Mawi dah kaya
Siti jadi datin
Selamat Hari Raya
Maaf Zahin Batin.
Itu adalah pantun raya yang popular tahun lalu yang banyak saya terima melalui SMS dari rakan-rakan.
Sempena hari baik bulan baik ini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf sekiranya ada tulisan atau kata-kata saya yang telah menyinggung perasaan anda sekelian.
Saya ingin memetik pantun pembukaan blog lama saya seperti berikut:
Tanam padi di hujung tanjung
Pasang pukat tangkap haruan
Salah kah pipi hidung tak mancung
Hati berhajat hendak berkawan !
Maka dengan itu, jika ada tulisan, komen, pandangan, teguran, usikan dan tutur kata saya yang menyinggung perasaan, sudah tentu tidak sama sekali saya bermaksud demikian. Bahkan ia tidak masuk akal, jika orang yang ingin berkawan, dalam masa yang sama mahu menyakiti hati orang lain.
Cuma barangkali ia berlaku berpunca dari salah faham akibat perbezaan persepsi dan pemahaman makna perkataan, jarak umur, latarbelakang, pengalaman lalu, budaya setempat dan sebagainya.
Jadinya kepada anda yang mungkin telah berasa hati dengan kata-kata saya, maka ketahuilah bahawa tidak pernah terdetik pun dalam hati saya untuk menyakiti hati anda semua. Jika anda beranggapan begitu, ternyata anggapan anda adalah salah. Tidak munasabah langsung jikalau saya sengaja berbuat demikian kerana sedari mula saya berblog adalah bertujuan mencari kawan dan bukannya mencari gaduh.
Saya betul-betul cakap ni.
................................................................................................................................
Sub-Entri
Kalau sudah baca sini pulak.
Nota Kaki: Mulanya saya bercadang nak poskan entri ini dua tiga hari lagi nak raya, tetapi memandangkan lepas sorang-sorang tutup blog samada nak balik kampung yang mungkin tak ada internet atau nak menumpukan beribadat atau buat kuih, menjahit pakaian dsb maka saya percepatkan entri ini.
.
.
duit raya untuk ain ada tak?
ReplyDeletehahaha....
selamat hari raya uncle....
ain tak pernah terasa hati dengan uncle, suka hati ada la.....
wahhhhhh, jadi pengomen pertama hari ni....
ReplyDeleteyihaaaaaaa....
Salam Tuan Haji,
ReplyDeleteBuat masa ni tak raya agaknya. Raya pertama bermaafan...raya kedua cat rumah!!
Duit raya pun dah pelingkup.
p/s : Setakat ni, saya senang dengan komensen dan komen yg ditinggalkan :)
selamat hari raya tuan haji...kalau bukak uma, jgn luper jemput den ya..kalau tak bukak rumah, bukak pagar pun ok hehehehe....
ReplyDeletep/s: saya pun nak mintak maaf kat tuan haji sebab saya yakin komen saya ada yg menyakitkan hati tuan haji..sib bek hati je, kalau jantung, limpa pun sakit..parah la saya...kalau terserempak kat senawang atau seremban , sy akan tegur tuan haji ya....insyaALLAH...
rasanya takde apa yang mengecilkan hati dengan tulisan pakngah AL...
ReplyDeletesalam aidilfitri juga drpd kami sekeluarga! :)
Salam Tuan haji
ReplyDeleteSemmg sehari dua ini line ada masalah sikit (berukband) jadi x dpt nak online :( Selamat hari raya maaf zahir dan batin.
sct dah jd dato' la..
ReplyDeleteselamat hari raya juga..
maaf zahir batin..
Salam THJ...
ReplyDeleteSelamat hari raya tuan haji...
Saya masih di sini mengikut perkembangan blog tuan haji..
Salam Kanda AL..
ReplyDeleteagaknya kalau kakcik rajin, hanya blog kakcik yang akan bernyawa sepanjang tempoh cuti nanti kerana kakcik tak ke mana2 dan tak buat apa2... :(
Nak bangun tidak berdaya
kaki bengkak tersepak tin
selamat berhari raya
mohon maaf zahir dan batin...
salam ayahanda
ReplyDeletedikesempatan ini anakanda ingin memohon maaf andai ada terksar bahasa tersilap bicara sepanjang kita mengenali..
selamat hari raya
maaf zahir batin
jangan lupa duit raya untuk anakanadamu ini yang jauh dimata huhuhu
salam uncle,
ReplyDeletesaya boleh dpt duit raya kan dari uncle? saya lom kawin ag..hehe.
Anyway, Selamat Hari Raya ye uncle.. boleh saya dtg umah tak? huhu..
Bang HAMZAH..
ReplyDeletetidak terdetik hati ini, terlintas pun terasa hati atau menganggap Abang ada buat salah atau mengguris hati.
Yang tersilap taip tu adat kita manusia biasa. Apapun saya pun maafkan Abang, seperti juga saya berharap Abang memaafkan saya atas apa jua komen/teguran yang tidak disenangi. Tapi saya yakin Abang yang baik hati tidak mudah tersinggung.
Selamat Hari Raya Bang, untuk Abang sekeluarga semoga hari raya ini menjadi raya yang ceria dan bahagia.
Nak duit raya gakkk?
Salam.
ReplyDeleteIngatkan tadi cerita pasal datin siti kat dalam entri ni. Hehehehe....
tajuk post memang catchy.
Salam THJ, semoga sihat selalu...
ReplyDeleteKalau diambil kira Datuk K memang Siti jadi Datin... tapi kenyataannya Siti dapat Datuk - Datinkah Datuk K...? hihii
Saya mewakili seluruh ahli keluarga juga ingin memohon ampun dan maaf kepada THJ sekeluarga dan kepada siapa jua yang terbaca tulisan saya ini...
Pandu cermat insyaALLAH semua selamat...
Assalamualaikum, Tuan Haji,
ReplyDeleteSaya tak pernah berasa hati pun, gembira adalah setiap kali membaca entry Tuan Haji,
Saya pun nak ucap Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin, kalau ada tersilap salah tersinggung semasa menegndalikan blog atau mengepos komen harap maafkan juga.
selamat hari raya en hamzah... :D
ReplyDeletehehe, sayapun ingat ini entry pasal mawi & siti.
ReplyDeletemakan roti dengan sekaya,
selamat hari raya!
Salam tuan AL
ReplyDeletesame same... 0 - 0
siapa yang terasa hati, hati dia lah sakit kan kan.. kalau tak nak hati sakit, jangan la terasa hati kan kan..
Duit raya belum pecah lagi..semua letak dalam almari..jika tersalah langkah habis di guna..hehe!
ReplyDeleteslmt ari raye uncle..
ReplyDelete>_<
Anak-anak Gembira Bila Syawal Menjelma,
ReplyDeleteLebih Hebat Ibu dan Bapanya,
Berhabis Tak Berkira,
Asal Nampak Bergaya,
Walau Hutangnya Panjang Berjela
Habis Raya Semua Mula Bekerja,
Poket Kosong Baru Ingat Nak Puasa,
Kawan Semua Buat Tak Tahu Saja,
Nak Pinjam Duit Teringat Hutang Lama.
(pantun lagu senario)..hihi..
Maaf zahir batin ye tuan..
Selamat Hari Raya. Belum tukar duit lagi.
ReplyDeletesinggah sekali sekala
ReplyDeletejarang² tinggal komen
selamat hari raya
maaf zahir batin :)
ada seminggu lagi ....
ReplyDeletenanti ada lagi yang tersalah tersilap tuu..
AIN 1 & 2
ReplyDeleteTAHNIAH DAPAT NOMBOR SATU.
UNCLE TAHU ADA ORANG KECIK HATI DENGAN UNCLE. DARI CARA DIA MEMBALAS KOMEN, UNCLE BOLEH RASA. NAK BUAT MACAM MANA KAN !
DUIT RAYA UNCLE BOLEH BERI, TAPI KENA TUKAR BINTI !
AZKETOM
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
SAYA SENANG TENGOK ORANG SENANG. SENANG-SENANG DATANGLAH BERTANDANG LAGI.
salam untuk tuan,
ReplyDeleteselamat bershopping raya! :)
ROM
ReplyDeleteKALAU CAKAP NAK DATANG, AKAN SAYA TUNGGU.
KOMEN AWAK PUN SEMUANYA BERNAS2 BELAKA.
TERIMA KASIH LAH KERANA BERAZAM NAK TEGUR SAYA BILA BERJUMPA. MUNGKIN AWAK MUDAH KENAL, SEBAB MUKA SAYA SELALU ENTER FRAME KAN !
SZ|MSS
ReplyDeleteBAGUSLAH BELUM BERKECIL HATI LAGI. TERIMA KASIH ATAS UCAPAN ITU.
AKUANAKPAHANG
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. BERTUKARLAH KEPADA KERABAND KALAU AWAK ADA MASALAH DENGAN BERUKBAND. INSYAALLAH DUA2NYA SAMA SAHAJA.
HAMIZAH
ReplyDeleteITU PANTUN TAHUN LEPAS SEBELUM DIA DAPAT DATO' LAH.
ABD RAZAK
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. SAYA PUN TAK KEMANA2 RAYA NI. TAPI SAYA RASA WAS-WAS UNTUK BUAT ENTRI, TAKUT TAK ADA ORANG BACA.
KAKCIK
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
SAYA PUN MACAM KAKCIK JUGA. KALAU JALAN PUN DEKAT2 JER. NAK BUAT ENTRI TAKUT TAK ADA ORANG BACA.
PEMBAYANG PANTUN KAKCIK TU, BUKAN MENGGAMBARKAN KEADAAN YANG SEBENAR KAN ?
CHEQNA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
ISH ISH ISH. PATUTNYA ANAK YANG SUDAH BESAR PANJANG DAN BEKERJALAH YANG BERI DUIT KAT AYAHNYA. INI TERBALIK PULAK.
MIZS SEPHIA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
DAH JAGI CIKGU ADA KE ORANG NAK BERI LAGI DUIT RAYA ? HEHE
NAK DATANG RUMAH, SILAKAN. BERI ALAMAT E MEL, BOLEH UNCLE BERI ALAMAT RUMAH, NO. HP DAN DIRECTION UNTUK DATANG.
AZIEAZAH
ReplyDeleteKALAU AA TAK ADA TERASA HATI BAGUSLAH. TAPI SAYA TAHU ADA ORANG BERKECIL HATI. BACA JAWAPAN SAYA KEPADA KOMEN AIN DI ATAS.
ISH ISH ISH .. NI SORANG LAGI NAK DUIT RAYA. HEHE !
ZEZEBEL
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. HEHEHE. ADA JUGA ORANG TERKENA DENGAN TAJUK ENTRI SAYA.
TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DAN MENINGGALKAN JEJAK.
RKA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
SITI MENDAPAT DATU' TIDAK MENGHILANGKAN HAKIKAT BAHAWA DIA SEORANG DATIN.
LAGIPUN KALAU PEMBAYANG PANTUN TU DI TUKAR SITI JADI DATO' .. HURU HARA PANTUN SAYA.
AWAK TAK PERNAH BUAT SALAH DENGAN SAYA SEBELUM INI.
LIPISLADY
ReplyDeleteALAIKUMSALAM. SAYA GEMBIRA SEBAB AWAK TAK PERNAH BERASA HATI ATAS KOMEN ATAU ENTRI SAYA. LEGA RASANYA.
ENTRI DAN KOMEN AWAK PUN TIADA YANG KONTROVERSI ATAU MENYEBABKAN ORANG BERASA HATI.
HAJARUS.
ReplyDeleteSAMA-SAMA. TAK BALIK NS KE ?
DINAS ALDI
ReplyDeleteLAGI SORANG TERKENA.
MAKAN ROTI DENGAN SEKAYA.
HARI RAYA PERGI MANA ?
AANAS
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
KOMEN AWAK BUAT SAYA TERTAWA KECIL. IA TERPAKAI DALAM SEMUA KEADAAN.
YA O - O SEJAK DULU LAGI.
RELEVAN
ReplyDeleteBAIK-BAIK JALAN TU, JANGAN SAMPAI TERSALAH LANGKAH !
DYNA
ReplyDeleteSAMA-SAMALAH KITA MENYELAMATKAN DIRI !
JEJARI HALUS
ReplyDeleteLAGU TU WALAUPUN JENAKA, TETAPI ADA MESEJNYA.
JANGAN BERHUTANG KALAU TAK MAMPU BAYAR !
POK LI
ReplyDeleteSAYA BARU BALIK DARI TUKAR DUIT TADI. CUMA BELUM PASTI KAT SIAPA NAK BAGI.
KUCINGORENGEMUK
ReplyDeleteKELAKAR KOMEN PANTUN AWAK. BOLEH SAYA GUNA UNTUK JAWAB ENTRI ORANG LAIN ? HEHE
ABU MUAZ
ReplyDeleteBETUL .. NANTI MINTA MAAF LAGI. SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT.
FIDDEOMAR
ReplyDeleteMEMANG DAH SELAMAT DAH DUIT SAYA DISHOPPINGKAN DEK MAKNGAHNYA. HEHE
salam,
ReplyDeletebalik raya naik perodua,
singgah bermandi dekat lata;
kuhulur maaf buatmu jua,
andai terkhilaf sebarang kata.
SELAMAT HARI RAYA..
selamat menyambut aidilfitri abg aji AL ittewww..
ReplyDeleteselamat hari raya, tuan haji.
ReplyDeleteSemoga bergembira di hari mulia bersama keluarga..
memasang panjut dimalam hari
ReplyDeletekanak2 riang berlari
10 jari kususun rapi
salah dan silap harap dimaafi
kepada al-lavender sefamili
semoga beroleh kebahagiaan di aidilfitri...
**terima kasih atas kesudian memberi komen2 bermanfaat di entry2 saya :)
selamat menyambut hari raya yang akan kunjung x lama lagi..duit raya belum masuk dlm sampul lagi...ptg tadi baru saja pergi bank tukar duit..
ReplyDeleteKalau ada entry di musim raya, saya konpem baca kerana saya & internet sukar dipisahkan, hehe
ReplyDeletemakan sekaya dengan roti,
hari raya bawa diri.
tiba2 sy rasa nota kaki tu tertuju terus ke kaki saya
ReplyDelete.
.
:D
makan roti dengan kaya,
saya nak duit raya..
eh eh eh :D
tuan jgn la bercuti berblog lagi ya... bukannya tuan nak buat kuih pun.. baju pun tuan tak jahit sendiri... rumah pun dah bercat kan...
mawi dah kaya,
ReplyDeletekita - kita bila lagi?
Selamat hari raya,
duit raya tak bagi?
pantun yang sumbang...
apa pun , saya minta maaf juga dari Tn Hj Hamzah
untuk yang dah lepas ke belakang...
yang akan datang tak tau lah lagi ya.
Salam bang.
ReplyDeleteSama2lah kita bermaaf2an. Saya selaku org yg lebih muda memohon kemaafan di atas segala salah silap saya.
Abg bersiaran sampai bila? Takkan dah nak balik kg jugak? LH dgn Juasseh bukan jauh mana hehehe
salam, selamat hari raya, maaf zahir dan batin.... tak pernah rasa kecil hatipun.... tq sudi menziarah
ReplyDeleteSalam THJ,
ReplyDeleteInsyaAllah tak de.Kata2 @ Pengalaman dari THJ yg buatkan saya suka singgah.
Pandu Cermat Jiwa Selamat.
pakngah
ReplyDeletebersamalah kita saling maaf bermaafan
selamat menyambut hari lebaran
psst...boleh datang rumah pakngah tak? hehehe ;p
Eh nak nak rayo ko ??
ReplyDeletecopek bonar lak raso ee.
Selamat Hari Raya
Maaf kalau ada tulisan yang terlencong sikit...terutama bab panggilan tuu.
p/s ; gambar tuu...eee malu-malu pulak !
salam tuan aji,
ReplyDeleteselamat hari raya juga dari saya sekeluarga buat tuan aji dan mak ngah..
rasanya tulisan tuan aji takde yg menyinggung dan menyakitkan ati saya...
Selamat hari raya buat Tn Hj.
ReplyDeleteSaya pun nak memohon maaf jika sepanjang perkenalan singkat kita di sini ada yang berbeza pandangan, tersalah kata, atau terasa di hati...
Semoga ALLAH terus mencucuri rahmat ke atas kita di akhir Ramdahan ini...
PENJEJAK MAYA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
BALIK RAYA NAIK PERODUA
SINGGAH BERMANDI DEKAT LATA
MAAF DIHULUR SUDAH DITERIMA
BILAKAH AGAKNYA DAPAT BERSUA ?
EN_ME
ReplyDeleteWAH .. SEKARANG INI BLOG AWAK DAH MELETUP-LETUP GITU ! TAHNIAH.
BLURR33
ReplyDeleteSAMA-SAMALAH KITA BERGUMBIRA DI HARI RAYA INI.
MAKDARA
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS UCAPAN AWAK YANG DIGUBAH DALAM BENTUK SYAIR ITU. SAYA TAK PANDAI NAK BALASNYA. TERIMA KASIH JER LAH.
SEMOGA BERGEMBIRA DIHARI RAYA. BERSAMA DENGAN KELUARGA TERCINTA.
HATI-HATI DI JALAN RAYA.
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.
FADZILAH
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS UCAPAN ITU. TENTU BANYAK SAMPUL KENA SEDIAKAN UNTUK ANAK2 MURID YANG AKAN DATANG BERKUNJUNG NANTI.
DINAS
ReplyDeleteMAKAN SEKAYA DENGAN ROTI
HARI RAYA BAWA DIRI
BAWALAH KOMPUTER SEKALI
TENTANG ENTRI, TENGOKLAH NANTI.
KTS
ReplyDeleteMAAF KERANA MENCEDERAKAN KAKI AWAK SECARA TIDAK SENGAJA.
MAKAN ROTI DENGAN KAYA
DUIT RAYA UNTUK BUDAK2 SAHAJA.
TENTANG ENTRI TU TAK BERANI JANJI. KALAU ADA, ADALAH !
AKLCITIZEN
ReplyDeleteDUIT RAYA UNTUK ANAK2 MURID SAHAJA.
TAK ADA APA2 SEBENARNYA YG NAK DIMAAFKAN. TAPI SINCE CIKGU DAH MINTA, SAYA MAAFKANLAH ..!
YB
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. BILA AWAK KATA AWAK LEBIH MUDA, MAKNANYA SAYA LEBIH TUA. KALAU YANG MUDA PUN DAH TUA, MAKNANYA YANG TUA, LEBIH-LEBIH LAGI LAH TUANYA. TAK GITU ?
SAYA BERSIARAN TENGOK KEADAAN. TAK JANJI APA-APA. KADANG2 ILHAM DATANG TAK SEMENA2.
KALAU LALU, SENAWANG .. AWAK TAHU RUMAH SAYA KAN ?
HAMSINI
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS UCAPAN ITU DAN JUGA KESUDIAN BERZIARAH.
AZRINA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. ALHAMDULILLAH KALAU TAK ADA YANG MENYINGGUNG. MANALAH TAHU KAN !
KALAU BEGITU BOLEHLAH SINGGAH SELALU.
SAYANGSAYANGIBU
ReplyDeleteNAK DATANG RUMAH, BOLEH SAJA. BERI EMEL AWAK, BOLEH SAYA BERITAHU ALAMAT RUMAH DAN NO.HP SAYA.
IKAN EMAS
ReplyDeleteSEBENARNYA SAYA SERONOK DENGAN PELBAGAI PANGGILAN DARI AWAK TU.
GAMBAR TU HASIL CARIAN GOOGLE !
IBUINTAN
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. SYUKUR KALAU TIDAK ADA YANG MENYINGGUNG.
SAYA SANGAT BERTERIMA KASIH KERANA IBUIANTAN SERING ZIARAH BLOG SAYA SEDANGKAN SAYA BALAS ZIARAH SEKALI SEKALA SAHAJA. HARAF DIMAAFIN YA BUK.
KUASAI MINDA
ReplyDeleteTAK ADA APA-APA YANG DIMAAFKAN. TAPI TAK APALAH, SAYA MAAFKAN JUGA SEBAB AWAK DAH MINTA.
SEMOGA HARI RAYA INI AKAN LEBIH MENGERATKAN TALI SILATULRAHIM SESAMA KITA.
bestnya pantun mawi siti tu.. xpernah dpt lg..
ReplyDeleteNUR
ReplyDeleteKALAU AWAK NAK GUNA PANTUN TU, TAK ADA MASALAH. TAK ADA HAKCIPTA.
TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DAN MENINGGALKAN JEJAK.