Thursday, December 9, 2010

HEBAT TAK SEMESTINYA BERISI.


Gambar Hiasan - di temuramah oleh RTM Kuching, Sarawak (1979).

"Saya percaya dan berharap garapan yang didasari budaya yang luhur serta kepekaan kepada adat resam pribumi oleh sutradara lulusan tempatan tersebut akan menjurus kepada lunas budaya yang mantap dan lebih mencerminkan jatidiri kita yang saya kira akan mampu memberi manfaat yang banyak kepada perkembangan filem Melayu kita yang sedikit sebanyak diharapkan dapat mengangkat martabat industri filem kita untuk lebih di kenali di peringkat antarabangsa yang sekaligus boleh melonjakkan dan mengharumkan nama negara kita seperti yang sama-sama kita cita-cita dan harapkan selama ini"


Faham tak ? Tak faham ! Saya pun tak faham.

Tetapi macam itulah lebih kurang cakap seorang menteri kabinet yang saya dengar sedikit masa dulu. Sekali dengar macam hebat sangat Bahasa Melayu yang beliau gunakan. Tapi bila saya cuba fahamkan .. tak terjangkau oleh otak saya untuk memahaminya.

Tak boleh ke guna bahasa yang mudah sikit !

O.k lah ... Menteri tu taklah cakap macam tu .. saya cuba mengajuk dan lebih-lebihkan (exaggerate) sikit. Ampun. Jangan ISA kan saya !


Apa komen Ikan Emas !


.

59 comments:

  1. hehehehe......betul la uncle..kadang2 tak paham.

    uncle ni artis ke?
    heheheheheh :P

    ReplyDelete
  2. MIMIE

    ARTIS ? ENTAH .. UNCLE PUN TAK PASTI. NANTI UNCLE TANYA MAKNGAHNYA.

    ReplyDelete
  3. Salam Bang Hamzah...

    ramai yg mengaku hebat, juga badan berisi, tapi hati kecik...

    ReplyDelete
  4. AZIEAZAH

    MANA LEBIH AWAK SUKA ..BADAN BERISI, HATI KECIK ATAU BADAN KECIK, HATI BESAR ?

    JAWAB JANGAN TAK JAWAB.

    ReplyDelete
  5. Rasenya mcm tahu sape menteri yang dimaksudkan tu.

    ReplyDelete
  6. ECHAM

    JANGAN PULA AWAK PERGI MENGADU KAT DIA KATA SAYA AJUK DIA.

    KALAU DIA TAHU NANTI, SAYA TAHULAH SIAPA YANG MENGADU.

    ReplyDelete
  7. Salam Tuan Haji, ucapan kat atas itu saya kena rujuk jugak dgn Dewan Bahasa dan Pustaka nampak gayanya :)

    ReplyDelete
  8. salam uncle

    ayat2 tu terlalu melankolik.
    apa salahnya guna bahasa yang
    lebih mudah difahami semua golongan,
    barulah mesej sampai sepenuhnya...

    ReplyDelete
  9. cuba la guna ayat biasa2 janji mesej sampai kan?

    ReplyDelete
  10. salam Tuan Hamzah..
    rasanya..harapan
    hanya tinggal harapan
    je lah...

    ReplyDelete
  11. Panjang sangat ayat tu. kalau student saya yg tulis 1 ayat sampai panjang begitu, mau kena jegil terkeluaq bijik mata dengan saya..heheh...

    Errr..jangan ISAkan saya juga naa!

    ReplyDelete
  12. bahasanya agak tinggi jgk untuk difahami..tp masih shja boleh diramalkan maksudnya sdkt2..heh heh

    ReplyDelete
  13. bahasa tinngi sgt xguna jugak sbb kita xdpt sampaikan maksud kita secara jelas kpg orang ramai...patut menteri tue belajar/maybe tue skrip org yg terlamapu bijak pandai tulis kot..hehe..sekadar pandangan...jgn tahan cik tom isa..hehe

    salam kenal ye uncle..berblog xkira usia..yg penting ilmu yg cuba kita sampaikan :)

    ReplyDelete
  14. Kanda AL...

    macam saya boleh faham maksudnya, tapi saya malaslah nak faham! Sakit kepala belum hilang ni....

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum THJ...

    Agaknya yang bercakap tu faham tak apa yang dia cakap..

    ReplyDelete
  16. indahnya bahasa tak terjangkau dek pemikiran saya..

    p/s boss..nak minta emel boleh?

    ReplyDelete
  17. satu ayat dalam satu napas... ni macam baca mentera je ni

    ReplyDelete
  18. saya pun x paham tuan..

    bahasanyapointnya satu aje..

    ReplyDelete
  19. bagi saya apa yang saya suratkan adalah apa yang tersirat di hati saya...itu pasal lah kadang2 hanya saya yang faham...sekapal lah dgn menteri tu agak nyer..hehehe

    ReplyDelete
  20. salam..
    depa pn agaknya baca ikut skrip yg dh siap ditulis n dikarang kot....jgn yg tukang ckp pn xfaham udahlh....haru!!!

    ReplyDelete
  21. ramai org yg mcm tu skrg..nampak hebat tp takde apa2 pun. semuanya org lain yg suapkan.

    *byknye n3 yg lom baca...huhu

    ReplyDelete
  22. Betullah uncle. Kalau nak sampaikan sesuatu, biarlah org faham.

    Rasenye Dr.M dulu penah pesan supaya Menteri2 ni gunakan bahasa yg mudah agar org senang faham maksud yg cuba hendak disampaikan.

    Xyahlah guna bahasa2 tinggi ni, cam nak bersastera pulak. :)

    ReplyDelete
  23. salam tuan AL,
    haha.. panjang sungguh ayat tu.. dulu bos pernah kata, nak bagi orang senang faham report dan tak banyak salah tatabahasa, pecah2 kan ayat semudah mungkin..eheheh..

    ReplyDelete
  24. AAP

    SALAM KEMBALI.

    DBP PUN BUKAN ADA TARING SEKARANG NI !

    ReplyDelete
  25. Salam Tuan Hamzah,
    cakap bahasa yg mudah difahami kan senang. Semua org boleh faham, ni macam doktor bercakap ngan pesakit lak dia.

    ReplyDelete
  26. MANJE

    SALAM KEMBALI.

    KALAU GUNA BAHASA YANG MUDAH, MUNGKIN NAMPAK MACAM TAK INTELEKTUAL KOT !

    ReplyDelete
  27. TIJAH

    SETUJU SANGAT .. MUNGKIN DIA BOLEH BELAJAR DENGAN MEMBACA BLOG AWAK.

    ReplyDelete
  28. ZULKBO

    SALAM KEMBALI.

    TAK JUGA .. ARWAH YASMIN AHMAD TELAH MENDAPAT PENGIKTIRAFAN.

    ReplyDelete
  29. DINAS ALDI

    UNCLE INGAT KALAU STENO KITA AMBIL SHORTHAND, HARUS SESAK NAFAS DIA .. TAK PUN PITAM TERUS.

    ReplyDelete
  30. SYAHBANDAR87

    MEMANG BOLEH DI RAMALKAN, TAPI TAK USAHLAH GUNA PERKATAAN YANG BOMBASTIK SANGAT.

    ReplyDelete
  31. TOMATO GURL'S LIFE

    DIA CAKAP TAK PAKAI SKRIP. AGAKNYA DIA TAKUT KALAU CAKAP BIASA2 SAHAJA, ORANG AKAN INGAT DIA TAK PANDAI.

    MACAM TAKUT KAT BAYANG2 SENDIRI.

    TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE BLOG UNCLE DAN MENINGGALKAN KOMEN. SEMOGA UKHWAH BERPANJANGAN.

    ReplyDelete
  32. KAKCIK

    SAKIT KEPALA KAKCIK DAH BERJANGKIT KAT SAYA .. NI TENGAH NGAP NGAP NI !

    ReplyDelete
  33. UST ABD RAZAK.

    ALAIKUMSALAM.

    RASANYA DIA FAHAM .. TAPI DIA SORANG JER LAH YANG FAHAM.

    PANTUN UST. MEMANG BEST !

    ReplyDelete
  34. BEAUBARGAIN

    BOLEH. TAPI AWAK BERI EMEL AWAK DULU .. NANTI SAYA JAWAB.

    ReplyDelete
  35. CEMOMOI

    KALAH ORANG BACA MENTERA ! BUKAN SAYA TAK PERNAH DENGAR ORANG BACA MENTERA SEMERAH PADI.

    TETAPI MENTERI TU LAGI TERER. HEHE

    ReplyDelete
  36. MASZUBER

    AYAT YANG PENDEK2 LAGI BAGUS .. TAPI KENALAH JUGA SAMPAI MAKSUDNYA. KALAU PANJANG PUN, SAMPAI ORANG TAK FAHAM, APA GUNANYA. KAN !

    ReplyDelete
  37. HANI

    TAK ADALAH .. AWAK PUNYA BAHASA TAK SEDIKIT PUN SEIRAS DENGAN MENTERI TU. DIA NAIK KAPAL API.

    ReplyDelete
  38. AUJINZ

    ENTAH2 SATU HARI NANTI, JADI PAK MERTUA AWAK. AMBEK KAU !

    ReplyDelete
  39. NZA

    SALAM KEMBALI.

    DIA CAKAP MASA DI TEMURAMAH SECARA LIVE KAT TV.

    TAPI SAYA NAMPAK ORANG KIRI KANAN DIA SEMUA PAKAT ANGGUK-ANGGUK !

    ReplyDelete
  40. MENTIBANG LAUT

    HARAP2 GENERAL 4-5 BINTANG TAK CAKAP MACAM TU .. KALAU TIDAK NANTI KALAH PERANG. HEHE

    KENALAH AWAK BUAT KERJA LEBIH MASA BACA N3 LAMA. KALAU AWAK TAK BACA RUGI !

    ReplyDelete
  41. JUE

    UNCLE MEMANG SUKA GAYA BAHASA DR M. TAK BERBELIT2. STRAIGHT TO THE POINT.

    ReplyDelete
  42. AANAS

    SALAM KEMBALI.

    MEMANG BETUL NASIHAT BOS AWAK TU .. SAYA JUGA CUBA PRAKTIKKAN PERKARA YANG SAMA.

    MUNGKIN MENTERI TU BELAJAR DARI KITAB KUNING KOT.

    ReplyDelete
  43. AIDAH

    SALAM KEMBALI.

    YE KE DOKTOR CAKAP MACAM TU KAT PESAKIT .. KALAU YE, BERTAMBAH SAKITLAH PESAKIT TU. MULA2 DATANG SAKIT PERUT, LEPAS TU TERUS KENA SAKIT KEPALA.

    ReplyDelete
  44. tak paham tp buat2 paham jer..amik ati..haha!

    ReplyDelete
  45. opss...

    terlewat banyak nampaknya IE kali ni...tlg tuan jangan ISA kan saya..

    T.kasih..tak tau la apa sebab tuan nak sangat komen dari IE ? adakah sebab IE ni pakar bahasa (?????...perasan ...) atau sebab lain (????)

    ni komen IE ,
    1. Mungkin pak menteri ni sebenarnya tak faham soalan dan tak tahu nak jawap..tak der info ..tp nak tunjuk 'macho' tu yg berbahasa bombastik melankolik bagaiiii

    2. kalau IE jadi tukang check soalan PTK..ntah berapa la nak bagi markah kpd tukang tulis( cakap..'pidato') yg guna style begini ..silap haribulan tak lagi langsung..hehehe..kalau baca (dengar pun sama )senafas terus semput!

    2. "kecil jangan disangka anak..besar tak semestinya bapa."

    3. di dalam suasana bekerja pun terdapat ramai yang hebat 'bercakap' tapi 'menulis' ntah apa-apa..hebat 'menulis' tapi takut nak 'bercakap'.....tu yg kena letak mereka di tempat yang betul

    ReplyDelete
  46. As'salam...

    RAsa2nya amy dapat agak sape orang yang di maksudkan...

    ReplyDelete
  47. MAKDARA

    TAK BAIK AMBIL HATI ORANG TAU .. BAHAYA !

    ReplyDelete
  48. IE

    SETUJU DENGAN SEMUA KOMEN AWAK. PALING TEPAT IALAH NO. 3 TU .. TAK RUGI JEMPUT AWAK BAGI KOMEN.

    TAPI TOLONG JANGAN PERASAN ! JANGAN MARAH. SAYA GURAU JER SEMPENA AWAL MUHARRAM.

    ReplyDelete
  49. AMY

    SEBENARNYA SENANG JER NAK TEKA SIAPA MENTERI TU .. SAYA RASA SIAPA YANG TEKA, SEMUANYA BETUL !

    ReplyDelete
  50. GADISBUNGA

    HAHA .. PANDAI AWAK BUAT LAWAK !

    ReplyDelete
  51. senafas den baco. adoi! somput.

    mana noktah, mana koma??

    ReplyDelete
  52. KTS

    YANG AWAK PERGI BACA SATU NAFAS TU SIAPA SURUH ?

    SAYA TAK SURUH PUN AWAK BACA SENAFAS !

    ADA NAFAS LAGI TAK ?

    ReplyDelete
  53. sebab tu cikgu selalu tekankan noktah noktah.. hehe

    ReplyDelete
  54. MRPENYUBIRU

    ADA SAYA KOMEN KAT AANAS TADI .. AGAKNYA MENTERI ITU BELAJAR DARI KITAB JAWI LAMA WARNA KUNING KOT ... KITAB TU JARANG JUMPA NOKTAH.

    ReplyDelete
  55. bos..saya tak misteri hehe ini emel saya skethcy@yahoo.com :)

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.