Wednesday, December 22, 2010

TAK SEMPAT NAK KARAOKE.



Kami sampai ke rumah pengantin dah dekat pukul 3 petang, agak lewat sedikit, sebab sebelum itu kami pergi memenuhi satu jemputan kahwin lagi di tempat lain.

Setelah beramah mesra dengan keluarga pengantin, kami pun pergi mengambil makanan yang dihidangkan secara buffet.

Selepas itu kami mengambil tempat duduk yang strategik dekat dengan tempat orang berkaraoke. Sebaik duduk DJ pun berkata-kata:

"Sekianlah sahaja persembahan dari kami untuk kali ini.
Kami memohon maaf di atas apa-apa kesilapan dan kekurangan kami.
Apa yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu atas kelemahan kami sendiri.

Assalamualaikum" .

Maka makanlah saya dengan Makngahnya berdua-duaan dengan tenang sekali tanpa sebarang gangguan yang memekakkan.

(Ciss .. apalah salahnya dia orang nyanyi sampai habis kita orang makan)


p/s: masa sekolah menengah dulu saya ada masuk pertandingan menyanyi. Daripada 8 orang peserta yang mengambil bahagian, saya dapat nombor 9.


.

25 comments:

  1. Salam, apalah salahnya jika Tuan Haji tengah makan dia org putarkan aje lagu2 yang ada kan.. :)

    ReplyDelete
  2. Mesti suara tersangat merdu ni.. he..he..he..

    ReplyDelete
  3. saya benci sangat majlis khenduri ada karaoke bagai, buat memekak telinga,....tapi dah trend kot takde karaoke majlis tak sempurna


    tak dapat bayangkan terharunya juri masa nak umumkan tn aji dapat no 9/8 tu... ada hadiah khas tak?

    ReplyDelete
  4. Uncle, jom karoke~
    tara oke ka?
    hahahah!

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...

    Saya pun sama seperti ibu intan tak suka ada nyanyi-nanyian di majlis kenduri kahwin. Jika tak hadir pun tak salah kerana jemputan itu gugur kewajipannya kerana ada nyanyi-nyanyian yang salah di sisi syariat.

    ReplyDelete
  6. diorg bg laluan utk uncle & makngahnyer borak2 sambil menjamu selera ngan tenang.. hehehe...

    ReplyDelete
  7. aik..mcm mana peserta 8 org, bole dpt no 9 pulak? musykil2~ ;)

    ReplyDelete
  8. saya pun benci orang karaoke kt umah orang kawin. Nnt saya kawin, xnk DJ dan karaoke. Letak PA System + main 1000 Love Song List yang saya kumpulkan kt blog saya tu..

    9/8..tu mesti dapat Anugerah Muzik Kembara kan uncle! Hehe..

    ReplyDelete
  9. hihihi....no 9 daripada 8 peserta....hebat:)

    ReplyDelete
  10. salam tuan AL..
    sib baik apa dia orang dah stop nyanyi kalo tak takut tak tertelan nasi ..

    ReplyDelete
  11. salam uncle

    hehe ada org bila mkn ns kenduri suka tenag2 aje... takut tercekik... mana nak layan mata melilau tgk itu ini ~

    ReplyDelete
  12. tak apalah tak sempat melalak jangan makanan yang habis sudahlah.

    ReplyDelete
  13. As'salam...

    P/s tue yang x tahan , dari 8 peserta tuan haji dapat no 9.. nak kata terseringkir mungkin tidak kot mungkin dowang terlupa taruk name tuan haji kot x pun tercicir masa nak senaraikan tue he3... jangan marah gurau saje hu3...

    ReplyDelete
  14. peserta 8, tapi ranking no 9? cmne tuh? hehe

    ReplyDelete
  15. No9 dari 8 orang yang mengambil bahagian? hehehehehe..ops, jangan marah naa..

    ReplyDelete
  16. salam alik~~
    Pak cik hamzah ni memang kelakor bebenorler.. setakat ni Ammi baca blog pakcik hamzah ni memang ammi akan tekekeh gelak sorang2 kat bilik ni hah... hahaha... (n_n)


    regard :
    ammibear.com

    ReplyDelete
  17. erkk.. yang ke sembilan?
    nama uncle tercicir ker..
    hahahhaha

    ReplyDelete
  18. 8 orang peserta..
    tapi dapat nombor 9?

    ishh.. musykil plak tetiba.. hahaha..

    ReplyDelete
  19. KAKCIK, AKUANAKPAHANG, HAMIZAH, MONALEA, GISMO82, IBUINTAN, EMME, HAJARUS, EVYDYANA, MISZ SEPHIA, YUS, AANAS, MANJE, ABU MUAZ, GADISBUNGA, AMYA SYAQUENA, RED LINDA, DINAS ALDI, AZ, AUJINZ, FAARIHIN.

    OLEH KERANA KOMEN2 ANDA LEBIH KURANG SAMA, DEMI UTK MENJIMATKAN MASA DAN TENAGA SAYA UCAPKAN TERIMA KASIH KPD SEMUA. SAYA DAPAT NO. 9 DARI 8 PESERTA HENDAK MENUNJUKKAN BETAPA TAK SEDAPNYA SUARA SAYA. HEHE

    ReplyDelete
  20. UST ABD RAZAK.

    MEMANG BENAR KATA USTAZ ITU. USTAZ SAYA PUN CAKAP MACAM TU. TAPI MASALAHNYA SEKARANG NI, 9 DARI 10 KENDURI ADA NYANYIAN TERMASUKLAH RUMAH SDR MARA DAN SAHABAT HANDAI SAYA.

    MUNGKIN DI MASA AKAN DATANG SEMUA MAJLIS AKAN ADA NYANYIAN. MEREKA PULAK TAK BERITAHU ADA NYANYIAN. TAK PERGI SALAH, PERGI PULAK BERMASALAH. MEMANG SERBA SALAH.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.