Monday, December 27, 2010

BAGAIMANA SAYA MENGHABISKAN HARI MINGGU SAYA.

http://i27.photobucket.com/albums/c182/kuyeen/ms%20autoparts/IMG_0681-1.jpg
Kalau nak tahu inilah rupanya eksoz kereta. Sumber carian Google.


Cerita 1.

Hari tu kereta Kelisa Makngahnya ada bunyi. Dia bawa pergi kedai.. "eksoz bocor .. RM250"  katanya menalipon saya kat ofis sambil memberitahu harganya.
"Mahalnya  .. nantilah kita buatkan".  Saya fikir tentu dia dikenakan oleh taukeh yang nak ambil kesempatan ke atas perempuan.
Hari ini saya pergi buat. Nasib baik ada kedai buka.  Bila selesai, tak fasal-fasal kena RM800. Nasib baik Makngahnya tak "pulangkan paku buah keras". Penyudahnya saya tertukar absorber, karbon penapis habuk, gajet menahan gegaran gempa bumi dan ada dua tiga benda lagi yang saya nak sebut pun tak reti. Kata foreman tu, baik tukar sekarang untuk menjaga kesihatan sebuah kereta secara keseluruhannya. 
"Lain kali tak boleh tukar ke ?" saya tanya pada awalnya.
"Lu punya suka lah .. tapi lain kali upah kira lain" jawab dia.
"Pulak dah". Kata saya dalam hati.
"Kad kredit kita pun terima" .. dia mencadangkan sambil mencuba nasib.
"Ok tukarlah" Kata saya, demi kesejahteraan kereta Makngahnya.

Lalu segera saya teringat entri saya ini. (klik)

............................................................................................

Cerita 2.

Masa saya sedang menunggu kereta Makngahnya dikerjakan, ada seorang pemuda duduk sebelah saya tanya,
"Kalau tukar eksoz besar, JPJ tak kacau ke ?"
"Tak pernah dengar pulak" jawab saya sejujurnya.
"Saya nak tukar yang besar sikit, tapi takut bunyinya tak lulus oleh JPJ".
"Tak reti saya nak jawab"" kata saya dan seterusnya bertanya tempat kerja dia.
"JPJ Seremban". Jawabnya ringkas tanpa rasa bersalah.
"Kalau begitu awak patut lebih tahu". Kata saya separuh geram.
"Tapi saya kerja bahagian pejabat". Dia membalas.
"Tapi takkanlah awak tak ada kawan kerja bahagian teknikal atau kejuruteraan". Hujjah saya.
"Banyak .. tapi sorang pun tak jawab SMS saya". Jawabnya selamba.

Patut ke saya layan orang macam ni ?

...................................................................................................

Cerita 3.

Tak lama selepas tu ada sebuah kereta Kancil merapati bengkel.Tayar sebelah kiri depannya kempis habis.  Dua orang wanita, saya kira awal 30an turun.
Lalu segera didekati oleh pekerja bengkel.
"Nak tukar ekzos"  kata pemandu kereta itu tanpa sempat ditanya.
"Lu punya tayar pun pancit maa". Kata pekerja bengkel itu seraya menunjuk 
ke arah tayar kereta wanita itu.
"Ya Allah ...". Wanita itu separuh menjerit sambil menepuk dahinya.
Saya hanya mampu tersenyum. Dia boleh tak sedar tayar kereta dia pancit.
Malas nak komen lebih-lebih nanti ada pergerakan wanita marah kat saya.

Nota kaki:  Mula-mula ingat nak jadikan 3 entri tapi bila fikir stok entri dah banyak, publish jerlah sekaligus.

.

30 comments:

  1. Cerita 1 : Makngah nya tak tahu lagi ke kos keseluruhan pakngah kena tu. Kalau saya mmg dah kena pulang baku puah keras tu..hehe

    Cerita 2: Dia saja nak ajak pakngah borak kot. Walaupun hati sedikit geram, layankan sajalah pakngah...:D

    Cerita 3: Hehe..yang ni tak tahulah saya nak kata apa. Saya biasa kalau nak keluar rumah memang periksa semua keadaan tayar dulu. Pandang dari jauh saja, sebab dah pernah kena tayar kempis habis bahagian depan, masa tu saya dah start kereta, baru nak jalan rasa lain je, terus periksa. Nasib baik, kalau tidak jadi mcm kes cerita ni kot...hihi

    ReplyDelete
  2. cerita no. 3 mcm sedikit tak logik..me pun lady driver, and me memang tau bagaimana rasanya tayar bila jd pancit (pernah kena sekali)

    ReplyDelete
  3. Hehe.. :) Cerita 2 & 3 buat saya tersenyum.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum THJ..

    Memang ada orang tak perasan tayar kereta mereka pancit, tahu sampai tempat ditujui baru perasan...

    ReplyDelete
  5. salam..
    erpppp..!!!
    ladies driver..
    he he..

    ReplyDelete
  6. Ayo, kerja JPJ pun tak tahu ka??

    Boleh je, kengkawan semua ekzos besar

    ReplyDelete
  7. Salam TH, aduhai kena 800 boleh nangis jugak kita hujung2 bulan nie.. tak tahan bahasa pomen nie tulah.. boleh pakai tapi nanti lu kena tukar juga.. lagi upah lain kira :)

    Sakittt... :(

    ReplyDelete
  8. Err, camana pulak bila Tn Hj pegi bengkel, kena charge lebih pulak dari yg makngahnya cakap awal tu? hehehe

    Tak faham macam mana pemandu boleh tak perasan tayar kereta yg dipandu tu pancit, takkan la takda rasa lain langsung dari biasa. baru dapat lesen kot.

    ReplyDelete
  9. Kome pernah tempuh bukan ekzos bocor tapi ekzos cicir..

    ReplyDelete
  10. mesti mak ngah senyum manis tu..

    cerita 3, macammana boleh tak perasan tayar yang bocor tu, boleh nak tukar ekzos pulak

    ReplyDelete
  11. as salam tuan haji..kereta pun sesekali perlu dimanjakan hehehe

    ReplyDelete
  12. komen 1: patutlah rm 800 memacam yg pakngah buat kan?

    komen 2: sekeh sikit budak tu lelaju hehehheee...
    mungkin kwn yg dia sms tu pun tak tahu atau dah habis kredit kot?

    komen 3:pak ngah sya pernah alami macam tu
    tak sedarlah tayar tu kempis ,mungkin masa dlm perjalanan memang tak terasa "berat" pun masa kita memandu tu, maknanya tak boleh nak salahkan diri sendiri kot
    sbb diri sendiri memang tak salah ;p
    salahkan saja tayar kereta tu ye..

    ReplyDelete
  13. salam...

    macam2 ragam manusia dlm kehidupan nie...kadang2 ianya menceriakan..

    ReplyDelete
  14. Salam...

    . Demi Makngah kenalah buat.

    .. Malas bertanya seset jalan. Sudah terlentang baru nak menadah

    ... Kakak pun pernah tayar pancit (satu je tau) tapi takut nak berhenti tepi jalan pandu terus sampai rumah. He..he..

    ReplyDelete
  15. ayoyo..macam2 hal kete ni kan..
    hari tu hubby p tukar tayar, ingat nk tukar 2, skali tgok bukak lg 2 dh mengelembung2, so tukar la empat2 (bini die tau start, jalan je)..

    pastu ble die check2 lg, absorber pn kene tkr (mklum la klu dh pomen kan, die tau la mane yg dh rosak)..so mlayang la 1k..padahal bini die yg bawak kete hari2..sib baek ada incik somi (dtujukan gak wat tuan pnya blog)..hihihi..

    ReplyDelete
  16. cerita 2:
    motif?
    dia saja nak cerita dia kerja JPJ?

    ReplyDelete
  17. 1: macam saya dgn ayah saya. selalu nak pulangkan paku buah keras ke pokok masing2. hihihi

    2: small talk tu. mungkin dia tgk uncle ni macam friendly. hihihi

    3: saya tak macam tu. jadi saya tak terasa. tapi mmg diakui sesetengah driver pompuan cuma pandai bawak kete je. hahahaha!!!

    ReplyDelete
  18. Uncle ..bab tayar pancit tue saya pernah kena.

    Pancit memang rapat sampai ke rim. Tapi saya tak perasan. Mungkin sebab tayar saya lebar dengan rim besar.

    Nasib baik perasan masa dah sampai rumah.. koh koh koh..saya rasa memang dah pancit masa kat highway lagi tue

    ReplyDelete
  19. Cerita 3 : Hehe..teringat cite saya masa pam tayar. Makin kempis jadinye..hehe.

    Cerita 2 : Dia x pintar mcm Uncle. Skrg ni google je lah.. Mcm2 opinion orang kite boleh baca. Nak percaya atau tidak je

    Cerita 1 : xpe, Mak Ngah mesti senyum je

    ReplyDelete
  20. Salam Uncle...

    Parak gak bulan ni yek..
    800 melayang.. Makngah pulangkan paku buah keras dlm hati jer tu... :P

    ReplyDelete
  21. salam alaik pakcik hamzah..
    cerita 1 :
    kesimpulannya jangan layan orang macam tu... buang air luar je..

    cerita 2 :
    biasa la tu.. kakak saya pun pernah isi diesel dalam kereta.. setakat tayar pancit ni sebelah mata je... kikiki.. sedeyyy~~

    ReplyDelete
  22. Salam AL-LAVENDARI

    Cerita 1: Percayalah, bila bawa kereta ke mekanik, jumlah kos membaiki tak mungkin lebih rendah atau sama dgn yg kita agak. Mesti jauh-jauh-jauh lebih tinggi!

    Cerita 2: Semua kawan orang JPJ tu, masa tu, dah habis kredit nak jawab sms dia.

    Cerita 3: Nona-nona tu dengar bunyi tayar kempis, ingatkan ekzos yg berlubang. Sebenarnya, masa sampai ke mekanik, mereka juga tak sedar yang bumbung kereta mereka dah tertanggal. Tak sedar, sebab hari tu tak ada hujan!

    ReplyDelete
  23. panjang tul entry pakngah kali ni...mmg la, kalu g bengkel mmg xbole budget rendah. Dulu pn prnh kena, budget dlm 200++ jer, alih2 kena dlm 750...huhuhu...melilau cari bank nak cucuk....

    ReplyDelete
  24. YUS
    MAMA ZHARFAN
    ANIF
    UST ABD RAZAK
    ZULKBO
    IMANSHAH
    AKUANAKPAHANG
    DINAS ALDI
    RELEVAN
    IBUINTAN
    ROM
    SAYANGSAYANGIBU
    UMMI HUMAIRA
    KAKZAKIE
    JEJARI HALUS
    DR SINGA
    GADISBUNGA
    PAISH
    MIECYBER
    AUJINZ
    CEMPAKA R MINTA
    MISZ SEPHIA
    CIK SHINJU
    AZ
    ABANG TEMUK
    ROSNANIE

    TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG DAN MENINGGALKAN KOMEN.

    ReplyDelete
  25. macam tu ke rupa tayar pancit??
    nasib perempuan tu tak tanya camtu.


    ;)

    ReplyDelete
  26. KTS

    KALAU DIA TANYA MACAM TU, MUNGKIN EMAK AYAH DIA TAK BENARKAN DIA KELUAR RUMAH !

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.