Sunday, December 12, 2010

SAYA TERPAKSA BERADA DI LANGKAWI ATAS URUSAN RASMI.

Assalamualaikum.

Saya sempat mengikuti komen-komen dan pertanyaan di blog saya melalui henfon saya. Malangnya saya tak dapat nak jawab menerusi henfon. Terima kasih atas minat yang ditunjukkan. Entri ini saya buat  secara curi-curi disebabkan  ada tiga perkara yang perlu saya jelaskan.


i.  Saya minta maaf tak dapat nak jawap lebih awal beberapa pertanyaan dan juga tak sempat  nak lawat blog yang ambil bahagian. Silap saya buat contest tu kemudian pergi outstation. Tetapi saya buat entri tersebut  pada hari itu kerana mengambil sempena bilangan pengunjung saya yang ke 300.


ii.  Bilangan negara yang patut dinyatakan  adalah banyak sebenarnya, bukan satu negara sahaja. Sepatutnya saya tulis begini dahulu.

 "nyatakan negara-negara luar yang  pernah saya pergi"

Tetapi melalui contoh yang saya berikan dalam entri tersebut, menunjukkan bahawa saya memerlukan jawapan yang menyatakan semua negara yang dilawati.

Contoh jawapan:

 
1. Indonesistan / Jalan-jalan di kebun buaya tapi tak jumpa / 31 Ogos 2010.
2. ...... , dan seterusnya.
 
Catchword  ".... dan seterusnya"  menunjukkan lebih dari satu. Saya mohon maaf jika ada yang keliru, maklumlah ini kontest pertama saya anjurkan tanpa konsultan.

iii.  Memang saya pernah pergi ke Jepun tetapi hanya 'transit' sahaja dan bukan lawatan sebenar. Jadi ia termasuklah juga negara yang pernah saya pergi.

Saya akan balik ke KL pada 15 ini. Dan selepas itu bolehlah saya melawat entri peserta dan buat blogwalking semula.

Salam. Saya kena pergi sekarang.

.
.
.

7 comments:

  1. Wahaha.. Tuan ada di Langkawi sekarang. Best tu..

    Lepas habis urusan kerja.. boleh jalan-jalan sekjap :)

    ReplyDelete
  2. Tuan Haji..,
    Selamat bercuti..tak tau kenapa kalau pegi Langkawi mesti nak beli beg.

    ReplyDelete
  3. cop...!!!!

    1st ;p

    mesti terserempak dengan YB sekeluarga nanti tu ;p

    ReplyDelete
  4. Hati-hati dalam perjalanan Bang HAMZAH...

    Dinda menanti penuh setia....hikhikhik!

    ReplyDelete
  5. jgn lupe cekelat hacks untuk mak ngahnye bos ;)

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.