mendaftar beberapa jam .. trafik telah meningkat. Pengasas blog ini Sdr. FareedSairi juga ada meninggalkan komen di blog saya tidak lama selepas saya mendaftar. Sambil mengucapkan terima kasih, beliau turut memberitahu blog saya sudah tersenarai.

 

Blogger FareedSairi said...Assalam...

Thanks sudi join BlogLarian.
Bole cek di senarai ke 23



Konsepnya adalah berasaskan semangat bantu membantu sesama blogger tanpa hanya satu pihak sahaja yang mengaut keuntungan.

 

Kebaikannya bak kata Nur pemilik blog All in One .. saya petik "

"Tak perlu buka banyak sangat tab untuk berblogwalking. Dengan hanya satu klik ( eh macam iklan pula) anda boleh bula 5 hingga 6 blog sekaligus. Memang boleh tengok semua blog yang disenaraikan tu dalam satu masa".

Ia sesuai dengan selera saya yang sekarang sudah mula buat blogwalking. Saya suka buat blogwalking kerana, kadang-kadang terjumpa blog yang menarik dan berlainan dari yang lain samada dari segi fokus atau gaya penulisannya. Boleh juga belajar dari mereka terutamanya yang dah senior berblog.

Mula-mula saya agak skeptikal juga. Ye ke ni ! Tapi bila semak Referring URLs, BlogLarian dapat nombor wahid. Sekarang baru saya percaya.



Lihatlah buktinya. Kalau tak nampak, sila perbesarkan .. 
atau gunakan kanta pembesar. Bukan pembesar suara !
Kalau tak juga, tak dapek nak nolong eh !

Jom berkunjung ke BlogLarian di alamat ini. Semua yang baca entri ini yang belum berdaftar, moh buat cepat .. siapa cepat, dia sampai dulu !

Nota Kaki: Rasanya dah cukup syarat yang dikenakan untuk terus kekal berdaftar.

.
.

6 comments:

  1. Alhamdulillah, terima kasih sudi bg testimoni. saya kongsikan link ni di BlogLarian. Syukran Jazilan :)

    ReplyDelete
  2. saya dah pergi sana. menarik. tapi... errr... saya nak ber'jalan' pun tak berapa sempat, apatah lagi nak ber'lari'.

    ok. tipu!
    sebenarnya, saya malu. nanti org dtg ramai2 kat blog, apa yg sy nak hidangkan?? errr... Takde benda menarik pun kat blog saya. dah lah jarang update. Hihihi.sgt negatif. tapi betul pun.

    takpe. semoga blog awak lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.
    yeay!

    ;)

    ReplyDelete
  3. FAREEDSAIRI

    TERIMA KASIH KERANA MELETAKKAN LINK SAYA KAT BHG TESTIMONI.

    ReplyDelete
  4. KTS

    SELAMA INI PUN ENTAH BERAPA KALI SAYA DATANG KAT BLOG AWAK, TAK ADA PUN AWAK HIDANGKAN APA-APA ! DONAT YANG MINGGU LEPAS PUN TAK MERASA LAGI.

    ReplyDelete
  5. MIECYBER

    ADAKAH ANDA SUDAH MENDAFTAR ? KALAU BELUM, SILA BERBUAT SEGERA SELAGI STOK MASIH ADA. HEHE

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.