Monday, December 6, 2010

DAH DEKAT PUKUL 10 MALAM, BARU NAK MULA MAKAN



Gambar 1: Sebahagian dari jemputan yang tertib.

Ini cerita malam Ahad lepas. Saya dengan Makngahnya pergi kenduri kawin anak kawan kat hotel. Rasanya dah dua kali saya buat entri fasal kenduri kawin kat hotel ini. Tapi cerita kali ini, lain sikit.


Gambar 2: Gambar sendiri yang diambil secara curi-curi oleh saya sendiri.
Inilah rupa muka orang tengah lapar.

Hari dah dekat pukul 10 malam, makan belum mula lagi. Usus saya sudah merengek. Saya tengok atas meja ada 3 benda yang boleh dimasukkan ke dalam perut. Pertama air sirap, kedua kek buah dalam kotak dan ketiga telur pindang dalam bekasnya.


Gambar 3: Kek dan telur di dalam bekas masing-masing sebelum terkorban.


Gambar 4: Nak pandang depan, serba salah ternampak budak dua beradik yang baru saya kenal. Mata saya asyik nak terpandang adiknya, walaupun perut lapar. Bapa mereka duduk di sebelah kanan saya. Budak lelaki tu pun macam rupa orang lapar juga !



Gambar 5: Di sebelah kiri saya pulak Makngahnya ...
lama-lama saya pandang atas.


Selepas beberapa lama memandang ke atas, perut saya tidak juga kenyang. Lalu dengan rasa sedikit malu dan bersalah, saya mulakan dengan memakan kek buah dan minum air sirap itu. Tak cukup. Walaupun sirap tu entah berapa kali sudah di 'top-up' oleh pelayan.

Lalu saya pecahkan telur pindang tu dengan berhati-hati, manalah tahu kok meletup pulak dan kemudian memakannya dengan cara penuh beradab. Nasib baik telur pindang .. tak perlulah kicap Tamin. Sudah amat lazat bagi orang yang sedang kelaparan. Lega. Usus pun diam. Tapi saya tidaklah sendawa macam KTS.


Gambar 6: Terima kasih kerana awak telah menyelamatkan perut
saya dari dimasuki angin.


Gambar 7: Tapi saya puji lauk kali ni semuanya sedap-sedap belaka.


Gambar 8: Buktinya .. tengok Makngahnya (yang cuma nampak tangan tu), sedang menikmati nasi hingga ke butiran terakhir.

Seterusnya saya ringkaskan acara-acara yang menyebabkan saya bertambah malas nak pergi kenduri kawin kat hotel.

1. Juruacaranya macam memberi ceramah kebudayaan dan adat resam Melayu. Semua perkara nak diulasnya terutamanya semasa istiadat merenjis. Kalau dia dekat dengan saya, harus dia kena renjis dengan air sirap saya.

2. Doa imam punyalah panjang. Orang Islam di Kashmir pun turut didoakannya

3. Ada persembahan tarian oleh budak-budak yang melambatkan aturcara seterusnya.

4. Pembesar suara yang suaranya sekejap kecik sekejap langsung tak dengar.

5. Juruacara mendramakan secara berjela-jela kisah pertemuan dan percintaan dua mempelai.

6. Ucapan dari wakil keluarga terkeluar tajuk. Selain menceritakan kebaikan kedua-dua pengantin, boleh pulak dia certia dia minat pasukan Arsenal.

Dan akhirnya, ini yang tak boleh tahan ..

7. Semasa beratur untuk melepasi pasangan pengantin dan keluarga di pintu keluar, boleh pulak kawan2 pengantin bergambar sakan dengan pengantin tanpa mengajak saya. Mahu sahaja rasanya saya "lunggah" (bahasa orang Nogori maksudnya rempuh) mereka.
....................................................................................


Sub-Entri: Hari Terakhir Seorang Pelajar Menghadapi Peperiksaan.


Ini cerita pagi semalam (yesterday kata orang kampung saya). Selesai peperiksaan kertas penghabisan, bahasa Arab. Memang susah. Kalau gagal pun saya reda. Dulu saya cadang nak kawin lagi satu dengan orang Arab bagi memperbaiki Bahasa Arab saya, tetapi ustaz larang. Katanya "Saya bimbang, nanti isteri awak pandai cakap Melayu, awak tak juga pandai bahasa Arab".

Jadi kalau saya gagal bahasa Arab nanti, sila salahkah ustaz saya yang sangat tak sporting itu.


Cameraman ni pun satu .. kita suruh ambil gambar kita, dia pergi ambil gambar sahabat karib saya Abraham Lincoln versi Melayu kat depan saya tu. (Sorry ji .. hehe) Sabar jer lah .. ini hari terakhir. Lepas ni tak dapat lagi nak bergurau senda.

"SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH. SEMOGA IBADAH KITA DI TAHUN MENDATANG AKAN LEBIH BAIK DARI TAHUN YANG DI TINGGALKAN"

.

69 comments:

  1. Kesian Al Lavendari.....


    http://miecyber.blogspot.com/2010/12/masjid-al-aqsa-didakwa-akan-runtuh.html

    ReplyDelete
  2. Nasib baik ada "telur pindang" penyelamat keadaan :)

    ReplyDelete
  3. Kanda AL...

    entah mengapa, saya tergelak sepanjang membaca catatan tuan ini. Nasib baik tiada yang nampak!

    ReplyDelete
  4. btol...bila kawen ni jadi majlis formal mmg bosan org yg dtg

    ReplyDelete
  5. as salam tuan haji..mmg banyak kegunaan telur kan? hehehehe

    ReplyDelete
  6. alvendari-sokong2..takminat sgt majlis kat hotel penuh tatasusila.. terhad segala pergerakan..
    kesian menahan lapo ye
    SALAM MAAL HIJRAH JUGA
    ALL IN ONE

    ReplyDelete
  7. Salam al-lavendari

    Semoga bahagia sepanjang tahun baru 1432H dan seterusnya.

    Mata orang lapar sentiasa (agaknya)ke pintu. "Aku nak keluar cari gerai mee goreng!"

    Saya tetap lebih gemarkan kenduri di bawah khemah, di dewan, atau pun di hotel, yang jadualnya 12.00 tgh hingga 4.30 petang!

    Bolehkah tolong terjemahkan 'al bintu jamilah wa tawilah'? (Pasal berkait dengan gambar dua beradik tu!). Tapi ini bukan soalan tambahan peperiksaan. Ceria selalu!

    ReplyDelete
  8. As'salam..

    x tahu kenapa sepanjang membaca netry nie tersenyum lebar amy, memang banyak kegunaan telur nie hu3...

    ReplyDelete
  9. saya pun dah ban kerja kawin kat hotel malam² (dalam erti kata lain, takde orang nak jemput)

    sebenarnya tuan haji, saya selalu baca blog ni, tapi lalu google reader, hehe

    ReplyDelete
  10. salam tuan AL,
    haha kelako.. apa lagi, lenkali kalo nak gi kenduri kawin kat hotel bawak bekal jajan buat isi perut..

    ReplyDelete
  11. selamat pengantin baru kat ayu dgn sape ntah ..

    selamat pengantin lama kat pakngah n makngah..
    walau lama tp sentiasa macam baru!!

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum THJ..

    Tersenyum lebar jer sepanjang saya baca N3 tuan haji ni...

    Selamat menyambut tahun baru hijrah..

    ReplyDelete
  13. Assalam...
    Thanks sudi join BlogLarian.
    Bole cek di senarai ke 23

    ReplyDelete
  14. hahahaa!!!

    time makan malam org melayu...cemtu dah la uncle oi...kihkihkih

    ReplyDelete
  15. jeliternyerr adik tewww.. ikiki

    ReplyDelete
  16. daun pun tak suka pergi kenduri kena tunggu lama lama ni.. letih kita

    ReplyDelete
  17. salam uncle

    kita dpt bygkn betapa lapar nya
    perut uncle tuh... hehe

    sebaiknya tak elok biarkan jmputan tertunggu2 nak mkn kan...

    salam maal hijrah uncle... moga berjaya dan redha ngan keputusan yg bal=kal keluar nati (^_^) ~

    ReplyDelete
  18. cantiknya tangan Makngah!

    kahkah saya pun pernah langgah air sirap di meja sebab lama menunggu waktu makan. bukan di majlis kenduri tapi di majlis anugerah *toooot* peringkat negeri.

    ingatkan saya sorang ja x tahan, lepas saya tuang air tu, 1 meja sekali beramai2 buat macam tu, heheheh..kalau ada telur pindang pun sure saya makan jugak masa tu :D

    ReplyDelete
  19. agaknya tuan rumah (err hotel) tlupa nak print kat kad jemputan suh makan dulu di rumah masing2 kerana makanan dihidangkan kol 10 mlm.. ;p

    salam maalhijah juga utk tn hj :)

    ReplyDelete
  20. wededing kat hotel mmg penuh dgn atur cara...

    sabar jelah.. :)

    ReplyDelete
  21. Salam Tuan Haji.
    Moralnya kalau sampai tahap macam tu boleh masuk angin tali perut, mula kuar angin aje :)

    ReplyDelete
  22. salam tuan haji,
    kalau saya kat tempat tuan haji, komfom terus gastrik jadinya sebab dah terover limit time dinner.. :)

    ReplyDelete
  23. sabar jer lah dengan aturcara yang bermacam ragam kalau majlis kat hotel. nasib baik d beri makan free..

    semoga lulus exam bahasa arab. ;)

    ReplyDelete
  24. Salam Tuan Hamzah,
    gelihati lak baca N3 ni, tu pasal le sy tak suka datang majlis kat hotel ni kalau ngan anak2. Kesian budak2. Nasib dia bagi telur tu awal2 kalau tak kembung minum air je la

    ReplyDelete
  25. sebenarnya sendawa itu bagus. sbb bila kita sendawa, angin akan keluar dr usus dan ini akan menyebabkan ruang usus kita lebih besar dan bersedia menerima makanan yg byk. Bila byk makanan yg dpt kita simpan dlm usus, bermakna kita telah membantu mengurangkan pembaziran. maknanya lagi, kita telah menjadi musuh syaitan.

    sendawa yg digalakkan adalah sendawa gajah. sebab jumlah angin yang keluar adalah lebih besar berbanding sendawa2 lain

    yang benar,
    duktur KTS

    ReplyDelete
  26. Doa imam punyalah panjang. Orang Islam di Kashmir pun turut didoakannya

    .
    .

    doa dalam bahasa arab atau bahasa melayu??

    ;)

    ReplyDelete
  27. Salam ..

    n3 yang buat org sini gelak bila membacanya..!tksh ceria2kan hari nan ptg ini..:):)

    salam maal Hijrah..:)

    ReplyDelete
  28. tuan, saya pun jadi lapar bila baca coretan ni.

    ReplyDelete
  29. Salam Tuan Haji..

    Itu la yg lemahnya p majlis kenduri yg penuh protokol dan terlalu mengikut aturcara majlis..Kalau kenduri kg kan senang..dtg2 trus mkan..huhuh..Dulu penah kena marah dek Arwah Ayah sbb saya x tahan lapar mase ikut p kenduri kat hotel..

    ReplyDelete
  30. Sbb tu lah ..kalau pi khenduri kat hotel saya masuk lambat dan kalau boleh cari meja yg dekat pintu keluar...dia orang bukannya cam kita pun .

    ReplyDelete
  31. mesti tak boleh nak dudk diam kaan
    eishh.awat lambat sgt

    ReplyDelete
  32. hehehe. payah amek la kenduri formal2 na nih kan. bawah khemah jugak yg terbaik. datang2 bleh terus capai pinggan. lepas makan baru syok cari pengantin & kawan2.

    ReplyDelete
  33. MIECYBER

    TERIMA KASIH KERANA MENGASIHANI SAYA.

    ReplyDelete
  34. Pesanan uat MAKNGAH: Lain kali pi kenduri kat hotel, jangan ajak Bang HAMZAH, ajak saya jerrrr...:)

    tapi memang lewatlah kalu kul 10 baru dapat makan. Biasanya, paling lewat pun kul 9. Mungkin event management tu tak berapa bijak tuuu...

    ReplyDelete
  35. ANIF

    ADA JUGA ORANG NAK DERMAKAN TELUR PINDANGNYA .. TAPI SAYA SEGAN NAK TERIMA.

    ReplyDelete
  36. KAKCIK

    KALAU ADA YANG NAMPAK PUN APA SALAHNYA .. BOLEH PROMOSI BLOG SAYA. HEHE

    ReplyDelete
  37. JEDI

    AWAK KAWIN NANTI, NAK BUAT KAT MANA ?
    EH .. AWAK DAH KAWIN LUM ?

    ReplyDelete
  38. ROM

    MEMANG BANYAK .. YANG BUSUKNYA BOLEH BALING KAT ORANG YANG KITA TAK SUKA.

    ReplyDelete
  39. NUR

    INI BUKAN PILIHAN .. INI MANDATORI KENA PERGI !

    ReplyDelete
  40. ABANG TEMUK

    SALAM KEMBALI.

    SENTIMEN KITA SERUPA. TAPI MAJLIS ORANG KENALAH RAIKAN. ITULAH MAKNA PERSAHABATAN.

    SOALAN BAHASA ARAB TU MAKNANYA "TUAN PUNYA BLOG SUAMI ISTERI CANTIK"

    BETUL TAK ?

    ReplyDelete
  41. AMY S

    SALAM KEMBALI.

    MEMANG BANYAK KEGUNAANNYA. MAKNANYA JUGA BANYAK KAN !

    ReplyDelete
  42. KUCINGORENGEMOK

    LALULAH IKUT MANA PUN ASALKAN AWAK BACA ! TAPI KENAPA TAK KOMEN ?

    ReplyDelete
  43. AANAS

    ITU SATU PESANAN YANG HARUS DIPERTIMBANGKAN SEBAIK-BAIKNYA.

    ReplyDelete
  44. IKAN EMAS

    walau lama tp sentiasa macam baru!!

    MANA AWAK TAHU ? JUMPA PUN TAK PERNAH LAGI !

    ReplyDelete
  45. ABD RAZAK

    SALAM KEMBALI.

    SAYA BERCERITA APA YANG SEBENARNYA SAYA RASA DAN BERLAKU.

    SAYA GEMBIRA UST TURUT TERHIBUR.

    ReplyDelete
  46. FAREEDSAIRI

    TERIMA KASIH BERKUNJUNG DALAM KESIBUKAN AWAK MENGURUS BLOGLARIAN.

    ReplyDelete
  47. GADISBUNGA

    AWAK BOLEHLAH GELAK .. AWAK TAK MERASAKAN APA YANG UNCLE RASA.

    ReplyDelete
  48. EN_ME

    ADIK YANG MANA SATU .. YG BERJANGGUT TU KE ?

    ReplyDelete
  49. DAUNBIDARA

    SAYA PUN BEGITU, KALAU ADA PILIHAN.

    ReplyDelete
  50. MANJE

    SALAM KEMBALI.

    UNCLE TERIMA SAHAJA KEPUTUSANNYA. LAGI PUN SEKARANG DAH TAK BOLEH BUAT APA-APA LAGI.

    ReplyDelete
  51. DINAS ALDI

    ITULAH TANGAN ORANG YANG SELALU RAMAS KELAPA !

    LEPAS TU MEMANG ADA PENGIKUT SAYA YANG MAKAN KEK .. TAPI TAK ADALAH SAMPAI TELUR PINDANG.

    ReplyDelete
  52. SZ|MSS

    SAYA RASA BUKAN SALAH HOTEL, TAPI SALAH PENGANTIN YANG LAMBAT MASUK. MAKLUMLAH MALAM ITU DIA JADI RAJA.

    ReplyDelete
  53. NANIE

    TERPAKSA SABAR, SEBAB HOTEL TU TAK ADA GERAI KAT LUAR. KALAU ADA MEMANG DAH KELUAR PEKENA KUEH TIEU GORENG CAMPUR KERANG.

    ReplyDelete
  54. AAP

    SALAM KEMBALI

    NASIB BAIK TAK KELUAR SEBAB PERUT BELUM SEMPAT MASUK ANGIN SETELAH DISELAMATKAN OLEH KEK DAN TELUR PINDANG.

    ReplyDelete
  55. MAKDARA

    SALAM KEMBALI.

    ORANG MACAM AWAK NI, HARUS SENTIASA BAWA MEE MAGGI CALUNG KE MANA2 !

    ReplyDelete
  56. ASADA RYUTARO

    BAHASA ARAB TU ENTAHLAH .. SETAKAT PAS PUN JADILAH. KALAU GAGAL KENA MENGULANG.

    ReplyDelete
  57. AIDAH

    SALAM KEMBALI.

    MEMANG TELUR DAN KEK ITU TELAH PENYELAMAT MALAM TU.

    ReplyDelete
  58. KTS 1

    MUNGKIN BETUL APA YANG AWAK CAKAP TU .. DULU KAT UNIVERSITI SAYA TAK AMBIL SUBJEK GEOGRAFI.

    KTS 2

    SAYA PUN DAH TAK INGAT DIA DOA DALAM BAHASA APA.

    ReplyDelete
  59. PN KARTINI

    SAYA CUMA CERITA KISAH SEBENAR. SAYA SENANG BILA PUAN SENANG.

    ReplyDelete
  60. ABU MUAZ

    SENANG BETUL AWAK NAK LAPAR YA ?

    ReplyDelete
  61. CIK SHINJU

    SALAM KEMBALI.

    TAK PATUT AYAH AWAK MARAH. MUNGKIN DIA DAH MAKAN DULU KAT RUMAH DAN DIA SURUH AWAK, AWAK TAK MAHU KOT.

    TAPI KAN .. KALAU DIA TAK MARAH KAT AWAK, DIA NAK MARAH KAT SIAPA LAGI !

    ReplyDelete
  62. KAK WAN

    TAK BOLEH .. DIA ORANG AMAT CAM KAT KITA. MEMBER KAMCING MAKNGAHNYA.

    LAGIPUN SAYA INGIN BERJUMPA SESEORANG YANG TURUT HADIR PADA MALAM ITU SELEPAS MAJLIS USAI.

    ReplyDelete
  63. CIK MIEYARIF

    MEMANG .. UNCLE PUN KELUAR KAT RUANG LEGAR. MASUK BALIK SEBAB ASAP ORANG HISAP ROKOK BERKEPUL2. TAK TAHAN.

    ReplyDelete
  64. TIJAH

    MEMANG BETUL .. SAYA DAH PUN BUAT ENTRI TENTANG.

    BILA SAYA KAWINKAN ANAK SAYA NANTI, SAH BUAT KHEMAH ATAS JALAN DEPAN RUMAH.

    ReplyDelete
  65. AZIEAZAH

    PERGI KENDURI HARI ITU, BUKAN SAYA YANG AJAK MAKNGAHNYA .. TAPI MAKNGAHNYA YANG TAK SEMPAT2 AJAK SAYA. YANG KAWIN TU ANAK MEMBER RAPAT DIA.

    ReplyDelete
  66. Salam THJ...
    Malam tu mata saya memang tercari-cari THJ sebab teringatkan entry THJ yang menyebut kisah majlis kawin kat hotel ni... tu yang buat-buat bangun cari wash room tu...hehee

    apa pun makanan memang sedap malam tu, kan... tapi saya tak lapar sangat sebab dah makan lasagna yang anak sulung saya masak petang tu... saya dah alas perut siap-siap sebab belajar dari pengalaman THJ hahaaaaa..........

    ReplyDelete
  67. RKA

    SALAM KEMBALI.

    SAYA SILAP HARI TU, TAK ALAS PERUT DULU DARI RUMAH. LEPAS NI KENA BAWA ROTI GARDENIA DALAM BEG MAKNGAHNYA.
    AIR TAK GADUH, MESTI ADA ATAS MEJA.

    ReplyDelete
  68. Saya suka gambar 2 dan apa yang tertulis di bawahnya..:)

    ReplyDelete
  69. Adoi la Pak Ngah (ok kan saya bahasakan Pak Ngah). Senak perut saya tahan gelak baca entry ni, sambil translate kat hubby lagi sebab dia pelik tengok saya kejang2 tahan gelak. nice one.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.