Saturday, December 4, 2010

MARI KITA BER PU.E.C WALAUPUN X RE.T.


Dulu saya ada dua blog. Satu bernama KomenSen dan satu lagi PU.E.C ORANG X RE.T (Puisi Orang Tak Reti). Tapi blog puisi itu sudah tidak aktif sejak  2 Jun yang lalu.   Namun begitu saya tidak menutupnya terus kerana hati saya masih di situ.

Di samping  itu, saya dapati masih lagi ada sambutan walaupun saya tidak membuat entri baru. Misalnya bulan lepas ada 726 pageviews.  (Sebenarnya saya tak faham apa beza visitors dengan pageviews. Ada sesiapa yang sudi dan boleh tolong terangkan ?


726 Pageviews last month !


Esok merupakan hari terakhir peperiksaan DEPS saya. Dulu saya ada kata nak berhenti atau mengurangkan berblog hingga habis periksa. Entrinya di sini. Rupanya tak boleh. Makin dekat nak periksa, makin saya 'stress' dan perlu mengurangkan stress tersebut. Rupanya lagi dengan berblog dapat mengurangkan lemaks stress saya. Terpaksalah saya melanggar sumpah itu.

Dengan menjangkakan selepas ini akan ada sedikit masa terluang, maka saya bercadang hendak  menghidupkan semula blog puisi tersebut.  Saya sudah pun mula membersihkan laman berkenaan. Maklumlah sudah lama terbiar.  Saya sedar sambutannya sebelum ini suam-suam kuku. Namun di situlah tempat saya 'bermain-main', mengasah kreativiti dan mendapat kepuasan.

Dengan ini saya dengan rasminya  mempersilakan mereka yang di bawah ini yang telah dirakamkan oleh widget pengesan kedatangan, sebagai 10 pengunjung yang paling kerap datang, agar berkunjung semula.

  1. kakcikseroja 
  2. ikan emas 
  3. LiNda 
  4. sayangsayangibu
  5. Yunus Badawi 
  6. Insan Marhaen 
  7. Ekin 
  8. azieazah 
  9. Eye_nee 
  10. Finaz 

Kepada yang lain-lainnya juga, saya dengan sangat berbesar hati menjemput anda datang ke sana kalau berani sudi.
.
.

39 comments:

  1. salam akhi Hamzah...

    insyaAllah sekali sekala , ummi akan jenguk juga....
    skrg dh jarang berblog...

    ReplyDelete
  2. Kanda AL...

    sudah pasti saya akan ke sana... terima kaksih kerana telah membersihkan rumput yang panjang dan bumbung yang bersawang untuk kita sama-sama menumpang tenang di bawah pokok yang rendang... :)

    ReplyDelete
  3. eh..
    bukan dulu Uncle kata nak stop kat sane ker?..

    mungkin saya silap..
    huhuhu

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum THJ...

    Mula-mula dulu kerap juga saya pergi blog tuan haji satu lagi tu tapi bila tuan haji tak aktif di situ saya pun jarang pergi. Kalau tuan rumahnya sekarang ni ada di sana mahu juga rasa nak berkunjung...

    ReplyDelete
  5. Salam Tn Hj AL,
    didoakan moga berjaya dengan cemerlang dalam exam nanti...

    ReplyDelete
  6. En Komensen,

    memang IE rinduuuuuuuuuuuu sgttttttt kat rumah lagi tuuu... sebab kat situ walau ringkasssss ...tp penuh sense

    ( macam sense cina pulak...kedai kechik tapi macam-macam 'ubat' ada .

    pohon mengkudu tumbuh di laman
    anak ikan berenang di tanam
    bertahun rindu telah disimpan
    akhirnya tuan sudi meneman


    Kalau mengkudu nama pohonnya,. Daun direndam di dalam guri,. Kalau rindu kusebut namanya,.
    tidak ku pendam seorang diri. ...


    laalalaalalalallaaa

    t.kasih tuan
    ingat kat IE

    ReplyDelete
  7. salam uncle.
    haaa...baru tau rupa2nya blogging pun boleh kurangkan stress...

    tak sangka uncle minat puisi juga. GB mmg berani ke sana sebab cuma kene baca dan komen je kan? tak perlu deklamasi puisi kan kan? eheheh

    ReplyDelete
  8. pakcik kena buat kenduri masuk rumah balik neh.. hehehe :D

    ReplyDelete
  9. pueh den nak momahamkan kependekan yang digunokan tu...

    ReplyDelete
  10. Salam Tuan Haji, pernah gak tersesat kat situ. Insyaallah nanti kita singgah semula. :)

    Agaknya yang terpageviews itu macam saya agaknya dulu... terjumpa dan terbuka lalu termasuk berbeza dgn datang sendiri gamaknya :)

    ReplyDelete
  11. Salam Sdr AL
    walaupun kdtgan sy mungkin sering kali terlepas pandang (kerana sy bukan pengomen atau visitor tetap) namun sesekali sy singgah juga di sini..insyallah sy juga akan singgah di rumah kedua AL..

    ps sukar nk stop berblog kerana di sinilah tempat mengadu dan bercerita pada teman2 yg memahami.

    ReplyDelete
  12. Salam Bang HAMZAH...

    ni adinda dah masuk semula ni, bentang karpet bang, kaler merah punya ek...

    hehehe

    ReplyDelete
  13. Salam bang.

    Tak sangka pula saya antara 10 org yg tersenarai. Saya x reti berpuisi. Baca komen IE yg siap berpantun2 buat saya rasa kerdil. Ini belum lagi yg lain spt KTS huhuhu

    ReplyDelete
  14. memang hilang stress bang hamzah.

    ReplyDelete
  15. kalau tak silap saya,
    visitors tu bilangan jumlah pengunjung yg dtg ke blog kita pd hari tu.

    manakala pageviews pula, jumlah bilangan page kita yg diveiw..

    hihihi..

    ok. mcm tak berbeza kan

    mcm ni,
    klu sy dtg ke tmpt awak hari ni 5 kali, makanya
    visitor : 1
    pageviews : 5

    visitor mengesan pengunjung. klu pengunjung yg sama, dia tak kira.

    klu tak silap saya la... klu silap, maknanya sy tak sengaja menipu awak. Maaf

    ReplyDelete
  16. sy rasa sy pun sesuai dgn 'rumah' awak yg satu lg tu

    .
    .


    sbb sy pun x r et pu.ec


    jumpa di sana :D



    -jawab periksa elok2 :D-

    ReplyDelete
  17. SALAM SEMUA.

    MAAF BEBANYAK .. NI BARU JER SAMPAI DARIKENDURIKAWINYANGDIBUATKATHOTEL.
    HARI INI ADA 3 JEMPUTAN. PAGINYA EXAM. LETIH DAN MENGANTUK SANGAT. BESOK LEPAS BALIK EXAM DAN MAKAN KENDURI KAWIN LAGI, SAYA JANJI AKAN BALAS KOMEN ANDA SATU PERSATU. SELAMAT MALAM.

    ReplyDelete
  18. UMMI

    SALAM KEMBALI

    TERIMA KASIH KERANA MENJENGAH WALAU PUN UMMI SUDAH JARANG BERBLOG. TETAPI SAYA SEBALIKNYA, MAKIN RAJIN PULAK.

    ReplyDelete
  19. KAKCIK

    INSYAALLAH KALI INI AKAN SAYA CUBA KEKALKAN WALAUPUN HANYA KITA BERDUA SAHAJA YANG BERDENDANG.

    ReplyDelete
  20. AUJINZ

    AWAK TAK SKLAP .. SEBENAR UNCLE YANG SILAP DALAM MELAYAN RASA.

    ReplyDelete
  21. ABD RAZAK

    SAYA MENUNGGU KUNJUNGAN UST DENGAN KOMEN DALAM BENTUK DAN GAYA YANG BERLAINAN PULA.

    ReplyDelete
  22. KUASAI MINDA

    TERIMA KASIH ATAS DOA ITU.

    KERTAS BAHASA ARAB SAYA, MUNGKIN GAGAL ATAU CUKUP MAKAN, KALAU UST TU BERI MARKAH KESIHAN. TETAPI KERTAS2 YANG LAIN ITU ALHAMDULILLAH, SAYA BOLEH MENJAWABNYA.

    ReplyDelete
  23. IKAN EMAS

    TERIMA KERANA MENGALU2KAN SAYA KEMBALI KE GELANGGANG.

    DAN TAK SABAR NAK BERPANTUN YA.

    SAYA 'SIMPAN' PANTUN SAYA KAT SANA. NANTI HABIS MODAL PULAK.

    ReplyDelete
  24. GADISBUNGA

    SALAM KEMBALI

    TERIMA KASIH KERANA NAK BERTANDANG KE SANA TAPI KENA BERPANTUN. KALAU TIDAK, TAK JUMPA JALAN KELUAR NANTI. HEHE

    ReplyDelete
  25. NADIERA

    PAKCIK HARI MAKAN KENDURI MUSIM SEKOLAH NI .. HEHE !

    ReplyDelete
  26. AAP

    SALAM KEMBALI.

    SESAT-SESATLAH SELLU KE SANA YA !

    BERKENAAN BEZA VISITOR DAN PAGEVIEW TU, SAYA TERIMA PENERANGAN OLEH KTS ITU DAN SEKARANG SAYA SUDAH FAHAM..

    ReplyDelete
  27. IDALARA

    SAYA TETAP PERASAN DAN MENGHARGAI KEHADIRAN IDA.

    MEMANG BETUL, BERBLOG SUDAH MENJADI TEMPAT BERKAWAN TANPA SEMPADAN DAN BERCERITA WALAUPUN MUNGKIN TAK ADA YANG BACA, TETAPI SEKURANG2NYA DAPAT MELEPASKAN APA TERLEKAT DI KERONGKONG.

    ReplyDelete
  28. AZIEAZAH

    SALAM KEMBALI.

    NANTI SAYA PERGI NILAI 3, BELI KARPET BARU UNTUK AWK. HEHE

    ReplyDelete
  29. YB

    JANGANLAH MERASA KERDIL. BLOG INI KHUSUS UNTUK ORANG2 YANG MEMINATI PUISI TETAPI TAK RETI BERPUISI.

    ReplyDelete
  30. IM

    BAGAI BELUT PULANG KE LUMPUR .. MARILAH KITA BERGELUMANG !

    ReplyDelete
  31. ABU MUAZ

    MEMANG HILANG STRESS KALAU KENA GAYANYA .. TU SEBAB SAYA CUBA MENGELAK BERBICARA TENTANG POLITIK. BUKAN TAK MINAT, TAPI MELALUI WADAH YANG LAIN.

    ReplyDelete
  32. KTS 1

    PENERANGAN AWAK ITU SUNGGUH JELAS SEKALI. SEKARANG SAYA DAH TAHU BEZANYA.

    KTS 2

    RUPANYA AWAK SUKA YANG POP-UP PUNYA. TETAPI UNTUK MENJAWAB KOMEN, LETIH SEKIT SEBAB KENA KE ATAS KEBAWAH.

    KTS 3.

    SAYA DAH JAWAB ELOK2 .. TAK JATUH PUN !

    ReplyDelete
  33. Salam Tuan Hamzah..
    LM suka puisi..nnt akan datang menjenguk puisi ke sini.Terima kasih kerana sudi melawat blog LM ye?

    ReplyDelete
  34. LYDIA MIZA

    SALAM KEMBALI.

    TERIMA KASIH JUGA KERANA ZIARAH BLOG SAYA DAN KOMEN KALI PERTAMA.

    SAYA TUNGGU KUNJUNGAN LM DI LAMAN SANA.

    ReplyDelete
  35. pakngah
    terharu sya...
    betul tu berblog ni mengurangkan stres jugak

    ReplyDelete
  36. SAYANGSAYANGIBU

    PAKNGAH PUN TERHARU GAK .. SEBAB AWAK SUDI MELAWAT ENTRI YANG DAH TAMAT TEMPOH.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.