Cerita 1 - Mangga sebiji dah boleh petik.
Gambar 1: Pokok mangga di apit oleh pokok rambutan dengan pokok kelapa.
Pokok mangga ini saya tanam selepas pokok rambutan. Ini kali pertama dia berbuah selepas rambutan saya berbuah. Agakanya dia tak mahu "langkah bendul". Saya pernah buat satu entri tentangnya. Sesiapa yang tidak berhajat hendak baca, tak payahlah susah-susah pergi kat sini sebab buahnya dah habis !
Mula-mula tu, bunganya lebat juga. Selepas itu keluarlah putiknya memenuhi tangkai. Lepas beberapa lama, tinggal dua buah dan akhirnya tinggal sebuah.
Gambar 2: Mula mengeluarkan bunga hati tuannya pun berbunga-bunga.
Gambar 3:Tinggal dua buah jer yang lekat pada peringkat ini.
Gambar 4: Akhirnya tinggallah dia kesebijian tanpa teman.
Gambar 5: Dengan sukahati Makngah menjalankan tugasnya. Nampak ada jerawat sikit kat muka Makngahnya kulit buah tu .. tak apa .. tak sampai ke dalam. Dua tiga hari lagi bolehlah kupas. (Sila abaikan gelang Makngahnya)
Pengajarannya: Kalau rezeki kita dah sebiji, terima sahajalah dengan rasa syukur. Nasib baik ada sebiji.
.........................................................
Cerita 2 - Bateri sebuah nak kena tukar.
Selang beberapa ketika, saya pergi tukar bateri kereta. Minggu lalu lagi lampu amaran dah menyala - keluar gambar bateri dengan tulisan "Visit Workshop". Lepas tu saya tak berani bawa kereta tu pergi kerja. Saya juga tak berani nak tukar bateri, sebab dulu pernah buat kesilapan yang mahal, melekatkan wayar yang negatif ke positif dan sebaliknya. Berasap kereta ! Lupa pulak berapa kena masa tu.
Sampai jer bengkel Ah Meng (memang nama sebenar) saya ceritakan masalahnya, lalu dijawab oleh Ah Meng dengan yakinnya.
Ah Meng: Oh .. itu bateri komputer sudah patut kena tukar .. ada tukar ke sebelum ini ?
Saya: Bateri komputer ? .. ada ke bateri komputer ? (saya menjawap soalan dengan soalan)
Ah Meng: Ada ..itu bateri jaga itu alat elektronik ini kereta .. itu bateri kecik jer .. saya ingat tak sampai Rm700.
Saya: RM 700 !! (dengan suara yang terkejut tapi tak marah dan seterusnya terdiam sekejap ) .. apa pasal mahal sangat ?
Ah Meng: Baru naik .. dulu RM400 lebih saja.
Saya: Kalau tak tukar tak boleh ke ?
Ah Meng: Nanti awak punya kereta jadi 'gila' ooo.
Saya: Tak boleh chas ke ?
Ah Meng: Mana boleh ?
Saya: Itu macam ka .. apa boleh buat (dengan suara yang tetiba jadi lemah) .. kasi tukarlah.
Nasib baik ada kad kredit.
Pergi Langkawi ni, kita beli cokelat Hack jer lah Makngahnya yek ?
Gambar 6: Kecik jer .. harganya RM680 .. macam Sheila Majid dulu-dulu
(kalau panggil buat show)
(kalau panggil buat show)
Gambar 7: Dalam kereta dia duduk di celah enjin .. sebelum ini saya tak tahu pun
ada bateri kat situ sebab tertutup.
ada bateri kat situ sebab tertutup.
Pengajarannya: Kalau tak tahu, buat cara orang tak tahu, jangan buat-buat macam orang tahu. Kalau tahu, jangan pula buat-buat macam orang tak tahu. Nanti ketahuan !
Nota Kaki: Lepas ni jemputlah berpindah ke sini pulak !
.
Salam Bang,
ReplyDeleteMahalnyer bateri RM600 ++.
Tak pe la... lebur RM600 ++ tu. Tapi terubat juga kan sebab mangga tu dah boleh dipetik :) Haha..
ReplyDeletenanti kang dia kata bateri stereng pulak kene tukar. kihkihkih
ReplyDeletenak tak nak kena tukar juga,kan?
ReplyDeleteKanda AL...
ReplyDeletesepatutnya saya akan berada di Langkawi pada 12 - 14/12 ini. Disebabkan 12/12 tu saya balik dari Kuching pun dah tengah malam, maka Langkawi terpaksa dilupakan! :(
Tolong belikan saya Hack sepeket boleh? (saya gurau je. Saya 'alah' dengan Hacks. Kepala akan 'nenong' kalau saya memakannya)
bila tengok gambar 4 tu mangganya nampak besar betul ye. Kami pun baru berjinak2 tanam pokok mangga depan rumah, baru 4 bulan tanam anak pokok tu, beli kat pasar, entah bila dapat makan buahnya. Kata cina tu setahun dah berbuah.
ReplyDeleteMahal rupanya bateri komputer tu ye? Tak sama ke dengan bateri kereta yang biasa tu uncle?
Salam Maal Hijrah 1432,
ReplyDeleteAlhamdulillah dpt juga sebijik... dulu masa mangga saya berbunga buat kali pertama berputik banyak lekat 4 biji lepas tu dekat nak masak "magic" hilang ngan tangkai nya sekali.
Ada yer bateri utk sistem computer keta yer....mmmmm bila laa pulak sampai "masa" kat keta saya pulak.... harap-harap tau awal ckit..
Gelang Mak Ngahnya....mmmmmm
Layannnnnnnn...
Assalamualaikum THJ...
ReplyDeleteKereta lekronik memang mahal baterinya tuan haji...
salam...depan rumah saya ada pokok mangga jiran tapi tak pernah berbuah lagi...dah 6 thn usianya...
ReplyDeleteKete saya xde bateri komputer.. lalala..
ReplyDeleteAs'salam...
ReplyDeletenak x nak kena tukar jugakkan... sedapnya mangga tue kalau di buat colek..
erkkkkkkkkk 600......
ReplyDeletewaaaa! tuan haji nak cuti2 ke langkawi jugak eh? mcm janji2 plak dgn saya..haha!
ReplyDeleteSalam Tn Hj AL...
ReplyDeleteDah rezekinya sebiji, maka itulah yang telah dijanjikan. Tentu terasa nikmat, kerana yang sedikit itulah yang lebih dihargai....
salam uncle
ReplyDeletebateri itu mmg mahal...
kwn2 kita tukar pon ada yg kena 800
Keta mahal ..baterinya mestilah mahal..
ReplyDeleteTuan Haji belum tukar stering lagi tu...nanti laagi mahal..kalau gitu baik tukar kunci je Tuan Haji..baru berbaloi..
Mangga jiran depan rumah saya berbiji - biji berbuah tapi satu pun saya tak merasa.
ermmm...680....melepas la makngah nak beli vision 3-4 bijik..uhukss...sama2 makan hacks je makngah.. :)
ReplyDeleteSalam TH, jejelan sambil nengok buah mempelam aje. *Badan terlajak penat hari nie huhuhu.
ReplyDeletesalam maal hijrah boss..
ReplyDeletesaya pun baru je balik dari workshop..ejas2 sikit kene 1200,walaupun kereta nya comel ajer..tp redho je la boss..mungkin rezeki saya takat tu saje :)
p/s saya tak ada blog sendiri..aternye 'i'm not good with words' chewah! ;p
Kalu tak silap, petua ayah saya, jika pokok buah berbunga banyak utk buah sulung, goncang kasi luruh semua bunga. Kemudian tunggu berbunga kali kedua, insyaAllah lekat banyak buahnya...
ReplyDeleteKalu tak silap, petua ayah saya, jika pokok buah berbunga banyak utk buah sulung, goncang kasi luruh semua bunga. Kemudian tunggu berbunga kali kedua, insyaAllah lekat banyak buahnya...
ReplyDeleteuuissshh mahai nya bateri... sure kete uncle pun mahai harganyer kan... hehehe...
ReplyDeleteamboi tertelan air liur hjr tgk buah mangga tu... lau dpt cicah ngan kuah rojak MAK BEE sedapnyerr....
ECHAM
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
ELOK JUGA MAHAL TU. BOLEH BUAT SATU ENTRI TENTANGNYA. KALAU HARGA BIASA2 JER .. TAK PAYAHLAH BUAT ENTRI. KAN ?
ANIF
ReplyDeleteBELUM TERUBAT SEPENUHNYA SEBAB BELUM BOLEH DI MAKAN LAGI. TUNGGULAH SEHARI DUA LAGI.
GADISBUNGA
ReplyDeleteSTERENG ADA BATERI JUGA KE ? KACAU .. KENA NAIK KUDA PERGI OFIS NI !
HAMIZAH
ReplyDeleteBETUL .. KIRA NASIB BAIK JUGALAH. KALAU KENA TUKAR ENJIN LAGI HARU !
Salam...
ReplyDeleteWoooo...mahalnya batt..
Sib baik saya pkai keta murah jek..huhuh..
Tgk pic mangga tu tingat kat pokok mangga kat umah arwah atuk..Dulu2 buahnya x byk gak..dia siap bahagi2kan kat cucu2 masa atas pokok lg..Jaga la buah memasing..Kalau tupai cilok nasib la..
KAKCIK
ReplyDeleteKENAPA TAK TERUS JER DARI KUCHING KE LANGKAWI.
SAYA TAK ADA MASALAH DENGAN HACK .. TAPI ADA MASALAH SIKIT DENGAN 'FERARO ROCHE' .. BETUL KE EJAANNYA. TENGOK .. MENGEJA PUN DAH ADA MASALAH.
YUS
ReplyDeleteMANGGA TU TAK BESAR MANA .. CUMA TEKNIK AMBIL GAMBAR KENA BETUL !
YUS SILAP. KENAPA TANAM ANAKNYA. TANAMLAH EMAKNYA YANG DAH BERBUAH. BARU CEPAT DAPAT MAKAN.
TAK SAMA .. BATERI KERETA BIASA TU, UNTUK MENGHIDUPKAN ENJIN DAN LAMPU. DAN HARGANYA LEBIH MURAH.
AZMNOR
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
NASIB BAIK JUGA TU, TAK HILANG DENGAN POKOKNYA SEKALI.
KALAU BATERI KOMPUTER TU DAH KONG, KERETA MASIH BOLEH START. MUNGKIN MAKLUMAT KAT DASH BOARD TU KELAM KABUT AGAKNYA. MISALNYA BILA KITA BERI SIGNAL KIRI, LAMPU KANAN MENYALA. AGAKNYA LAH.
UST ABD RAZAK
ReplyDeleteALAIKUMSALAM.
BEGITULAH .. KALAU NAK YANG CANGGIH, KENALAH BERSEDIA UTK KELUAR DUIT.
HAMSINI
ReplyDeleteKIRANYA POKOK TU DAH MASUK GOLONGAN ANDARTU LAH KAH ?
MISZ SEPHIA
ReplyDeleteR U SURE ?
AMY
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
SAYA TAK SUKA MENCOLEK... TAKUT KENA TANGKAP DEK POLIS.
IEDA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. AWAK NAK BERHIJRAH KE MANA NI .. BERI SALAM, TERUS LESAP. HEHE
ALIMAZ
ReplyDeleteCUKUP UNTUK MINYAK 3 KALI PERGI BALIK KE PERLIS DARI SEREMBAN.
MAKDARA
ReplyDeleteAWAK TINGGAL HOTEL MANA ? BOLEH SAYA DENGAN ISTERI SAYA ZIARAH ?
KUASAI MINDA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
MEMANG BETUL .. DALAM ENTRI SAYA YANG TERDAHULU ADA SAYA SEBUT, BILA TANAH SIKIT, KAT SITULAH NAK TANAM SEMUA BENDA.
MANJE
ReplyDeleteTERASA UNTUNG PULA UNCLE KENA 680 !
KAK WAN
ReplyDeleteDAH TUA2 NI, NAK RASA SEMUA. DULU2 TAK MERASA. ORANG KATA, KALAU MATI NANTI, MATA TAKLAH TERBUKA.
JIRAN AWAK TU TAK BAGUS. ELOKNYA AWAK PINDAH JER DARI SITU DAN BERJIRAN DENGAN SAYA.
SZ|MSS
ReplyDeleteKALAU MAKNGAHNYA NAK BELI, DIA BELI JUGA. DIA ADA KAD KREDIT SENDIRI. ADA KAD JERLAH, YANG BAYAR PAKNGAHNYA.
AAP
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
AWAK BUAT PROJEK APA, SAMPAI TERLAJAK PENAT. MEMUKAT IKAN KE ?
BEAUBARGAIN
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
NAMPAKNYA SAYA KENA REDHA JERLAH DENGAN PANGGILAN BOSS ITU WALAUPUN SAYA TAK KENAL AWAK.
UNTUNGNYA SAYA KENA 680 BERBANDING DENGAN AWAK.
BUATLAH BLOG DULU. LET ME BE THE JUDGE.
AZIEAZAH
ReplyDeleteBARU TAHU HARI NI PETUANYA. KALAU GONCANG BERBUNGA KALI KE DUA APA JADI ?
ORANG KATA NAK BAGI LEKAT BUAHNYA, KENA PAKAI GAM 'UHU'. BETUL KE ?
HAJARUS
ReplyDeleteHARGA KERETA UNCLE BOLEH TAHAN JUGALAH MAHALNYA. MAHAL TU SEBAB CUKAI YANG KERAJAAN KENAKAN TERSANGATLAH TINGGI.
NAK TANYA SIKIT .. HAJAR TERLIUR TU, DAH MENGANDUNG KE ?
CIK SHINJU
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
BAGUS JUGA TINDAKAN ARWAH DATUK AWAK TU. MASA TU KUAT JUGA DIA MEMANJAT POKOK UTK BAGI2KAN BUAH TU YA !
buah tu kalu dah tunjuk kat orang kena bagi sorang sikit buat merasa... kang meleleh air liur. bateri tu takpe!
ReplyDeleteCEMOMOI
ReplyDeleteBAGUS JUGA NASIHAT TU .. TAPI MACAM SUSAH NAK DILAKSANAKAN.
Masa pokok rambutan berbuah dulu, awak ada cakap, "siapa nak ambil, ambil lah".
ReplyDeleteBuah mangga ni tak pula ya. Kecik hati pokok mangga ni nanti sbb tak dapat lah saya men'capai' dan memetik buah mangga tu.
eh eh eh
saya pun tak tahu ada bateri tu kat kereta awak tu selama ni. tak perasan sbb tertutup kot
ReplyDelete;)
KTS 1
ReplyDeleteMASA SAYA CAKAP DULU MEMANG DITUJUKAN KEPADA RAMBUTAN, MANGGA DAN KELAPA SEKALI. TETAPI MEMANDANGKAN MANGGA ITU HANYA SEBIJIK SAHAJA, BAGI CAN LAH TUAN DIA MERASA DULU. OK LAH TU KAN ?
KTS 2
SAYA PAKAI KERETA JENIS APA EK ?
ingatkan pakai jus mangga tadi tuk jadikan air bateri.hehe
ReplyDeleteMRPENYUBIRU
ReplyDeleteBELUM PERNAH DENGAR LAGI ORANG BUAT .. TAPI BAGUS JUGA. KALAU DAHAGA NANTI, BOLEHLAH MINUM AIR BATERI.
Waa! bestnya tengok mangga tuh!! macam nak tanam mangga la plak!!
ReplyDeletebateri oh bateri! tak ku sangka sebegitu mahal harga menghidupkan elektronik kereta tuan!
HUSZAINI
ReplyDeleteKALAU TANAH LUAS BOLEH BUAT DUSUN. SAYA TANAM SUKA2 JER.
NASIB BAIK BATERI TU TAK KENA TUKAR TIAP2 BULAN.
TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DAN TINGGALKAN JEJAK.