Thursday, September 2, 2010

MAYBANK DAH INSAF KOT !

1. Tengah hari kelmarin saya pergi Maybank Putrajaya untuk menggunting rambut beberapa urusan. Antaranya menukar duit raya, ambil sampul duit raya, tambah ASB sikit dan tutup akaun simpanan konvensional dan buka akaun Islamik, atas saranan kawan-kawan blogger lewat entri ini sedikit masa dulu.

2. Saya dilayan betul-betul macam VIP. Kekok pulak rasnya sebab saya adalah dari golongan proletariat. Segalanya diuruskan dengan cekap, pantas, senyuman dan mesra. Saya cuma menunggu dalam bilik managernya sahaja dah dua tiga orang petugas semuanya wanita keluar masuk untuk mendapatkan tandatangan saya. Dengan itu tak jadilah saya nak tamatkan kad kredit Visa saya. Nampaknya surat terbuka saya kepada Maybank dan Visa melalui entri seperti yang dinyatakan di para 1 di atas benar-benar berkesan. Saya cari-cari juga stafnya yang bernama KTS tapi tak berjumpa.

3. Pada mulanya saya diberitahu, sampul duit raya belum sampai. Sedikit kecewa. Tetapi sebagai gantinya saya diberikan sekotak sampul yang dikhususkan untuk VVIP yang mengandungi 50 sampul.


Gambar 1: Sampul duit raya VVIP. Tapi takkan nak letak se Riyal sahaja di dalamnya.



Gambar 2: Lihat dari arah belakang pun cantik !


4. Sungguh cantik. Memang saya TIDAK akan gunakan untuk beri duit kepada budak-budak. Mereka bukan kisah dengan sampul .. yang penting isinya. Saya akan gunakannya untuk mengisi sesuatu, bila menghadiri jemputan majlis perkahwinan kelak. Rasanya sampul-sampul tersebut tak habis sampai raya tahun depan.

5. Kemudian saya diberikan kad kredit saya yang telah diperbaharui. Tamat September 2013. Tak tahulah saya masih hidup atau tidak lagi pada masa itu. Saya sudah jadi ahli sejak 1985. Banyak dah jasa dia kat saya. Sayang pulak rasanya nak berhenti sekarang. Lagi pun Maybank dah insaf.


Gambar 3: Inilah dia kad Visa saya yang telah di sambung kontraknya.

6. Pada satu peringkat, mahu tak mahu saya kena juga pergi ke kaunter untuk mengimbas ibu jari. Sedang urusan itu berjalan, saya ternampak ada orang masuk ke dalam bank sambil menolak kotak-kotak ke dalam bilik manager. Saya agak ini mesti sampul. Sah. Nampaknya saya langkah kanan. Sebelum saya beredar balik, saya di berikan lagi sebeban sampul duit raya yang baru sampai tadi. Kiranya orang pertamalah. Saya dapati ada 20 bungkusan kecil yang mana dalam setiap bungkusan itu ada 10 keping.


Gambar 4. Kalau jual semula, cukup untuk duit tol seminggu ni.

7. Dalam perjalanan balik, hujan agak lebat. Saya melalui jalan Sri Perdana. Saya melihat beberapa orang pekerja sedang menyusun bunga-bunga di atas pembahagi jalan. Tiba-tiba air mata saya menitis melihat mereka bekerja didalam hujan lebat di dalam bulan puasa. Lalu saya terfikir berapakah gaji mereka, sudah dibelikah baju raya untuk anak isteri mereka, cukupkah duit untuk membuat kuih atau tambang balik kampung nanti, adakah ada lagi bakinya untuk diberi kepada emak dan ayah ... Lalu saya merasa amat bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada saya selama ini di samping merasa berdosa kerana sedikit sangat amal ibadat saya kepadaNya sebagai tanda bersyukur.


p/s: gambar duit raya yang baru tak payahlah kot .. semua orang dah kenal kan ?

.................................................................................

Sub-Entri



Gambar 5: Tali pinggang saya telah berada pada lubang terakhir.
Tak boleh nak dikecilkan lagi. Kalau nak kecilkan lagi, kena buat lubang baru.
Kalau buat lubang baru, tentu tak sama dengan lubang original.
Saya tak nak merosakkan tali pinggang ini !


Ada sesiapa berhajat nak beli tali pinggang terpakai ?

Brand dia sengaja di tunjukan untuk mendapatkan harga yang terbaik dari pembida.
.

101 comments:

  1. salam akhi Hamzah

    sembang lari tajuk bleh.he he he

    betul tu , ummi salah sorang yg akan beredar dulu dr dpn pc ni,untuk beraya bersama bonda tercinta...tu yg dh buat N3 raya...

    sampul tu kalau sayang nk kasi bdk2 tak per tp kasi ler kat insan2 yg jd follower n pencoret2 di ruang komen kat sini, tp yg dah diisi dgn duit raya ler, he he he boleh ker terpakai cadangan ummi ni...

    ReplyDelete
  2. salam tuan haji..saya tak nak tali pinggang tapi saya nak sampul duit raya yang berisi hehehehe....
    p/s: Dataran Putra tgh renovate kan??? ape yg PJH Holding nak buat???

    ReplyDelete
  3. Salam Kanda AL..

    adalah saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara No. 7 di atas...

    apakah agaknya yang dimaksudkan dengan '....air saya menitis....' itu? Adakah ianya air hujan yang masuk melalui tingkap kereta???

    Hehehe..

    Selamat Hari Raya
    Maaf atas segala kekhilafan yang mungkin telah saya sengajakan.. :)

    ReplyDelete
  4. salam boss..
    tali perut abg tu bole dilelong masa hari raya nanti..

    ReplyDelete
  5. pakngah
    cantik sampul duit raya tu

    kalau sya g raya rumah
    agak agak dapat tak? ;p

    ReplyDelete
  6. salam,

    alhamdulillah kat maybank tu akaun dan kad kredit saya semuanya sudah islamik..

    sampul raya pun boleh guna untuk hulur masa majlis perkahwinan walaupun tak raya pun masa tu..

    ReplyDelete
  7. KAKCIK

    SAYA JAWAB KAKCIK DULU. TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK KERANA MENGESAN KESILAPAN ITU. NASIB BAIK, TAK ADA LAGI YANG PERASAN .. KALAU TIDAK MALU BESAR SAYA. WALAUPUN DAH HUJUNG PUASA, NAMPAKNYA MATA KAKCIK MASIH TAJAM MACAM DULU JUGA.

    SAYA SEBENARNYA NAK CEPAT BUAT ENTRI INI TADI.

    TERIMA KASIH SEKALI LAGI.

    ReplyDelete
  8. Salam,
    Sampul tu kalau tak habis nanti, berilah kepada LF. Tetapi mesti berisi. Hijau merah tak mahu !

    Peringkat usia kita ni, memang perut sentiasa membesar (PJK). Selalu kena buat lubang baru !

    Selamat Beribadat

    ReplyDelete
  9. Belum banyak lagi komen...saya nak tumpang semangkuk..
    Hati Tuan Haji sungguh mulia ..
    sygnya kita berjauhan andainya berdekatan mau rasanya saya memohon pertolongan dari tuan.
    Mamat makan kaya,
    makan kaya habis setin,
    Selamat Hari Raya,
    Mohon Maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  10. mmg cantik sampul raya VVIP tu.. saya pun suka simpan sampul cantik untuk bagi kat pengantin ataupun newborn baby ;-)

    ReplyDelete
  11. byknya sampul..(mesti tukaran wang yg byk sbb tu maybank bg sampul byk)
    spnjg saya buat tukaran wang slama ni, xpnh plak bank bg saya sampul..(wat kat 'kawanku' gak)
    ape ayat tuan pakai?

    ReplyDelete
  12. wah! Tuan Haji....susah nak jumpa org lelaki yg boleh nangis bila tgk kesusahan orglain! Salam lebaran dr saya :)

    ReplyDelete
  13. syoknya dapat banyakkkk sampul raya..
    ni mesti tukaran wang pun manyakkkk...hehee

    ReplyDelete
  14. Salam THJ...

    Cantik benar sampul tu tuan haji, bagi satu yang kosongnya bole?

    Tuan Haji tau, ada orang sanggup pegi kesemua bank ambil sampul macam tu untuk buat koleksi...saya pernah tengok orang kumpul hingga 10 album gambar termasuklah sampul tahun baru cina, deepavali, gawai dayak, krismas dan lain-lain..

    ReplyDelete
  15. duit raya dah tukar, sampul raya pun dah dapat, baju raya dah beli ke belum ni.....

    ReplyDelete
  16. salam Tuan Haji..

    sempat tunggu anak2 saya menikah nt..boleh guna lg sampul tu bila menyambut salam dr Tuan Hj.

    ReplyDelete
  17. uncle da kuwus...hehe...

    sampul tuh cantik...isi dlm pon musti cantik...

    selamat ari rye....nak mintak duit rye leh...
    eheheh...

    >_<

    ReplyDelete
  18. saya dah 2 tahun tak perbaharui kad visa tu..dah tak guna pun, sbb ada visa yg lain. memandangkan AL pegi tukar dapat sampul raya VVIP, so saya nak pegi tukar jugak lah. dan saya akan bawak entry ni kat diorg kalau mereka tak bagi sbg reason..ngeh..ngeh..ngeh.

    ReplyDelete
  19. salam tuan haji,
    dah tiba masa untuk saya bertukar ke akaun islamik juga rasanya. tapi sebagai pelanggan bukan vvip saya tetap bengang dengan maybank. huu~

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. salam ayahanda
    baru tadi g maybank tapi duit raya dah tak de huhuhuhuhuhu

    ReplyDelete
  22. Salam Tuan Haji.
    Meriah yaa syawal kita agak2 yang veteran macam sya dapat duit raya juga kalau datang :)

    ReplyDelete
  23. Salam bang.

    Tersentuh hati saya bila abg citer ttg mereka yg bekerja menyusun pasu dalam hujan tu. Tentu tak seberapa gaji mereka.

    Maka teringat saya arwah bapa saya yg juga seorg tukang kebun bekerja keras mencari sesuap nasi utk kami sekeluarga. Masa tu kami makan ayam bila raya aje. Betapa mewah anak2 skrg - makan kepsi hingga tak makan nasi.

    ReplyDelete
  24. salam..

    ..hmm.. bulan posa ni patutnya talipinggang tu kurang dua tiga lubang.. ni, dh sampai paras maksimum?.. tu belum raya lagik tuh..
    pakai kain pelikat je la.. cute apa.. hahahaha...

    salam..

    ReplyDelete
  25. agaknya rimau tu insaf sbb bila tgk akaun tuan yg melimpah ruah..org lain time ni DR tp tuan CR ....

    tgh tunggu rimau hantar sampul snd..kalau la dia mai dgn sampul berisi alangkah bahgianya..

    ReplyDelete
  26. UMMI HUMAIRA

    SALAM KEMBALI.

    CADANGAN ITU MEMANG BAIK DAN BOLEH DIPAKAI. SOALNYA SAMADA ORANG YANG MENERIMA CADANGAN ITU MAHU MENGIKUT ATAU TIDAK SAHAJA. HEHE

    ReplyDelete
  27. ROM

    SAYA PUN TAK TAHU APA DIA ORANG NAK BUAT. YANG PASTI NAK BAGI PERINDAH LAGI. TAPI SAYANG MASJIDNYA INDAH. ADA DUA DEKAT2. TAPI JEMAAH SUBUHNYA, KADANG2 SATU SAF PUN TAK PENUH. IKUT PENGALAMAN SAYA DULU.

    SELAIN DARI ITU, PERSEKITARANNYA DIJADIKAN OLEH MUDA MUDI UNTUK MEMADU ASMARA DI MALAM HARI.

    SAYA PERNAH TINGGAL DI KUARTERS DI PRESINT 8 SELAMA KIRA-KIRA 4 TAHUN SEBELUM PINDAH KE SENAWANG.

    ReplyDelete
  28. JACK ALVIN ..

    SALAM KEMBALI ANAK BUAH BOSS.

    AWAK NAK BELI TALIPERUT SAYA NAK BUAT APA ?

    ReplyDelete
  29. SAYANGSAYANGIBU

    PASAL NAK DATANG RUMAH TU, SAYA DAH PUN JAWAB DALAM ENTRI SAYA YANG LEPAS.

    NI MESTI KES TAK BACA SEMULA NI !

    ReplyDelete
  30. PENJEJAK MAYA

    SALAM KEMBALI. MEMANG SAYA SELALU GUNA UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN, ULANGTAHUN, DERMA DSB WALAUPUN TAK RAYA. SECARA TAK LANGSUNG SAYA PROMOTE BANK TU JUGAK.

    ReplyDelete
  31. LUAHFIKIRAN

    SALAM KEMBALI. MENGIKUT ADAT KEBIASAANNYALAH, SETAKAT YANG SAYA TAHU, SELALUNYA ORANG YANG LEBIH TUA DAN "LEBAT" MEMBERI KEPADA ORANG YANG LEBIH MUDA DAN "KURUS". HEHE

    ReplyDelete
  32. KAK WAN.

    TOLONG APAKAH ITU KAK WAN ?

    MAMAT MAKAN KAYA
    MAKAN KAYA HABIS SETIN
    KENAPA MAMAT TU MAKAN KAYA SAHAJA
    BERILAH BISKUT BARANG SETIN.

    ReplyDelete
  33. CHIK NA

    SAMALAH KITA MEMANFAAKANNYA. JANGAN MEMBAZIR.

    ReplyDelete
  34. JEJARI HALUS

    SAYA TAK PAKAI AYAT APA, CUMA TUNJUK MUKA KASIHAN JER ! DIA ORANG PUN KESIAN TENGOK ORANG TUA BERAMBUT PUTIH AGAKNYA.

    ReplyDelete
  35. IBUHANI

    TAK TAHULAH, MAKIN TUA NI MAKIN SENSITIF PULAK, TAMBAH2 DEKAT NAK RAYA. SAYA TERFIKIR BETAPA SUSAHNYA DIA ORANG NAK CARI DUIT, SEDANGKAN SAYA BARU SAJA TAMBAH PELABURAN. DI SAMPING ITU SEDIH JUGA MENGINGATKAN AMAL IBADAT YANG TAK SEBERAPA BERBANDING NIKMAT YANG DITERIMA.

    ReplyDelete
  36. SZ|MSS

    MEMANG SAYA TUKAR BANYAK, SEBAB DUA ORANG ANAK SAYA TUMPANG SEKALI. NASIB BAIK STAF KAT PEJABAT TAK TUMPANG SAMA.

    ReplyDelete
  37. ABD RAZAK

    SALAM KEMBALI UST.

    BOLEH, TAPI MACAM MANA NAK SAMPAIKANNYA?

    SAYA JUGA BANYAK BUAT KOLEKSI TAPI BUKAN SAMPUL. SATU HARI NANTI SAYA BUAT SATU ENTRI TENTANG PELBAGAI KOLEKSI SAYA.

    ReplyDelete
  38. AIN

    UNCLE PAKAI BAJU MELAYU TAHUN LEPAS PUNYA. BUKAN SELALU PUN PAKAI.

    UNTUK ANAK2 DAN ISTERI DAH SETEL.

    ReplyDelete
  39. Salam THJ,


    minta laluan..
    Kak Cik, saya tengah sedih tadi terus ketawa baca komen akak..


    Takde pulak anak yang nak kahwin;kalau tak dapat sampul VVIP.
    hehehe..

    ReplyDelete
  40. PAKCIKLIE

    SALAM KEMBALI.

    BILA AGAKNYA ANAK TUAN AKAN MENIKAH. SAYA NAK RESERVE KAT SATU SAMPUL TU. HEHE

    ReplyDelete
  41. DYNA

    UNCLE KURUS SATU ANAK MATA SAHAJA. NAK DUIT RAYA DATANG RUMAH !

    ReplyDelete
  42. MENTIBANG LAUT

    SELAMAT MENCUBA. TAPI KALAU TAK DAPAT, AWAK JANGAN MENGAMUK PULAK. HEHE

    ReplyDelete
  43. FIDDEOAMAR

    SAYA PUN PERNAH JUGA BENGANG. ITU SEBAB SAYA BUAT SURAT TERBUKA TU. AWAK DAH BACA BELUM SURAT SAYA TU. CUBA AWAK BUAT PULAK MACAM TU. KOPIPES PUN TAK APA. HEHE

    ReplyDelete
  44. CHEQNA

    MEMANG TAHUN NI DIA ORANG KATA SUSAH NAK DAPAT DUIT BARU. KALAU ADA PUN SIKIT, DAN DISIMPAN UNTUK ORANG TERTENTU SAHAJA.

    ReplyDelete
  45. AKUANAKPAHANG

    MARILAH KITA SESAMA VETERAN INI BERTUKAR DUIT RAYA SESAMA KITA. HEHE

    ReplyDelete
  46. YB

    SALAM KEMBALI.

    MEMANG SAYA TERSENTUH SEBAB BARU SAHAJA TADI MENAMBAH PELABURAN DAN MEREKA MASIH BERTUNGKUS LUMUS BEKERJA DIDALAM HUJAN HANYA UNTUK CUKUP MAKAN SAHAJA DAN TIDAK DAPAT BERMEWAH2 MACAM ANAK2 KITA.

    ReplyDelete
  47. KAKTINY

    SALAM. MEMANG BERAT SAYA TURUN DAN PERUT PUN KECIK SIKIT. TU SEBAB TAK DAPAT NAK KECIKAN LAGI TALIPINGGANG TU.

    MEMANG KAT RUMAH, SAYA PAKAI KAIN PELIKAT JER. MEMANG SELESA. KALAU DIBENARKAN MAHU SAHAJA SAYA PAKAI PERGI KE PEJABAT DENGAN KOT MACAM ORANG DULU2.

    ReplyDelete
  48. IKAN EMAS

    AWAK LAGI HEBAT TUNGGU SAHAJA SAMPUL DATANG TAK PAYAH SUSAH2 PERGI AMBIL. BERTUAHNYA BADAN.

    ReplyDelete
  49. AZRINA

    SALAM KEMBALI AZRINA.

    KALAU AWAK NAK SAMPUL TU, SEKARANG PUN BOLEH BERI. SETAKAT SAMPUL APALAH SANGAT KAN ! HEHE

    ReplyDelete
  50. Cantik sungguh sampul duit VIP tu. Sayang jugak nak pakai, hehe

    ReplyDelete
  51. Salam ziarah dari Tie,

    Wow ! Cantik betul sampul duit raya tu. Kalau Tie pun sayang nak guna.

    ReplyDelete
  52. tali pinggang saya da beli..

    cuma sampul raya je saya tak de lagi hehe

    ReplyDelete
  53. ecehcehceehhh.. dah mkin melidi skang.

    ReplyDelete
  54. Huih..ni kena berbaris sama bebudak ni kat rumah abg Hamzah..

    ReplyDelete
  55. Asslamualaikum...
    ckLah datang untuk mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin...

    Terimalah kad ucapan maya di blog ckLah...


    Jumpa lagi selepas Ramadhan melabuhkan tirai.

    InsyaAllah.

    ReplyDelete
  56. salam pak cik...yala...cantik sampul raya itu...ila nak duit raya boleh?he2...

    Ila membaca kisah pak cik cakap tentang pekerja-perkerja itu pun ila dah sedih..kasiham mereka kan..alhamdulillah dengan life ila sekarang...

    ReplyDelete
  57. Salam Tuan..
    Sebeban dapat sampul tu..ha ha jenuh nak mengisinya,yang VVIP kalau setakat RM 10 tak cantik mau nak RM 50..baru matching..masaklah kalau begitu..tali pinggang Tuan tu semakin mengecil atau membesar?

    ReplyDelete
  58. baru beli tali pinggang. tali pinggang lama dah semakin besar

    ReplyDelete
  59. pakngah
    ------
    maaflah sya sekarang tak berapa boleh online
    sibuk dan tak sempat dan rumah pun guna online free kekadang dapat kekadang tidak..
    jd nanti sya minta no telefon pakngah pada YB
    boleh?

    ReplyDelete
  60. DINAS ALDI

    MEMANG CANTIK. KALAU TAK PAKAI LANGSUNG, MEMBAZIR PULAK NANTI.

    ReplyDelete
  61. TIE

    TERIMA KASIH KERANA SUDI ZIARAH. CANTIK PUN KENA GUNA JUGA AKHIRNYA.

    ReplyDelete
  62. SANI

    SAMPUL RAYA YANG PHOTOSTAT PUNYA NDAK TAK ? HEHE

    ReplyDelete
  63. ORANGLIDI

    TAK LAH SAMPAI MELIDI. TAPI LEBIH KURANG MEMBALAK ! HEHE

    ReplyDelete
  64. RELEVAN

    AWAK TAK PAYAHLAH BERBARIS .. BOLEH MASUK IKUT PINTU BELAKANG !

    ReplyDelete
  65. CKLAH

    SELAMAT BERHARI RAYA DAN BERGUMBIRA BERSAMA KELUARGA TERCINTA.

    TERIMA KASIH ATAS LAYANGAN KAD RAYA ITU. NANTI SAYA AMBIL.

    ReplyDelete
  66. salam abg al :D
    eh.. errr.. yb kata bole pggl awak abg al :D.. tak boleh eh?? ok....

    .
    .


    tuan,
    terima kasih kerana tidak meneruskan niat tuan utk menamatkan perkhidmatan dengan pihak kami... isk isk isk...

    kami berjanji akan terus memberi perkhidmatan menggunting rambut yg terbaik utk tuan... kalau tuan nak fesyen rambut tuan yg dulu2 tu pun kami boleh buat... kenangan mengusik jiwa gitu.. tuan nak?? :P

    oh.. berkenaan sampul duit raya itu, mmg kami sudah rancang utk sengaja lewatkan agar tuan dapat 2 versi... versi vvip dan versi tak berapa nak vvip... oh. tuan jgn lupa lekatkan sendiri smpl itu walaupun ada tulis self-adhesive :D tp sebelum lekatkan sampul tu, masukkan duit dulu ya.. tak mao duit syiling! budak2 skrg bijak dan sgt jujur. Kang depan org ramai dia 'hek eleh'kan duit raya yg tuan bagi.



    sampul raya dah dapat
    duit raya bila nak dapat??


    sekian,

    yang menjalankan tugas,
    -STAF maybenk yang bernama KTS yang ada di dalam stor menyusun sampul raya semasa tuan dtg tadi, itulah sbbnya tuan tak jumpa.-








    :D

    ReplyDelete
  67. HONEYBUNNY

    NAK DUIT RAYA KENA DATANG RUMAH !

    ReplyDelete
  68. ramai orang yang lebih susah dari kita,.. kita lebih bernasib baik..

    ReplyDelete
  69. ZULKBO

    SALAM KEMBALI.

    TALI PIINGGANG SAYA SEMAKIN MEMBESAR. MUNGKIN KERANA PINGGANG SAYA SEMAKIN MENGECIL KOT ! HEHE

    ReplyDelete
  70. POK LI

    SAYA TAK PERLU BELI BARU, SEBAB TALI PINGGANG YANG LAMA SAIZ BAWAH 38 MASIH ADA. HEHE

    ReplyDelete
  71. SAYANGSAYANGIBU

    SILOKAN ! TAK ADA MASALAH LANGSUNG. HARAP2 YB MASIH SIMPAN LAGI NO HP SAYA. KALAU TAK DAPAT, AWAK BOLEH TELEFON SAYA UNTUK MINTA NOMBORNYA.

    ReplyDelete
  72. KTS

    SAYA PERASAN GAK ADA ORANG INTAI-INTAI DARI DALAM STOR. NAMPAK MATA DIA BUKAN MAIN BESAR LAGI. MATA TU RASANYA MACAM PERNAH TENGOK JER. AWAK LAH RUPANYA YA.

    P/S: SAYA DAH TAHU RAHSIA SULIT AWAK TU.

    ReplyDelete
  73. DAUN BIDARA

    KADANG2 KITA LUPA, KERANA TELAH TERLALU LAMA DIBELAI DENGAN KEMEWAHAN SERTA TERHINDAR DARI BENCANA ALAM.

    ReplyDelete
  74. salam uncle,

    chopp sampul duit raya tu 1 utk saye ye? Huhu..dlm tu singgit pun xpe.
    Boleh tak belt tu ubah suai jd handbag? Kumpul duit nak beli handbag brand tu..baru dpt kumpul singgit+singgit uncle nak beri nanti! Hehe..

    ReplyDelete
  75. selamat hari raya aidilfitri - maaf zahir dan batin dari saya sekeluarga

    ReplyDelete
  76. bak le sekepin.. kalo sy gi bank.. x kuar kete pun.. staf bank yg kuar bawak borang bagai hehe..

    ReplyDelete
  77. bank dah insaf, nampaknya abg pon dah insaf juga dengan dorang slamat kembali ke pangkuan maybank

    ReplyDelete
  78. Salam Bang HAMZAH,
    berapa rega talipinggang tu Abang nak tolak? Saya ingat nak beli la, sebab baru semalam, My TOKLAKI komplen nak cari talipinggang baru.
    Kalu sesuai, saya nak la.


    Sampul tu lawo. Ada syarat tak utk dapat sampul tu? Bleh minta gitu jer ek dari bank?

    ReplyDelete
  79. salam tuan haji..
    huhu! kes saya terbalik pg td kat public bank..

    nak tau lebih lanjut refer kat N3..sedih nak cerita

    sampul yg cantik dgn isi yg cantik kena bagi pada pengomen2 yg cntik jugak..haha! gurau2 ye tuan hj..

    ReplyDelete
  80. apa susah2 dgn sampul tu...bubuh je 100 rupiah nampak tebal sikit...hahaha. Org indon jgn ganyang ya!!!!

    ReplyDelete
  81. alhamdulillah..sedekah byk2 utk org susah, Insya Allah diberkati,,

    ReplyDelete
  82. MISZ SEPHIA


    SALAM KEMBALI.

    1. SETAKAT SINGGIT TU NO HAL.

    2. TAK PERNAH DI BUAT DEK ORANG, TALI PINGGANG JADI HANDBAG. BUAT BELASAN ORANG PERNAHLAH UNCLE DENGAR.

    ReplyDelete
  83. SONATA ANAK KANCIL

    MAAF DITERIMA WALAUPUN KITA TAK PERNAH BERSUA.

    ReplyDelete
  84. salam tuan aji,
    mewah sampul duit raya tu , isinya tentu meriah jugak..kalerful agaknya..

    semoga tuan aji makin murah rezeki..

    ReplyDelete
  85. MAIYAH

    KALAU BEGITU AWAK LAGI HEBAT DARI SAYA. TAPI MUSYKIL JUGA, MACAM MANA DIA ORANG NAK MENGIMBAS JARI AWAK. PANJANG WAYAR KENA TARIK TU.

    ReplyDelete
  86. CEMOMOI

    BOLEH BUAT SATU EPISOD JEJAK KASIH !

    ReplyDelete
  87. AZIEAZAH

    TOKLAKI AA NAK TALIPINGGANG BARU. SAYA PUNYA DAH SEKENHEN. TAK BOLEHLAH TOLAK KAT AWAK. LAGI PUN KALAU SAIZ PINGGANG KURANG DARI 38 INCI, TAK BOLEH PAKAI.

    UNTUK DAPAT SAMPUL TU, SYARATNYA SATU SAJA. KENA KENAL BAIK DENGAN MANAGER TU.

    ReplyDelete
  88. MAKDARA

    SALAM KEMBALI. SAYA DAH BACA N3 TU. NAMANYA "PUBLIC" TAPI TAK PUBLIC FREIENDLY LANGSUNG. TAPI MUNGKIN DIA TAK MAKAN SAHUR PAGI TU.

    SIAPAKAH DIA PENGOMEN YANG CANTIK ITU ?

    ReplyDelete
  89. CT

    KALAU BERI 100 RUPIAH, SEHELAI JER. LAGI NIPIS. BAIK BERI 5 RINGGIT, DUIT SINGGIT SINGGIT. TEBAL SIKIT
    KALAU NAK TEBAL LAGI, LIPAT DUA.

    ReplyDelete
  90. HAMIZAH

    BETUL .. SEDEKAH BANYAK2 ATAU NAK BANYAK LAGI PAHALA BERI PINJAM KEPADA YANG INGIN MEMINJAM.

    ReplyDelete
  91. IBUINTAN

    SALAM KEMBALI.

    MEMANG KALERFUL ISINYA NANTI BERGANTUNG PADA PERINGKAT UMUR. HEHE

    TERIMA KASIH ATAS DOA ITU.

    ReplyDelete
  92. bolehkah anakX5 (yang ramai ini) nak datang beraya nanti....
    :)

    ReplyDelete
  93. gua nak duit raye jgk!!!! hahahahah

    ReplyDelete
  94. DRSINGA

    KENAPA TIDAK BOLEH PULAK ? SILA BERI EMEL UNTUK SAYA BERI ALAMAT RUMAH DAN NO HP SAYA.

    ReplyDelete
  95. HAMZAH IAN

    KITA SENAMA ! KALAU GITU MARILAH KITA BERTUKAR2 DUIT RAYA. HEHE

    ReplyDelete
  96. melihat kepada sampul raya yg banyak itu, rumah encik antara rumah yg mesti dikunjungi ni.hihi

    ReplyDelete
  97. MRPENYUBIRU

    TERIMA KASIH ATAS NIAT INGIN BERKUNJUNG ITU. SILAKAN !

    ReplyDelete
  98. salam tuan haji,
    untuk pengetahuan tuan haji, saya anak yatim, ayah dh lama meninggal....

    bolehla hulurkan sampul raya tu. he3...

    selamat hari raya, maaf zahir batin.
    sronok membaca n3 tuan haji :)

    ReplyDelete
  99. PIEWAHID

    SALAM KEMBALI.

    SAYA BOLEH HULUR SATU TETAPI AWAK KENA HULUR DUA, SEBAB MAK DAN AYAH SAYA DUA-DUA DAH TAK ADA !

    ReplyDelete
  100. pakcik keje dimana ye?.. kalau segan nak bagitau disini, email kat saya pun boleh. :) saya pun orang putra jgk. wanshah87@gmail.com :)

    http://wanshah87.blogspot.com

    ReplyDelete
  101. WANSHAH

    BAIKLAH ..NANTI PAKCIK JAWAB MELALUI EMEL.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.