Tuesday, December 21, 2010

KISAH PERGI LANGKAWI 3 - NAK HABISKAN CERITA DALAM SIMPANAN.


Nampak macam betul-betul. Jangan betulkan skrin komputer anda !


Macam orang lain juga, saya sebenarnya telah banyak kali pergi ke Langkawi. Sudah tak ingat jumlahnya. Samada pergi berseorangan atau dengan keluarga.
Atas urusan rasmi atau bercuti. Kali pertama saya melangkah ke Langkawi adalah pada tahun 1978 iaitu kira-kira 32 tahun dulu.

Dan yang terakhir adalah dari 11 hingg 14 Disember 2010 yang lalu.
Sayang, gambar lawatan pertama entah ke mana. Berikut adalah gambar-gambar lama  yang saya terjumpa.

Lawatan Fasa 1.


Gambar 1: Mac 1985. Pakai 'baju belukar' masa tu !


Gambar 2: Bercuti dengan keluarga. Menyewa kereta (kecik jer) untuk ronda-ronda.



Gambar 3:  Ketiga-tiga anak saya kini sudah berumur 
di antara 26 hingga 29 tahun sekarang.


Gambar 4: Sekarang ni kat Makam Mahsuri dah macam-macam ada.


Gambar 5: Kami tak masuk Air Hangat Village.. takut melecur poket !


Lawatan Fasa 2.



 Gambar 6: Di Jeti Kuala Perlis. Budak lelaki yang besar itu adalah budak yang sama
seperti dalam gambar 2,3,4 dan 5 di atas.


 

Gambar 7: Ifa dan Iqal masih berdukung lagi. Sekarang dah tahun 4 dah tahun 6.


Gambar 8: Iqal dalam mood yang serius !




Gambar 9: Iqal  mesti buat perangai .. bapanya tak pasal2 cekak pinggang
Macam Wonderpet !


Gambar 10: Yang saya cekak pinggang tak habis-habis ni kenapa ? 


Gambar 11: Kali ini dia orang bagi guna Mercedeslah pulak. Masa tu kereta ni baru keluar. Macam orang kayo meronda kotaraya Langkawi.



Gambar 12: Di jeti ke mana tumpahnya Kuah .. menunggu feri untuk balik  ke Kuala Perlis.
Muka pun antara senyum dan tidak.


Gambar 13: Kesian Iqal terpaksa minta sedekah ke hulu ke hilir untuk buat tambang feri 
sebab duit makayah dia dah habis beli minyak gamat !

.
.
.

37 comments:

  1. Salam Tuan Haji,memang best tengok gambar lama2 bagi saya juga kalau gambar lelama tu byk nostalgianya.

    ReplyDelete
  2. Salam bang.

    Nape tak bagi tahu abg diberikan kereta Mercs? Kalau tak boleh kami borong sudu garpu dan pinggan mangkuk lebih lagi sebab tempat barang Mercs lebih besar dari Sentra huhuhu

    ReplyDelete
  3. Abg ada tak beli minyak belacak dan lintah kat Nusantara tu? Mungkin sebab tu duit habis utk beli tiket feri hahaha

    ReplyDelete
  4. Salam pakngah,

    Tak tahu kenapa tapi saya ketawa besar baca pernyataan pakngah pada Gambar 10::: Yang saya cekak pinggang tak habis-habis ni kenapa ? :::..hehe

    Mesti penat juga menyelongkar semula gambar2 lama tu, nak scan lagi. Bagus juga dapat di abadikan di blog sekarang, senang nak lihat semula di kemudian hari kan.

    ReplyDelete
  5. wah uncle..bestnyer ronda langkawi..LM ada ayah angkat polis di sana..br je 2 kali jln2 ke langkawi...hehe

    ReplyDelete
  6. sy plak hampir 4 tahun tinggal di changlun dan keje di kangar, tak penah pon jejak kaki ke langkawi....time kecik dulu jer pergi..hiksss
    memang nak kena pergi ni...:))

    ReplyDelete
  7. tuan haji cekak pinggang tu sebab Mak Ngah ajak lagi pergi Idaman Suri..

    walaupun dah pergi banyak kali, tetap juga nak pergi lagi, kenapa ye?

    ReplyDelete
  8. Gambar tahun 1985 tu mmg rare betul tu... ada sentimental value tu tn haji.. he..he..he..

    ReplyDelete
  9. salam alaik p.cik hamzah.. memang berbeza betul langkawi dulu dengan sekarang... ammi baru je pergi ke langkawi baru2 ni.. kota mahsuri dah lain sangat darpd dulu... masa fasa 1 p.cik pergi, bulan dan tahun tu ammi di lahirkan..hehehe

    ReplyDelete
  10. Salam. bab cekak pinggang tu memang kelakar la, kahkahkah!

    ReplyDelete
  11. salam
    ye lah nape asik cekak pinggang je ni..
    seronoknya pegi langkawi..saya pun nk kumpul duit nk pegi lagi lah..

    ReplyDelete
  12. Suka gambar bersama minyak Gamat tu..besar sungguh botol nya..

    ReplyDelete
  13. as'salam...

    Langkawi memang best..


    p/s: jom tinggalkan detail diri di sinar raudah...

    ReplyDelete
  14. AKUANAKPAHANG

    SALAM KEMBALI.

    BILA MENENGOKNYA JUGA MENGINGATKAN BETAPA TUANYA SAYA. HEHE

    ReplyDelete
  15. YB 1

    SALAM KEMBALI.

    GAMBAR DGN MERC TU GAMBAR LAMA. GAMBAR BARU HANYA YG LAST TU SAHAJA.

    YB 2.

    TAK JUMPA PUN MINYAK TU!

    ReplyDelete
  16. YUS

    SALAM KEMBALI.

    TAKLAH PENAT SANGAT. BUKAN BUAT SEKALI BANYAK2. CUMA NAK SUSUN IKUT TARIKH TU YANG SUSAH, SEBAB KAT BELAKANG GAMBAR TAK TULIS PULAK TARIKH.

    MEMANG BETUL, BILA DAH MASUK BLOG INI DAH JADI MACAM DIARI DAN ALBUM JUGALAH. JANGAN BLOGSPOT BUAT HAL SUDAHLAH.

    ReplyDelete
  17. BABA

    BOLEH PERGI LAGI .. PULAU TU TAK PERGI MANA. HEHE

    ReplyDelete
  18. LYDIA MIZA

    BEST JUGA .. TAPI ADA JUGA TAK BESTNYA .. TAK DAPAT MANCING !

    ReplyDelete
  19. FATONHAIRIL

    ISH ISH .. ORANG DARI JOHOR DAN KOREA PUN DAH BANYAK KALI SAMPAI. TETAPI SELALUNYA KITA MEMANG BEGITULAH. MACAM SAYA DUDUK SEREMBAN, TAPI JARANG2 PERGI PD.

    ReplyDelete
  20. IBUINTAN

    TAPI SAYA PERGI KEDAI KEDAI HAJI ISMAIL GROUP TU .. TAK TAHU KENAPA, PADAHAL PINGGAN MANGKUK DAH BANYAK KAT RUMAH.

    KALAU COKLAT TU LAINLAH, SEBAB HABIS DI MAKAN.

    ReplyDelete
  21. GISMO82

    AWAK TAK TENGOK KE GAMBAR HITAM PUTIH TAHUN 60AN DALAM BLOG INI. LAGI RARE !

    ReplyDelete
  22. AZ

    SALAM KEMBALI.

    MEMANG BANYAK KEMAJUAN SEJAK DR M JADI PM.

    ReplyDelete
  23. DINAS ALDI

    PAKCIK TENGOK PUN TERSENYUM SAMA !

    ReplyDelete
  24. IDALARA

    SALAM KEMBALI.

    KALAU NAK PERGI, ELAKKAN DUA MUSIM. MUSIM CUTI SEKOLAH DAN MUSIM HUJAN.

    ReplyDelete
  25. RELEVAN

    PASAL TU YANG HABIS DUIT TU !

    ReplyDelete
  26. AMY

    SALAM KEMBALI.

    DIA SETANDING DENGAN HAWAI BAHKAN IA KEISTIMEWAAN LAIN. KAT HAWAI TAK ADA MINYAK GAMAT.

    ReplyDelete
  27. seronok dapat tengok gambar2 ni..

    ReplyDelete
  28. salam..
    hee^^ baca ayt kat header Tuan Haji buat saya tersenyum. . .
    ya, zmn skrg, budak 13thn pun da ada blog...
    Mengenai tulisan yg terbalik, mudah sahaja.. Tuan Haji boleh explore di http://text-symbols.com/upside-down/..
    terima kasih sudi lawat blog sy, klu ada kesempatan, sudi undi utk blog comel punye di >> http://bpm-undip2.blogspot.com/

    terima kasih bnyk2^^

    ReplyDelete
  29. SAYANGSAYANGIBU

    SERONOK LAGI TENGOK GAMBAR HITAM PUTIH ..!

    ReplyDelete
  30. FASAHA

    TERIMA KASIH KERANA MEMBALAS LAWATAN. NANTI SAYA UNDI.

    ReplyDelete
  31. NZA

    BILA DAH TUA2 .. SERONOK MENGIMBAU MASA LALU !

    ReplyDelete
  32. Salam uncle....

    Mac 1985- saya baru lahir...

    best tgk pengalaman orang.... :)

    ReplyDelete
  33. SHAA

    NANTI UNCLE TEKA .. UMUR SHAA SEKARANG 25 TAHUN, BETUL TAK ?

    ReplyDelete
  34. org lain, sy nmpk perubahannya dlm setiap fasa tu

    tapi makngah je yg menten. tak berubah2. walaupun dah berfasa2. apa pe'muda'nya??

    :)

    ReplyDelete
  35. KTS

    SAYA PERCAYA DIA MEMPUNYAI SEORANG SUAMI YANG BAIK, YANG MENYENANGKAN HATI WALAUPUN TAK BERAPA NAK MENYENANGKAN MATA !

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.