Friday, September 24, 2010

RENUNGAN HARI JUMAAT - LEBIH BAIK JADI KELAWAR !


Ada tak nampak mereka berlanggar sesama-sendiri.
 Padahal mereka terbang serentak dalam jumlah beribu-ribu.
Kita manusia ni, kadang-kadang jalan yang begitu lengang 
kat kampung pun boleh bertembung.
Kat lebuh raya tak usah ceritalah.
 Lihat sajalah statistik kematian semasa Ops Sikap 22 yang lepas.
Semuanya kerana masing-masing nak tunjuk samseng, keras kepala dan ego.



Mereka juga  tak berebut-berebut untuk mendapatkan tempat.
Tak ada pun undang-undang dan polis untuk menguatkuasakannya.
 Mereka tidak  membunuh dan membakar mayat seteru mereka 
sebagaimana yang diperlakukan ke atas Datuk Sosilawati.
Mereka juga tidak bergaduh  adik beradik
  berebutkan tanah pusaka.

Dan lagi ..
Mereka tidak membuang atau meninggalkan bayi mereka
 kat tong sampah atau gantung kat pagar masjid.



Haa .. yang ini jangan tiru. Sila guna komensen !
Ia khusus untuk kelawar sahaja.
Kalau kita tiru tidur begini .. apa jadi ? 
Rasanya tak lama .. pengsan, sebab darah turun ke kepala.
Kalau terlena .. berdebum jatuh, sebab terlepas pegangan.
Macam orang yang tertidur kat kelas diploma Syariah !
Tapi mereka ini tak pengsan dan tak terjatuh.
Sesungguhnya maha bijaksana Allah yang mencipta mereka.
Subhanallah.


Inilah rupa bilik tidur saya di rumah tumpangan di Alor Star ! 
Tak perlulah saya tidur bergayut !

p/s: Percaya atau tidak. Orang Negeri Sembilan tidak ada mempunyai sifat keakuan. Mereka hanya ada sifat keedenan sahaja. Apa kata Ikan Emas ?
.
.

63 comments:

  1. kelawar dgn burung lebih kurang jugak kan? terbang beribu2 tapi steadyy je, siap ada perkiraan mereka sendiri. Siapa di depan, siapa standby di belakang. Manusia ni asyik diaaa je nak duk depan, apa jadi kat orang belakang, tu lu punya hal. Gua gua lu lu....manusia sekarang ni dah makin teruk!!!

    ReplyDelete
  2. Ambil apa yang terbaik dari pengajaran tentang kelawar tu...ambo tetap ambo.

    ReplyDelete
  3. FA*ATIP

    BETULLAH SAYA CAKAP .. LEBIH BAIK JADI KELAWAR KAN !

    PASAL NAK DUDUK DEPAN NI ADA JUGA PENGECUALIANNYA, IAITU SEMASA SEMBAHYANG BERJEMAAH MASING2 DOK TOLAK ORANG LAIN KE DEPAN.

    ReplyDelete
  4. NIDUS2

    BUKAN SETAKAT DARI KELAWAR JER KAN .. DARI ORANG LAIN ELOK JUGA.

    ReplyDelete
  5. ish ..igtkan td yg ist..

    1. ke'eden'an dan ke 'esey'an..pokok dek den la, kok dek ekau laa...
    ( gamaknye gitu ler org nogori, keme tak nak ler campo...)

    2. tuu kes kelawar...cuba renung bintang di langit...

    ReplyDelete
  6. salam..tgk katil Queen tue maknya ikut sekali ke, tuan haji...heheheh...
    p/s: tuan haji ada pekena laksa yg terkenal kat Alor Setaq tue??

    ReplyDelete
  7. Salam Kanda AL...

    Katil seluas itu - tidur seorang diri? Kalau suami saya, pastinya dia akan bawa saya sebagai peneman! Tapi, kalau dia jadi kelawar, risau pulak saya...

    ReplyDelete
  8. Kelawar tak leh bawak keta pakngah...
    hee..
    kita ni mudah tergesa2 bila dah masuk dalam keta..

    ReplyDelete
  9. satu lagi yg manusia tak perlu tiru dari kelawar - kelawar berak merata. hehe..

    mana yg positif kita ambik sebagai pengajaran..

    ReplyDelete
  10. buta mata kita pada keagungan Ilahi yea... mendalam tul n3 ni

    ReplyDelete
  11. byk haiwan lebih baik drp manusia skrg ni???!!!!!

    ReplyDelete
  12. Kadang-kadang Saya jadi kelawar bila online sampai ke awal pagi :)

    ReplyDelete
  13. Salam hari jumaaat mubarak..
    moga anda sihat sekeluarga..
    ermmmm..manusia semakin lari
    dari landasan hidup..nafsu
    mengatasi akal..

    ReplyDelete
  14. kelawar ni w/p mata tak nampak tapi tahu cari buah yg masak. Manusia yg celik ni pun kadang terambil yg mentah terutama org yg suka curi mangga org lain huhuhu

    ReplyDelete
  15. salam tuan haji.

    Selamat Hari Raya :) (harap x terlalu lewat ucapan tu..)

    sokong2!!! manusia mmg suka kat depan skali...terutama masa beratur.paling 'nikmat' agaknya kalo bleh memotong Q tu.lagi 'power' kalo bleh menyelinap tros sampai depan barisan walo mula2 td ada kat belakang skali.tp jgn lupa...lambaian polis trafik boleh menyebabkan tido anda tidak lena!!!

    p/s : keEDENan xpe lagi...kalo dah sampai tahap keEDANan tu...borek!!

    EDAN=gila (dalam bahasa jawa)

    ReplyDelete
  16. Salam tuan AL,
    satu lagi tak leh sifat kelawar tak leh tiru gak.. tido siang malam berjaga... itu dah langgar fitrah dah tu.. hihi..

    p/s: sila duduk kat tepi dinding kalau dalam kelas, jadi kalau terlolap tak la tergolek.. boleh lentok baek nya kat dinding.. hihi..

    ReplyDelete
  17. oh ya lupa nak mention, segak lerr.. kui kui..

    ReplyDelete
  18. salam raya nam,

    Memang benar sikap baik kelawar tu...itulah yang perlu kita ambil iktibar.

    .....tapi tak naklah jadi kelawar...siang tidur, malam berjaga.

    ReplyDelete
  19. salam,

    Kelawar merupakan salah seekor binatang yang sangat unik, kalau tak diorang tak buat komik Batman dan berjaya sampai sekarang...

    ReplyDelete
  20. salam THJ, semoga sihat selalu...

    Sebenarnya dalam alQuran ada ayat yang menceritakan fasal beribu burung berterbangan...

    Maksudnya lebih kurang begini:
    Tidakkah kamu melihat beribu-ribu burung berterbangan, adakah mereka berlaga sesama sendiri...? Tidak... KERANA AKULAH (ALLAH) YANG MENGAWALNYA..."
    (kalau silap tolong betulkan...)

    saya tak berapa ingat ayat berapa dan dari surah mana... mungkin abang A. Razak boleh tolong...

    ReplyDelete
  21. Ada yang suka tidur pakai baju kelawar. Jangan jadi kawaq sudah lah

    ReplyDelete
  22. cerita pasal nak duduk depan masa sembahyang. nipun satu lagi haru. masa terawih baru2 ni, org depan rumah saya tergesa2 masuk surau nak book duduk depannnnnn sekali, seolah2 tempat tu dia yg punya, orang lain tak boleh kacau. masa tergesa2 tu, dia almost tersepak kepala kawan I yang tengah sujud sembahyang sunat....grrrrrr....**rasa nak sekeh kepala dia!** hehehe...

    ReplyDelete
  23. uncle,
    kelawar yg dah jadi vampire hemsem wooo! ngeee

    ReplyDelete
  24. salam uncle..

    ye ye.. setuju...

    tetiba teringat satu kisah di mana cacing pon bangga dia dicipta sebagai cacing yg tak punya kaki dan tangan daripada menjadi manusia yang ada tubuh sempurna tapi iman sekelumit hama.. Allahu..

    huhuhu...

    ReplyDelete
  25. IKAN EMAS

    KALAU RENUNG BINTANG DI LANGIT. LAGI BANYAK DAN PANJANGLAH CERITANYA.

    ReplyDelete
  26. ROM

    MAKNGAHNYA TAK BOLEH IKUT. ADA ANAK AMBIL UPSR. DAN PAK MERTUA TIADA SIAPA NAK JAGA. LAKSA SAYA TAK BERAPA GEMAR. SAYA TAK MENGUMPAT KALAU ORANG MAKAN TAK AJAK SAYA.

    ReplyDelete
  27. KAKCIK

    SALAM KEMBALI. SAYA TIDUR SORANG2 JER. PAKAI SEBELAH JER KATIL TU. BAYAR PENUH. TAK ACI BETUL !

    SELALU KE SUAMI JADI KELAWAR TU ?

    ReplyDelete
  28. LANABULU

    BETUL .. PERSONALITI ORANG MALAYSIA SELALUNYA ADA DUA. SATU DI LUAR KERETA DAN SATU LAGI SEMASA DALAM KERETA.

    ReplyDelete
  29. MRPENYUBIRU

    TAPI BERAK KELAWAR ORANG KUMPUL BUAT BAJA ORGANIK. CUKUP BAGUS KATANYA.

    ReplyDelete
  30. CEMOMOI

    MENDALAM BAGI MEREKA YANG MENGERTI.

    ReplyDelete
  31. HAMIZAH

    KADANG2 NASIB HAIWAN LEBIH BAIK DAN TERBELA DARI MANUSIA.

    ReplyDelete
  32. ANIF

    AWAK ONLINE SAMBIL BERGANTUNGAN JUGA KE ?

    ReplyDelete
  33. ZULKBO

    KENA REPAIR CEPAT2 LANDASAN ITU .. KALAU TIDAK TERGELINCIR LAGI TERUK.

    ReplyDelete
  34. YB

    MUNGKIN MEREKA SENGAJA CURI MANGGA YANG MUDA KOT UNTUK MENCICAH !

    ReplyDelete
  35. ALMUTARJIMAH

    TERIMA KASIH ATAS PUJIAN ITU.

    ReplyDelete
  36. WAK

    SALAM KEMBALI.

    TAPI KALAU SURUH JADI IMAM DUDUK DEPAN SEKALI TAK MAHU PULAK. TERMASUKLAH SAYA. HEHE

    EDEN DAN EDAN TU DEKAT2 JER SEBUTANNYA. HARI INI BARU SAYA TAHU.

    ReplyDelete
  37. AANAS 1

    SALAM KEMBALI.

    TIDUR SIANG MALAM BERJAGA TU, TENGOK KERJA LAH. KADANG KENA JUGA MACAM JURURAWAT ATAU POLIS DSB YANG TERPAKSA KERJA MALAM. MEREKA KENA TIDUR SIANG. MEMANG SAYA AMBIL KERUSI BELAKANG SEKALI, BOLEH BERSANDAR KAT DINDING.

    AANAS 2

    SEGAK TU, RUJUK KEPADA SIAPA DAN ENTRI MANA ?

    ReplyDelete
  38. AHMAD HUMAIRI

    SALAM KEMBALI.

    BUDAK2 MUDA SEKARANG CUKUP RAMAI YANG TIRU TABIAT INI .. SIANG TIDUR, MALAM BERJAGA.

    ReplyDelete
  39. ISMAIL FITRY

    SALAM KEMBALI.

    BUKAN SAHAJA KELAWAR, SETIAP MAKHLUK INI ADALAH UNIK SIFATNYA.

    ReplyDelete
  40. RKA

    SAYA PUN TAK TAHU SURAH MANA .. HARAP2 UST RAZAK DAPAT MEMBANTU.

    ReplyDelete
  41. POK LI

    SAYA TAK SUKA TIDUR PAKAI BAJU KELAWAR NANTI SUSAH NAK KEJAR KAWAQ !

    ReplyDelete
  42. FA8ATIP

    JANGAN SEKEH. TAK BAIK. KETUK JER DENGAN HENBAG.

    ORANG LELAKI TAK SUKA REBUT PERGI DEPAN SEBAB TAKUT KENA JADI IMAM DAN BACA DOA !

    ReplyDelete
  43. GADISBUNGA

    MUKA JE HENSEM .. BADAN TETAP MACAM KELAWAR JUGA KAN.

    ReplyDelete
  44. KAKTINY

    SALAM KEMBALI.

    KITA JER YANG RAMAI TAK BANGGA JADI MANUSIA. TU SEBAB RAMAI YANG BUNUH DIRI.

    ReplyDelete
  45. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  46. Salam THJ..

    Moga tuan haji sihat hendaknya..

    Merujuk kepada komen RKA ayatnya ialah dari Surah al-Mulk ayat ke-19

    أَوَلَمْ يَرَوْا إِلَى الطَّيْرِ فَوْقَهُمْ صَافَّاتٍ وَيَقْبِضْنَ ۚ مَا يُمْسِكُهُنَّ إِلَّا الرَّحْمَٰنُ ۚ إِنَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ بَصِيرٌ

    Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembangkan sayapnya dan mengatupnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (Kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

    ReplyDelete
  47. ABD RAZAK

    SALAM KEMBALI.

    MEMANG SAYA MENUNGGU2KAN KOMEN USTAZ. TERIMA KASIH BANYAK2 KERANA MENUNJUKKAN SURAH TERSEBUT.

    BURUNG PULA MENDATANGKAN TAKJUB DALAM BENTUK YANG BERBEZA. TIADA KATA2 BOLEH MENGGAMBARKAN BETAPA HEBAT PENCIPTANYA BILA MELIHAT BURUNG2 YANG TERBANG DARI KUTUB UTARA KE SELATAN KETIKA MUSIM SEJUK DAN KEMBALI KE UTARA BILA MUSIM BERUBAH.

    MASYAALLAH .. TIADA KOMPAS, TIADA GPS DAN TIADA BEKALAN MAKANAN. DI MANAKAH MEREKA BERHENTI REHAT DAN MENGISI PERUT DAN BETAPA SETIANYA MEREKA TERBANG BERKAWAN. DAN MEREKA TERBANG MENUJU DESTINASINYA TIDAK PERNAH TERSASAR DAN TIDAK PERNAH TERSALAH JADUAL.

    SUBHANALLAH.

    ReplyDelete
  48. Salam Tuan Haji..

    Setiap kejadian alam pasti ada rahsia tersembunyi, manfaat buat mrk2 yg berfikir..

    Firman Allah..

    Maksudnya : Sesungguhnya kami telah meyediakan untuk Neraka Jahannam sebilangan besar drpd jin & manusia, ialtu mereka yang mempunyai hati tetapi mereka tidak menggunakannya utk berfikir, mempunyai mata tetapi tidak menggunakannya utk melihat, mempunyai telinga tetapi mereka tidak menggunakannya utk mendengar. Mereka sama seperti binatang ternakan , bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah golongan yang lalai.

    Allah dah kata dlm Quran..manusia ni lbh teruk dr binatang jika ada kriteria2 spt dinyatakan dlm ayat di atas..

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  49. Tn Hj Al...

    Besarnya kekuasaan Allah...
    Kita contohi yang baik-baik, kita awasi yang tidak sesuai...

    ReplyDelete
  50. yang tak baiknya kelawar suka menumpang tinggal di bumbung rumah, penuh tahi di atas siling..

    ReplyDelete
  51. IBUINTAN

    KITA TAK PAYAHLAH TIRU SAMPAI NAK BERAK ATAS SILING BAGAI ! HEHE

    ReplyDelete
  52. UMMU AMMAR

    SALAM KEMBALI. MEMANG BENARLAH ADA SEBAHAGIAN DARI MANUSIA LEBIH TERUK DARI HAIWAN. CONTOHNYA MEREKA YANG SENGAJA MENZALIMI DIRI SEPERTI MENGAMBIL DADAH, ARAK, MEREMPIT DSB.

    ReplyDelete
  53. MUNSYI RAGBAR

    SAYANGNYA ADA SEBAHAGIAN DARI KITA GEMAR MENCONTOHI PERKARA2 YANG TIDAK BAIK.

    ReplyDelete
  54. katil single yg didoublekankah..?

    he he.



    .

    ReplyDelete
  55. I rather sleep double on a single bed than sleep single on a double bed hehehe

    ReplyDelete
  56. TASEK M

    YE LAH KOT .. TAPI TAK ADA MAKNANYA SEBAB SAYA PERGI SORANG2. HEHE

    ReplyDelete
  57. YB

    I COULDN'T AGREE WITH YOUR MORE. THIS TIME ONLY. NEXT TIME NOT SURE. HEHE

    ReplyDelete
  58. satu lagi kaaan... tahi kelawar ni merupakan sumber baja organik terbaik dunia berbanding tahi2 binatang lain


    .
    .


    .
    .

    berbanding tahi manusia.... rasanyalah.

    err.. ada ke org proses tahi manusia jadikan baja??

    lg mati pokok ada ... rasanyalah..


    takpe... nanti kita suruh org kaji eh..

    ReplyDelete
  59. KTS

    berbanding tahi manusia.... rasanyalah.

    ITU KATA-KATA AWAK. SAYA RASA MACAM TAK PERCAYA YANG AWAK PERNAH RASA .... MANUSIA.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.