Puteri Rantau Abang kembali selepas 32 tahun !
Dari segi kesetiaan, anjing lagi setia. Kesetiaannya tidak perlu di ragui.
Dari segi kasih sayang, lihatlah betapa burung terbang ke sana kemari dan kembali ke sarang membawa makanan untuk anaknya.
Dari segi kekuatan, tidak terlawan dek manusia tenaga gajah. Di sesetengah negara ia masih di gunakan untuk kerja-kerja pembalakan.
Dari segi ketangkasan, kuda dan cheetah berlari lagi laju dari kita.
Dari segi permuafakatan, anai-anai lebih baik dari kita.
Dari segi teratur, kelawar lagi teratur komunitinya.
Dari segi mengingat arah, penyu lagi hebat. Dia turun dari Pantai Rantau Abang dan kembali semula selepas 32 tahun. Entah lautan mana yang telah diduganya dan pantai mana yang disinggahinya. Kita pergi ke Pulau Ketam pun kadang-kadang boleh sesat tanpa GPS. Penyu tak guna GPS pun.
Lalu apabila rasa malu itu sudah tiada lagi pada manusia, apakah bezanya kita dengan binatang ? Tiada bezanya bahkan lebih jijik lagi kerana binatang tidak diberi akal.
Saya rasa semua orang tahu cerita (klik) yang dimaksudkan dalam surat khabar ni kan ? Sebenarnya saya tak hairan pun melihat perlakuan tersebut sebab saya sudah jenuh menengok perbuatan yang serupa di negara orang.
Saya cuma rasa mual, jijik dan macam tak percaya ia telah dilakukan oleh orang Melayu dan berlaku di Malaysia yang telah diisytiharkan sebagai sebuah negara Islam.
Kalaulah tidak ada apa-apa tindakan yang diambil ke atas mereka, ini akan memberi tanggapan yang salah kepada generasi muda kita.
Maka sediakan sahajalah lebih banyak tong sampah dan Sekolah Harapan untuk menempatkan remaja yang termengandung.
Maka sediakan sahajalah lebih banyak tong sampah dan Sekolah Harapan untuk menempatkan remaja yang termengandung.
.
.
.
.
Amaran: Saya akan 'refresh' entri ini beberapa kali sebagai menunjukkan rasa jelik saya terhadap perbuatan dua anak muda Melayu kita itu. Please bear with me.
.
harapan kita..jauhilah perbuatan terkutuk itu dari anak2 dan kaum keluarga kita..semoga dilindungi yang maha esa..
ReplyDeletesalam pak ngah
ReplyDeletesya baca tajuk pun dah jijik
semoga kita semua di jauhkan daripada perbuatan yg mungkar demi generasi umat islam sedunia..
amin....
haihhh. silap2 lepas ni 1 negeri ada 1 skolah jenis mcm tu.
ReplyDeleteSalam Tn Haji..
ReplyDeleteSaya ade tgk gak video tuh..
Kemain lg comolot tepi jalan..
Ape la perasaan parents dorg tgk video tu gaknye..
i "like"..( mcm komen dlm fesbuk plak) hehehehe....salam ziarah tuan haji, terima kasih atas entri ini..semoga gejala sosial yang melanda anak muda sekarang dapat dilakukan sesuatu agar tidak berterusan....
ReplyDeleteApa nak jadi agaknya dengan negara generasi muda di negara kita ni?
ReplyDeleteberani tak agaknya pihak berwajib mengambil tindakan?
ReplyDeletemaka bersedialah setiap negeri menyediakan sekolah harapan negeri masing2..
minta dijauhkan anak2 dan keluarga kita dari menghampiri zina
muda mudi skang da kurang rse malu..
ReplyDeletebimbang mereka kini tidak sedar bahawa mereka sudah tidak ada kemaluan lagi.
ReplyDeleteGawat Pakngah..
ReplyDeleteLa ni dah haru biru..
apa tidaknya..?
berpeluk kan tempat awam nampak tak bersopan..(memang tak senonoh pun)..
tapi yg berpeluk dalam lakunan dan dipertontonkan ke seluruh dunia..siapa harus dipersalahkan sekiranya generasi muda kita bukan sahaja berpeluk tapi tambah sikit je lagi dgn berzina mulut...
Salam THJ,
ReplyDeletemalunya. minta2 ahli keluarga tidak melakukan perbuatan macam ni.
im with you uncle..saya turut mengeji perbuatan anak muda skang..
ReplyDeletehii salam uncel
ReplyDeletesapa perlu berubah.kita yang di bawah atau yang di atas
Tanpa sedar, percakapan harian kitapun ada masanya menghampiri zina.....
ReplyDelete...itu yang saya cuba elakkan.
Bimbangnya andai anak2 yang tiada di depan mata terjebak dengan perlakuan sebegitu! (memang didikan telah diberi - tapi kadang2 anak2 muda terlalu menurut nafsu dan pantang dicabar rakan2) :(
ReplyDeleteKAK ERNA
ReplyDeleteSAYA JUGA BERHARAP BEGITU BUKAN SAHAJA KEPADA ANAK2 DAN KAUM KELUARGA KITA TETAPI JUGA KEPADA SELURUH UMAT MELAYU YANG BERAGAMA ISLAM AMNYA.
SAYANGSAYANGIBU
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
YANG LEBIH PENTING, APAKAH PERANAN KITA SEMUA UNTUK MENCEGAHNYA.
TIJAH
ReplyDeleteJANGANLAH HENDAKNYA DI NEGERI SEMBILAN ADA 9.
CIK SHINJU
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
SAYA KHUATIR MEREKA DARI DATANG DARI KELUARGA YANG LIBERAL YANG TIDAK MERASA APA-APA !
ROM
ReplyDeleteSAYA SENDIRI TERASA AMAT LEMAH UNTUK MENEGUR ATAU MENCEGAHNYA .. CUMA TIDAK REDA DENGAN PERBUATAN ITU DIDALAM HATI. ITULAH SAHAJA YANG TERMAMPU DILAKUKAN.
ANIF
ReplyDeleteSAYA LAGI RISAU KERANA MEMPUNYAI ANAK YANG REMAJA DAN SEDANG MENINGKAT REMAJA.
IBUINTAN
ReplyDeletePIHAK BERWAJIB BUKAN TIDAK BERANI, TAPI MUNGKIN, TIDAK KISAH. HARAP2 SANGKAAN SAYA ITU TIDAK BETUL.
JANGANLAH TERLALU SIBUK UNTUK MENINGKATKAN KDNK SAHAJA.
ITULAH YANG SAYA KHUATIRI TERJADI KEPADA ANAK2 DAN KELUARGA SAYA.
Salam THJ...
ReplyDeleteBinatang takder akal tapi tak buat dosa tapi kita manusia ada akal buat dosa...patut pun manusia lebih hina dari haiwan jika tak jaga perkara ni
DYNA
ReplyDeleteDALAM KES INI BUKAN LAGI KURANG, TETAPI SUDAH HILANG RASA MALU.
ABU MUAZ
ReplyDeleteKALAU SUDAH TIDAK ADA KEMALUAN, MUNGKIN INSIDEN ITU TIDAK BERLAKU. KALAU NASIB TAK BAIK NANTI, KEMALUAN BUDAK2 TU HILANG TERUS.
nabi kita pesan "malu itu pakaian bagi mukmin' kalu dah hilang malu tu takde apa yang dorang nak heran lagi dah...
ReplyDeleteLANABULU
ReplyDeleteSAYA SETUJU. BUKAN SAHAJA SETAKAT HARU BIRU, TETAPI ...
HARUBIRUHITAMLEGAMLINTANGPUKANG
TUNGGANGLANGSONGSIMPANGPERENANG
SEMUAMASUKLONGKANG.
AZRINA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
MINTALAH JUGA AGAR SEMUA MUDAMUDI BANGSA KITA TIDAK MELAKUKAN PERBUATAN MACAM ITU. KALAU KELUARGA KITA SAHAJA YANG TIDAK BUAT, ORANG LAIN BUAT, TAK ADA MAKNANYA JUGA.
MIMIE
ReplyDeleteSYABAS ORANG MUDA. NASIHATKAN JUGA KAWAN2 SUPAYA JANGAN BUAT BEGITU.
CEMPAKA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
SAMA2 KENA BERUBAH DI MULAI DARI YANG DI ATAS.
CKLAH
ReplyDeleteCIKGU PERGI LEBIH JAUH DARI ITU. BAGUSLAH SANGATLAH TU.
INI JUGA MENJADI SATU LAGI CABARAN DAN DUGAAN YANG BERAT KEPADA GOLONGAN GURU.
KAKCIK
ReplyDeleteMEMANG KITA TIDAK MUNGKIN DAPAT MENJAGA ANAK KITA SEPANJANG MASA. MISALNYA SEORANG ANAK BUJANG SAYA BEKERJA DI KL DAN SEORANG ANAK DARA SAYA BEKERJA DI SINGAPURA.
ABD RAZAK
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
UST. LEBIH ARIF TENTANG DOSA PAHALA INI DAN SAYA PERCAYA TENTUNYA UST LEBIH RISAU DARI ORANG LAIN.
CEMOMOI
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA MELENGKAPKAN ENTRI SAYA DENGAN KOMEN ANDA ITU.
Sememamng video tersebut menjatuhkan maruah kita sebagai org melayu secara amnya. Amat kesal dan jelak diatas perbuatan tersebut bagi pihak saya.
ReplyDeleteEntri Terbaru "Aku Menulis Ikut Cara Aku"
budak2 skrg takleh ditgur n nasihat~ kang kite lak yg dinasihatnye balik
ReplyDeletenak wat camner ek uncle? so, terpaksa tengok la, dah cam subahat la pulak...huhuhu...cenne uncle?nk menanganinya? kalo jadi kat depan mata kite?
budaya kasih sayang katanya... ooppsss.. bukan sy kata...
ReplyDelete.
.
siaran tv kat msia ni pun selamba je tunjuk aksi tu.. semua kena pantau.
Azrinaz07 kata..
ReplyDeleteGPS=Gua Puas Sesat
memalukan.... menjijikkan....mintak dijauhkan...
ReplyDeletesalam pakcik.. erm rasanya binatang pon tau malu kan. nih ada lagik 1 video orang letak kat fb pasal couple budak skolah meraba. ingatkan tajuk je nak buat gempak tapi rupenye memang beraksi skali. erk maluuuu
ReplyDeletehanya orang yang beragama dan beriman saja baru kelihahatan berbeza dengan binatang
ReplyDeletesalam,
ReplyDeleteIE cukup teruja membaca mukadimah entri ni...amai kita perhatikan mereka itu....
dalam dunia manusia ada haiwan
rupanya dalam dunia haiwan ada manusia...mesti haiwan pun geleng kepala
salam uncle....semoga kawan2 semua di jauhkan sifat2 begini...amin...
ReplyDeletesalam lagi...
ReplyDeletekomen balas abg haji dlm entri sy amat dihargai....
undang-undang dan peraturan ada...tapi macam tak ada...dalam filem dalam drama dan realiti pun sama saja malah mungkin lebih dasat lagi
AAP
ReplyDeleteMEMANG SEPATUTNYA KITA SEMUA MERASA KESAL DAN JELAK.
nice entry
ReplyDeleteEMME
ReplyDeleteKITA HANYA DIKIRA SUBAHAT JIKA KITA REDA DENGAN PERBUATAN MEREKA.
UNCLE RASA KALAU KITA TIDAK BOLEH BERBUAT APA-APA KERANA BIMBANGKAN KESELAMATAN DIRI, BUKANLAH DIKIRA BERSUBAHAT.
KTS
ReplyDeleteBUDAYA KASIH SAYANG KEPALA HOTAHEI ! SAYA TAK TAHU PUN ADA DI TAYANG KAT TV.
DRSINGA
ReplyDeleteGPS = GUA PUN SESAT ! HEHE
ALIMAZ
ReplyDeleteSETUJU. JANGAN DEKATI.
AJEE
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
KALAU BEGITU BERTAMBAH LAH RISAU KEPALA DAN SERABUT DADA PAKCIK.
BRUTALSOLO
ReplyDeleteSUDAH TENTU MASA DIA ORANG BUAT TU IMAN MEREKA TERPISAH DENGAN MEREKA. SEMOGA IMAN MEREKA DATANG KEMBALI.
IKAN EMAS 1
ReplyDeleteAPA MAKSUD 'AMAI' TU ? SERIUS SAYA TAK TAHU MAKNANYA.
IKAN EMAS 2
SAYA KOMEN BALAS TU SEBAB TAKUT AWAK SILAP FAHAM. NANTI TAK FASAL2 SAYA KENA SAMAN DAN TAK DAPAT SAMBUNG KONTRAK. HEHE
HONEYBUNNY
ReplyDeleteTOLONGLAH NASIHATKAN RAKAN SEBAYA AWAK SUPAYA TIDAK BERKELAKUAN BEGITU.
CGG
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA SINGGAH. NAK TANYA SIKIT, DULU RASANYA AWAK GUNA NAMA LAIN KAN ? KE SAYA YANG SILAP ORANG.
saya pun selalu bimbang kalau anak2 saya terjebak dengan perbuatan seumpama itu. Minta di jauhkan!
ReplyDeleteYUS
ReplyDeleteKEBIMBANGAN KITA KEPADA ANAK TIADA SUDAHNYA, WALAUPUN SEHINGGA MEREKA SUDAH BERANAK PINAK.
Salam abg.
ReplyDeleteMalu tak bertempat pun tak boleh juga spt malu bertanya akhirnya sesat jalan.
Opps lari dari point.
Bilalah agaknya budak dua tu nak diambil tindakan? Di tengah2 org ramai sanggup bercium mcm tu, kalau di tempat yg agak tersembunyi tak hairan kalau buat lebih dari itu.
YB
ReplyDeleteABANG TAK MAHU MEMBAYANGKAN ATAU BERPRASANGKA APA YANG MEREKA BUAT DI TEMPAT TERSEMBUNYI.
ABANG INGIN BERBAIK SANGKA. MUNGKIN BILA DITEMPAT TERSEMBUNYI MEREKA BERDUA BERZIKIR KOT.
Alamak..AL sudah marah, bahaya ni........
ReplyDeleteMENTIBANG LAUT.
ReplyDeleteMANA AWAK PERGI TAK MUNCUL2. NI YANG BUAT SAYA LAGI MARAH NI. HEHE
MEMANG SAYA MARAH DAN TIDAK PERCAYA MULANYA.
YA ALLAH SELAMATKAN NEGARA KU DARI BALASAN KEMURKAAN MU. SESUNGGUHNYA AKU TIDAK BERDAYA UNTUK MENYEKATNYA. HANYA INILAH CARA YANG AKU MAMPU BUAT MASA INI.
salam..
ReplyDeletejauhilah perbuatan terkutuk itu dari anak2 dan kaum keluarga kita..semoga dilindungi yang maha esa..
AMY
ReplyDeleteMEMANG BANYAK CABARAN DIMASA INI. IA DATANG DARI SEGALA PENJURU. KENA BENAR2 KUAT IMAN BARU DAPAT MELAWANNYA.
sedih plak tengok berita pasal penyu tu, sebab sekarang penyu dah tak banyak mendarat, yang pasl zina mulut tu, saya pernah tengok perkara sama semasa di KLCC atas eskalator lagi. Anak gadis bangsa kita (malay) kissing with foreigner. Agaknya dia rasa dia dah cukup barat, so dah tak ada adab lagi....
ReplyDeleteMRS JUN
ReplyDeleteSEBAGAI BAPA SAYA SENTIASA BIMBANG .. SEKARANG TINGGAL SEORANG LAGI ANAK PEREMPUAN SAYA YANG BELUM KAWIN. BARU TINGKATAN 1. YANG LELAKI ADA DUA. TETAP JUGA BIMBANG, TAKUT DIA MEROSAKAN ANAK DARA ORANG. PENDEKNYA ANAK PEREMPUAN KE, LELAKI KE, BIMBANGNYA TETAP SAMA.